You are on page 1of 2

Jabatan Alam Sekitar

Soalan 1: Apakah latar belakang penubuhan Jabatan Alam Sekitar


(JAS)?
Jawapan:
Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada awalnya diwujudkan sebagai Bahagian Alam Sekitar di bawah Kementerian
Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar pada 15 April 1975. Bahagian Alam Sekitar kemudiannya ditempatkan di
bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada Mac 1976. Berdasarkan kepada kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, tanggal 1 September 1983, Bahagian Alam Sekitar telah dinaikkan
taraf ke sebuah Jabatan sepenuhnya dan dikenali sebagai Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Pada Mac 2004 JAS
dipindahkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Penubuhan Jabatan ini adalah berasaskan
kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 yang diwartakan pada Mac 1974 dan dikuatkuasakan pada 15 April
1975.

Soalan 2: Apakah bidang tanggungjawab JAS?


Jawapan:
Fungsi utama JAS adalah untuk mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan memperbaiki alam
sekeliling, selaras dengan maksud Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. JAS
juga bertanggungjawab untuk melaksanakan resolusi yang diputuskan melalui konvensyen-konvensyen
mengenai alam sekitar peringkat antarabangsa sepertiVienna Convention for the protection of the Ozone
Layer1985, Protocol Montreal on Substances that Deplete the Ozone Layer 1987, Basel Convention on the
Transboundary Movement of Hazardous Waste and their Disposal 1989 dan lain-lain di samping menjayakan
program-program kerjasama dua hala dan pelbagai hala di antara Indonesia, Singapura dan Negara-negara
ASEAN lain mengenai pengurusan alam sekitar. Perkhidmatan teras Jabatan dilaksanakan oleh bahagian-
bahagian di Ibu Pejabat dan pejabat-pejabat JAS Negeri dan Cawangan. Rujuk perkhidmatan teras JAS untuk
maklumat lanjut.

Soalan 3: Apakah Visi JAS ?


Jawapan:
Pemuliharaan alam sekitar untuk kesejahteraan rakyat.

Soalan 4: Apakah Misi JAS


Jawapan:
Memastikan pembangunan lestari di dalam proses memajukan negara.

Soalan 5: Berapakah Bahagian/Unit yang berada di bawah JAS (Ibu


Pejabat) ?
Jawapan:
Terdapat 11 Bahagian/Unit di bawah JAS Ibu Pejabat iaitu:

 Bahagian Pentadbiran & Kewangan


 Bahagian Penguatkuasaan
 Bahagian Bahan Berbahaya
 Bahagian Udara
 Bahagian Air & Marin
 Bahagian Penilaian
 Bahagian Komunikasi Strategik
 Bahagian Teknologi Maklumat
 Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS)
 Unit Industri Hijau
 Unit Undang-Undang
Soalan 6: Bagaimanakah cara untuk menghubungi JAS sekiranya
kami ingin mengemukakan sebarang maklum balas, cadangan dan
aduan?
Jawapan:
Aduan mengenai pencemaran alam sekitar boleh dibuat secara bertulis, panggilan telefon atau datang ke
Pejabat-Pejabat JAS Negeri berkenaan. Untuk makluman, Bilik Operasi Ibu Pejabat JAS, Putrajaya beroperasi
24 jam.”

Jabatan Alam Sekitar


Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim.
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3, Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Precint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Talian Aduan: 03-8889 1972
Hotline: 1-800-88-2727
Talian Umum (Mendapatkan maklumat & Menghubungi Kakitangan JAS)
Telephon: 03-8871 2000 / 2200
Faks: 03-8889 1973/75
1. Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar
Fax : 03-8889 1036
2. Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Alam Sekitar
Fax : 03-8889 4020
3. Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar
Fax : 03-8889 1039

You might also like