You are on page 1of 8

NAMA OPSYEN

: SEE WEE SAN : 3 PISMP BC/PJ/PM 2

LAPORAN PEMERHATIAN TERHADAP KELAS PENDIDIKAN JASMANI

Semasa menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama lima hari di SJKC LI CHI, saya telah menjalankan beberapa aktiviti untuk mendapatkan maklumat bagi menyempurnakan laporan tugasan. Berikut merupakan maklumat yang telah saya kumpulkan sepanjang pemerhatian:

Mata Pelajaran: Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Masa: 7.30 pagi 8.00 pagi Nama Guru : Cikgu Itamarzila Binti Mohamad Kelas : Tahun 5M

Bilangan Murid: 36 orang

1.1 Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan?

Memandangkan kelas Pendidikan Jasmani Cikgu Ita berlangsung pada waktu pertama, jadi murid-murid telah bersedia dengan pakaian sukan masing-masing. Cikgu Ita telah sedia menunggu murid-murid dengan peralatan yang tersusun untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancang.

Aktiviti memanaskan badan telah dijalankan sebelum aktiviti dimulakan. Sebelum aktiviti berlari sekeliling gelanggang bola keranjang dimulakan, aktiviti memanaskan badan dijalankan dalam tempoh masa 5 minit dengan berperingkat supaya mengelakkan otot-otot dan badan dalam keadaan bersedia.

Semasa proses P&P, Cikgu Ita telah menjalankan aktiviti pemanasan badan pada tiga tahap secara mengaplikasikan aspek ansur maju. Hal ini membolehkan sistem fizikal badan dapat menampung aktiviti yang akan berlangsung.

Beliau telah memulakan sesi P&P dengan menyuruh murid-murid untuk melakukan regangan. Regangan badan telah dijalankan mengikut beberapa peringkat, iaitu bermula dari hujung kepala sehinggalah ke bahagian hujung kaki. Beliau membimbing murid dalam aktiviti pemanasan badan dari aras atas badan sampai ke bahagian bawah.

Ketika memanaskan badan, bahagian-bahagian badan lain yang akan terlibat dalam aktiviti ini adalah termasuklah tangan, bahu, pinggang dan kaki. Seterusnya, murid disuruhnya untuk melompat-lompat di kawasan asal dan seterusnya berlari sekeliling padang.

Memanaskan badan adalah satu proses yang agak penting kerana otot dapat berfungsi secara optimum dan kemungkinan kecederaan juga boleh diminimumkan. Aktiviti tersebut juga boleh merangsang sistem fisiologi badan supaya dapat adaptasi dengan peningkatan fungsi-fungsi metabolisme yang bakal berlaku ketika murid melakukan aktiviti fizikal yang lebih berat daripada biasa. Dengan ini, mereka dapat melakukan sesuatu gerakan atau aktiviti fizikal dengan lebih mudah dan bebas.

Sekiranya aktiviti dilaksanakan tanpa memanaskan badan, maka peningkatan fungsi-fungsi metabolisme yang akan berlaku tidak dapat disesuaikan oleh badan murid. Peningkatan suhu badan, denyutan jantung, kelunturan otot, sendi dan ligamen tidak akan berlaku sekiranya aktiviti ini tidak dijalankan. Hal ini akan menyebabkan seseorang tidak bersedia dan tidak bertahan lasak sekiranya sesuatu aktiviti berlangsung secara giat.

Gambar 1 : Guru menjalankan aktiviti warm up.

Gambar 2 : Guru membetulkan cara murid melaksanakan aktiviti warm up.

1.2 Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan diberikan kepada pelajar?

Selesai sahaja aktiviti memanaskan badan, Cikgu Ita menekankan kepada murid kepentingan melakukan aktiviti tersebut dengan cara yang betul dan baik. Kepentingan aktiviti ini telah dijelaskan kepada murid bahawa aktiviti ini adalah untuk mengelakkan berlakunya kecederaan semasa bermain atau melakukan sebarang aktiviti. Di samping itu, penjelasan yang lebih terperinci lebih sesuai dijalankan di dalam kelas dengan bantuan alat bantu mengajar agar murid lebih mudah memahaminya dan mendapat gambaran yang lebih jelas.

Gambar 3 : Cikgu Ita menerangkan kepada murid kepentingan melaksanakan aktiviti warm up

1.3. Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberikan tumpuan?

Semasa aktiviti memanaskan

badan dan

regangan dilakukan,

beberapa otot-otot besar untuk aktiviti yang telah dirancang diberikan lebih penekanan. Antara penekanan yang diberikan ialah regangan pada otot kaki dan tangan apabila murid diminta untuk berlari secara bebas sambil tangan berterbangan seperti burung. Penekanan yang diberikan terhadap otot-otot tersebut mampu membantu koordinasi badan murid semasa murid

melaksanakan aktiviti yang dirancang. Di samping itu, regangan terhadap otot-otot tersebut juga berupaya untuk melatih pergerakan tangan dan kaki murid secara tidak langsung. Justeru, guru tersebut telah berusaha memberi penekanan pada otot-otot yang akan digunakan dalam aktiviti seterusnya untuk memudahkan murid menguasai kemahiran yang akan diajar selain mengelakkan berlakunya kecederaan.

1.4. Adakah aktiviti yang diberi membahayakan otot-otot, sendi dan lainlain anggota badan?

Aktiviti yang dilakukan adalah tidak mendatangkan risiko yang amat berbahaya kepada otot-otot, sendi dan lain-lain anggota kerana Cikgu Ita telah merancang aktiviti secara mengaplikasikan aspek ansur maju.

Murid tidak akan dipaksa untuk berlari dalam masa yang ditentukan dalam aktiviti berlari sekeliling gelanggang bola keranjang. Dalam sesi lari sekeliling gelanggang dengan membawa alatan, Cikgu Ita telah menyuruh murid untuk membawa alatan yang bersesuaian dengan tubuh badan mereka. 2.0 Adakah keperluan warm down dijalankan dan diberi penjelasan kepada pelajar?

Selesai sahaja melaksanakan aktiviti yang telah dirancang, muridmurid melaksanakan aktiviti warm down atau menyejukkan badan. Cikgu Ita meminta murid untuk beratur. Cikgu Ita memimpin aktiviti ini dengan

memulakan aktiviti tersebut dari bawah ke atas iaitu dari kaki ke kepala. Kemudian, guru juga menerangkan kepentingan melakukan aktiviti tersebut secara ringkas iaitu membolehkan kadar degupan jantung kembali ke kadar berehat selepas melakukan aktiviti sukan mahupun riadah.

Gambar 4 : Cikgu Ita menjalankan warm down.

3.0 Adakah peralatan Pendidikan Jasmani yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang dirancang?

Semasa menjalankan pemerhatian, Cikgu Ita telah mengadakan aktiviti berdasarkan kemahiran membaling. Dalam melaksanakan aktitviti yang dirancang, Cikgu Ita perlulah menitikberatkan aspek keselamatan. Antara aspek keselamatan yang perlu diambil kira ialah penggunaan peralatan yang sesuai dan tidak membahayakan. Ini penting kerana kanak-kanak masih belum mampu untuk memikirkan tentang bahaya sesuatu dan hanya ingin berseronok. Justeru, Cikgu Ita perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi mngelakkan sebarang kemalangan atau kecederaan berlaku semasa muridmurid melakukan aktiviti.

Setelah mempertimbangkan tentang aspek keselamatan, Cikgu Ita telah memilih beberapa peralatan yang sesuai bagi menjalankan aktiviti yang dirancang. Antara peralatan yang digunakan ialah kon, bola getah, gegelung. Kon digunakan untuk menandakan kedudukan murid untuk membaling bola. Selain itu, bola getah yang digunakan juga lembut kerana angin di dalamnya

telah

dikurangkan.

Gegelung

pula

digunakan

sewaktu

menjalankan

permainan kecil di mana murid-murid perlu membaling bola kepada rakan menerusi gegelung. Selain itu, Cikgu Ita telah menyusun peralatan yang digunakan dengan susunan yang sesuai dan menggunakan jarak yang selamat.

Gambar 5 : Peralatan yang digunakan semasa proses P&P.

4.0 Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti pendidikan jasmani sesuai seperti yang dirancang?

Pelaksanaan aktiviti dalam kelas Pendidikan Jasmani, pelbagai aspek perlu dipertimbangkan bagi memastikan kelas tersebut berjalan dengan lancar dan setiap aktiviti dijalankan mengikut perancangan. Aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan ialah dari segi pembahagian masa mengikut aktiviti daan ketepatan masa.

Justeru, Cikgu Ita yang mengendalikan kelas semasa pemerhatian telah membahagikan aktiviti di dalam kelas dengan pembahagian masa yang sesuai. Cikgu Ita memulakan kelasnya dengan aktiviti memanaskan badan selama 5 minit. Kemudian, kelas diteruskan dengan demonstrasi cara balingan yang betul oleh Cikgu Ita sambil diikuti oleh murid-murid. Demonstrasi tersebut dijalankan kira-kira 5 minit sehingga murid berjaya menguasai teknik balingan yang betul. Setelah itu, murid bermain permainan kecil di mana murid perlu membaling bola kepada rakan dan jarak balingan

akan ditambah. Permainan kecil ini berlangsung selama 15 minit dan murid berjaya menguasai kemahiran tersebut pada aras yang tinggi. Cikgu Ita juga mengambil masa 5 minit untuk melakukan aktiviti menyejukkan badan serta membincangkan dengan murid pelajaran yang telah diajar.

Selain itu, Cikgu Ita juga telah memastikan setiap aktiviti berjalan mengikut masa yang ditetapkan. Meskipun terdapat murid yang mengeluh kerana masa sesuatu aktiviti itu dijalankan terlalu pendek, namun Cikgu Ita bijak menangani sikap murid-murid. Kedua-dua aspek tersebut telah diberi perhatian oleh Cikgu Ita telah berjaya memastikan kelas tersebut berjalan dengan lancar.

5.0 Berikan saranan anda untuk penambahbaikan dalam pengajaran tersebut.

Pemerhatian dari pelbagai aspek telah dilaksanakan di kelas tersebut. Perancangan yang terperinci dan teratur oleh Cikgu Ita yang mengandalikan kelas tersebut dilihat berhasil apabila murid-murid berjaya mencapai objektif pembelajaran di akhir kelas. Murid berupaya untuk membuat balingan samada dengan menggunakan kedua-dua belah tangan atau sebelah tangan dan balingan jarak jauh serta dekat. Selain itu, murid juga mampu membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh rakan.

Namun, beberapa penambahbaikan boleh dibuat bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut lebih berkesan. Salah satu saranan yang boleh diberikan kepada Cikgu Ita ialah cuba melaksanakan permainan kecil dalam bentuk pertandingan. Cikgu Ita boleh membahagikan murid kepada dua kumpulan dan membuat pertandingan kumpulan yang berjaya membuat balingan paling banyak melalui gegelung dalam masa tertentu. Melalui pertandingan yang dibuat itu, motivasi pelajar akan meningkat dan cuba menguasai kemahiran tersebut dengan baik. Di samping itu, pertandingan ini juga mampu memupuk semangat berdaya saing secara sihat dalam kalangan murid-murid.

Selain itu, Cikgu Ita juga harus bersikap lebih tegas dalam mengendalikan kelasnya. Ini kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, terdapat segelintir murid yang enggan mendengar arahan guru dan melakukan sesuka hati dengan peralatan. Sikap guru yang lebih tegas dapat mendisiplinkan murid dan memastikan murid mengikut arahan yang diberikan. Sikap guru yang lebih tegas juga dapat membentuk murid yang lebih menghormati guru.

Kesimpulannya, proses pengajaran dan pembelajaran ini yang telah dilaksanakan oleh Cikgu Ita sangat menarik dan telah mencapai objektif yang ditetapkan. Di samping itu, pengajaran yang disampaikan dalam bentuk yang menarik membuatkan murid seronok untuk belajar dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada murid-murid. Kelas yang telah dikendalikan oleh Cikgu Ita juga telah memberi peluang kepada saya untuk mempelajari pelbagai teknik dan langkah pengajaran yang sesuai untuk dipraktikkan di kelas. Semua perkara yang telah saya pelajari dan maklumat yang telah saya kumpulkan akan gunakan sebaiknya pada masa akan datang. Dalam usaha saya menjadi seorang guru yang mampu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.

You might also like