You are on page 1of 17

KERTAS KERJA

PROJEK
TINGKATAN 4
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
SAUJANA UTAMA

MATA PELAJARAN: PERNIAGAAN


KOD MATA PELAJARAN: 3766/3
TAJUK: PROFIL PERNIAGAAN
NAMA: MUHAMMAD JUAN AL-RASYID
BIN MOHD JIHAN
PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan untuk


merakamkan penghargaan kepada semua
pihak yang telah membantu kami
memberi pertolongan, teguran dan
cadangan dalam menyelesaikan projek
ini.Ucapan terima kasih khusus
ditunjukkan kepada Puan Norita Binti
Hamid selaku guru pembimbing atas
kesabaran beliau dalam memberi tunjuk
ajar sehingga selesai kertas projek ini.
Terima kasih juga kepada pemilik Burger
Garing Keriangan atas kerjasama dalam
menjayakan tugas ini. Sekalung ucapan
terima kasih juga kepada ibu bapa serta
rakan-rakan yang memberi sokongan dan
dorongan.
ABSTRAK

Perniagaan merupakan salah satu


industri yang sentiasa berkembang maju
dan sangat penting dalam pembangunan
ekonomi negara.Kajian kerja projek ini
adalah bertujuan untuk mengenal pasti
tujuan perniagaan, organisasi perniagaan
,visi,misi dan objektif perniagaan.

Selain itu,kajian ini juga dilakukan bagi


mengenal pasti bidang fungsian yang
wujud dalam perniagaan yang dipilih.Hal
ini disebabkan oleh operasi sesebuah
perniagaan.

Kajian kerja projek ini melibatkan kaedah


tinjauan di lokasi perniagaan.Setiap
maklumat yang berkaitan akan
digunakan sebagai bahan untuk
dijadikan dapatan dalam kertas kerja
projek.Dapatan kajian juga diperoleh
secara temu bual dan bahan bacaan atau
ilmiah daripada sumber rujukan yang
tertentu.

Penilaian juga dibuat terhadap setiap


dapatan yang diperoleh dengan menilai
setiap visi, misi, objektif, carta organisasi
dan fungsian organisasi yang wujud
dalam perniagaan yang dipilih.Cadangan
penambahbaikan dalam bahagian
rumusan juga dinyatakan sebagai
rujukan kepada pihak yang berkaitan
supaya dapat menjalankan operasi
perniagaan mereka dengan lebih
profesional, berkesan dan sistematik.
VISI, MISI DAN
OBJEKTIF
VISI
-Menjadi jenama burger yang terkenal
seperti Ramlee Burger.

MISI
-Membuka cawangan gerai burger yang
baru di sekitar Saujana Utama.

Objektif
 Menghasilkan burger yang enak
dimakan.
 Mengutamakan kepuasan pelanggan
secara berterusan.
 Menghasilkan burger dalam masa
yang sedikit.

Penilaian
-Visi dan misi yang dinyatakan oleh Burger
Garing Keriangan dan padat.Tempoh masa
untuk perlaksanaan visi, misi dan objektif
juga dibuat secara umum.

MATLAMAT DAN
STRATEGI ORGANISASI
Matlamat Burger Garing Keriangan
adalah untuk memberi tumpuan menjadi
jenama burger terkenal di Malaysia
seperti Ramlee Burger.

Antara strategi Burger Garing


Keriangan adalah seperti berikut:
 Menjalinkan hubungan baik dengan
pelanggan agar dapat memastikan
kedatangan semula pelanggan ke
gerai.
 Mengunakan platform media social
sebagai tempat pemasaran atau
pengiklanan.
 Memastikan makanan bersih dan
selamat dimakan.
Penilaian

-Matlamat dan strategi Burger Garing


Keriangan dibentuk secara umum sesuai
dengan pencapaian tempoh masa
panjang.Burger Garing Keriangan
mempunyai matlamat dan strategi yang
jelas dalam mencapai visi, misi dan
objektif yang telah ditetapkan.
PROFIL PERNIAGAAN
NAMA Burger Garing
PERNIAGAAN Keriangan
10

BENTUK Milikan Tunggal


MILIKAN
ALAMAT Jalan Kemboja 2
PERNIAGAAN
NOMBOR 017 648 2859
TELEFON
NAMA PEMILIK Muhammad Alif
Farhan Bin
Saharuddin
AKTIVITI Menghasilkan
PERNIAGAAN makanan iaitu burger
PANEL BANK Bank Simpanan
Nasional(BSN)
Penilaian

-Profil perniagaan yang diberi oleh Burger


Garing Keriangan adalah ringkas.Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa aspek yang
perlu ditambah baik dalam profil perniagaan
seperti memasukkan perkara yang berikut:
 Jumlah pekerja
 Status perniagaan
 Modal perniagaan
CARTA ORGANISASI
BURGER GARING KERIANGAN

PENGARAH
URUSAN

PENGURUS
PENGURUS
KHIDMAT
OPERASI
PELANGGAN
PENILAIAN
-Struktur carta organisasi Burger Garing
Keriangan adalah ringkas.Struktur
pembahagian tugas pekerjanya dibentuk
secara umum dengan mengabungkan dua
jenis tugasan di bawah satu bahagian
fungsian terdapat dua tugasan, iaitu
pengurusan kewangan dengan belian dan
pengurusan pentadbiran dengan khidmat
pelanggan.
LATAR BELAKANG
1)LATAR BELAKANG PEMILIK
PERKARA MAKLUMAT
NAMA Muhammad Alif
Farhan Bin
Saharuddin
UMUR 21 tahun
JANTINA Lelaki
KELAYAKAN Sijil Pelajaran
Malaysia
JAWATAN Pengarah Urusan

2)LATAR BELAKANG STAF


PERKARA MAKLUMAT
NAMA Arif Azamuddin Bin
Ismail
UMUR 25 tahun
JANTINA Lelaki
KELAYAKAN Diploma in
Engineneering
JAWATAN Ketua Chef
Pernilaian

Bilangan staf Burger Garing Keriangan


yang mengendalikan semua tugas
bahagian kewangan, belian, pengurusan
dan pentadbiran perlu dikemaskan dan
disusun semula.Hal ini berdasarkan
tahap perniagaan Burger Garing
Keriangan yang merangkumi projek
berskala kecil dan sederhana.

Selain itu, beberapa aspek juga perlu


dinyatakan secara terperinci.Antaranya,
menambahkan beberapa perkara seperti
berikut:
 Pengalaman staf
 Kemahiran staf
 Tugasan bagi jawatan yang disandang
BAHAGIAN FUNGSIAN
ORGANISASI
Burger Garing Keriangan
Pengarah umum iaitu Muhammad Alif
Farhan Bin Saharuddin memastikan
setiap bahagian fungsian berupaya
menjalankan tugas masing-masing demi
mencapai objektif dan matlamat Burger
Garing Keriangan.

Bahagian Fungsian Kewangan


Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh
Burger Garing Keriangan adalah secara
kecil-kecilan.Kebanyakan fungsian dalam
organisasi dilakukan oleh staf dalam
bahagian sama.Burger Garing Keriangan
hanya mempunyai satu orang pengurus
iaitu Muhammad Alif Farhan Bin
Saharuddin yang bertanggungjawab
dalam bidang kewangan dan pentadbiran
khidmatan perniagaan diurus oleh Arif
Azamuddin Bin Ismail.
Selaku pengurus bahagian kewangan,
Alif Farhan akan menjalankan tugas-
tugas seperti berikut:
 Menyediakan invois memeriksa
barang yang diterima
 Merekodkan wang diterima
 Memeriksa dan membayar invois
diterima
 Menyediakan pembayaran gaji staf
 Meneliti bajet untuk mengelakkan
lebihan perbelanjaan
 Menyediakan fokus aliran tunai dan
laporan kewangan

Penilaian
-Fungsian organisasi Burger Garing
Keriangan diberikan ruang secara
umum dan ringkas.Penerangan
berkaitan setiap fungsian dibuat secara
ringkas bagi menjelaskan peranan
setiap fungsian.
RUMUSAN
Burger Garing Keriangan merupakan
sebuah perniagaan yang lebih memberi
tumpuan dalam tugasan untuk
menghasilkan burger yang berkualiti
dan enak.Burger Garing Keriangan ini
juga menyediakan perkhidmatan
penghantaran rumah ke rumah di
sekitar Saujana Utama
sahaja.Perniagaan ini telah
menunjukkan prestasi yang
memberangsangkan setelah hampir
empat tahun beroperasi.

CADANGAN
Burger Garing Keriangan perlu
menetapkan visi dan misi yang lebih
realistik.Tempoh masa untuk
perlaksanaan pesanan tidak dinyatakan
dengan jelas dalam visi, misi dan
objektif.
Burger Garing Keriangan perlu
menambahkan bilang staf kerana dua
orang staf sahaja yang mengendalikan
semua tugas bahagian kewangan,
belian, khidmat pelanggan dan
pentadbiran tidak mencukupi.Burger
Garing Keriangan juga perlu mengambil
staf bagi mengurus bahagian
pemasaran kerana bahagian pemasaran
ini amat penting bagi memperkenalkan
Burger Garing Keriangan kepada orang
ramai.
SENARAI RUJUKAN

Muhammad Alif Farhan Bin


Saharuddin, et al 2016 Buku Teks
Perniagaan Tingkatan 4.

Burger Garing Keriangan, 2016 Buku


Teks Perniagaan Tingkatan 4.

You might also like