You are on page 1of 79

TAJUK KAJIAN

Teknik latihan ansur maju dapat meningkatkan penguasaan murid-murid dalam

kemahiran gerakan kaki di dalam permainan Bola Jaring

NAMA PENYELIDIK

Nurulain Binti Ab.Lah

NAMA SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Kem Lapangan Terbang,

08000 Sungai Petani,

Kedah Darul Aman.

0
1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Permainan bola jaring diperkenalkan sejak Ogos 1970 di Australia dengan

dikenali sebagai “Womens’s Basketball”. Pada asalnya “Women’s Basketball”

tercipta pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith yang merupakan tenaga pengajar

dari Amerika Syarikat. Bola jaring dicipta oleh Clara Gregory Baer, peneraju dalam

sukan wanita. Kini permainan bola jaring merupakan sukan berpasukan wanita yang

tersohor di Australia dan New Zealand dan turut popular di Jamaica, Barbados,

Afrika Selatan, Sri Lanka dan United Kingdom.

Bola jaring adalah permainan berpasukan dan dimainkan oleh dua pasukan di

mana setiap pasukan mempunyai tujuh orang pemain. Matlamat utama dalam

permainan ini adalah menjaringkan seberapa banyak gol lebih daripada pasukan

lawan. Permainan ini mempunyai sedikit persamaan dengan permainan bola

keranjang seperti penggunaan tangan untuk membuat hantaran dan menjaringkan

gol. Walau bagaimanapun, salah satu perbezaan di antara dua permainan ini ialah

dalam permainan bola jaring, pemain tidak boleh berlari dengan membawa bola

seperti dalam permainan bola keranjang.

Secara umumnya permainan ini bukan sahaja memerlukan ketepatan menghantar,

tetapi juga ketangkasan bergerak dan pada masa yang sama mematuhi undang-

undang tertentu. Di dalam permainan ini setiap posisi pemain mempunyai 2 peranan

tersendiri dan bermain di dalam kawasan-kawasan tertentu. Posisi-posisi tersebut

ialah Center (C), Goal Attack (GA), Goal Defence (GD), Goal Shooter (GS), Wing

Attack (WA), Wing Defence (WD) dan Goal Keeper (GK). Permainan bola jaring

memerlukan kemahiran yang tinggi termasuklah berlari, menghantar bola,

1
menangkap bola serta menjaringkan gol (Steele dan Chad, 1987). Menurut mereka

lagi, permainan bola jaring memerlukan pecutan yang berulang kali untuk

mengelakkan diri daripada pihak lawan secara tiba-tiba, melakukan perubahan

eksplosif dalam arah larian, menggabungkan keupayaan lompatan yang tinggi bagi

mendapatkan hantaran yang tinggi ddan memintas atau melambung bola selepas

pihak lawan cuba menjaringkan gol.

2
1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu

Semasa saya menjalani latihan praktikum di SK Kem Lapangan Terbang,

saya dapati bilangan murid perempuan yang berminat dengan sukan bola jaring

adalah terlalu ramai. Mungkin juga kerana permainan bola jaring ini sudah sinonim

dengan kaum perempuan atau pun mungkin juga perkara itu lahir dari keinginan

serta minat mereka. Namun melihat dari cara permainan mereka, saya dapati bahawa

banyak aspek yang masih boleh diperbaiki terutamanya dari segi kemahiran-

kemahiran asas dalam bola jaring.

Saya telah menjalani praktikum selama tiga bulan di Sekolah Kebangsaan

Kem Lapangan Terbang. Kebetulan pada minggu ketiga saya berada di sekolah itu

iaitu pada hari isnin, saya dipanggil untuk berjumpa dengan guru besar sekolah

itu,beliau telah menanyakan kepada saya,apakah bidang pengkhususan saya di dalam

sukan,saya pun menjawab “permainan Bola Jaring”. Alangkah gembiranya hati guru

besar kerana kebetulan guru yang dipertanggungjawabkan untuk melatih murid-

murid ke Kejohanan Bola Jaring peringkat PKG Sg.Layar telah menghadiri kursus

selama seminggu di Kuala Terengganu. Guru itu akan kembali ke sekolah pada

minggu hadapan. Tanpa segan silu, guru besar telah memberikan tanggungjawab

kepada saya untuk melatih murid-murid yang akan mewakili sekolah ke kejohanan

Bola Jaring peringkat PKG Sg. Layar. Saya telah menerima tugas dan amanah itu

dengan hati yang terbuka. Saya bertanya soalan kepada guru besar “berapa lama lagi

masa untuk mereka berlatih” guru besar menjawab “mereka cuma ada masa

seminggu lagi untuk berlatih, kejohanan itu akan berlangsung pada minggu

hadapan”. Saya berasa sangat terkejut apabila masa yang ada sangat suntuk. Tanpa

3
membuang masa.saya telah berjumpa dengan pemain-pemain Bola Jaring dan

memberikan sedikit taklimat tentang masa latihan yang saya akan jalankan.

Pada hari Selasa, latihan sesi pertama bermula dengan pemain-pemain, saya

berasa sungguh terkejut kerana pemain-pemain seolah-olah tidak serius menjalani

latihan. Saya pun tidak tahu kenapa,mungkin guru bola jaring sebelum ini

mengamalkan cara yang tidak serius dengan murid-murid atau sebaliknya. Apabila

saya menyuruh murid-murid bermain buat kali pertama, saya mendapati terlalu

banyak kesalahan gerak kaki yang mereka lakukan. Walaupun terdapat kesalahan-

kesalahan lain seperti “replay” “contact”, namun kesalahan ini tidaklah terlalu serius

jika hendak di bandingkan dengan kesalahan gerak kaki. Dan kesalahan ini telah

berlarutan sehingga sesi akhir latihan yang saya telah berikan. Saya telah melakukan

dua kali latihan kepada murid-murid iaitu pada Selasa dan Rabu, bermula jam 5.30

petang – 6.30 petang. Saya hanya menggunakan teknik latihan biasa seperti aktiviti

memanaskan badan, membuat hantaran bola dan terus kepada sesi permainan kecil.

Saya juga telah memberikan strategi-strategi permainan yang saya pernah tahu. Ini

membuatkan saya berasa risau kerana pertandingan itu akan berlangsung pada

minggu hadapan. Saya mula terfikir, adakah teknik latihan yang telah saya terapkan

kepada murid-murid tidak berkesan atau sebagainya padahal saya telah lakukan

kaedah pengajaran seperti yang telah diajar kepada saya ketika saya dibangku

sekolah dahulu. Ini membuatkan saya berfikir seketika. Apakah silapnya yang

berlaku pada cara penyampaian saya. Atau silapnya kepada teknik latihan yang saya

telah terapkan kepada murid-murid? Sekali lagi, saya telah di beri tanggungjawab

sekali lagi oleh Guru Besar SK Kem Lapangan Terbang untuk menjadi guru

pengiring kedua bagi murid-murid yang akan mewakili sekolah ke Kejohanan Bola

Jaring PKG Sungai Layar pada 6 April 2011. Guru pengiring pertama ialah guru

4
Bola Jaring sekolah itu. Ini adalah peluang kepada saya untuk melihat prestasi murid-

murid. Apabila berlangsung perlawanan pertama antara SK Kem Lapangan Terbang

dengan SK Tasek Apong, saya sungguh terkejut kerana mendapati murid-murid ini

langsung tidak tahu dan sedar yang mereka terlalu banyak melakukan kesalahan

gerak kaki. Ini menyebabkan mereka telah kalah bagi perlawanan pertama ini.

Persepsi saya mungkin kerana ini adalah perlawanan pertama, pemain-pemain

mungkin tidak biasa lagi dengan keadaan padang itu dan masih berasa gugup serta

takut. Tapi pada perlawanan yang seterusnya, mereka masih melakukan banyak

kesalahan dan kesalahan yang saya maksudkan ialah kesalahan gerak kaki. Banyak

bola yang dianggap sangat “rugi” apabila berlakunya kesalahan gerak kaki. Apabila

saya menerangkan kenapa mereka bagaimana boleh berlakunya kesalahan gerak

kaki,ini adalah jawapan murid-murid “cikgu, saya dah angkat kaki yang betul.

Kenapa pengadil itu masih tiup wisel dan cakap gerak kaki, pengadil itu berat

sebelah la cikgu”. Hal ini membuatkan saya begitu tertarik untuk melakukan kajian

tentang kesalahan gerak kaki yang menjadi masalah kepada murid-murid sehingga ke

hari ini.

Oleh itu, kajian saya ini akan memfokuskan kepada kemahiran gerakan kaki

dalam permainan bola jaring. Satu perkara yang nampak mudah tetapi sebenarnya

paling susah untuk diubah. Perkara ini sebenarnya dipandang remeh oleh sesetengah

pemain mahu pun jurulatih. Kesalahan gerak kaki inilah sebenarnya yang paling

banyak timbul dalam permainan Bola Jaring.

Jadi kali ini, saya membuat keputusan untuk melaksanakan kajian dengan

bersungguh-sungguh bagi memperbaiki kelemahan pada diri saya serta

mempertingkatkan kemahiran murid-murid dalam gerakan kaki. Saya telah

5
memulakan kajian dengan beberapa langkah iaitu membuat tinjauan masalah melalui

ujian pra, kaedah pemerhatian dan juga menjalankan soal selidik dengan murid-

murid. Kemudian saya merancang latihan teknik ansur maju yang akan saya jalankan

iaitu “Pacak dan Pusing”. Langkah-langkah yang seterusnya akan diterangkan di

dalam perenggan-perenggan yang berikut.

6
1.3 Sorotan literatur

Antara proses yang berlaku di dalam prinsip ansur maju ialah beban dari segi

intensiti, kekerapan dan jangka masa seharus ditingkatkan dengan cara beransur-

ansur/ sedikit demi sedikit.Jurulatih perlu menyimpan profil, biodata serta rekod

terperinci untuk melihat kemajuan peningkatan atlit. Peringkat permulaan – atlit akan

merasai kesakitan pada badan, otot dan sendi.Proses adaptasi memerlukan masa yang

agak lama

Menurut Kamus Dewan Edisi terbaru, ansur maju membawa maksud

menambah secara sedikit demi sedikit kekerapan latihan, intensiti dan tempoh masa.

Menurut buku “Kejurulatihan dan sains sukan” yang di tulis oleh Haji Gapor

Ahmad, prinsip ansur maju ialah menyatakan bahawa semua usaha menambah beban

kerja dan kemahiran mesti berlaku secara beransur-ansur. Ia tidak boleh di buat

secara mendadak atau drastik. Ini dibuat apabila penyesuaian dengan beban yang lalu

telah berlaku dan beban itu sudah menjadi mudah, barulah di berikan beban baru

dengan tambahan rendah, mungkin dengan kadar lima atau sepuluh peratus. Ansur

maju tidak membawa maksud menambah beban secara berterusan tanpa memberi

peluang untuk pemulihan. Badan memerlukan waktu rehat yang cukup untuk

adaptasi dan penyesuaian berlaku. Apabila jurulatih ingin melihat kemajuan atlet

untuk meningkat terlampau pantas, kemungkinan terjadi proses memuncak terlalu

awal atau mengalami kecederaan. Latihan hendaklah di tingkatkan secara beransur-

ansur dari umum ke khusus, bahagian-bahagian kepada keseluruhan dan kuantiti

kepada kualiti.

7
Menurut sebuah blog, minda cikgupj, Mengaplikasikan prinsip ansur maju

dalam kehidupan. Di muat turun pada 8 Julai 2010 daripada

http://cikgupj.blogspot.com/2010/07/mengaplikasikan-prinsip-ansur-maju.html.

Pencapaian objektif atau matlamat sesuatu latihan fizikal sama ada untuk

meningkatkan kecergasan, menguasai sesuatu kemahiran atau menguasai pergerakan

motor bergantung kepada banyak faktor. Salah satu faktor yang sangat penting yang

mempengaruhi pencapaian tersebut ialah keupayaan mengkategorikan sesuatu

perlakuan mengikut tahap-tahap kesukaran daripada tahap kesukaran yang rendah

kepada tahap kesukaran yang tinggi secara berperingkat-peringkat. Seterusnya ia

dilaksanakan sebagai ansurmaju secara berulang-ulang mengikut tahap-tahap

kesukaran yang telah ditentukan secara berperingkat-peringkat. Dalam erti kata yang

lain ialah mempelajari sesuatu dengan melakukan yang lebih mudah terlebih dahulu

ke yang lebih susah secara berperingkat-peringkat. Dengan cara ini sesuatu

pembelajaran itu menjadi lebih mudah untuk dikuasai dan akhirnya mencapai

objektif dan matlamat yang telah ditentukan.

Menurut Tiong Houng Ching melalui tajuk kajiannya pada tahun 2005,

“Memperbaiki tulisan pelajar tingkatan peralihan dengan kaedah ansur maju”,

menurutnya “Pada akhir kajian tindakan saya, saya telah berjaya membaiki tulisan 3

daripada 5 orang pelajar saya. Kini, mereka boleh menulis dengan teratur, kemas,

dan baik. Tulisan mereka mudah dibaca. Oleh itu, saya tidak lagi menghadapi

masalah menyemak buku latihan dan kertas soalan 3 orang pelajar tersebut. Dua

orang pelajar yang masih belum mencapai sasaran saya namun telah pun

menunjukkan sedikit perubahan jika dibandingkan dengan dahulu. Ini membuktikan

Kaedah Ansur Maju itu berkesan untuk membantu pelajar menguasai kemahiran

menulis dengan betul. Selepas menjalani kajian tindakan ini, saya telah dapat

8
membaiki mutu pengajaran dan pembelajaran saya. Saya berjaya membimbing 3

orang pelajar saya menguasai kemahiran menulis dengan betul, teratur, dan kemas.

Walaupun saya gagal membantu 2 orang pelajar lain, namun saya akan terus

membimbing mereka dengan mengulangi langkah-langkah dalam Kaedah Ansur

Maju ini sehingga mereka dapat menulis dengan baik, kemas, dan teratur.

Menurut Mohd Roshan Sarkarsi, Hafizah Harun dari Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia, kajiannya yang bertajuk Latihan Pliometrik dalam

“Kemahiran Lonjakan untuk Atlit Lompat Jauh” mangatakan bahawa melatih murid

belajar berdikari secara ansurmaju untuk memudahkan mereka menghayati konsep

pendidikan seumur hidup.

Menurut Paul R. Forda*, Paul Wardb, Nicola J. Hodgesc and A. Mark

Williamsa; Vol. 20, No. 1, June 2009, 65–75;The role of deliberate practice and play

in career progression in sport: the early engagement hypothesis dalam kajiannya

mengatakan bahawa Pakar memperolehi kemahiran-kemahiran khusus hasil daripada

aktiviti-aktiviti di mana mereka mengambil bahagian di seluruh peringkat dan

perkembangan ansurmaju mereka.

Menurut Roman Cuberek, Iva Machová; May, 2009 dalam kajiannya bertajuk

The Motor Perfomence Progression Of Future Undergraduate Students Of Physicals

Education mengatakan bahawa perubahan jangka panjang akan memberi kesan

kepada prestasi motor di mana ia perlu diberi pertimbangkan untuk menjadi panduan

gaya hidup pada masa kini.

Menurut Jordan Schilit; Sept/Oct 2009 dari artikelnya bertajuk Change: the

Progression We Need mengatakan bahawa saya berharap dapat mengikuti jejak

9
langkah Steve Prefontaine dan Ryan Hall dimana mereka bergerak dalam jarak yang

berterusan dan ansur maju untuk meningkatkan tubuh badan menjadi matang. Saya

berharap untuk peralihan dari 5K ke 8K dalam cross-country dan daripada 3200

meter ke meter 5,000 dan 10,000 pada landasan yang betul.

10
2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN

2.1 Fokus Kajian

Fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan tahap kemahiran murid terhadap

kemahiran-kemahiran asas di dalam permainan Bola Jaring iaitu kemahiran gerakan

kaki. Dalam sukan bola jaring kemahiran tertentu perlu dan wajib diperolehi jika

pemain benar-benar mahu berjaya. Kemahiran ini melibatkan aspek pengawalan

badan, stamina, semangat berpasukan dan pengawalan bola. Umumnya ada dua jenis

kemahiran di dalam sukan jenis ini. Dan yang menjadi kemahiran diri yang penting

ialah yang melibatkan pergerakan kaki ( Aminah Mohd Salleh.1989.Bola Jaring.Siri

Sukan Popular Fajar Bakti). Dalam permainan Bola Jaring, gerakan kaki merupakan

salah satu kemahiran penting yang diharapkan semua pemain untuk memahirkannya.

Untuk kemahiran ini,seseorang pemain mestilah boleh berlari dengan laju dan pada

jarak yang berubah-ubah. Dia perlu menukar haluan secara serta merta sambil

memecut juga serta-merta. Jika pemain tidak dapat menguasai kemahiran ini, satu

kesalahan yang di panggi sebagai kesalahan gerak kaki akan berlaku. Oleh itu, kajian

ini memberi tumpuan kepada salah satu kaedah ansur maju dapat meningkatkan

kemahiran murid-murid menguasai kemahiran gerakan kaki ini. Apabila murid-

murid telah menguasai kemahiran gerakan kaki, sekaligus ia mengelakkan atau

mengurangkan kesalahan gerak kaki. Melalui kajian ini, diharapkan murid-murid

sedar dan dapat membuka minda mereka tentang pentingnya mempelajari kemahiran

gerakan kaki yang betul sekiranya mereka ingin lebih menjadi mahir di dalam sukan

Bola Jaring.

11
2.2 Tinjauan Masalah

Di peringkat pelaksanaan kajian, pengumpulan data amat penting. Pelbagai

kaedah boleh digunakan dalam pengumpulan data ini. Bagi kajian ini, data akan

dikumpulkan secara pemerhatian untuk mengenalpasti bilangan kesalahan gerak kaki

yang telah di lakukan oleh murid-murid. Berikut merupakan jadual bagi kaedah

untuk saya mengutip data.

Jadual 2.1 : Kaedah mengutip data analisis tinjauan masalah

Tarikh Cara penilaian Kumpulan tujuan

sasaran

4 April 2011 Ujian pra- 7 orang Melihat bilangan gerak

Pemerhatian di (pemain utama kaki yang telah di

Kejohanan Bola Jaring sekolah) lakukan pada

peringkat PKG Sg layar perlawanan kedua

di SK Khir antara SK Kem

Johari,Sungai Lapangan Terbang

Petani,Kedah. dengan SK Khir Johari

pada separuh masa

pertama (7 minit) dan

separuh masa kedua (7

minit)

7 april 2011 Soal selidik- 7 orang Kertas soal selidik

Menjalankan soal (pemain utama diedarkan untuk

selidik kepada murid- sekolah) mendapat kepastian

murid setelah selesai masalah yang dihadapi

12
kejohanan Bola Jaring murid-murid dan

Peringkat PKG mengkaji amalan

Sg.Layar pengajaran guru serta

teknik latihan yang telah

guru terapkan semasa

latihan.

Pentadbiran instrumen ini menggunakan kaedah ujian dan soal selidik dilakukan

sendiri oleh saya dengan menggunakan borang senarai semak pemerhatian Rujuk

lampiran 1 dan soalan kaji selidik 1. Rujuk lampiran 2.

13
2.3 Analisis tinjauan masalah

Proses menganalisis data adalah suatu proses di mana data yang dikumpul, di

interpretasikan dan diberi makna daripada data mentah kepada data yang bermakna

dan difahami oleh orang ramai. Semasa fasa tinjauan masalah, proses analisis data

adalah penting kerana ia memberi gambaran sebenar yang jelas kepada kita

mengenai masalah yang sebenarnya wujud. Dalam kajian yang dijalankan oleh saya,

saya menggunakan instrumen ujian pra melalui pemerhatian oleh saya sendiri dan

soal selidik bagi meninjau masalah yang wujud. Hasil daripada tinjauan awal yang

dijalankan dengan menggunakan borang pemerhatian, data-data mentah berikut telah

dikumpulkan.

14
Jadual 2.2 : Analisis Tinjauan Masalah

Tarikh Cara penilaian Kumpulan Masalah telah

sasaran dikenalpasti

4 April 2011 Ujian pra- 7 orang Setelah membuat ujian

Pemerhatian di (pemain utama pra kepada 7 orang

Kejohanan Bola Jaring sekolah) pemain,s aya mendapati

peringkat PKG Sg layar bahawa kesemua

di SK Khir pemain telah melakukan

Johari,Sungai banyak kesalahan gerak

Petani,Kedah. kaki. Bilangan gerak

kaki yang mereka

lakukan pada separuh

masa pertama dan

separuh masa kedua

semakin meningkat atau

sama. Kesalahan gerak

kaki yang wujud adalah

di sebabkan murid-

murid yang tidak dapat

menguasai kemahiran

gerakan kaki.

7 april 2011 Soal selidik- 7 orang

Menjalankan soal (pemain utama

selidik kepada murid- sekolah)

15
murid setelah selesai

kejohanan Bola Jaring

Peringkat PKG

Sg.Layar

Pentadbiran instrumen ini menggunakan kaedah ujian kemahiran-ujian pra dan soal

selidik dilakukan sendiri oleh saya. Ujian pra menggunakan borang senarai semak

rujuk lampiran 1 dan kaedah soal selidik menggunakan soalan soal selidik rujuk

lampiran 2.

16
i. Analisis ujian pra

Data mentah analisis ujian pra

Jadual 2.3 : Bilangan kesalahan gerak kaki pada ujian pra pada separuh masa

pertama dan kedua mengikut posisi pada ujian pra

Perlawanan antara Sk Kem Lapangan Terbang dengan SK Khir Johari

Bilangan kesalahan gerak kaki

Posisi Separuh masa Separuh masa kedua

pertama

C 5 8

WA 4 5

WD 4 5

GA 6 8

GS 3 4

GD 4 5

GK 4 5

Jumlah kesalahan 30 40

Hasil daripada ujian pra yang telah telah dijalankan, saya telah membuat satu

jadual bagi setiap individu (mengikut posisi) bilangan mereka melakukan kesalahan

gerak kaki pada separuh masa pertama dan separuh masa kedua.

17
9

BILANGAN 5
KESALAHAN GERAK
KAKI 4 MASA 1
MASA 2
3

0
C WA WD GA GS GD GK
POSISI

Rajah 2.1 : Bilangan kesalahan gerak kaki yang dilakukan oleh pemain-pemain bola

jaring mengikut posisi pada separuh masa pertama dan separuh masa kedua pada

ujian pra

Berdasarkan rajah 2.1 di atas, saya mendapati bahawa semua pemain telah

membuat kesalahan gerak kaki sama ada pada separuh masa pertama ataupun pada

separuh masa yang kedua. Setiap pemain melakukan kesalahan gerak kaki yang

berlainan. Ini adalah kerana keadaan adaptasi setiap individu terhadap latihan adalah

berbeza (Wilmore dan Costill, 1994). Setiap individu mempunyai tindak balas yang

berbeza terhadap tekanan latihan yang sama. Oleh sebab itu adalah penting untuk

jurulatih mengenal pasti perbezaan individu melalui kedudukan posisi bermain dalam

mereka membentuk program latihan yang bersesuaian.

Jika di lihat daripada carta pai di atas, kesemua pemain melakukan peningkatan

kesalahan gerak kaki pada separuh masa yang keduanya. Jika di lihat dari segi

peningkatan bilangan kesalahan gerak kaki yang paling banyak ialah posisi C,

berlaku peningkatan sebanyak 3 kali di mana pada separuh masa pertama, 5 kali

18
kesalahan di lakukan, pada separuh masa yang kedua pula, meningkat kepada 8 kali

kesalahan gerak kaki berlaku. Peningkatan yang terlalu banyak bilangan gerak kaki

pada separuh masa pertama dan kedua serta jumlah bilangan kesalahan gerak kaki

yang telah di lakukan oleh posisi C adalah kerana C merupakan posisi yang

mempunyai banyak ruang untuk bergerak di dalam gelanggang. Ini menjadikan C

lebih banyak terima bola daripada pemain-pemain. Selain itu juga, posisi C

merupakan kepala yang akan menguasai serta menguruskan corak permainan

pasukan mereka. Adalah sangat penting sekiranya C dapat mengurangkan kesalahan

gerak kaki kerana ia akan merupakan penyebab besar pasukan itu akan kalah.

Peningkatan sebanyak 2 kali bilangan kesalahan gerak kaki pada separuh masa

pertama dan kedua berlaku pada posisi GA. Pada separuh masa pertama, 6 kesalahan

gerak kaki telah di lakukan tetapi bagi separuh masa kedua, meningkat kepada 8 kali

kesalahan. Bagi posisi WA, WD, GS, GD, GK pula, berlaku peningkatan 1 kali

bilangan kesalahan gerak kaki pada separuh masa keduanya. WA, WD, GS dan GK

masing-masing melakukan 4 kali kesalahan gerak kaki pada separuh masa pertama

manakala pada separuh masa keduanya meningkat kepada 5 kali kesalahan gerak

kaki yang di lakukan. Bagi GS, 3 kali kesalahan gerak kaki telah di lakukan pada

separuh masa pertama dan meningkat kepada 4 kali kesalahan gerak kaki pada

separuh masa keduanya.

Pada keseluruhannya,murid-murid sukar mengikuti kemahiran gerak kaki dalam

permainan bola jaring. Mereka juga tidak boleh menguasai teknik gerak kaki

walaupun mereka telah belajar tentang kemahiran-kemahiran asas bola jaring di

tahun 4. Di dalam permainan bola jaring, banyak aspek yang perlu diambil kira

sebelum seseorang itu boleh dikategorikan sebagai pemain yang bagus. Namun untuk

kajian kali ini, saya telah memilih perkara yang paling asas dalam permainan bola

19
jaring iaitu kemahiran gerak kaki. Tujuan saya memfokuskan pada kemahiran ini

adalah kerana ia merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam permainan

bola jaring dan perlu dikuasai oleh murid dengan baik dan mahir.

Berdasarkan pemerhatian di atas,saya mula terfikir, apakah sebab-sebab yang

menjadi masalah sehinggakan pemain-pemain selalu melakukan kesalahan gerak

kaki? Oleh itu,saya telah mengenalpasti beberapa sebab/aspek atau kemungkinan

yang menyebabkan pemain-pemain ini melakukan kesalahan gerak kaki. Saya telah

ringkaskan di dalam bentuk jadual.

Jadual 2.4 : Faktor-faktor yang menyebabkan kesalahan gerak kaki berlaku

Bil. Faktor-faktor

1. Larian kurang laju

2. Lemah dalam lompatan dan pendaratan

3. Lompatan tidak tinggi

4. Badan tidak seimbang semasa mendarat

Selain daripada itu, faktor lain yang boleh menyebabkan pemain tidak dapat

menguasai kemahiran gerakan kaki ialah pelaksanaan ansur maju sebelum

memulakan permainan tidak dilakukan dengan baik dan tidak menggunakan cara

yang lebih efisen dan berkesan. Hal ini kerana, ada dari kalangan murid yang

memberikan alasan, “tak payah buat ansur maju pun kita semua faham kaki mana

yang mendarat dahulu, cikgu tak marah pun”. Murid juga memberikan alasan

“ala,bosanlah nak buat latihan-latihan ansur maju ni, kita main je terus, lagi best” dan

alasan yang lain pula ialah “kita kan murid-murid tahun 5 dan 6, dah besar pun, dah

pandai dah main bola jaring ni”. Hal ini menunjukkan bahawa mereka tidak suka

20
untuk membuat latihan ansur maju dan lebih suka bermain ikut kefahaman mereka

sendiri sahaja. Di samping itu, murid juga mempunyai kefahaman dan pengetahuan

yang sangat lemah terhadap kepentingan latihan ansur maju untuk memahirkan

kemahiran asas mereka terhadap permainan Bola jaring terutamanya terhadap

masalah paling serius yang selalu dihadapi oleh semua murid-murid iaitu melakukan

kesalahan gerak kaki. Hal ini kerana, jika diberikan peluang untuk bermain walaupun

tidak dapat menguasai teknik pendaratan kaki yang betul, mereka sangat

bersemangat untuk mengikutinya. Bagi mengatasi masalah ini, adalah penting bagi

seorang guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani atau jurulatih bola jaring untuk

memberikan penerangan, peringatan dan bimbingan tentang kepentingan menguasai

kemahiran-kemahiran asas bola jaring dan menjalankan ansurmaju bagi tiap-tiap

kemahiran tertentu kepada murid yang terlibat demi permainan Bola Jaring dapat di

jalankan dan di maiankan dengan cara yang betul dan cemerlang. Di samping itu

juga, guru haruslah menjadi “role model” yang baik kepada murid dengan

menunjukkan teknik bermain bola jaring yang betul dimana bermain dengan tidak

melakukan kesalahan gerak kaki.

21
ii. Analisis menggunakan soal selidik.

Saya telah menjalankan soal selidik dengan murid-murid selepas kejohanan

Bola Jaring peringkat PKG Sg.Layar berakhir iaitu pada tarikh 7 april 2011.

Berikut merupakan item-item yang terdapat di dalam borang soal selidik.

Jadual 2.5 : Item-item yang terdapat di dalam borang soal selidik

Bahagian Data Item/ Gambar rajah

Bahagian A Amalan pengajaran guru 4 Item

Bahagian B Kaedah latihan yang 5 item

dilaksanakan

Jumlah 9 item

Jadual 2.5 menunjukkan item-item yang terdapat di dalam borang soal

selidik. Bahagian A pula mempunyai 4 item soal selidik yang terdiri daripada

soalan-soalan tentang amalan pengajaran guru. Bahagian B pula mempunyai 5

item soal selidik yang terdiri daripada soalan-soalan yang berkaitan kaedah

latihan yang telah dilaksanakan. Rujuk lampiran 2 untuk melihat soalan soal

selidik. Data dikutip dan dianalisis melalui borang soal selidik yang telah diisi

oleh 7 orang murid. Berikut merupakan hasil dapatan daripada soalan soal selidik

itu.

22
Petunjuk:

1. Sangat tidak setuju

2. Tidak setuju

3. Kurang setuju

4. Setuju

5. Sangat setuju

Jadual 2.6 : Data mentah borang kaji selidik bahagian A (Amalan Pengajaran Guru)

SKALA 1 2 3 4 5

ITEM (BILANGAN
Min
MURID)

1 Guru menggunakan bahasa/arahan yang mudah 3 4 3

difahami semasa memberi penerangan

2 Guru memberi tumpuan kepada setiap murid 2 3 2 2

setiap masa

3 Guru memberikan teguran secara berhemah 4 2 1 2

apabila berlaku kesalahan

4 Suara guru adalah jelas apabila memberikan 1 6 5

arahan

23
5

0
soalan 1 soalan 2 soalan 3 soalan 4

Rajah 2.2 : Analisis data borang kaji selidik Bahagian A (Amalan Pengajaran

Guru)

Rajah 2.2 menunjukkan analisis data borang soal selisik bahagian A iaitu

amalan pengajaran guru. Berdasarkan rajah di atas, terdapat 2 item yang dipilih oleh

murid-murid sebagai tidak setuju iaitu berkaitan dengan tumpuan yang diberikan

kepada murid-murid dan guru memberikan teguran yang berhemah semasa

melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini menunjukkan bahawa amalan

pengajaran guru sangat tidak baik dan terurus kerana guru tidak memberikan

perhatian sepenuhnya kepada semua murid-murid. Perhatian guru diberikan kepada

murid-murid yang tertentu sahaja dan tidak menyeluruh. Guru juga tidak memberi

nasihat serta teguran yang membina kepada murid-murid. Guru lebih suka memberi

teguran dalam keadaan marah-marah dan kasar. Bagi item no 1, murid-murid kurang

bersetuju apabila guru menggunakan bahasa yang mudah dan jelas ketika sesi

pengajaran dan pembelajaran di lakukan. Bagi item no 4, majoriti murid-murid telah

menyatakan setuju dengan suara guru adalah jelas apabila memberikan arahan. Ini

24
menunjukkan suara guru yang telah dilontarkan semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran sangat disukai oleh murid-murid. Oleh yang demikian, saya tiada

masalah dengan suara kerana sememangnya saya telah dikurniakan dengan suara

yang kuat dan lantang. Jelas di sini bahawa suara yang saya gunakan tiada kaitan

dengan kegagalan kepada masalah ini.

Jadual 2.7 : Data mentah borang soal selidik Bahagian B ( kaedah latihan yang

dilaksanakan)

SKALA 1 2 3 4 5

ITEM (BILANGAN
Min
MURID)

1 Teknik latihan ini mudah difahami 4 3 1

2 Teknik latihan ini mudah untuk dilaksanakan 2 4 1 2

3 Teknik latihan itu memerlukan tempoh masa 3 3 1 2

yang sesuai untuk dilaksanakan

4 Alatan yang digunakan adalah mengcukupi dan 1 4 2 2

sesuai

5 Mudah untuk mengaplikasikan teknik ini di 7 1

dalam permainan Bola Jaring

25
5

0
soalan 1 soalan 2 soalan 3 soalan 4 soalan 5

Rajah 2.3 : Analisis data borang soal selidik Bahagian B ( kaedah latihan yang

dilaksanakan )

Rajah 2.3 menunjukkan analisis data borang soal selidik bahagian B

(kaedah latihan yang dilaksanakan). Berdasarkan rajah di atas, terdapat 3 item

iaitu item no 2, item no 3 dan item no 4 telah di pilih sebagai tidak setuju oleh

murid-murid. Ini bermaksud teknik yang digunakan ini susah untuk

dipraktikkan oleh murid-murid. Selain itu juga, tempoh masa yang digunakan

untuk melaksanakan teknik latihan ini terlalu lama dan bosan. Ia mengambil

masa yang sangat panjang dan membuatkan murid-murid berasa kurang

selesa dan bosan. Selain itu juga, alatan yang guru gunakan tidak mencukupi

dengan bilangan murid-murid yang menjalani latihan ini menyebabkan

terjadinya kekangan dan halangan kepada murid-murid untuk melakukan

setiap aktiviti. Contohnya ialah bola yang di gunakan tidak mencukupi, guru

hanya mengambil setakat ala kadar sahaja barang-barang yang akan di

gunakan tanpa mengira bilangan murid-murid yang ada. Ini menunjukkan

26
kaedah latihan yang guru jalankan ini tidak mendapat sambutan yang baik

daripada murid-murid. Terdapat 2 item yang menunjukkan murid-murid

sangat tidak bersetuju dengan kaedah latihan yang telah dilaksanakan oleh

guru. Ini adalah berkaitan dengan pemahaman murid-murid tentang kaedah

latihan ini. Guru telah menggunakan teknik yang tidak di fahami oleh murid-

murid. Ia sekaligus membuatkan murid-murid tidak dapat mengaplikasikan

teknik itu di dalam permainan.

27
3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, diharap akan mencapai objektif berikut:

a. Meningkatkan kebolehan murid-murid dalam menguasai kemahiran

gerakan kaki di dalam Bola Jaring.

b. Dapat meminimumkan/mengurangkan bilangan kesalahan gerak kaki

yang di lakukan oleh murid-murid.

c. Untuk memperbaiki kelemahan amalan pengajaran guru.

3.2 Matlamat Kajian

a. Meningkatkan kemahiran murid-murid dalam menguasai kemahiran

gerakan kaki.

b. Mengurangkan/meminimumkan kesalahan gerak kaki murid-murid

semasa bermain bola jaring.

c. Untuk meningkatkan kelemahan amalan pengajaran guru.

28
3.2 SOALAN KAJIAN

Beberapa soalan kajian dikemukakan antaranya:

1. Adakah kaedah ansurmaju dapat digunakan dengan baik oleh murid

untuk meningkatkan kemahiran gerakan kaki di dalam permainan bola

jaring?

2. Adakah kaedah ansurmaju ini dapat membantu murid dalam

mengurangkan/meminimumkan kesalahan gerak kaki semasa bermain

Bola Jaring?

3. Adakah amalan pengajaran guru mempengaruhi tahap penguasaan

murid untuk menguasai kemahiran gerakan kaki?

29
4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran adalah pasukan bola jaring sekolah Kebangsaan Kem

Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah yang terdiri daripada murid-murid

perempuan sebanyak 7 orang. 6 orang murid adalah daripada Tahun 6 dan 1

daripadanya adalah murid Tahun 5. Pemilihan ini di buat kerana saya telah

mengenalpasti sebahagian besar daripada mereka ini mempunyai masalah

melakukan kesalahan gerak kaki semasa bermain bola jaring. Selain itu juga,

saya memilih mereka adalah kerana mereka sudah mempunyai kemahiran

asas bola jaring dan sudah mengenali serba sedikit tentang peraturan bola

jaring berbanding dengan murid lain. Pemilihan mereka juga akan lebih

menyenangkan kerja saya nanti dan hasil yang saya akan perolehi akan lebih

menampakkan keberkesanan melalui teknik ansur maju yang ingin saya

terapkan nanti. Rujuk lampiran 4 untuk melihat senarai nama murid-murid

mengikut posisi.

30
5.0 TINDAKAN

5.1 Prosedur Tindakan

Berdasarkan tinjauan awal yang telah saya lakukan, saya telah

memfokuskan kajian ini terhadap amalan pengajaran guru. Saya

menyimpulkan bahawa kemahiran gerakan kaki ini dapat ditingkatkan

dan dikuasai oleh murid-murid sekaligus kesalahan gerak kaki ini

dapat dikurangkan apabila satu teknik latihan ansur maju yang lebih

sistematik dan konsisten serta dapat dijalankan. Untuk mengatasi

masalah ini, saya telah merancang untuk mengadakan 3 kali sesi

latihan yang khusus akan dilakukan untuk sesi latihan teknik latihan

ansur maju “pacak dan pusing”.

Gambarajah (5.1) : Gabungan di antara Amalan Pengajaran Guru

dengan kelemahan murid-murid dan cara-cara mengatasinya

AMALAN PENGAJARAN GURU

KELEMAHAN MURID-MURID :

TIDAK DAPAT MENGUASAI KEMAHIRAN


GERAKAN KAKI

KESANNYA :

BANYAK MELAKUKAN KESALAHAN GERAK


KAKI

KAEDAH LATIHAN ANSUR MAJU


“PACAK DAN PUSING”

31
Gambarajah tersebut menggambarkan bahawa amalan pengajaran guru yang

kurang efisen menyebabkan murid-murid tidak dapat mengusai kemahiran

yang baik dalam permainan bola jaring. Ia telah menyebabkan murid terlalu

banyak melakukan kesilapan/kesalahan gerak kaki apabila bermain bola

jaring. Melalui pendekatan latihan teknik ansur maju “pacak dan pusing

“ini, murid-murid dapat meningkatkan kemahiran murid-murid apabila

bermain bola jaring sekaligus mengurangkan kesalahan gerak kaki.

Kajian ini memberi tumpuan kepada masalah murid-murid yang tidak

dapat menguasai kemahiran gerakan kaki sehingga menyebabkan terlalu

banyak melakukan kesalahan gerak kaki yang berulang-ulang. Murid-murid

yang dipilih untuk mengikuti kajian ini harus menjalankan satu teknik ansur

maju yang di beri nama “pacak dan pusing” sebanyak tiga kali sesi latihan.

Setiap kali latihan ansur maju di lakukan, saya akan menilai peningkatan

kemahiran yang telah mereka kuasai. Dalam pelaksanaan tindakan, saya

telah menjalankan 3 kali sesi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan

rancangan yang telah saya rancang. Berikut merupakan butiran tentang sesi

pengajaran yang saya lakukan.

32
Jadual 5.1 : Prosedur tindakan

Bil. Tarikh Masa Catatan

1. Sesi latihan 1  Latihan teknik ansurmaju

4 Mei 2011 4.30 – 6.00 petang  Permainan kecil bola

jaring

2. Sesi latihan 2  Latihan teknik ansurmaju

5 Mei 2011 4.30 – 6.00 petang  Permainan kecil Bola

Jaring

3. Sesi latihan 3  Latihan teknik ansurmaju

11 Mei 2011 4.30 – 6.00 petang  Permainan kecil Bola

Jaring

4. Sesi Perlawanan persahabatan dengan

Penilaian 5.00 – 6.00 petang guru-guru sek.keb. Kem

18 mei 2011 Lapangan Terbang, Sungai

Petani, Kedah

Jadual 5.1 menunjukkan prosedur tindakan yang digunakan untuk

melaksanakan kajian tindakan ini. Merujuk kepada jadual di atas, saya akan

melakukan 3 kali sesi pengajaran dan pembelajaran sebelum melakukan ujian

pos kepada murid-murid. Pada setiap kali selepas sesi pengajaran dan

pembelajaran di jalankan, saya akan melakukan satu permainan kecil bola

jaring selama 20 minit di mana orang ketiga yang di pertanggungjawabkan

33
iaitu rakan praktikum akan membantu saya mencatatkan bilangan gerak kaki

yang di lakukan oleh setiap pemain. Ini adalah untuk melihat peningkatan dan

kemajuan yang dicapai oleh murid-murid pada setiap kali sesi latihan ini di

jalankan.

34
5.2 Perincian tindakan

Jadual 5.2 : Cara pelaksanaan Teknik latihan ansur maju “pacak dan pusing”

Cara Pelaksanaan latihan ansurmaju “pacak dan pusing”

Set 1 : latihan ansur maju tanpa bola

Set 2 : latihan ansur maju menggunakan bola

Setiap aktiviti di dalam setiap set akan di ulang sebanyak 3 kali

Bil. Ansurmaju Prosedur Pelaksanaan

1. Berjalan 1. Murid mendengar wisel daripada guru.

2. Apabila wisel ditiup, murid perlu

berjalan ke arah hadapan mereka.

3. Apabila wisel ditiup kali kedua,murid

dikehendaki berhenti dengan serta merta

dan perlu memacakkan kaki yang terawal

diletakkan ke tanah.

4. Apabila wisel kali ketiga ditiup, murid

perlu memusingkan badan ke arah

belakang (arah di mana mereka bermula

tadi).Kaki masih terpacak.

5. Apabila wisel kali keempat ditiup,murid

perlu berjalan semula.

35
2. Berlari perlahan 1. Aktiviti diteruskan dengan menukar teknik

(slow jog) pergerakan.

Dengan cara dan arahan yang sama seperti yang

tercatat pada nombor 1 – 5 di atas, murid-murid

perlu berlari perlahan (slow jog).

3. Melompat 1. Aktiviti di teruskan dengan menukar teknik

pergerakan.
- Mendarat

menggunakan Dengan cara dan arahan yang sama seperti yang

sebelah kaki tercatat pada nombor 1 – 5, murid-murid perlu

berlari perlahan (slow jog) dan melompat seperti


- mendarat
menerima bola apabila wisel ditiup.
menggunakan

dua belah kaki

 Pentadbiran instrumen seperti pemerhatian pada sesi latihan di

lakukan oleh pihak ketiga.

 Pemerhatian pada sesi penilaian iaitu pertandingan persahabatan

antara murid-murid dan guru-guru Sek. Keb. Kem Lapangan terbang

akan dijalankan sendiri oleh saya menggunakan borang senarai

semak.

 Alatan yang digunakan bagi sesi latihan ini ditunjukkan pada jadual

10 di bawah.

36
Jadual 5.3 : Alatan yang digunakan

Bil. Alatan-alatan yang berkaitan Kuantiti Jumlah

1. Bola jaring 7 biji 7

2. Wisel 1 1

3. Kon besar 4 4

4. Kon kecil 14 14

5. bip 1 set 1 set

Jadual 5.3 menunjukkan alatan yang akan di gunakan pada setiap kali

sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Semua alatan ini saya ambil

daripada stor sukan sekolah ini sendiri. Di sebabkan sesi pengajaran dan

pembelajaran ini berlaku pada waktu petang, saya telah meminta kebenaran

daripada pihak sekolah dan guru yang mengajar stor sukan untuk membawa

keluar barang-barang ini dan di letakkan di bilik guru selama 2 minggu itu.

37
5.3 Cara mengumpul Data

Saya telah memilih kaedah pengumpulan data yang amat sesuai untuk

menjawab segala persoalan di dalam soalan kajian ini iaitu adakah

penggunaan kaedah ansur maju ini dapat meningkatkan kemahiran murid-

murid dalam menguasai kemahiran gerakan kaki sekaligus dapat

mengurangkan kesalahan gerak kaki di dalam permainan bola jaring. Saya

mengkaji amalam diri saya sendiri melalui 3 cara iaitu:

 Ujian kemahiran – ujian pra dan ujian pos

 Pemerhatian melalui:

o Pihak ketiga

 Soal selidik

5.3.1 Ujian-ujian kemahiran

Saya menggunakan tiga kali ujian kemahiran kepada murid-murid

iaitu pertama ialah ujian pra - ujian sebelum melakukan tindakan

teknik latihan ansur maju. Tujuannya adalah untuk mendapatkan

gambaran tentang tahap pencapaian murid terhadap kemahiran

gerakan kaki itu. Ujian kemahiran yang kedua ialah semasa

melakukan teknik latihan ansur maju. Maksudnya ialah, selepas setiap

ansur maju telah di buat, saya akan membuat satu permainan kecil

bola jaring. Tujuannya adalah untuk melihat secara kasar peningkatan

kemahiran gerakan kaki yang telah dikuasai oleh murid-murid

tersebut. Ujian kemahiran yang ketiga ialah ujian pos, iaitu selepas

melakukan 3 kali latihan teknik ansur maju. Tujuannya adalah untuk

38
menggambarkan pencapaian murid-murid terhadap masalah gerak

kaki setelah diberikan rawatan dan pengajaran.

5.3.2 Pemerhatian

Pemerhatian merupakan proses yang meneliti situasi atau kejadian

secara kritikal. Pemerhatian yang saya gunakan ini ialah pemerhatian

melalui orang ketiga.

Tujuan dijalankan pemerhatian daam kajian ini adalah untuk

mendapatkan maklumat tentang perlakuan pengajaran diri saya

sendiri dan juga memerhati bilangan kesalahan gerak kaki yang

dilakukan oleh murid-murid. Guru Bola Jaring sekolah ditugaskan

untuk memerhatikan pengajaran diri saya dengan mencatatkan item-

item tertentu dalam borang yang telah saya sediakan. Rujuk lampiran

3. Pemerhatian dilakukan sebanyak tiga kali, iaitu dalam tempoh masa

dua minggu. Melalui pemerhatian ini, banyak aspek yang dapat saya

perhatikankan iaitu:

 Bagaimana pengelolaan kelas saya?

 Bagaimana pengelolaan aktiviti yang saya laksanakan?

 Adakah aktiviti yang telah saya jalankan sesuai atau tidak?

 Adakah perancangan yang saya rancang telah dilaksanakan

secara rapi ataupun tidak?

 Adakah objektif kajian yang saya ingin capai relevan atau

tidak?

 Adakah interaksi antara saya dan murid-murid berkesan?

39
Pemerhatian ini juga melibatkan seorang lagi pemerhati (rakan

praktikum yang yang juga terlibat dalam kajian) ditugaskan

mencatatkan berapakah bilangan gerak kaki yang di lakukan oleh

murid-murid. Pemerhatian adalah berdasarkan kepada berapakah

bilangan kesalahan gerak kaki yang telah dilakukan oleh murid-murid

pada setiap sesi permainan kecil selepas latihan teknik ansur maju

“pacak dan pusing” di lakukan.

5.3.3 Soal selidik

Soal selidik merupakan satu daripada cara yang paling mudah

untuk memperoleh data yang saya perlukan. Saya telah menyediakan

soalan soal selidik untuk diberikan kepada murid-murid. Rujuk

lampiran 2. Ia adalah untuk mendapatkan maklum balas tentang

pengajaran saya dan kesulitan-kesulitan yang mereka telah hadapi.

Saya telah meminta rakan praktikum saya iaitu saudari Nurul Azimah

Binti Sulaiman untuk menjalankan sesi menjawab soalan soal selidik

dengan murid-murid untuk memastikan murid-murid dapat

menyatakan dengan bebas isi hati mereka tanpa rasa di kongkong oleh

sesiapa.

Soalan soal selidik adalah disediakan oleh saya dengan

bantuan pensyarah penyelia daripada Jabatan PJSS IPG Kampus

Sultan Abdul Halim. Murid-Murid dikehendaki melengkapkan borang

soal selidik setelah menjalani rawatan. Soal selidik ini mempunyai 10

item dan dibahagikan kepada 2 bahagian utama iaitu Bahagian A dan

Bahagian B.

40
Jadual 5.4 : Taburan Set Borang Kaji Selidik

Bahagian Data Item/ Gambar

rajah

Bahagian A Amalan pengajaran guru 4 Item

Bahagian B Kaedah latihan yang 5 item

dilaksanakan

JUMLAH 9 Item

Jadual 5.4 menunjukkan item-item yang terdapat di dalam borang soal

selidik. Rujuk lampiran 2. Bahagian A pula mempunyai 4 item soal selidik

yang terdiri daripada soalan-soalan tentang amalan pengajaran guru.

Bahagian B pula mempunyai 5 item soal selidik yang terdiri daripada soalan-

soalan yang berkaitan kaedah ansur maju yang telah dilaksanakan. Dapatan

soal selidik dapat membantu mengukuhkan dapatan sedia ada. Sebagai alat

kajian, soal selidik juga dapat menilai elemen sejauh mana keberkesanan dan

penerimaan teknik latihan ansur maju ‘pacak dan pusing” kepada murid-

murid setelah ianya berlaku. Sejumlah 7 set borang soal selidik diedarkan

kepada 7 orang murid-murid

41
6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

6.1 Analisis ujian kemahiran

Pengumpulan data dilakukan melalui ujian kemahiran. Saya

mengamati kemahiran yang ingin dikaji berdasarkan kriteria yang telah di

fokuskan iaitu kesalahan gerak kaki. Memandangkan penyelidikan yang

dijalankan melibatkan kesalahan gerak kaki murid-murid, saya membuat

catatan pada borang senarai semak yang berkenaan. Pemerhatian secara

berstruktur dilaksanakan dengan menggunakan borang senarai semak untuk

melihat bilangan kesalahan gerak kaki yang dilakukan oleh murid-murid.

Data dianalisis secara deskriptif menggunakan jadual dan rajah perbandingan.

42
Jadual 6.1 : Data mentah analisis ujian kemahiran pada 3 kali sesi latihan

Separuh masa pertama

Posisi Sesi latihan ke :

1 2 3

C 6 4 3

WA 4 4 4

WD 4 3 2

GA 5 4 4

GS 5 4 3

GD 4 4 4

GK 4 4 4

Separuh masa kedua

C 5 3 2

WA 3 3 3

WD 3 2 1

GA 4 3 3

GS 4 3 2

GD 3 3 3

GK 4 3 3

Jumlah 58 51 41

43
58
60
51
50
41
40
BILANGAN
KESALAHAN 30
GERAK KAKI
20

10

0
1 2 3
SESI LATIHAN

Rajah 6.1 : Perbandingan jumlah bilangan kesalahan gerak kaki yang di

lakukan oleh 7 orang pemain pada sesi latihan 1,2 dan 3

Rajah 6.1 menunjukkan perbandingan jumlah bilangan kesalahan

gerak kaki yang di lakukan oleh 7 orang pemain pada sesi latihan 1, 2 dan 3.

Jika di lihat kepada graf di atas, bilangan gerak kaki yang telah di lakukan

oleh murid-murid semakin berkurang dari sesi latihan ke 1, ke 2 dan

seterusnya ke 3. Pada sesi latihan pertama, keseluruhan pemain-pemain telah

melakukan sebanyak 58 kali gerak kaki. Bilangan gerak kaki pada sesi latihan

pertama telah menunjukkan sedikit perubahan daripada jumlah bilangan

kesalahan pada ujian pra. Ini menunjukkan petanda yang agak baik untuk

meningkatkan lagi prestasi pemain-pemain. Pada sesi latihan ke 2, terdapat

peningkatan kepada pretasi pemain-pemain ini. Bilangan kesalahan gerak

kaki yang telah di lakukan oleh pemain-pemain turun kepada 51 kali gerak

kaki. Pengurangan bilangan gerak kaki sebanyak 7 kali daripada sesi latihan

1. Peningkatan yang baik ini telah menunjukkan murid-murid faham dan

44
senang mengikuti teknik latihan ansur maju pacak dan pusing ini. Pada sesi

latihan ke 3, pengurangan kesalahan gerak kaki yang ketara berlaku dari

minggu ke 2. 10 kali bilangan gerak kaki di kurangkan iaitu dari 51 kali ke 41

kali bilangan kesalahan. Ini menunjukkan murid-murid semakin mahir dan

faham dengan permainan gerakan kaki yang betul sewaktu bermain bola

jaring. Ini sekaligus menunjukkan teknik ansur maju ini telah berjaya

mengubah kemahiran-kemahiran murid yang sebelum ini tidak mengetahui

gerakan kaki yang betul ketika menerima bola,mendarat dan melakukan

kesalahan gerak kaki. Prinsip ansur maju yang telah di terapkan ini mampu

menyediakan peluang kepada murid-murid untuk memahami serta

mempraktikkan teknik/kemahiran sedia ada di dalam satu-satu permainan

tersebut. Seperti yang kita ketahui, teknik ansur maju ini sebenarnya

dilakukan dalam jangka waktu yang konsisten dan sistematik.

45
Jadual 6.2 : Data mentah analisis ujian pos

Perlawanan Persahabatan dengan guru-guru Sekolah Kebangsaan Kem

Lapangan Terbang

Posisi Bilangan kesalahan gerak kaki

Separuh masa pertama Separuh masa kedua

C 2 1

WA 2 1

WD 2 1

GA 2 1

GS 1 0

GD 1 0

GK 2 1

jumlah 12 5

Jadual 6.2 menunjukkan data mentah yang diperolehi pada ujian pos iaitu

perlawanan persahabatan antara guru-guru Sekolah Kebangsaan Kem Lapangan

Terbang pada 18 Mei 2011. Data mentah ini akan dianalisiskan ke dalam bentuk

rajah di mana perbandingan bilangan kesalahan gerak kaki yang di lakukan oleh

murid-murid akan lebih ketara di tunjukkan pada ujian pra dan ujian pos. Rujuk

rajah 5.

46
Jadual 6.3 : Data mentah bilangan kesalahan gerak kaki dalam ujian pra dan ujian

pos mengikut posisi

Posisi Ujian pra Ujian pos

C 13 3

WA 9 3

WD 9 3

GA 14 3

GS 7 1

GD 9 1

GK 9 3

jumlah 70 17

47
16

14

12

10
BILANGAN
KESALAHAN 8
GERAK KAKI UJIAN PRA
6 UJIAN POS

0
C WA WD GA GS GD GK
POSISI

Rajah 6.2 : Perbandingan jumlah bilangan kesalahan gerak kaki pada ujian pra dan

ujian pos mengikut posisi

Rajah 6.2 menunjukkan perbandingan jumlah bilangan kesalahan gerak kaki

pada ujian pra dan ujian pos mengikut posisi. Jika di lihat secara pandangan mata

kasar, terdapat perubahan yang amat ketara di lakukan oleh murid-murid pada ujian

pra dan ujian pos. Perbandingan yang ketara selepas mendapat rawatan ini

membuatkan kemahiran murid-murid menguasai permainan bola jaring ini semakin

menunjukkan peningkatan. Merujuk kepada rajah 5 di atas, setiap posisi telah

melakukan banyak peningkatan pada ujian pra dan juga ujian pos. Peningkatan yang

ketara di lakukan oleh posisi GA di mana pada ujian pra, 14 kali kesalahan telah di

lakukan tetapi pada ujian pos, hanya 3 kali kesalahan gerak kaki yang telah di

lakukan. Perbezaan sebanyak 11 angka ini menyebabkan ianya akan memberi kesan

yang amat baik kepada pasukan bola jaring ini kerana posisi GA sememangnya amat

penting di dalam permainan ini. Apabila GA tidak dapat menguasai teknik gerak kaki

48
ini dengan baik, peluang untuk menjaringkan gol amat susah. Tetapi apabila sudah di

beri rawatan ini, posisi GA telah menunjukkan peningkatan yang sangat baik.

Bagi posisi C, peningkatan yang amat baik telah di lakukan. Pada ujian pra,

13 kesalahan gerak kaki telah di lakukan di mana ianya merupakan bilangan

kesalahan yang paling banyak di lakukan oleh pemain-pemain. Tetapi selepas

mendapat rawatan ansur maju ini, bilangan gerak kaki yang di lakukan telah

menurun kepada 3 kali sahaja. Peningkatan sebanyak 10 angka ini menunjukkan

hasil yang sangat baik. Perubahan yang baik ini sebenarnya telah dapat mengubah

nasib pasukan bola jaring ini. Ini adalah kerana C bertindak sebagai penyerang dan

juga penghadang. Pemain ini juga dianggap sebagai penghubung di antara kawasan

pertahanan dengan kawasan gol. Pemain ini juga telah banyak melakukan perubahan

kerana dia telah menyedari bahawa posisinya merupakan seorang yang menjadi

penggerak pasukannya apabila melakukan hantaran tengah atau hantaran mula. Di

sebabkan pemain ini boleh bergerak ke semua kawasan gelanggang kecuali ke dalam

bulatan jaringan kawasan sendiri atau kawasan lawan. Oleh yang demikian, pemain

ini telah menyedari bahawa posisinya di perlukan untuk tidak melakukan kesalahan

gerak kaki untuk mengelakkan berlakunya sebarang peluang untuk bola di hantar ke

kawasan gol untuk dijaringkan.

Bagi posisi WA dan WD, perubahan yang di lakukan adalah berkadar sama.

Pada ujian pra, masing-masing melakukan sebanyak 9 kali bilangan kesalahan gerak

kaki. Peningkatan telah di lakukan pada ujian pos di mana bilangan kesalahan gerak

kaki turun kepada 3 kali kesalahan sahaja. Peningkatan sebanyak 6 angka ini

menunjukkan teknik ansur maju ini dapat mengubah dan memperbaiki kemahiran

mereka di dalam permainan bola jaring.

49
Bagi posisi GS, sewaktu ujian pra telah melakukan 7 kesalahan gerak kaki.

Akan tetapi setelah diberikan rawatan, GS telah berjaya mengurangkan bilangan

kesalahan gerak kaki. Semasa ujian pos, GS hanya melakukan sekali sahaja

kesalahan gerak kaki. Hal ini menunjukkan bahawa GS telah memahami bahawa

gerak kaki memainkan peranan yang amat penting semasa permainan bola jaring.

Jika dia berjaya mengurangkan bilangan kesalahan yang dilakukan,maka hasil secara

tidak langsung akan mempengaruhi keputusan perlawanan. Ini juga menunjukkan

bahawa teknik ansur maju yang dilakukan berkesan dalam mengurangkan kesalahan

gerak kaki terhadap GS.

Bagi GD pula, sewaktu ujian pra telah mencatatkan sebanyak 9 kali. Jumlah

yang banyak ini mampu memberikan peluang kepada pihak lawan untuk mennguasai

bola seterusnya menjaringkan gol. Tetapi setelah diberikan rawatan,GD berjaya

mengurangkan bilangan kesalahan gerak kaki kepada sekali sahaja. Statistik ini

menunjukkan bahawa cara rawatan yang diberikan memainkan peranan yang besar

dalam mempengaruhi cara permainan GD. Secara tidak langsung, perkara ini akan

dapat membantu GD meningkatkan cara serta kualiti permainannya dan seterusnya

membantu kejayaan pasukan.

Bagi posisi GK pula,kesalahan gerak kaki yang dilakukan semasa ujian pra

adalah sebanyak 9 kali. Hal ini mampu memberi kelebihan kepada pasukan lawan

kerana GK merupakan pemain yang mengawasi GS pasukan lawan. Secara tidak

langsung,GK merupakan pemain terakhir pasukan. Namun setelah diberikan rawatan,

GK tersebut berjaya mengurangkan bilangan kesalahan gerak kaki kepada 3 kali

sahaja. Pengurangan kesalahan gerak kaki ini memberi satu kelebihan kepada

pasukan sendiri kerana GK merupakan pemain yang bertanggungjawab merampas

bola yang dihantar kepada GS dan GD pasukan lawan.

50
6.2 Analisis data soal selidik

Data di kutip dan di analisis melalui borang soal selidik yang telah

diisi oleh 7 orang murid-murid. Pada Bahagian A dan B, data dikutip melalui

perbezaan markah yang diperolehi setiap responden sebelum rawatan dan

selepas rawatan diberikan. Data daripada soal selidik merupakan sumber

primer. Maklumat mempunyai kesahihan yang tinggi berbanding sumber

sekunder kerana maklumat diperolehi secara langsung daripada subjek yang

dikaji (Mohd Majid, 1990).

Petunjuk:

1. Sangat tidak setuju

2. Tidak setuju

3. Kurang setuju

4. Setuju

5. Sangat setuju

51
Analisis Bahagian A = Amalan Pengajaran Guru

Jadual 6.4 : Analisis data mentah borang kaji selidik 2 Bahagian A

SKALA 1 2 3 4 5

ITEM (BILANGAN
Min
MURID)

1 Guru menggunakan bahasa/arahan yang mudah 7 5

difahami semasa memberi penerangan

2 Guru memberi tumpuan kepada setiap murid 2 5 5

setiap masa

3 Guru memberikan teguran secara berhemah 5 2 4

apabila berlaku kesalahan

4 Suara guru adalah jelas apabila memberikan 3 4 5

arahan

SKALA 3
sebelum
2 selepas
1

0
1 2 3 4
ITEM

Rajah 6.3 : Perbandingan skala yang diperolehi bagi soalan kaji selidik Bahagian A

sebelum dan selepas teknik latihan ansur maju

52
Rajah 6.3 di atas menunjukkan perbandingan skala yang diperolehi bagi

soalan kaji selidik Bahagian A sebelum dan selepas teknik latihan ansur maju. Jika

hendak dibandingkan respon murid-murid pada sebelum dan selepas rawatan di

berikan, terdapat peningkatan positif kepada jawapan murid-murid berikan terhadap

amalan pengajaran saya.

Jika dilihat kepada soalan/item no 1, murid-murid sangat bersetuju apabila

saya menggunakan bahasa/arahan yang mudah difahami semasa memberi

penerangan. Ini menunjukkan perubahan atau peningkatan yang sangat baik kerana

pada sesi latihan sebelum rawatan, murid-murid kurang setuju sekiranya saya telah

memberikan arahan/bahasa yang mudah. Di sini terbukti bahawa faktor ini

merupakan salah satu punca yang menyebabkan murid-murid tidak dapat memahami

setiap arahan yang telah saya berikan. Tetapi setelah saya memahami masalah ini,

akhirnya saya telah mendapat hasil yang “lumayan”.

Bagi item/soalan no 2, murid-murid mengatakan sangat bersetuju apabila

saya memberi tumpuan kepada setiap murid pada setiap masa. Berbeza dengan

jawapan murid-murid bagi amalan pengajaran saya sebelum rawatan, murid-murid

tidak setuju yang saya telah memberikan tumpuan kepada setiap murid. Perubahan

yang wujud dan positif ini wujud kerana datangnya kesedaran di dalam diri saya di

mana saya merasakan ada di antara murid-murid yang tidak mendapat perhatian

daripada saya. Tumpuan daripada guru sebenarnya penting kerana setiap teguran dan

nasihat daripada kita akan dapat menaikkan semangat murid-murid untuk terus

berubah.

Bagi item/soalan 3, murid-murid bersetuju bahawa saya telah memberikan

teguran secara berhemah. Pada sesi latihan sebelum rawatan, murid-murid sebulat

53
suara mengatakan bahawa saya tidak memberikan teguran dan nasihat secara lembut

dan baik apabila mereka melakukan kesalahan dan kesilapan. Ini bermaksud,

sebelum ini, saya lebih menggunakan emosi apabila menegur murid-murid. Ini

menyebabkan murid-murid tidak dapat memahami apa yang di tegur dan sekaligus

menyebabkan mereka telah melakukan kesilapan yang berulang. Sekarang baru saya

dapat bayangkan bagaimana perasaan murid-murid apabila di tegur oleh saya. Ini

juga merupakan faktor penyumbang kenapa sesi latihan sebelum ini saya gagal. Oleh

yang demikian, saya perlu meneruskan amalan pengajaran yang sebegini untuk

memastikan setiap apa yang saya jalankan akan berjaya.

Bagi item/soalan no 4, murid-murid sangat bersetuju apabila suara yang saya

gunakan jelas apabila memberikan arahan. Terdapat juga peningkatan kepada item

ini kerana sebelum rawatan, murid-murid hanya bersetuju apabila suara yang saya

gunakan jelas. Seperti yang saya katakan, saya tiada masalah dengan nada suara yang

saya ada. Walaupun saya mengajar satu kelas yang mempunyai 40 orang murid-

murid di padang, tiada lagi setakat ini murid-murid yang komen suara saya tidak di

dengari.

54
Analisis bahagian B = kaedah latihan yang dilaksanakan

Jadual 6.5 : Analisis data mentah kaji soal selidik 2 Bahagian B

SKALA 1 2 3 4 5

ITEM (BILANGAN
Min
MURID)

1 Teknik latihan ini mudah difahami 5 2 4

2 Teknik latihan ini mudah untuk dilaksanakan 5 2 4

3 Teknik latihan itu memerlukan masa yang 1 3 3 4

sesuai untuk dilaksanakan

4 Alatan yang digunakan adalah mengcukupi dan 2 5 5

sesuai

5 Mudah untuk mengaplikasikan teknik ini di 2 5 5

dalam permainan Bola Jaring

55
6

SKALA 3
sebelum
2 selepas
1

0
1 2 3 4 5
ITEM

Rajah 6.4 : Perbandingan skala yang diperolehi bagi soalan kaji selidik

Bahagian B sebelum dan selepas teknik latihan ansur maju

Rajah 6.4 di atas menunjukkan Perbandingan skala yang diperolehi bagi

soalan kaji selidik Bahagian B sebelum dan selepas teknik latihan ansur maju iaitu

teknik latihan yang telah saya gunakan kepada murid-murid semasa sesi latihan

dijalankan. Teknik latihan yang saya jalankan semasa rawatan ialah teknik latihan

ansur maju- “pacak dan pusing”.

Bagi item/soalan no 1, murid-murid telah bersetuju bahawa teknik latihan

ansur maju ini mudah untuk di fahami. Teknik latihan yang saya terapkan ini

sememangnya satu perkara yang sangat asas bermula daripada aktiviti-aktiviti yang

mudah. Teknik latihan ini di buat sesuai dengan aras murid-murid. Berbeza dengan

teknik latihan yang saya gunakan sebelum ini yang tidak berpandukan kepada

prinsip-prinsip latihan yang sepatutnya. Saya lebih menjurus kepada penerangan

kepada murid-murid mengikut teori dan terus melakukan permainan tanpa mengajar

peringkat demi peringkat ataupun menggunakan prinsip ansur maju. Buktinya murid-

murid sangat tidak setuju bahawa sesi latihan sebelum ini mudah. Peningkatan yang

56
ketara ini boleh saya aplikasikan untuk saya apabila mengajar kemahiran-kemahiran

lain di dalam apa juga sukan/permainan.

Bagi item/soalan no 2, murid-murid bersetuju apabila teknik latihan ansur

maju ini mudah untuk dilaksanakan. Latihan ansur maju yang melibatkan aktiviti-

aktiviti yang lebih mudah kepada aktiviti-aktiviti yang susah memudahkan murid-

murid memahami teknik yang ingin saya ajarkan kepada mereka. Seperti yang kita

ketahui, murid-murid memerlukan masa untuk memahami sesuatu perkara yang baru.

Oleh itu, saya tidak terlalu memberi tekanan kepada mereka. Saya telah mengajar

teknik latihan ini satu demi satu. Berbeza dengan jawapan murid-murid sebelum ini

di mana mereka tidak bersetuju bahawa teknik yang saya gunakan pada sesi latihan

senang untuk di fahami. Ini bermaksud, teknik yang saya terapkan sebelum lebih

kepada teori dan tidak menepati citarasa murid-murid.

Bagi item/soalan no 3, murid-murid telah bersetuju bahawa teknik latihan itu

memerlukan masa yang sesuai untuk dilaksanakan. Berbeza dengan teknik latihan

yang saya gunakan sebelum ini yang tidak tetap, kadang-kadang saya mengambil

masa yang terlalu singkat, kadang-kadang saya mengambil masa yang terlalu lama.

Jadi, tidak hairanlah murid-murid tidak bersetuju apabila saya telah menggunakan

masa yang sesuai untuk menjalankan sesi latihan kepada murid-murid. Perubahan

kepada teknik latihan ansur maju ini mendapat sambutan daripada murid-murid di

mana masa yang saya gunakan tidak terlalu singkat dan terlalu lama. Untuk

menjalankan sesi latihan ini, saya telah gunakan masa selama sejam untuk

melaksanakan teknik ansur maju ini dan sebelum melaksanakan permainan kecil bola

jaring selama 20 minit, saya telah memberi rehat kepada murid-murid selama 10

minit. Tetapi sebelum ini, saya hanya mengambil masa yang sedikit sahaja untuk

berlatih di mana saya hanya hanya fokuskan kepada permainan kecil. Murid-murid

57
hanya banyak bermain dan tidak di beri penekanan kepada proses untuk mengubah

kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan.

Bagi item/soalan no 4, murid-murid sangat bersetuju apabila saya

menyediakan alatan yang cukup dan bersesuaian. Persiapan yang rapi telah dibuat

oleh saya sebelum setiap kali menjalankan sesi latihan ini. Tetapi sebelum rawatan di

jalankan, murid-murid tidak bersetuju saya telah menyediakan alatan yang cukup dan

sesuai. Ini adalah kerana saya hanya mengambil peranan sebagai jurulatih ini sekadar

“melepaskan batuk di tangga sahaja”. Tetapi apabila menyedari bahawa sikap ini

tidak sepatutnya berlaku dan boleh membawa impak yang besar kepada murid-

murid, saya telah mengubahnya. Walaupun ianya hanya sekadar alatan/kelengkapan

untuk murid-murid menjalani latihan, ia akan member kesan kepada murid-

murid.Contohnya apabila bola tidak mengcukupi, ia akan menyusahkan murid-murid

untuk melakukan sesi latihan dan sesi latihan akan sentiasa terganggu. Oleh itu,

persiapan rapi yang telah saya buat semasa sesi latihan ini telah menampakkan

hasilnya.

Bagi item/soalan no 5, murid-murid telah bersetuju bahawa teknik ansur maju

“pacak dan pusing” ini mudah untuk di aplikasikan di dalam permainan Bola Jaring.

Kemahiran-kemahiran yang di ajar di dalam teknik latihan ansur maju ini semuanya

berlaku di dalam permainan sebenar. Jadinya, ianya mudah di gunakan oleh murid-

murid apabila bermain pada permainan sebenar. Berbeza dengan teknik yang saya

gunakan sebelum ini, saya tidah tertumpu kepada teknik latihan sebenar. Saya hanya

menggunakan teknik latihan yang saya terlintas di dalam fikiran tanpa mengambil

kira keesannya kepada prestasi murid-murid selepas menjalankan sesi latihan ini.

Jadinya, tidah hairanlah murid-murid masih berada di takuk yang lama. Murid-murid

tidak dapat mengaplikasikan latihan yang saya gunakan di dalam permainan sebenar.

58
Silapnya pada latihan yang tiada kaitan dan kena mengena telah di jalankan. Oleh

yang demikian, penting bagi saya untuk melihat kesan latihan kepada murid-murid.

6.3 Analisis pemerhatian

Pengumpulan data dilakukan melalui instrumen pemerhatian

menggunakan borang senarai semak. Rujuk lampiran 3. Pihak ketiga yang

terlibat untuk memerhati amalan pengajaran diri saya ialah guru bola jating

sekolah. Borang senarai semak terdiri daripada data dianalisis secara

deskriptif menggunakan jadual dan graf.

Jadual 6.6 : Data mentah analisis pemerhatian amalan pengajaran guru

pada tiga kali sesi latihan

No. Sesi latihan 1 2 3

Item Markah

1. Pengelolaan murid- 4 5 9

murid

2. Pengelolaan aktiviti 5 7 9

3. Arahan yang jelas dan 5 7 9

mudah di fahami

4. Suara 6 7 10

5. Penggunaan ruang yang 8 9 10

baik

Jumlah 28 36 50

59
60

50

40

MARKAH 30

20

10

0
1 2 3
SESI LATIHAN

Rajah 6.5 : Perbandingan markah keseluruhan yang di perolehi bagi

analisis pemerhatian amalan pengajaran guru bagi ketiga-tiga sesi

latihan

Rajah 6.5 di atas menunjukkan perbandingan markah keseluruhan

yang diperolehi bagi untuk instrumen pemerhatian bagi menilai amalan

pengajaran diri saya bagi ketiga-tiga sesi latihan.

Semasa saya menjalankan sesi latihan yang pertama,saya diberi

markah keseluruhan sebanyak 28 daripada 50 markah penuh. Oleh kerana ini

merupakan kali pertama saya dinilai,maka masih banyak kekurangan yang

dikenalpasti oleh guru bola jaring. Semasa minggu kedua,saya telah

memperolehi sebanyak 35 markah dan semasa latihan ketiga saya

memperolehi 50 markah. Peningkatan perolehan didapati pada setiap minggu

pengajaran dan pembelajaran saya. Beberapa aspek telah dinilai semasa saya

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

60
Aspek pertama yang dinilai ialah cara saya mengelolakan murid-

murid. Semasa sesi latihan 1, saya telah mendapat skor sebanyak 4 daripada

10. Hal ini menunjukkan bahawa cara pengelolaan murid-murid yang saya

kendalikan berada di tahap lemah. Hal ini mungkin disebabkan ini merupakan

kali pertama sesi latihan dijalankan jadi saya masih tidak dapat menyesuaikan

diri dengan murid-murid. Saya juga berasa kekok kerana perlu mengajar

murid bermula daripada teknik asas. Guru bola jaring banyak memberikan

teguran kerana murid-murid tidak mengikut arahan seperti yang diarahkan.

Semasa sesi latihan 2, aspek pengelolaan murid-murid yang saya kendalikan

telah menunjukkan sedikit peningkatan. Saya telah berjaya meningkatkan

markah dari lemah kepada sederhana. Saya telah mendapat 5 daripada 10

markah. Hal ini mungkin berlaku kerana hubungan saya dengan murid-murid

semakin menunjukkan keserasian dan memudahkan saya mengawal mereka.

Semasa sesi latihan yang ke-3, guru bola jaring telah memuji saya kerana

berjaya mengelolakan murid-murid dengan amat cemerlang. Beliau

memberikan saya markah 9 daripada 10. Peningkatan yang ditunjukkan ini

diperolehi kerana murid-murid memberikan kerjasama yang sangat baik dan

pendekatan yang saya gunakan sesuai dengan kehendak murid.

Aspek kedua yang telah dinilai ialah dari segi saya mengelolakan

aktiviti. Pada sesi latihan yang 1, saya telah mendapat markah yang sederhana

iaitu sebanyak 5 markah. Tetapi pada sesi latihan yang kedua, markah yang

saya perolehi telah meningkat kepada 7 markah di mana peningkatan

sebanyak 2 markah. Ianya kerana selepas sesi latihan 1, saya telah di beti

teguran tentang cara saya mengelolakan dah menguruskan aktiviti ansur maju

yang saya laksanakan. Saya tidak membuat perancangan yang rapi sebelum

61
mengelolakan aktiviti tersebut. Tetapi setelah di beri teguran dan tunjuk ajar,

saya telah mengubah cara saya melaksanakan aktiviti sebelum,semasa dan

selepas aktiviti berlaku. Peningkatan ini semakin menampakkan hasil pada

sesi latihan 3. Saya telah mendapat markah yang cemerlang iaitu sebanyak 9

markah.

Aspek ketiga yang di perhatikan ialah cara saya menyampaikan

arahan kepada murid-murid. Pada sesi latihan yang 1, saya telah diberi

markah yang sederhana iaitu sebanyak 5 markah. Tetapi pada sesi latihan

yang 2, berlaku peningkatan ke atas item ini. Ini bermaksud, pada sesi latihan

1, guru Bola Jaring tidak berapa puashati dan bersetuju bahawa cara saya

menyampaikan arahan kepada murid-murid. Arahan yang saya berikan

kepada murid-murid kurang jelas jelas dan dan tidak mudah untuk di fahami.

Ini kerana ini merupakan kali pertama saya melatih murid-murid dengan

teknik latihan yang baru. Berikut merupakan teguran daripada guru bola

jaring ini “Walaupun ia melibatkan murid-murid darjah 5 dan darjah 6,

arahan yang sepatutnya di beri haruslah ringkas dan senang untuk di

laksanakan oleh murid-murid”. Saya telah menerima teguran ini dengan baik.

Pada sesi latihan yang ketiga, berlaku peningkatan kepada cara saya

memberikan arahan. Ini di buktikan apabila saya telah mendapat markah yang

cemerlang daripada guru bola jaring.

Aspek keempat yang diperhatikan ialah suara yang saya lontarkan

kepada murid-murid. Seperti yang kita ketahui, keadaan padang yang luas

membolehkan suara kita akan tenggelam dan tidak dapat di dengari oleh

murid-murid. Tetapi dengan cara dan teknik yang betul, suara akan dapat di

62
dengari sekiranya menggunakan teknik lontaran yang betul. Bagi item ini,

saya tidak mempunyai sebarang masalah yang serius kerana sememangnya

saya telah di kurniakan dengan suara yang kuat dan jelas. Pada sesi latihan 1,

saya telah mendapat markah yang sederhana, ini di sebabkan oleh keadaan

diri saya yang tidak berapa sihat ketika itu. Ini menyebabkan komunikasi

dengan murid-murid sedikit terganggu. Tetapi pada sesi latihan ke 2 dan ke 3,

masing-masing saya telah memperolehi markah yang cemerlang iaitu 7 dan

10 markah.

Aspek kelima yang di perhatikan ialah cara saya menggunakan ruang

semasa sesi latihan di jalankan. Ini bermaksud, cara saya menggunakan ruang

padang untuk setiap aktiviti dan adakah ianya sesuai dengan bilangan 7 orang

murid tersebut. Untuk aspek ini, saya juga tidak mempunyai masalah. Guru

bola jaring telah memberi pujian kepada saya. Beliau berkata, “saya suka

dengan cara awak menggunakan ruang, awak bukan sahaja tertumpu kepada

satu-satu kawasan sahaja, tetapi awak telah menggunakan keseluruhan

padang bola jaring ini”. Oleh yang demikian, saya telah mendapat markah

yang cemerlang bagi setiap sesi latihan dan ianya meningkat dari sesi latihan

1, 2 dan 3. Markah yang saya perolehi masing-masing ialah sebanyak 8, 9

dan 10 markah.

63
7.0 DAPATAN

7.1 Rumusan / Refleksi Selepas Dapatan Kajian

Dalam kajian ini terdapat beberapa persoalan yang dikemukakan.

Berdasarkan data-data analisis yang telah diperoleh dan dijelas hasil dapatan dalam

bahagian yang lalu, didapati bahawa amalan pengajaran guru dan teknik latihan

ansur maju “pacak dan pusing” mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap

kemahiran yang dapat dikuasai oleh pemain-pemain bola jaring ini. Hasil dapatan

juga dapat dirumuskan bahawa melalui latihan teknik ansur maju ini dapat

meningkatkan kemahiran murid-murid menguasai teknik gerakan kaki sekaligus

dapat mengurangkan kesalahan murid-murid melakukan gerak kaki.

Dapatan analisis data daripada ujian pos menunjukkan peningkatan yang

semakin cemerlang di lakukan oleh murid-murid jika hendak dibandingkan dengan

ujia pra. Peningkatan yang amat ketara ini telah menunjukkan bahawa berlaku

anjakan yang baik kepada kemahiran gerakan kaki yang telah dikuasai oleh murid-

murid. Dapatan kajian menunjukkan teknik latihan ansur maju “pacak dan pusing”

ini telah berjaya di laksanakan.

Dapatan analisis data daripada instrumen soal selidik yang telah di lakukan

menunjukkan peningkatan yang amat baik jika hendak dibandingkan dengan sebelum

rawatan di berikan. Murid-murid telah banyak bersetuju dengan amalan pengajaran

diri saya dan teknik latihan yang telah saya gunakan kepada mereka. Ini bermaksud,

amalan pengajaran saya telah memberi kesan kepada mereka. Amalan pengajaran

diri guru mempunyai hubungan yang signifikan dengan teknik latihan yang

diterapkan. Ini bermaksud amalan pengajaran guru yang baik dan teknik latihan yang

64
sesuai digunakan, hasilnya ialah murid-murid dapat mengusai teknik gerakan kaki

ini. Sekiranya amalan pengajaran guru adalah cemerlang tetapi teknik latihan yang di

gunakan tidak sesuai, ia tidak akan memberikan hasil yang baik kepada kemahiran

murid-murid. Tetapi sekiranya teknik latihan yang digunakan baik, amalan

pengajaran guru pula bermasalah, ia juga tidak akan memberikan hasil yang baik.

Dapatan analisis daripada instrumen pemerhatian melalui pihak ketiga iaitu

guru bola jaring sekolah, terdapat peningkatan kepada amalan pengajaran yang telah

dilakukan oleh saya pada sesi latihan 1,2 dan 3. Peningkatatan yang berlaku adalah

disebabkan oleh teguran-teguran serta nasihat daripada guru bola jaring ini sendiri

yang mempunyai lebih banyak pengalaman dan lebih banyak “makan garam” tentang

selok belok melakukan sesuatu kaedah latihan.

Saya merasakan melalui teknik ansur maju “pacak dan pusing” yang telah di

terapkan ke dalam teknik latihan mereka di dalam permainan bola jaring, murid-

murid ini telah menunjukkan kefahaman tentang cara-cara untuk mengurangkan

kesalahan gerak kaki. kefahaman ini membawa maksud bahawa mereka telah dapat

menguasai kemahiran gerakan kaki yang betul. Kefahaman berkenaan konsep

gerakan kaki merupakan perkara utama yang perlu dikuasai oleh murid-murid.

Apabila konsep gerakan kaki ini telah di kuasai dan dapat difahami dengan baik,

maka pengetahuan tersebut dapat diaplikasikan ke dalam permainan bola jaring

semasa mereka bermain. Ujian pos yang dibuat menunjukkan peningkatan kemahiran

murid-murid setelah melalui rawatan iaitu setelah menjalani latihan ansurmaju secara

berperingkat. Kemahiran murid-murid akan semakin berkembang sehingga dapat

menguasai kemahiran-kemahiran lain di dalam permainan bola jaring

65
7.2 Refleksi Proses Pengajaran dan Pembelajaran Secara Keseluruhan

Sepanjang kajian ini banyak pengalaman yang telah saya lalui

terutama semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selepas kajian saya

lihat perubahan yang besar pada anak-anak didik saya antaranya :

i ) perubahan sikap murid dan saya sendiri

Perubahan sikap dapat dilihat di mana sebelum ini amat susah untuk

saya mengajar teknik-teknik asas dalam bola jaring kerana pada teknikalnya,

para pemain masih tidak dapat menguasai teknik gerak kaki yang betul yang

merupakan perkara paling asas di dalam permainan bola jaring. Akan tetapi

setelah saya melaksanakan Kajian Tindakan ini, saya dapati bukan sahaja

pemain mampu menguasai kemahiran gerak kaki malahan minat serta

kebolehan pemain juga semakin meningkat.

Sebelum saya menjalankan Kajian Tindakan saya, amat susah bagi

saya untuk merancang satu sesi latihan yang mampu menarik minat serta

keinginan pemain di dalam permainan bola jaring. Namun setelah saya

menjalankan dan mendapat hasil dari kajian ini, pemikiran serta minda saya

semakin banyak mengeluarkan idea-idea yang bernas bagi merancang sesi

latihan kepada para pemain.

Sebelum ini, apabila saya memulakan sesuatu aktiviti, para pemain

pasti akan melakukan kesalahan yang berulang-ulang hingga menimbulkan

rasa putus asa dalam diri saya. Namun sebagai seorang guru dan juga

jurulatih adalah menjadi satu tanggungjawab serta kewajipan bagi saya untuk

membetulkan apa yang salah dan mengajarkan apa yang betul. Namun kajian

66
yang saya telah lakukan ini telah berjaya mengubah kebolehan pemain secara

keseluruhannya. Sekarang para pemain kelihatan lebih bersedia dan yakin

bagi menjalani sesi latihan dapat melakukan segala aktiviti dengan amat baik.

ii ) perubahan pada pembelajaran murid

Sebelum saya memulakan kajian ini, persepsi saya terhadap para

pemain adalah amat rendah. Saya berasakan bahawa mereka tidak mampu

untuk menguasai kemahiran ini. Saya tidak menyangkakan bahawa para

pemain boleh menguasai kemahiran ini dalam beberapa sesi latihan sahaja.

Mereka bukan sahaja berjaya menguasai kemahiran gerak kaki ini dengan

baik, malahan keyakinan dalam diri setiap pemain semakin bertambah dan

mereka berjaya menunjukkan kemampuan serta potensi sebenar yang ada

dalam diri mereka. Keyakinan yang tinggi ini telah membuahkan hasil

apabila para pemain telah berjaya memenangi perlawanan persahabatan

menentang guru-guru perempuan SK Kem Lapangan Terbang di mana guru-

guru ini bukanlah setaraf dengan mereka. Para pemain telah mempamerkan

permainan yang bertenaga dan berkualiti di dalam perlawanan tersebut.

67
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

8.1 Cadangan- cadangan

1. Guru boleh merancang, menyusun dan mengubahsuai teknik “ Pacak dan

Pusing “ ini supaya lebih sistematik dan sesuai dengan keperluan.

Hasil daripada pembelajaran saya ini, saya dapati wujud peningkatan

yang amat ketara dari segi pengajaran guru dan juga pembelajaran murid.

Semoga hasil kajian saya ini boleh dimanfaatkan pihak-pihak lain dalam

memastikan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran bola jaring

adalah senang, mudah dan menyeronokkan. Saya akan mengekalkan “

Teknik Pacak dan Pusing “ ini bagi mengatasi masalah kelemahan murid-

murid dalam menguasai teknik gerak kaki dalam permainan bola jaring.

Kaedah yang telah saya jalankan ini berjaya meningkatkan keupayaan

murid serta boleh membantu murid dalam memaksimumkan kebolehan

mereka di dalam menguasai permainan bola jaring.

2. Pembelajaran ansurmaju dijadikan sebagai budaya pembelajaran dalam

bidang Pendidikan Jasmani terutamanya yang melibatkan kemahiran-

kemahiran di dalam sesuatu permainan.

Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran murid-murid setelah

mengikuti teknik latihan ansur maju lebih tinggi. Implikasinya di sini

telah menunjukkan dengan pelaksanaan teknik latihan ansurmaju ini

boleh dijadikan sebagai salah satu alternatif kepada strategi yang boleh

digunakan untuk mengajara kemahiran-kemahiran tertentu di dalam

68
permainan/sukan seperti di dalam permainan bola sepak, badminton,

tenis, hoki dan sebagainya. Implikasi daripada dapatan-dapatan tersebut,

guru-guru Pendidikan Jasmani khususnya perlu mempelbagaikan dan

bersikap yang kreatif semasa merekacipta strategi-strategi yang ingin di

gunakan semasa membuat latihan kemahiran kepada murid-murid.

Strategi yang digunakan tidak seharusnya terhad kepada apa yang tercatat

di dalam buku panduan guru dan juga aktiviti-aktiviti yang biasa di

lakukan sebelum ini. Tetapi guru perlu membuat pembaharuan dan

mencipta sesuatu aktiviti baru yang lebih menarik dan lebih memberi

kesan serta impak kepada murid-murid. Dengan idea-idea yang kraetif ini,

murid-murid tidak akan berasa bosan.

3. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesalahan gerak kaki di

dalam permainan bola jaring melalui teknik latihan ansur maju.

Maka kajian selanjutnya perlu dijalankan menggunakan pendekatan

pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik latihan ansur maju

yang boleh diterapkan ke dalam permainan-permainan lain yang

melibatkan sesuatu kemahiran. Kelemahan yang wujud dapat diterokai

supaya dapat dimanfaatkan oleh guru-guru di sekolah bagi mewujudkan

pengajaran dan pembelajaran efektif dan menyeronokkan. Di dalam

kajian ini, responden adalah terdiri daripada 7 orang murid-murid di

sebuah sekolah terletak di daerah Kuala Muda Yan. Kajian ini hanya

menfokuskan kepada bilangan yang kecil sahaja iaitu pemain-pemain

69
utama bagi pasukan bola jaring sekolah. Maka kajian selanjutnya perlu

dijalankan menggunakan sampel yang lebih besar.

70
SENARAI RUJUKAN

Aminah Mohd. Salleh. (1989). Siri Sukan Popular Fajar Bakti Bola Jaring.
Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

Alis Bin Puteh. (2009). Kajian Tindakan Di Sekolah Satu


Pengenalan.Istiramai Enterprise Sdn. Bhd

Puan Madzniyah Md. Jaafar, Encik Muhammad Hussain, Puan Choo Suet
Lan, Tuan Haji Mohd. Zubir Embong, Encik Aminuddin Mohd Sani,
Cik Zakiah Idris. ( Jun 1995), Modul Kajian Tindakan. Kuala Lumpur,
Program PIER (Program For Innovation, Excellent and Research)

Kementerian Pelajaran Malaysia. ( Disember 2008). Buku Manual Kajian


Tindakan Edisi Ketiga, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Chow Fook Meng, Jaizah Bt. Mahamud. (2003). Panduan Kajian Tindakan.
Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme
Perguruan,Maktab Perguruan Perlis.

Rozita Abd. Latif, Yusnah Mohammad Yunus, Zamziah Ahmad Ropa’I,


Hasimah Shaari, Mohd. Sofian Omar Fauzee. ( 2010 ). Kaedah
Mengajar Pendidikan Jasmani Dril Bola Jaring. Karisma Publications
Sdn. Bhd.

Bahagian Pendidikan Guru Maktab Perguruan Batu Lintang. ( 2005 ).


Seminar Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan Batu Lintang
tahun 2005 tema “ Penyelidikan Pendidikan Teras Peningkatan
Profesionalisme Guru”. Bahagian Pendidikan Guru.

Amin Senin. ( 2008 ). Pembangunan Profesional Guru. Utusan Publications


& Distributors Sdn. Bhd.

71
Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan. (2003). Psikologi
Pendidikan. Percetakan Zabar Sdn. Bhd.

Tiong Houng Ching. Sek. Men. Keb. Simanggang, 95000 Sri Aman. (2005) ,
“Memperbaiki tulisan pelajar tingkatan peralihan dengan kaedah ansur
maju”.

Mohd Roshan Sarkarsi, Hafizah Harun. Fakulti Pendidikan, Universiti


Teknologi Malaysia, Latihan Pliometrik dalam “Kemahiran Lonjakan
untuk Atlit Lompat Jauh”

Mohd Said bin Hj. Sebran. ( 2000) . Manual Latihan Hoki. Di ambil daripada
http://tatabahasabm.tripod.com.

Bahagian Promosi Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia. (2005).


Modul Senaman Dan Aktiviti Fizikal. Di ambil daripada
www.infosihat.gov.my

Minda cikgupj, Mengaplikasikan prinsip ansur maju dalam kehidupan. Di


muat turun pada 8 Julai 2010 daripada
http://cikgupj.blogspot.com/2010/07/mengaplikasikan-prinsip-ansur-
maju.html

72
Lampiran 1

Arahan : bulatkan pada angka-angka berikut

Tarikh :____________________________

posisi Bilangan kesalahan gerak kaki Jumlah


(separuh masa pertama)

C 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

WA 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

WD 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

GA 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

GS 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

GD 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

GK 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

73
Arahan : bulatkan pada angka-angka berikut

Tarikh :____________________________

posisi Bilangan kesalahan gerak kaki Jumlah


(separuh masa kedua)

C 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

WA 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

WD 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

GA 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

GS 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

GD 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

GK 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

74
Lampiran 2

Borang Kaji Selidik

Arahan : tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan.

Petunjuk:

1. Sangat tidak setuju

2. Tidak setuju

3. Kurang setuju

4. Setuju

5. Sangat setuju

BAHAGIAN A – Amalan pengajaran guru

SKALA

BIL ITEM 1 2 3 4 5

1. Guru menggunakan bahasa/arahan yang mudah

difahami semasa memberi penerangan

2. Guru memberi tumpuan kepada setiap murid

setiap masa

3. Guru memberikan teguran secara berhemah

apabila berlaku kesalahan

4. Suara guru adalah jelas apabila memberikan

arahan

75
BAHAGIAN B – kaedah latihan yang dilaksanakan

SKALA

BIL ITEM 1 2 3 4 5

1. Teknik latihan ini mudah difahami

2. Teknik latihan ini mudah untuk dilaksanakan

3. Teknik latihan itu memerlukan masa yang lama

untuk dilaksanakan

4. Alatan yang digunakan adalah mengcukupi dan

sesuai

5. Mudah untuk mengaplikasikan teknik ini di dalam

permainan Bola Jaring

76
Lampiran 3

SENARAI SEMAK MEMERHATI AMALAN PENGAJARAN GURU

TARIKH : _____________________________________

SESI LATIHAN KE : _____________________________________

ARAHAN : ISI TEMPAT KOSONG DENGAN MARKAH YANG SESUAI

BIL SOALAN LEMAH SEDERHANA BAIK


(1 – 4) (5 – 7) (8 – 10)

1. Pengelolaan murid-murid
2. Pengelolaan aktiviti
3. Arahan yang di berikan
4. Suara yang digunakan
5. Penggunaan ruang padang

Cadangan untuk penambahbaikan sesi pengajaran dan pembelajaran:

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

___________________________________

77
Lampiran 4

Senarai nama murid-murid mengikut posisi

Bil. Nama murid Posisi

1. Ain nurattirah binti Abd Ghani C

2. ainur syifak bt baihak WA

3. Wan Sayyidah Khodijah Al Hurri Bin Abdul Malek Al Hurri WD

4. Nur Fatin Zulaikha Binti Shahruddin GA

5. Puteri Irdina Binti Sukeri GS

6. Fathiah Fasihah Binti Aminul Hafidz GD

7. Esthervena ak Danny GK

78

You might also like