You are on page 1of 12

SEJARAH PT3/ 21

BAHAGIAN A (20 MARKAH)


1. Apakah ciri-ciri sumber sekunder?
A Bahan yang telah diolah
B Bersifat asli
C Belum ditafsir
D Bahan yang belum diteroka
2. Bagaimanakah keadaan bumi apabila paras air laut dunia meningkat?
A Perubahan aras daratan
B Pembentukan tasik dan pulau
C Peningkatan suhu muka bumi
D Pergerakan arus lautan
3. Manusia zaman Prasejarah telah mempunyai kemahiran mencipta tembikar.
Mengapakah mereka mencipta tembikar?
A Memungut hasil hutan
B Menjadi bekas makanan
C Menjual secara komersial
D Menyimpan alatan pertani

4. Peta di atas menunjukkan lokasi tamadun awal manusia di dunia. Apakah ciri
utama tamadun tersebut?
A Terletak di tiga benua
B Terletak di lembah sungai
C Terletak berhampiran dengan teluk
D Terletak berhampiran dengan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik

1
SEJARAH PT3/ 21

5. Mengapakah Sparta mempunyai dua orang raja?


A Memudahkan perluasan kuasa
B Mengukuhkan hubungan luar
C Memilih pemimpin berwibawa
D Mengelak kekejaman pentadbiran

6. Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW bertindak untuk mewujudkan perpaduan


dikalangan masyarakat Madinah selepas Hijrah?
A Melantik gabenor sebagai pentadbir
B Menyatukan wilayah-wilayah kecil
C Menubuhkan pasukan tentera tetap
D Menjalin hubungan persaudaraan

7. Mengapakah kerajaan Srivijaya menghantar utusan ke Negara China pada abad


ketujuh?
A Melakukan penjajahan
B Mendapat pengiktirafan
C Meluaskan perdagangan
D Menjalankan perkahwinan

8. Bagaimanakah kedatangan Islam menukar fahaman raja dianggap sebagai titisan


dewa?
A Mengamalkan sistem beraja
B Menghapuskan kerabat diraja
C Menggunakan gelaran sultan
D Memperkenalkan konsep khalifah

9. Antara berikut yang manakah merupakan tugas syahbandar di Melaka?


A Memungut hasil atau ufti.
B Ketua polis dan penjara.
C Penasihat Raja.
D Menguruskan pasar dan gudang.

2
SEJARAH PT3/ 21

10. Mengapakah pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau sering berpindah?


A Kurang sumber makanan
B Muslihat mempertahankan diri
C Ancaman kuasa Belanda
D Kedudukan tidak strategik

11. Apakah jawatan pembesar yang berkuasa melantik Yamtuan Besar di Negeri
Sembilan?
A Perut
B Buapak
C Lembaga
D Undang

 Kalka
 Gedong
 Santubong

12. Maklumat diatas berkaitan kawasan penting di Sarawak. Apakah persamaan


santara kawasan-kawasan tersebut?
A Pusat perdagangan
B Pusat pemerintahan
C Pusat penterjemahan
D Pusat penyebaran Islam

 Pembukaan Terusan Suez


 Penggunaan telegraf
 Penggunaan kapal wap

13. Perkembangan teknologi berikut berlaku pada abad ke-19. Apakah kesan
perkembangan teknologi tersebut terhadap Negara kita?
A Perkembangan pengangkutan laut
B Peningkatan taraf hidup penduduk
C Perluasan imperialisme Barat
D Pertambahan imigran Eropah

3
SEJARAH PT3/ 21

14. Mengapakah British menggabungkan Pulau Pinang, Singapura, dan Melaka


menjadi Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826?
I Menyeragam pentadbiran

II Menjimatkan perbelanjaan

III Memonopoli perdagangan

IV Menghalang kuasa asing lain

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
15. Apakah kesan peristiwa tersebut terhadap Perak?

Ngah Ibrahim membawa masuk


pelombong Cina
 Pergaduhan pelombong Cina
antara kumpulan Ghee Hin dan
Hai San
A Campur tangan British
B Perang Larut tercetus
C Pemberontakan pembesar Melayu
D Kemerosotan pengeluaran biji timah

16. Perjanjian Bangkok 1909 ditandatangi oleh British dan Siam pada 10 Mac 1909.
Apakah kesan perjanjian tersebut terhadap Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu?
A Menerima seorang Penasihat British
B Menyelesaikan masalah sempadan
C Menghantar ufti kepada British
D Memperakui ketuan British

17. Mengapakah Sultan Brunei menghantar Pengiran Raja Muda Hashim ke Sarawak?
A Mengawal kegiatan lanun
B Melindungi pedagang asing
C Mencari kawasan pertanian
D Menamatkan kebangkitan penduduk tempatan
4
SEJARAH PT3/ 21

18. Apakah kelebihan sistem ibedem yang diperkenalkan oleh H.N. Ridley?

A Menjimatkan masa torehan


B Meningkatkan mutu susu getah
C Memanjangkan hayat pokok getah
D Mengurangkan penggunaan tenaga buruh

19. Penghulu Dol Said telah melakukan penentangan terhadap British di Naning
antara tahun 1831 hingga tahun 1833. Mengapakah beliau menentang British?
A Pembinaan balai polis
B Pencabulan adat tradisi
C Pembayaran ufti tahunan
D Pengenalan peraturan tanah

20. Senarai berikut berkaitan dengan persidangan Durbar.

 Durbar di Kuala Lumpur 1903


 Durbar di Pekan 1932
 Durbar di Klang 1937
.

Mengapa Durbar dibentuk?

A Melicinkan sistem pentadbiran


B Melindungi kepentingan bangsa
C Menghapuskan pemusatan kuasa
D Mengekalkan sistem beraja mutlak

5
SEJARAH PT3/ 21

JAWAPAN BAHAGIAN A

JUMLAH
MARKAH :

6
SEJARAH PT3/ 21

Bahagian B
( 40 markah)
Jawab semua soalan

1. Penyataan dibawah menunjukkan jangka masa zaman jahiliah .

Jangka masa zaman jahiliah bermula pada 300


M hingga 610 M.

a) Jelaskan konsep jahiliah?

…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………….
(2 markah)

b) Apakah kesan negatif yang timbul daripada amalan Sistem Kabilah dalam masyarakat
Arab Jahiliah ?

…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
( 4markah )

c) Pada pandangan anda, cadangkan langkah-langkah untuk membasmi sifat jahiliah


dalam kalangan masyarakat moden pada hari ini?
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
( 4markah )

7
SEJARAH PT3/ 21

2. Parameswara berjaya memilih lokasi yang sesuai untuk mengasaskan kerajaan.


Pemilihan lokasi ini menjadikan Melaka sebagai sebuah kerajaan yang unggul di Alam
Melayu

a) Senaraikan dua keistimewaan lokasi kerajaan Melayu Melaka?


…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
(2 markah)
b) Jelaskan faktor kemunculan Melaka sebagai pusat pedagangan penting
antarabangsa ?
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
( 4markah )
c) Pada pendapat anda, cadangkan cara-cara untuk menjadikan Negara kita sebagai
pusat perdagangan antarabangsa?
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
( 4markah )

8
SEJARAH PT3/ 21

3. Perjanjian London 1824 dibuat tanpa melibatkan Raja-raja Melayu. ia memberikan


kesan kepada kerajaan Alam Melayu

a) Namakan 2 kuasa Barat yang menandatangani Perjanjian London 1824 ?


i…………………………………………………………………………………………
ii…………………………………………………………………………………………
(2 markah)

b) Jelaskan kesan Perjanjian London 1824 terhadap Alam Melayu ?


…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
( 4markah )

c) Sebagai rakyat Malaysia, Cadangkan cara-cara untuk mengekalkan kedaulatan


Negara kita.
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
( 4markah )

9
SEJARAH PT3/ 21

4. Jadual di bawah adalah berkaitan tokoh penentangan di Sarawak

Rentap Syarif Masahor


 Bermaksud penggoncang dunia  Nama sebenar ialah sayyid Mashhur
 Nama sebenar beliau adalah Libau Bin Muhammad Al-Shahab
 Berasal dari Hulu Skrang  Pembesar sarikei di kawasan Sungai
 Bergelar Raja Darat atau Raja Ulu Rajang
 Dilantik oleh Sultan Abdul Mu’mein di
Brunei

a) Mengapakah Rentap bangkit menentang James Brooke di Sarawak ?


…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
(2 markah)
b) Pada pengetahuan anda, mengapakah perjuangan pemimpin tempatan
menentang James Brooke di Sarawak berakhir dengan kegagalan?
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
( 4markah )

c) Pada pendapat anda, apakah semangat perjuangan pemimpin tempatan yang wajar
dicontohi oleh generasi muda.
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
( 4markah )

10
SEJARAH PT3/ 21

Bahagian C
( 40 markah)
Jawab dua soalan sahaja daripada bahagian ini

1. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri Kehidupan manusia zaman prasejarah

 Menggunakan peralatan batu


 Mengumpul makanan
 Bergantung sepenuhnya kepada
sumber alam

a) Jelaskan kegunaan peralatan batu pada zaman tersebut.


[ 4 markah ]

b) Huraikan aktiviti manusia zaman prasejarah untuk memenuhi keperluan hidup?


[ 8 markah ]

c) Manusia zaman prasejarah bergantung sepenuhnya kepada sumber alam


Berikan penjelasan anda
[ 8 markah ]
2. Kerajaan Alam Melayu telah mencapai kegemilangan dalam bidang perdagangan
sehingga menjadi tarikan pedagang luar.

a) Jelaskan faktor-faktor yang mendorong kemajuan perdagangan Alam Melayu.


(6 markah)
b) Huraikan pedagang-pedagang luar yang berdagang di Alam Melayu
(6 markah)
c) Pada pendapat anda, apakah iktibar yang boleh diambil oleh generasi muda pada
hari ini daripada kemajuan masyarakat kerajaan awal dalam bidang perdagangan?
(8 markah)
3. Kuasa Barat seperti Sepanyol, Britain dan Belanda berlumba-lumba untuk memiliki
tanah jajahan.
a) Apakah keistimewaan Negara kita sehingga menjadi rebutan kuasa-kuasa Barat?
[6 markah]
b) Kuasa Barat menggunakan Slogan Beban Orang Putih untuk menjajah Negara
kita. Jelaskan maksud slogan tersebut.
.[6 markah]
c) Semangat cintakan negara amat penting dalam sesebuah negara. Apakah
kebaikan mengamalkan semangat cintakan negara.
[8 markah]

11
SEJARAH PT3/ 21

4. Sultan Johor telah memajukan pentadbiran dan pemerintahan di negeri Johor sehingga
dapat menghalang perluasan kuasa British.
a) Jelaskan faktor-faktor yang telah menghalang perluasan kuasa British di Johor.
(4 markah)
b) Bagaimana British mengatur langkah untuk menguasai johor pada abad ke-19
(8 markah)
c) Adakah anda bersetuju bahawa kewibawaan pemimpin adalah unsur terpenting
dalam mengekalkan kedaulatan Negara?
(8 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

12

You might also like