You are on page 1of 11

Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah

Anatomi dan Fisiologi


Pengalaman Berasaskan Sekolah merupakan satu kepentingan kepada
setiap bakal guru. Ini bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada setiap bakal
guru untuk membuat pemerhatian bagaimana kehidupan di sekolah dan sebagai
persediaan kepada mereka untuk menghadapi bidang keguruan. Saya telah
menjalankan (PBS) selama seminggu di Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1
bagi mencari pengalaman dan membuat analisis terhadap kehidupan guru-guru dan
murid-murid di sekolah tersebut. Saya telah diberikan tugasan dalam membuat
pemerhatian terhadap anatomi dan fisiologi yang mana tugasan memerlukan saya
untuk memerhati sekiranya wujud langkah keselamatan yang diberikan kepada
pelajar. Beberapa soalan telah dikemukan dan saya telah mendapat jawapan yang
diperlukan bagi tugasan elektif 1 ini iaitu anatomi dan fisiologi.

1. Adakah terdapat pelajar yang melakukan aktiviti ergonomik dengan


betul?

Pada permulaannya, saya telah membuat pemerhatian terhadap beberapa orang


pelajar untuk mengkaji samada mereka melakukan aktiviti ernogomik ataupun tabiat
dan gaya badan yang betul semasa berada di kerusi, berdiri dan mengangkat
barang. Semasa saya melihat seorang pelajar yang duduk, saya telah memastikan
bahawa memang ada pelajar yang duduk secara postur yang betul semasa guru
mengajar. Guru di sekolah tersebut telah menggalakkan pelajar supaya duduk
dengan cara yang betul semasa guru mengajar bagi mengelakkan berlakunya sakit
pinggang. Semasa kelas dijalankan, pelajar perlu memastikan postur badan mereka
berada dalam keadaan selesa dimana badan disandarkan ke kerusi dan dirapatkan
ke meja bagi membolehkan murid-murid belajar dengan sempurna. Namun begitu,
duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan kita sakit belakang kerana ketika
duduk, kita memberi tekanan paling tinggi kepada bahagian bawah tulang belakang.
Tulang belakang adalah struktur yang boleh dilentur sehingga tahap tertentu. Inilah
sebabnya kita boleh membongkok atau membengkokkan badan ke kiri dan kanan.

Murid-murid turut perlu memastikan bahawa mereka berdiri dan mengangkat


barang dengan cara yang betul dan selamat. Ini bagi membolehkan mereka sentiasa
berada dalam keadaan postur badan yang selamat semasa melakukan kerja
ataupun aktiviti. Murid-murid perlu diterapkan untuk mengetahui dan menilai postur
badan yang betul semasa berdiri da mengangkat barang. Sakit belakang turut
berlaku sekiranya pelajar mengangkat tanpa memastikan mereka berada dalam
postur badan yang betul. Sebagai asasnya postur badan akan menjadi normal jika
sekiranya murid mampu membayangkan dan meletakkan anggota-
anggota badan berada di tempatnya dengan kesan daya luaran yang minimum
seperti daya graviti atau daya tindakbalas bumi. Guru perlu memainkan peranan
yang penting dalam menjadi role model yang membantu murid-murid supaya
mengamalkan aktiviti senaman yang sihat serta menjaga kesihatan dengan cara yng
betul. Walaupun terdapat pelajar yang mengalami postur badan yang betul, mereka
tetap perlu didedahkan dengan keadaan yang betul.

Faktor penyumbang kepada masalah sakit belakang ialah postur (kedudukan)


badan yang tidak betul, melakukan aktiviti di luar kebiasaan dan mengamalkan gaya
hidup tidak aktif. Malah, terlalu banyak rehat juga boleh menyebabkan kita
mengalami sakit belakang kerana badan manusia dicipta untuk kita bergerak aktif
bukan berehat santai sepanjang masa. Oleh itu, guru seharusnya membantu pelajar
dalam mengelakkan pelajar mengalami sakit belakang semasa kelas dimana guru
menggalakkan pelajar bangun setiap 30 minit bagi memberikan keselesaan semula
kepada pelajar untuk belajar. Tambahan lagi, bersenam adalah cara yang paling
berkesan untuk mempercepatkan penyembuhan kepada masalah sakit belakang
(khususnya sakit pinggang) dan menguatkan otot belakang dan abdomen. Antara
senaman yang mudah dilakukan ialah senaman regangan, berenang, berjalan atau
menjalani terapi pergerakan bagi memperbaiki koordinasi dan keseimbangan untuk
postur dan otot.

2. Adakah pelajar yang tinggi berbaris dengan postur yang betul di


hadapan semasa perhimpunan?
Di Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1, perhimpunan telah dijalankan pada
setiap hari Ahad. Oleh itu, saya telah membuat pemerhatian dimana saya perlu
melihat samaada pelajar yang tinggi berdiri di hadapan berdiri dengan postur yang
betul bagi membolehkan pelajar di belakang melihat. Pemerhatian saya
mendapatkan hasil dimana memang pelajar tinggi yang berdiri di hadapan berdiri
dengan postur yang betul bagi membolehkan yang lain melihat. Guru-guru di
Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1 telah menggalakkan pelajarnya supaya
berdiri dengan betul semasa perhimpunan bagi membolehkan mereka menumpukan
perhatian semasa sesi pengucapan oleh guru-guru. Walau bagaimanapun, pelajar
tidak digalakkan untuk berdiri terlalu lama bagi mengelakkan mereka mengalami
sakit belakang kerana terlalu lama berdiri. Disebabkan itu, sekiranya perhimpunan
melebihi daripada lebih sejam, mereka akan dibenarkan duduk bagi membolehkan
mereka berehat kerana lenguh berdiri. Langkah-langkah keselamatan dan kesihatan
yang efisien patut diberikan oleh guru bagi memastikan kesihatan pelajarnya
terjamin. Sekiranya ada pelajar yang sakit semasa perhimpunan dijalankan, guru
perlu membawanya ke bilik rawatan.

3. Adakah terdapat pelajar yang berlari dengan betul semasa PJ dan


pelajar yang berlari secara ‘flat-footed?

Pendidikan Jasmani merupakan satu subjek yang sangat penting kepada pelajar
dimana disitulah mereka mula menunjukkan kebolehan dan potensi mereka malahan
menjadi tempat untuk bersenam bagi menyihatkan tubuh badan. kebanyakan
daripada pelajar tidak mengetahui kepentingan Pendidikan Jasmani yang mana
membantu mereka untuk memiliki tubuh badan yang sihat dan otak yang cerdas.
Semasa saya membuat pemerhatian terhadap pelajar di Sekolah Kebangsaan
Padang Garong 1 bagi subjek PJ, saya telah memerhatikan bagaimana pelajar-
pelajar berlari bagi persediaan untuk renggangan badan. Hasil daripada
pemerhatian saya, boleh dikatakan kesemua pelajar berlari dengan cara yang betul.
Saya tidak dapat memerhatikan pelajar yang berlari secara ‘flat-footed’ kerana tidak
berkesempatan. Bagi kelas yang saya lihat iaitu kelas 1B kesemuanya berlari secara
normal dan tidak mempunyai masalah ketika berlari. Pelajar digalakkan untuk berlari
semasa kelas PJ bagi membolehkan badan mereka bersedia untuk menerima
segala aktiviti yang bakal dijalankan serta membolehkan badan sihat dan kuat.
Pelajar yang belari secara ‘flat-footed’ mengalami permasalahan dalam berjalan
dimana mereka akan berlari dan berjalan secara mendatar dengan tumit hingga
kehujung jari berada di atas lantai dalam masa yang sama. Penyakit ini seringkali
menyebabkan pelajar sukar untuk berlari sehingga menyebabkan mereka sakit pada
bahagian tapak kaki. Guru pendidikan Jasmani seharusnya memberukan tunjuk ajar
kepada anak muridnya supaya berlari secara normal bagi mengelakkan masalah
dan penyakit yang bakal menimpa pelajar tersebut.

Guru-guru di Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1 menitikberatkan


keselamatan setiap pelajarnya semasa ingin ke padang. Memandangkan padang
sekolah adalah terletak seberang daripada sekolah yang memerlukan mereka untuk
melintas jalan raya sebelum sampai ke padang permainan. Oleh itu, guru PJ
memastikan bahawa kesemua pelajar berada di dataran perhimpunan dan
berkumpul untuk bergerak sekali ke padang. Selain itu, guru-guru perlu memastikan
bahawa padang yang digunakan adalah selamat daripada segala benda yang boleh
menyebabkan kemalangan. Pada waktu ini, Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1
dilanda hujan yang agak lebat, jadi aktiviti PJ dijalankan dibawah bangunan J-Qaf
dimana ianya mempunyai ruang yang agak luas dan membolehkan pelajar
melakukan aktiviti tersebut. Oleh itu, guru-guru memainkan peranan yang penting
dalam memastikan bahawa pelajar berada dalam keadaan selamat semasa
menjalani PJ.

4. Bagaimana penerimaan pelajar terhadap teguran yang diberikan oleh


guru tentang kepentingan postur badan?

Setiap murid perlu memastikan bahawa mereka mempunyai postur badan yang
betul dan diingini. Ini bagi membolehkan mereka mempunyai kekuatan fizikal dan
tulang yang sihat. Di Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1, guru-guru disana
banyak memberikan teguran kepada pelajar tentang kepentingan postur badan yang
betul terutamanya semasa perhimpunan. Saya melihat dimana segelintir pelajar
yang membongkok dan merengek badannya ketika perhimpunan dan ada yang
bertenggong semasa ucapan diberikan. guru-guru disana memberikan teguran
kepada mereka namun masih ada segelintir pelajar yang keras kepala tidak mahu
mendengar teguran yang diberikan oleh guru mereka. Menurut guru besar, teguran
telah kerap kali diberikan kepada pelajar-pelajar semasa di kelas, kempen dan
malahan melalui ceramah-ceramah yang menceritakan kepentingan menjaga postur
badan. Namun kesemuanya tidak diambil endah oleh segelintir pelajar yang
merasakan bahawa menjaga postur badan yang turut membantu menjaga kesihatan
tidak penting kepada mereka. Tetapi, guru-guru di sekolah tersebut tidak pernah
putus asa dalam memberi teguran yang membimbing pelajar-pelajar supaya
memikirkan usaha yang boleh membantu mereka untuk menjaga kesihatan diri. Bagi
pelajar yang mengikuti teguran yang telah diberikan oleh guru mereka, saya dapat
lihat dimana mereka mengaplikasikannya semasa di kelas dan dimana-mana
tempat. Contohnya semasa saya melihat seorang pelajar mengangkat barang
semasa selesai perhimpunan, pelajar tersebut menggunakan cara yang betul
semasa mengangkat barang dan tidak menggunakan kaedah yang salah semasa
mengangkat barang.

Oleh itu, disini saya fahamkan dimana pelajar-pelajar di SKPG 1 sudah mula
memahami kepentingan mempunyai postur badan dalam membolehkan mereka
mengaplikasikanya dalam kehidupan seharian. Guru-guru seharusnya menjadi
model yang membantu pembentukan disiplin dan membuatkan pelajar lebih cergas
dan bertenaga semasa di sekolah. Sekiranya pelajar tidak pandai dalam menjaga
postur badanya, sudah tentu pelbagai masalah yang boleh terjadi. Misalnya pelajar
akan mula mengalami kesakitan belakang, kerap mengantuk semasa di dalam kelas
dan malahan tidak cerdas dalam melibatkan aktiviti P&P di dalam kelas. Pelajar-
pelajar di SKPG 1 perlu menerima segala teguran bagi menjaga kesihatan mereka.
Semasa kelas PJ, mereka perlulah melibatkan diri dengan seboleh mungkin bagi
membina dan mengekalkan tahap kesihatan fizikal merekayang bersesuaian dengan
minat dan keperluannya supaya dapat melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang
dianjurkan oleh sekolah.

5. Bagaimanakah peralatan dan kemudahan di kelas?


Pada asasnya, Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1 terdiri daripada 6 darjah
dimana setiap darjah tediri daripada 4 kelas. Saya telah memerhatikan bagaimana
kedudukan pelajar semasa di kelas dan adakah ianya selesa bagi mereka belajar
dalam susunan sedemikian? Semasa saya membuat pemerhatian terhadap kelas
4A, saya telah memerhatikan bagaimana susunan beg pelajar-pelajar. Pada
pendapat saya, susunan beg mereka adalah tidak sesuai dimana pelajar meletakkan
beg mereka menyandar kerusi dan belakang badan mereka. Penyusunan beg
sebegini adalah tidak sesuai di mana ianya akan menggangu tumpuan pelajar
semasa belajar malahan menyebabkan pelbagai masalah seperti tidak selesa dan
sakit badan. Seharusnya bahagian tempat sandar kerusi digunakan untuk
menampung tulang belakang pelajar bagi mengelakkan kesakitan bahagian
belakang badan. bagi mengelakkan pelajar mengalami sakit belakang semasa
duduk di kerusi, guru seharusnya mengambil ikhtiar dengan menyediakan satu
ruangan tempat menyimpan beng di belakang dan disusun dengan rapi. Ini
bertujuan bagi membolehkan pelajar menerima suasana pembelajaran yang selesa
dan tidak diganggu dalam pelbagai masalah kesihatan. Selain itu, guru perlu juga
memastikan postur badan pelajar semasa duduk adalah dalam keadaan yang stabil
dimana kerusi dirapatkan ke meja semasa sesi pembelajaran berlaku.

Tambahan lagi, guru juga perlu memastikan susunan dan kerusi meja murid
adalah sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran. Ini sangat penting kerana
keadaan susunan meja yang tidak kondusif akan menyebabkan pelajar hilang
tumpuan semasa belajar. Saya telah melihat susunan meja di sekolah Sekolah
Kebangsaan Padabg Garong 1 dan ianya berada dalam keadaan yang tidak teratur
dimana pelajar disusun panjang dalam 1 baris. Guru perlu memikirkan masalah yang
bakal timbul dimana guru susah untuk memerhatikan setiap tingkah laku murid.
Malahan susunan sebegini akan menyebabkan pelajar mula bersembang mahupun
bergaduh. Oleh itu, langkah-langkah keselamatan yang proaktf perlu diambil
sekiranya wujud permasalahan pelajar bergaduh di dalam kelas. Meja murid
seharusnya diletakkan di dalam kumpulan kerana pada pandangan saya,
pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan membahagikan pelajar kepada
kumpulan membolehkan guru mengambil langkah keselamatan yang sesuai bagi
mengawal keseluruhan pelajar. Pembelajaran dalam bentuk kumpulan bukan sahaja
boleh mengawal keselamatan pelajar malahan memupuk perbincangan
pembelajaran yang aktif dikalangan pelajar. Guru juga perlu memastikan bahawa
setiap alatan dan kemudahan di kelas berada dalam keadaan yang baik. Meja,
kerusi serta tingkap perlu dipastikan berada dalam kondisi yang sesuai digunakan
bagi mengelakkan pelajar cedera semasa menggunakannya. Sebagao contohnya,
sekiranya guru tidak memastikan bahawa meja yang pelajar gunakan adalah reput,
sudah tentu meja itu akan runtuh malahan boleh membawa kecederaan kepada
pelajar. Mungkin juga pelajar akan menggunakan serpihan daripada meja itu untuk
bermain sehingga menyebabkan pelajar-pelajar yang lain tercedera akibat daripada
kecuaian seorang guru.

6. Adakah terdapat guru mengamalkan sesi memanaskan badan dan


menyejukkan badan semasa PJ?

Sesi memanaskan badan sangat penting kepada pelajar bagi membolehkan


mereka bersedia dalam menjalankan segala aktiviti. Renggangan badan sebelum
memulakan aktiviti dapat memberikan aktiviti yang bakal dijalankan mendapat hasil
yang memuaskan. Latihan memanaskan badan juga meningkatkan pengaliran darah
melalui tisu lembut dengan melebarkan saluran darah dan hasilnya, suhu meningkat
dan anggota badan menjadi lebih lembut. Ini sangat penting kepada badan kerana
ianya dapat mencegah kecederaan, tubuh berasa lebih bersedia untuk melakukan
senaman. Dari segi psikologi, seseorang itu akan lebih bersedia untuk menghadapi
aktiviti sukan malahan memberikan impak yang maksima kepada pelajar supaya
dapat melakukan dan melibatkan dengan sepenuh tenaga terhadap aktiviti yang
bakal diikuti. Saya dapat mengikuti satu kelas yang sedang menjalankan sesi
memanaskan badan dimana guru kelas tersebut mementingkan keselamatan
pelajarnya sebelum memulakan aktiviti. Guru pendidikan jasmani telah memberikan
peluang kepada rakan saya untuk mengetuai sesi memanaskan badan kepada
pelajar. Ini merupakan satu pengalaman kepada dia dimana sebagai seorang bakal
guru saya perlu memastikan setiap pelajar berada dalam keadaan sedia sebelum
memulakan aktiviti. Setelah itu, pelajar diminta untuk berlari dalam bulatan supaya
peredaran darah dan fizikal pelajar berada dalam keadaan stabil.
Aktiviti menyejukkan pengajaran juga sangat penting dimana guru PJ tersebut
telah melakukannya setelah selesai sesi aktiviti yang dijalankan. Aktiviti yang
diberhentikan secara tiba-tiba seharusnya disudahi dengan aktiviti menyejukkan
badan supaya membolehkan badan menerima semula keadaan asal. Malahan,
sekiranya pelajar tidak melakukan aktiviti menyejukkan badan, ianya akan
membawa bahaya kepada sistem peredaran badan. selain itu, rengagangan bagi
menyejukkan badan ini juga dapat mengelakkan otot daripada mengalami
kekejangan. Pada kebiasaanya, renggangan ini memberikan otot supaya kendur
semula setelah selesai melakukan aktiviti. Kekejangan boleh menyebabkan
kecederaan pada otot badan. Selepas melakukan senaman dengan lasak, murid
perlu melakukan aktiviti menyejukkan badan secara beransur-ansur mengurangkan
tahap keseriusan senaman dengan berjoging atau berjalan secara perlahan.
Kemudian lakukan semula regangan dan melonggarkan tubuh seperti sebelum
bersenam. Apabila semua ini dilakukan, pelajar dengan yakin boleh berhenti
bersenam kerana menyejukkan badan merupakan usaha terbaik untuk melindungi
tubuh anda. Oleh itu, setiap guru seharusnya mengambil langkah yang proaktif
dalam membolehkan badan pelajar berada dalam keadaan yang sedia semasa dan
selepas melakukan aktiviti. Keselamatan pelajar merupakan keutamaan seorang
guru Pendidikan Jasmani bagi membolehkan segala aktiviti yang bakal dilakukan
mendapat kepuasan dan penglibatan yang sepenuhnya oleh pelajar.

7. Bagaimanakah sistem aktiviti memanaskan badan yang diamalkan?

Sistem memanaskan badan telah dijalankan mengikut beberapa peringkat yang


mana bermula daripada hujung kepala hingga ke bahagian hujung kaki. Ini
bertujuan bagi membolehkan sistem fizikal badan dapat menampung aktiviti yang
bakal dijalankan. Pada permulaannya, saya telah melihat pergerakan
hyperextension dimana kepala didongakkan ke atas dengan bantuan jari-jari sebagai
penyokong. Seterusnya kepala ditundukkan ke bawah dengan melakukan flexion
sambil tangan-tangan menyokong bahagian belakang tengkok. Aktiviti memanaskan
badan diteruskan sehinggalah ke bahagian hujung kaki. Renggangan ini diamalkan
pada setiap hari ketika perhimpunan dimana guru-guru akan menyuruh supaya
pelajar membuat renggangan badan sebelum masuk ke keles. Ini bertujuan bagi
membolehkan sesi pembelajaran berlaku dengan suasana pembelajaran yang aktif.
Murid-murid dapat melibatkan diri dengan sepenuhnya terhadap aktiviti
pembelajaran seperti perbincangan, pembentangan dan sebagainya. Aktiviti
memanaskan badan ini turut membantu pelajar supaya sentiasa beringat tentang
kesihatan diri dimana mereka perlu menjaga kesihatan mereka pada setiap masa.

Selain itu, aktiviti memanaskan badan diamalkan oleh setiap warga Sekolah
Kebangsaan Padang Garong 1 dimana menurut guru PJ, ianya sering dilakukan
semasa aktiviti gotong-royong. Pada kebiasannya, sebelum mereka memulakan
aktiviti gotong-royong, pelajar dan guru akan diminta berkumpul di padang bersama-
sama. Mereka melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum melakukan sebarang
aktiviti gotong royong. Guru-guru dan pelajar mendapat faedah melalui aktiviti
gotong royong ini dimana menyihatkan tubuh mereka dan memberikan kesediaan
kepada badan sebelum melakukan aktiviti fizikal yang lain. Pada pendapat saya,
aktiviti ini memang perlu dilakukan secara beramai-ramai oleh warga sekolah bagi
memupuk semangat cintaka sukan dan melahirkan warga negara sekolah yang sihat
dan sejahtera.

8. Adakah pengajaran Anatomi & Fisiologi diterapkan pada pelajar semasa


mata pelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan?

Pengajaran Anatomi dan Fisiologi turut diterapkan dalam pengajaran semasa


kelas PJ. Ini boleh dilihat semasa aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan
badan yang telah dilakukan oleh guru pendidikan jasmani. Semasa melakukan
aktiviti rengangan yang melibatkan bahagian kepala contohnya, hyperextension dan
flexion telah berlaku dimana pelajar mendongakkan dan menundukkan kepala
semasa aktiviti dijalankan. Ini membuktikan bahawa Anatomi dan Fisiologi telah
diterapkan di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Walau bagaimanapun, pelajar tidak
diberitahu tentang istilah-istilah sains yang digunakan kerana pada peringkat umur
mereka, pelajar masih tidak boleh memahami istilah yang digunakan. Tetapi, mereka
tetap perlu didedahkan dengan cara dan penggunaannya serta kepentingannya
kepada sistem badan mereka.
Pada pendapat saya, memang tidak dinafikan bahawa setiap perkara yang
dilakukan oleh pelajar merupakan pergerakan dan ini melibatkan pengajaran
Anatomi dan Fisiologi. Oleh itu pelajar memang perlu diberi pendedahan tentang
setiap pergerakan supaya memudahkan mereka untuk mengamalkannya suatu hari
nanti. Selain daripada itu, semasa pengajaran PJ, guru perlu menerangkan serba
sedikit tentang kepentingan aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan yang
mana ianya serba sedikit terlibat dalam pengajaran Anatomi dan Fisiologi.
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bukan sahaja membantu melahirkan warga
sekolah yang sihat dan cergas malahan memupuk supaya dapat mencungkil potensi
diri yang ada pada setiap pelajar contohnya dalam permainan bola. Pelajar bukan
sahaja telah memahami apa yang perlu dilakukan sebelum bermain bola malahan
mengamalkannya dengan melakukan aktiviti renggangan yang membolehkan otot-
otot badan berada dalam keadaan sedia sebelum bermain.

9. Adakah pihak sekolah mementingkan gaya hidup sihat kepada


pelajarnya melalui aktiviti senaman, rancangan diet, pemakanan
seimbang dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT)?

Pelbagai nasihat dan teguran yang telah diberikan oleh guru-guru di Sekolah
Kebangsaan Padang Garong 1 terhadap kepentingan menjaga kesihatan badan dan
keburukan sekiranya tidak menjaganya. Walaupun masih ada segelintir pelajar yang
degil terhadap arahan yang telah diberikan oleh guru, masih ada pelajar yang
mengikuti arahan yang telah diberikan oleh guru. Ini dapat dilihat dimana guru
menyediakan satu aktiviti gotong royong secara bersama-sama bagi memupuk
semangat kesukanan di dalam diri pelajar-pelajar. Sikap tidak putus asa yang
ditunjukkan oleh guru menjadi pedoman kepada saya sebagai seorang bakal guru
dimana saya perlu berusaha dengan sebaik mungkin bagi membolehkan kesemua
pelajar saya berada dalam keadaan sihat dan cergas.

Tambahan lagi, guru-guru turut memberikan teguran tentang pemakanan secara


seimbang bagi mengelakkan permasalahan seperti obesiti. Memang ada pelajar di
sekolah yang mengalami masalah obesiti dan guru-guru mengambil tindakan yang
proaktif dengan mengadakan ceramah dan kempen pemakanan yan sihat.
Pemakanan yang seimbang bukan sahaja dapat memberikan kesihatan yang baik
kepada pelajar malahan membolehkan pelajar giat aktif di dalam pelbagai bidang
sukan. Seharusnya pelajar diberikan pelbagai bahan pengajaran yang membolehkan
mereka memahami kepentingan menjaga kesihatan badan. ini boleh dilakukan
dengan memupuk pelajar supaya bijak dalam memilih makan yang tidak terlalu
mengandungi kolesterol.

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah disediakan oleh pihak sekolah


kepada golongan pelajar yang mempunyai ibubapa yang berpendapatan rendah.
Memang tidak dinafikan bukan kesemua pelajar disekolah adalah terdiri dari
golongan keluarga yang berada. Oleh itu, RMT telah disedikan kepada mereka
supaya membantu meringankan beban yang ditanggung oleh kedua ibu bapa
dengan memberikan makanan RMT. Namun begitu, pemakanan yang sihat dan
seimbang perlu dititikberatkan dalam penyediaan makanan RMT. Ini dimana
makanan yang disediakan mestilah terdiri daripada makanan yang menyihatkan
tubuh badan dan membantu pembentukan otak yang cerdas. Oleh itu, dapatlah
diberi kesimpulan disini dimana pemakanan yang seimbang membolehkan pelajar
memiliki kesihatan tubuh badan yang baik malahan membolehkan mereka aktif di
dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

10. Cara guru Pendidikan Jasmani mengajar :

Semasa saya membuat pemerhatian terhadap guru pendidikan Jasmani mengajar,


saya dapati dimana guru tersebut menerapkan banyak ilmu-ilmu yang berkaitan
dengan PJ ditunjukkan. Ini dapat saya rumuskan dimana seorang guru memainkan
peranan yang penting dalam membentuk pelajar. Guru tersebut bernama Encik
Mazlan dan dia mengajar dengan cara menunjukkan demonstrasi dahulu dan
kemudiannya pelajar mengikuti segala pergerakan fizikal yang diajar. Guru tersebut
telah mengajar cara-cara bermain membaling bola kepada pelajar. Ini adalah
penting kerana aktiviti seperti ini akan membantu perkembngan psikomotor dan
lokomotor pelajar ini. Sebelum memulakan segala aktiviti, guru tersebut menjalankan
sesi memanaskan badan sebelum memulakan segala aktiviti dan diakhiri dengan
aktiviti menyejukkan badan setelah selesai aktiviti.

You might also like