You are on page 1of 62

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

1.0 PANDUAN PEMETAAN KURIKULUM KELAS BERCANTUM

Panduan pemetaan kurikulum Kelas Bercantum ini disediakan bagi


membolehkan guru mendapatkan maklumat dan cara untuk membina pemetaan
kurikulum Kelas Bercantum berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) mengikut keperluan dan kesesuaian sekolah bagi
membantu guru merancang Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang
melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang berbeza mengikut tahun
persekolahan.

1.1 Prinsip Pemetaan Kelas Bercantum

Pemetaan Kurikulum Kelas Bercantum hendaklah berdasarkan kepada


prinsip-prinsip yang berikut;

1.1.1 Setiap murid dalam Kelas Bercantum mesti mempelajari semua mata
pelajaran mengikut minimum jam setahun yang telah ditetapkan
dalam KSSR dan KSSR (Semakan 2017) [Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil 8/ 2016- Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(Semakan 2017) Secara Berperingkat-peringkat Mulai Tahun 2017];

1.1.2 Setiap murid dalam Kelas Bercantum mesti mempelajari dan


menguasai Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP)
dan Standard Prestasi (SPi) dalam DSKP; dan

1.1.3 Guru perlu melaksanakan PdP mata pelajaran berdasarkan


matlamat, objektif, fokus, strategi PdP, Elemen Merentas Kurikulum
(EMK) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) seperti yang terdapat
dalam DSKP setiap mata pelajaran;

1 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

1.1.4 PdP di dalam Kelas Bercantum boleh dilaksanakan mengikut


pelbagai kaedah iaitu secara kelas, kumpulan dan/atau kelas dan
kumpulan (gabungan):

(i) kaedah secara kelas:


guru mengajar semua murid yang berlainan tahun persekolahan
secara serentak. Kaedah ini sesuai digunakan jika terdapat
bidang/ tema/ tajuk/ kemahiran/ nilai yang sama atau hampir sama
merentas tahun persekolahan bagi mata pelajaran tertentu;

(ii) kaedah secara kumpulan:


murid dikumpulkan mengikut tahun persekolahan dan diajar
secara berasingan. Kaedah ini digunakan untuk bidang/ tema/
tajuk/ kemahiran/ nilai yang berbeza merentas tahun persekolahan
bagi mata pelajaran tertentu

1.1.5 PBD perlu dilaksanakan kepada semua murid mengikut SPi yang
ditetapkan dalam DSKP mengikut tahun persekolahan bagi setiap
mata pelajaran.

1.2 Kaedah Pemetaan Kurikulum Kelas Bercantum

Kaedah Pemetaan Kurikulum Kelas Bercantum boleh menggunakan


kaedah gabungan bidang/ tema/ tajuk/ kemahiran/ nilai. Kaedah gabungan
ini boleh dilakukan jika bidang/ tema/ tajuk/ kemahiran/ nilai yang diajar
adalah sama atau berbeza mengikut Tahun.

1.3 Contoh Pemetaan Kurikulum Kelas Bercantum

1.3.1 Kaedah gabungan jika bidang/ tema/ tajuk/ kemahiran/ nilai yang
diajar adalah sama

2 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

Jadual 1: Contoh pemetaan yang melibatkan kemahiran yang sama

STANDARD PEMBELAJARAN
STANDARD
TAHUN 2 CATATAN
KANDUNGAN TAHUN 3
(Semakan)

1.1.1 Mendengar, 1.2.6 Mendengar,


TAHUN 2 CADANGAN
mengecam, memahami,
1.1 Mendengar dan AKTIVITI /
memahami dan dan menyebut
memberikan KAEDAH PDP
menyebut dengan frasa dan ayat
respons
betul dan tepat; dengan
Kelas
struktur binaan
Kumpulan
i) frasa ayat yang
TAHUN 3
ii) ayat tunggal betul dan tepat.
1.2 Mendengar,
iii) ayat majmuk
mengecam dan
menyebut bunyi
bahasa, iaitu
abjad, suku kata,
perkataan, frasa
dan ayat dengan
betul.

3 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

Jadual 2: Contoh pemetaan yang melibatkan tajuk yang sama

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN


TAJUK CATATAN
KANDUNGAN TAHUN 2 (Semakan) TAHUN 3

KESIHATAN TAHUN 2 1.1.1 Menyatakan


1.1.1 Menyatakan Kriteria
DIRI DAN 1.1 Kemahiran anggota
maksud postur, Pencapaian
REPRODUKTIF membuat seksual
rehat dan tidur. • Menjelaskan
keputusan dalam seperti bibir,
kepentingan
konteks kesihatan payu dara,
1.1.2 Mengaplikasikan aktiviti fizikal,
diri dan reproduktif punggung dan
postur yang betul makanan yang
organ genital.
untuk pertumbuhan seimbang, postur
dan perkembangan yang betul serta
1.1.2 Menyatakan
fizikal yang sihat. rehat dan tidur
TAHUN 3 kepentingan
yang mencukupi
1.1 Mengetahui dan menjaga
untuk mencapai
memahami kebersihan
pertumbuhan dan
pertumbuhan dan anggota
perkembangan
perkembangan seksual.
fizikal yang sihat.
fizikal yang sihat.

• Menjelaskan cara
dan kepentingan
menjaga
kebersihan
anggota seksual
seperti bibir, payu
dara, punggung
dan organ
genital.

4 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

1.3.2 Kaedah gabungan jika bidang/ tema/ tajuk/ kemahiran/ nilai yang
diajar adalah berbeza

Jadual 3: Contoh pemetaan yang melibatkan tajuk yang berbeza

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN


TAJUK CATATAN
KANDUNGAN TAHUN 2 (Semakan) TAHUN 3

LITAR TAHUN 2 6.1.1 Mengenal pasti


7.1.1 Mengenal pasti Cadangan:
ELEKTRIK 7.1 Litar elektrik objek yang
komponen PdP dilaksanakan
boleh menyerap
dalam litar secara kumpulan
air dan kalis air
elektrik iaitu sel
TAHUN 3 dengan
PENYERAPAN kering, mentol
6.1 Menganalisis menjalankan
dan suis.
pengetahuan aktiviti.
7.1.2 Menerangkan
tentang
fungsi
keupayaan 6.1.2 Bahan yang
komponen
bahan boleh menyerap
dalam litar
menyerap air. air dan kalis air
elektrik lengkap.
dengan
menjalankan
aktiviti.

Jadual 4: Contoh pemetaan yang melibatkan tajuk yang berbeza

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN


TAJUK CATATAN
KANDUNGAN TAHUN 4 TAHUN 5

MARI TAHUN 4 6.1.1 Menyatakan


1.1.1 Menyatakan pengertian Cadangan:
BELAJAR maksud raja dan
sejarah dan sumber PdP
1.1 Pengertian
SEJARAH kerajaan
sejarah dilaksanakan
Sejarah dan
secara
Kemahiran
K6.1.5 Menyatakan
K1.1.9 Menjelaskan kumpulan
Sejarah
kepentingan
kepentingan
taat setia
WARISAN menghargai warisan
TAHUN 5
kepada raja
NEGARA bangsa bagi
6.1 Institusi Raja
menjalankan
melahirkan jati diri
aktiviti

5 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

1.4 Perkara-perkara lain yang perlu dipertimbangkan

1.4.1 Bilangan tema/ tajuk/ bidang, SK dan SP yang berbeza antara Tahun
Bilangan tema/ tajuk/ bidang SK dan SP Tahun 2 lebih atau kurang
daripada Tahun 3. Oleh yang demikian:

a) perlu menyesuaikan nisbah jumlah PdP Tahun 2 dengan Tahun


3, atau Tahun 4 dengan Tahun 5
b) berlaku pengayaan bagi murid Tahun 2 dan pengukuhan bagi
murid Tahun 3 secara tidak langsung

1.4.2 SK dan SP dari kohort kurikulum yang berbeza


Dalam tahun 2018, Bahasa Inggeris Tahun 2 menggunakan DSKP
KSSR yang dijajarkan dengan Common European Framework of
Reference (CEFR), manakala Tahun 3 menggunakan DSKP KSSR.
Dalam situasi ini, guru perlu melaksanakan PdP secara berkumpulan
menggunakan Rancangan Pengajaran mengikut Tahun yang
berasingan. Walau bagaimanapun, murid Tahun 2 dan Tahun 3
ditempatkan dalam 1 kelas yang sama. Guru boleh menggunakan
set induksi dan penutup pengajaran yang sama bagi kedua-dua
kumpulan.

6 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

2.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KELAS BERCANTUM

2.1 Pengenalan
Kelas bercantum mempunyai bilangan murid yang kecil dan terdiri daripada murid
daripada tahun persekolahan yang berbeza. Proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas bercantum perlu mengambil kira keperluan murid yang
berbeza daripada aspek kebolehan, minat dan tahap pemikiran. Sehubungan
dengan itu kaedah pengajaran pelbagai gred digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran kelas bercantum. Umumnya, pengajaran dan pembelajaran yang
biasa dilaksanakan dalam pengajaran pelbagai gred adalah Pengajaran Kelas,
Pengajaran Kumpulan dan Pengajaran Individu. Strategi pengajaran dan
pembelajaran seperti penggabungjalinan, penyerapan, pemulihan dan
pengayaan perlu diubahsuai berdasarkan keperluan murid yang pelbagai.

Murid dalam kelas bercantum mempunyai unsur-unsur kepelbagaian yang perlu


diambilkira oleh guru ketika merancang proses pengajaran. Unsur-unsur
kepelbagaian mereka adalah seperti berikut:

a) Umur
b) Kebolehan
c) Tahap perkembangan
d) Latar belakang
e) Pengalaman
f) Motivasi
g) Minat

2.2 Pengajaran dan Pembelajaran Pelbagai Gred


Pengajaran pelbagai gred digunakan dalam kelas bercantum untuk menghasilkan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Berikut adalah lima jenis
pengajaran pelbagai gred yang digunakan dalam kelas bercantum:

7 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

i. Pengajaran Secara Kelas

Guru menyampaikan pelajaran kepada semua murid yang berada dalam


bilik darjah kelas bercantum pada masa yang sama. Walau bagaimanapun,
pengajaran secara kelas ini hanya sesuai dilaksanakan untuk mata
pelajaran seperti Pendidikan Jasmani, Muzik, Pendidikan Seni dan Moral
kerana guru boleh menyampaikan maklumat am kepada murid.

ii. Pengajaran Mengikut Tahun Persekolahan

Kaedah ini dijalankan dalam situasi guru mengajar murid dalam kumpulan
berasingan mengikut umur tertentu dalam sesuatu waktu. Guru akan
mengajar satu kumpulan murid secara kelas dan dalam waktu yang sama
murid daripada tahun persekolahan yang lain akan membuat kerja secara
individu. Kaedah ini disebut “Kaedah Mengikut Tahun Persekolahan”
dengan tujuan membezakannya dengan kaedah kumpulan kebolehan yang
terdapat dalam kelas biasa.

Kaedah ini boleh digunakan apabila terdapat peringkat kebolehan murid


mengikut tahun persekolahan sangat berbeza daripada aspek kemahiran
dan pengetahuan di dalam sesuatu bidang tertentu. Contohnya, bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu, kemahiran membaca bagi sebuah kelas
bercantum Tahun 2 dan Tahun 3, guru akan melaksanakan aktiviti bacaan
dengan murid Tahun 2 dan kemudian, manakala murid Tahun 3 diberi buku
atau teks untuk pembacaan di ruang pembacaan senyap. Kemudian guru
akan beralih kepada Tahun 3 untuk melaksanakan aktiviti bacaan. Semasa
melaksanakan kaedah ini, guru digalakkan mengadakan aktiviti-aktiviti
kumpulan.

8 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

iii. Pengajaran Secara Kumpulan

Kaedah ini bermaksud guru membahagikan murid kepada beberapa


kumpulan dan menyampaikan pengajarann kepada kumpulan murid
tertentu dalam satu-satu masa. Setelah guru selesai membimbing satu
kumpulan, guru akan berpindah dan membimbing kumpulan yang lain; dan
seterusnya bergilir-gilir sehingga merangkumi semua kumpulan murid.

Terdapat dua cara yang sesuai untuk membentuk kumpulan :

a) Kumpulan Mengikut Kebolehan Yang Sama

Murid yang lebih kurang sama tahap kebolehan diletakkan dalam


satu kumpulan . Kumpulan seperti ini sesuai untuk beberapa aktiviti
dalam kemahiran asas, aktiviti pengayaan dan pemulihan.

Kumpulan yang sama kebolehan ini dikenali sebagai kumpulan


akademik. Kaedah ini amat sesuai digunakan untuk mata pelajaran
seperti Matematik, Sains dan bahasa. Guru akan memerhati dan
mencatat pencapaian murid dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dan kemudian secara sistematik akanmembahagikan
murid pada kumpulan- kumpulan tertentu berdasarkan kebolehan
mereka. Guru perlu lebih menitikberatkan keperluan murid daripada
kumpulan yang lemah.

b) Kumpulan Pelbagai Kebolehan

Murid daripada pelbagai kebolehan dan kecenderungan akan


diletakkan dalam satu kumpulan. Contohnya, ahli kumpulan yang
terdiri daripada murid yang pandai membaca, melukis dan
merekacipta. Biasanya kumpulan seperti ini dibentuk untuk
menjalankan satu-satu projek. Oleh itu kumpulan yang mempunyai
pelbagai kebolehan dapat menghasilkan projek yang berjaya.
Lembaran kerja pula disediakan mengikut kebolehan murid.

9 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

iv. Pengajaran Individu

Kaedah ini boleh digunakan setelah semua kumpulan murid telah


melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Guru mengambil kesempatan
untuk membimbing secara individu. Kaedah individu ini bermaksud
pengajaran guru adalah dikhususkan kepada seseorang murid yang
tertentu dengan bahan bantu mengajar atau lembaran kerja khas untuk
murid berkenaan sahaja. Kaedah ini bertujuan untuk mengembangkan
secara optima potensi dan kebolehan murid itu, dan dalam situasi kelas
bercantum dimana bilangan muridnya yang bersaiz kecil, kaedah ini
merupakan kaedah paling efektif.

v. Pengajaran Sosial

Kumpulan ini berbeza dengan kumpulan yang dibentuk berdasarkan aktiviti


dan kumpulan pelbagai kebolehan kerana kumpulan ini dibentuk
berdasarkan kepada penyesuaian kanak-kanak itu sendiri dimana kanak-
kanak diberi peluang memilih kumpulan-kumpulannya sendiri berdasarkan
minat dan kecenderungan murid berkenaan serta dikelilingi oleh rakan-
rakan yang disenangi murid itu. Jenis-jenis aktiviti yang dibuat biasanya
termasuklah permainan, pelajaran muzik, drama atau pelajaran bercorak
rekreasi; juga ata pelajaran yang menekankan kemahiran psikomotor.

10 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

3.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Pengajaran bermaksud bagaimana seseorang guru menyampaikan pelajaran


atau ilmu pengetahuan kepada murid. Ia merupakan satu proses yang bermula
daripada persediaan untuk mengajar, melakukan pengajaran, menilai kembali
apa yang telah diajar serta melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan
proses pengajaran itu. Pengajaran juga adalah rancangan guru yang sistematik
untuk membimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Pembelajaran
ialah proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan tingkah laku
yang berbeza. Dari sudut kognitif, pembelajaran boleh berlaku tanpa perubahan
tingkah laku yang segera. Proses pembelajaran yang berlaku secara berterusan
akan membawa perubahan tingkah laku.

Pelbagai kaedah pengajaran yang telah digunakan oleh guru sejak berkurun
lamanya. Ini dilakukan untuk memastikan supaya murid mendapat pembelajaran
yang berkualiti dan berkesan. Kaedah pengajaran yang sering diperkatakan masa
kini adalah pembelajaran abad 21 seiring dengan arus pembangunan.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad
21 secara rintis.

Pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan ke seluruh negara mulai tahun
2015 selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025). Terdapat perbezaan antara pembelajaran
konvensional dan pembelajaran abad 21 iaitu:

11 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

Pembelajaran Konvensional Pembelajaran Abad Ke-21


• Dipimpin oleh guru • Berasaskan murid

• Pembelajaran langsung • Pembelajaran koperatif

• Menekankan pengetahuan, • Menekankan kemahiran,


kandungan dan kemahiran proses dan pemikiran aras
asas. tinggi

• Berfokuskan teori • Berfokuskan praktikal

• Menekankan Kurikulum • Menekankan kemahiran


hidup
• Aktiviti Individu
• Aktiviti berkumpulan
• Merangkumi dalam bilik darjah
• Melibatkan komuniti
• Pentaksiran sumatif
• Pentaksiran formatif
• Belajar untuk sekolah
• Belajar untuk kehidupan

3.1 Ciri-Ciri Pembelajaran Abad 21

Pengajaran dan pembelajaran abad 21 turut menekankan 4 ciri iaitu:

1. Komunikasi (Communication)
2. Pemikiran kritis (Critical Thinking)
3. Kolaborasi (Collaboration)
4. Kreativiti (Creativity)

12 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

3.1.1 Komunikasi

Murid digalakkan untuk memahami, mengelola dan menghasilkan satu


komunikasi yang efektif dalam pelbagai bentuk sama ada secara lisan atau
tulisan. Murid akan diberi peluang untuk menggunakan kemahiran
komunikasi ketika mengutarakan pendapat mereka sama ada dalam aktiviti
berkumpulan atau pun ketika bersama guru.

3.1.2 Kolaborasi

Murid akan diberi peluang untuk menunjukkan kemampuannya dalam


aktiviti berkumpulan, bakat kepimpinan, memainkan pelbagai peranan,
memikul tanggungjawab, menghormati pendapat orang lain, bertoleransi
dan berempati dengan orang lain.

3.1.3 Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah

Murid dididik untuk berusaha menganalisa, menyelesaikan masalah


dan membuat keputusan.

13 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

3.1.4 Kreativiti dan inovasi

Murid digalakkan untuk mencuba menghasilkan sesuatu yang baharu atau


membuat inovasi.

Secara rumusannya, murid kini perlu didedahkan dengan pelbagai situasi


yang menuntut mereka untuk menyelesaikan pelbagai pemasalahan
supaya mereka boleh menjadi modal insan yang kritis, berdaya saing dan
mampu berhadapan dengan cabaran globalisasi. Mereka juga perlu bijak
berkomunikasi dan bekerja dengan orang lain terutama ketika mereka
berada di dalam alam pekerjaan. Oleh itu, sistem pendidikan negara perlu
menyediakan murid dengan ilmu dan kemahiran ini bersesuaian dengan
kehendak semasa.

Elemen-Elemen Yang Terkandung Dalam Pembelajaran Abad 21 Berikut


adalah gambarajah yang menyenaraikan elemen-elemen yang terkandung
dalam pembelajaran abad 21.

14 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

Ciri-ciri murid yang diharapkan hasil daripada pembelajaran abad 21 ialah:

• bijak menyoal
• berupaya membuat hubung kait
• yakin berkomunikasi
• mengambil risiko
• ingin tahu
• menjana idea
• fleksibel
• mendengar dan membuat refleksi
• mampu bekerja dengan orang lain
• mampu berfikir sendiri
• menguasai kemahiran literasi
• berani mencuba

15 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

4.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21

4.1 Strategi kolaboratif dan koperatif

Strategi koperatif dan kolaboratif memerlukan murid bekerjasama dalam


kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan
berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain secara beerstuktur.

Pembelajaran koperatif didefinisikan sebagai satu set proses yang membantu


murid berinteraksi satu sama lain untuk mencapai satu matlamat khusus atau
mendapatkan satu hasil akhir (end product) yang ada kaitan dengan isi kandungan
mata pelajaran. Pendekatan berstruktur dalam pembelajaran koperatif melibatkan
proses mencipta, menganalisis dan mengaplikasikan struktur dan tidak terikat
kepada isi kandungan pelajaran.

Ciri-ciri pembelajaran koperatif :

i. Ganjaran kumpulan : ganjaran kumpulan menjadikan


murid lebih bermotivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti
berkumpulan
ii. Tanggungjawab individu : mendorong murid membimbing rakan-
rakan sekumpulan dan semua ahli bertanggungjawab menguasai
pelajaran
iii. Peranan ahli
iv. Interaksi
v. Kemahiran berkumpulan : menguruskan sebarang konflik yang
timbul di dalam kumpulan

Pembelajaran kolaboratif merupakan salah satu strategi yang melibatkan satu


kumpulan murid yang bekerja bersama untuk mencapai hasil pembelajaran secara
bersama. Dalam pembelajaran kolaboratif terdapat tiga cara iaitu kolaboratif guru-
murid, kolaboratif murid, dan kolaboratif melalui ICT. Dalam Pembelajaran Abad
ke 21, pembelajaran kolaboratif penting kerana ia merupakan satu proses yang
mencabar murid berfikir, menyelesaikan masalah, mepunyai tujuan yang sama
untuk mencapai keputusan.

16 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

Ciri – ciri pembelajaran kolaboratif :

i. Perkongsian maklumat antara guru dan murid atau murid dan


murid – contoh maklumat hasil carian internet
ii. Perkongsian kuasa antara guru dan murid – penurunan kuasa
kepada murid menentukan objektif sesuatu tugasan, menggunakan
kreativiti mereka menyiapkan tugasan, contohnya pengurusan grafik
iii. Guru sebagai mediator – membantu murid mengaitkan maklumat
baru yang diperolehi dari usaha kolaboratif dengan pengalaman dan
pemindahan kepada situasi baru

Tambahan pula, pembelajaran ini berpotensi memenuhi gaya pembelajaran


murid, dan murid dapat mempelajari kemahiran interpersonal. Selain itu
pembelajaran ini menuju kepada perubahan dan murid bertoleransi sesama
sendiri. Dalam kelas bercantum, kaedah pembelajaran ini boleh digunakan dalam
menjalankan aktiviti kumpulan secara bersama-sama oleh murid. Murid
dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kebolehan mereka. Elemen
yang perlu di beri perhatian ialah minat, kebolehandan umur mereka. Bagi murid
yang mempunyai aras yang lebih tinggi, isu yang lebih kompleks boleh
dikemukakan di mana ahli-ahli kumpulan akan berusaha untuk mencari
penyelesaian yang sesuai.

17 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

Contoh pembelajaran kolaboratif dan koperatif yang boleh digunakan dalam kelas
bercantum adalah jigsaw, gallery walk, perbincangan kumpulan, projek.

Contoh: Jigsaw Model

Murid di bahagikan kepada kumpulan. Setiap murid akan belajar satu topik atau
kemahiran. Selepas itu kumpulan itu dibahagikan kepada kumpulan baru supaya
setiap kumpulan mempunyai wakil yang boleh mengajar satu topik atau
kemahiran. Kaedah ini sangat efektif untuk pembentangan isi kandungan. Murid
dapat mengajar murid yang lain dan pada masa yang sama dapat memupuk sifat
kepimpinan. Semasa pembelajaran ini berlaku, guru berpeluang mengajar
kumpulan yang lain.

4.2 Pembelajaran kontekstual

Pengajaran secara kontekstual ialah proses pengajaran guru yang mengaitkan


ilmu yang dipelajari dengan pengalaman seharian perseorangan, masyarakat dan
dunia pekerjaan. Pembelajaran kontekstual melibatkan murid sepenuhnya dalam
proses pembelajaran. Pembelajaran ini menekankan proses penglibatan murid
untuk mencari bahan-bahan yang mereka belajar dan kaitkan dengan kehidupan
sebenarnya. Pengajaran ini melibatkan perkongsian pemikiran dan pengalaman
guru untuk memberi kefahaman kepada murid kerana proses pengajaran dan
pembelajaran itu sendiri melibatkan murid, pengajar dan bahan pengajaran.
Pembelajaran kontekstual ini bukan sekadar mendengar dan mengambil nota
tetapi murid mengalami proses pembelajaran secara langsung, iaitu
menghubungkan isi pelajaran dengan dunia sebenar, proses interaksi antara
murid dengan murid yang lain serta menjadikan situasi pengajaran di dalam kelas
sebagai simulasi kepada kehidupan harian mereka.

18 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

Dalam pengajaran, guru memberi pendedahan, penemuan dan penciptaan


kepada murid. Guru dikehendaki melibatkan murid secara aktif dan menemui idea
dan fakta. Ini akan menjadikan murid dapat melibatkan diri secara menyeluruh
dalam aktiviti dan membentangkan hasil kerja mereka.

Contohnya: Pembelajaran eksperiential, pengalaman hidup sebenar, dan


pembelajaran aktiviti. Kaedah yang boleh digunakan ialah simulasi, main
peranan, kajian kes dan “problem based learning”.

4.3 Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)

Pembelajaran Berasaskan Masalah satu strategi yang berpusatkan murid. Murid


dikehendaki belajar tentang sesuatu mata pelajaran dengan menggunakan
pengalaman untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Murid akan menguasai
kemahiran berfikir dan juga pengetahuan tentang matapelajaran tersebut.
Kaedah ini bermatlamat untuk menolong murid mengembangkan pengetahuan
mereka, menyelesaikan masalah dengan efektif, pembelajaran kendiri,
kemahiran kolaboratif dan meningkatkan motivasi intrinsik.

Dalam kumpulan, murid mengenalpasti apa yang mereka tahu, apa yang perlu
mereka tahu, bagaimana dan cara mengakses informasi baru untuk
menyelesaikan masalah. Guru berperanan sebagai fasilitator dengan memberi
sokongan, bimbingan dan memantau proses pembelajaran.

19 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

Kitaran Pembelajaran Berasaskan Masalah

Contoh:
1) Murid di beri satu masalah untuk berbincang dalam kumpulan. Di sini murid
akan menggunakan pengetahuan sedia ada mereka.

2) Dalam kumpulan, murid akan mengembangkan teori atau hipotesis untuk


menerangkan masalah. Pada masa ini murid akan mengenalpasti isu
pembelajaran. Fasilitator memberi bimbingan supaya murid dapat membina
pengetahuan semasa menyelesaikan masalah.

3) Pembelajaran kendiri akan berlaku dalam proses ini di mana murid terus
mencari isu dalam masalah yang diberi.

4) Murid akan membentuk kumpulan dan membincang dapatan mereka


berdasarkan apa yang mereka pelajari.

Dalam proses pembelajaran, maklum balas dan refleksi akan berlaku. Murid aktif
dalam membina pengetahuan baru. Kekuatan PBL adalah proses pembelajaran
ini membina satu keyakinan dalam murid berdasarkan pengalaman dan interaksi
dengan persekitaran mereka, seterusnya menyediakan mereka untuk
menghadapi masalah dan cabaran yang sebenar berlaku dalam dunia.
20 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

4.4 Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)

Pembelajaran Berasaskan Projek adalah kaedah pengajaran abad ke-21 yang


sangat komprehensif kerana ia menyokong kesemua kemahiran dalam ciri abad
ke 21. Ia merupakan satu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam
bentuk projek sebagai cara murid memeperoleh ilmu. Kaedah ini adalah
berpusatkan murid, memerlukan masa untuk disiapkan, merentasi kurikulum dan
melibatkan kemahiran serta kecerdasan pelbagai. Kaedah ini memerlukan murid
untuk berinteraksi dengan isu dan amalan dunia sebenar selain menekankan
pembelajaran kendiri dan amalan penerokaan oleh murid.

Proses pembelajaran menggunakan kaedah ini bermula dengan soalan-soalan


berpandu, pemahaman konsep dan prinsip terus pelajaran. Ini akan memberi
peluang kepada murid untuk memahami sesuatu perkara dengan mendalam.
Murid biasanya diberi kebebasan untuk memilih tema bagi projeknya berdasarkan
kepada senarai tema yang disediakan. Kemudian murid akan mengumpul segala
maklumat dan bahan yang berkaitan dengan projek tersebut. Oleh itu murid perlu
menjangkau bidang yang pelbagai dan luas. Dengan cara ini projek dapat
meluaskan skop pemikiran murid dan memberi mereka peluang untuk
memperoleh pengalaman yang lebih luas. Pembelajaran menggunakan kaedah
ini selalunya dicirikan dengan penghasilan satu produk pada akhir pembelajaran.
Murid juga boleh menunjukkan apa yang telah dipelajari dalam bentuk
demonstrasi dan persembahan.

Terdapat persamaaan antara kaedah Pengajaran Berasaskan Masalah (PBM)


dan Pengajaran Berasaskan Projek (PBP) yang mana kedua-duanya
menggunakan kaedah inkuiri yang membentuk soalan dan masalah untuk
diselesaikan. Namun begitu terdapat perbezaan di antara keduanya. PBP menilai
murid melalui penghasilan produk atau pembentangan murid terhadap
pemasalahan yang dipilih. Manakala PBM melihat kepada jawapan atau
penyelesaian masalah.

21 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

Dalam PBM guru akan terus memberikan masalah kepada murid untuk
diselesaikan manakala PBP memberi ruang kepada murid untuk memilih tema
atau isu yang ingin mereka selesaikan.

4.5 Flipped Classroom


Flipped classroom adalah satu strategi pengajaran yang berbeza dengan kaedah
tradisional yang sering guru laksanakan. Flipped classroom menyampaikan isi
kandungan pengajaran di luar bilik darjah contoh melalui talian, penggunaan
video, audio, perisian multimedia dan apa jua jenis bahan yang memanfaatkan
murid. Kaedah ini adalah fleksibel dan boleh diguna dalam pelbagai disiplin dan
peringkat pendidikan. Pada peringkat sekolah, kaedah ini tidak terhad kepada
murid biasa. Siegle (2013) telah membuktikan kaedah flipped classroom sesuai
dilaksanakan terhadap murid yang istimewa dan murid yang berbakat. Bagi murid
yang pada tahap rendah kaedah flipped classroom membantu meningkatkan
motivasi dan minat murid seperti pemulihan. Sebaliknya, bagi murid yang
mempunyai kecerdasan tinggi, kaedah flipped classroom bertindak sebagai
proses pengayaan.

Dalam pembelajaran menggunakan flipped classroom, guru menyediakan bahan-


bahan bacaan seperti buku, nota, video tape pengajaran dan juga laman web yang
berkenaan dengan topik yang hendak diajar. Sebelum pengajaran topik itu, murid
akan membaca atau mengakses bahan tersebut di rumah. Ia adalah satu
persediaan yang rapi dan baik kerana murid dapat mengakses bahan-bahan
pelajaran di rumah mengikut tahap mereka. Sebagai contoh, murid pada tahap
yang rendah boleh melihat bahan-bahan pelajaran beberapa kali dan murid pada
tahap yang tinggi akan lebih bermotivasi untuk mencari lebih maklumat tentang
topik yang berkenaan. Apabila murid menghadiri kelas, guru telah menyediakan
pelbagai aktiviti kumpulan di dalam kelas. Aktiviti kumpulan adalah berkenaan
dengan bahan yang mereka telah baca.

22 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

Cadangan ialah guru boleh menyediakan stesen pembelajaran, demonstrasi,


aktiviti makmal, kerja berkumpulan dengan bimbingan

Ciri-ciri flipped classroom

i. Pembelajaran aktif: Murid melalui satu proses pembelajaran yang


aktif di mana murid menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran.

ii. Pembelajaran arah-kendiri: Murid merujuk kepada bahan


pengajaran yang lalu dan kaitkan dengan pengetahuan yang baru.

iii. Pelbagai gaya pembelajaran: Flipped classroom dapat memenuhi


gaya pembelajaran murid, iaitu pengajaran dan pembelajaran
adalah dalam berbagai bentuk dan murid melibatkan diri dalam
aktiviti.

iv. Pelbagai instruction: Murid belajar mengikut tahap kebolehan.

23 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

v. Interaksi sosial: Interaksi sosial dipertingkatkan melalui aktiviti


kolaboratif di dalam kalangan muriddengan murid dan murid dengan
guru. Interaksi dengan guru adalah lebih bermakna.

vi. Penyediaan abad 21: Menggunakan teknologi untuk tujuan


pendidikan, iaitu mengembangkan kemahiran teknologi supaya
murid dapat menggunakan teknologi dan sumber untuk menambah
pengetahuan mereka.

24 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

5.0 STRATEGI PELBAGAI GRED (MULTIGRADE STRATEGY)

Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran kelas bercantum, guru mesti


mengenal murid dari segi aras kebolehan murid, kematangan, umur, dan minat.
Guru yang mengajar kepelbagaian aras dalam kelas bercantum harus
mengetahui beberapa aspek supaya guru dapat menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang efektif.

Aspek-aspek tersebut akan dibincangkan di bawah.

i. Kumpulan strategik
Bahagikan murid kepada kumpulan pelbagai aras. Dengan
pembentukkan kumpulan pelbagai aras, murid digalakkan bergaul dan
berinteraksi dalam tugasan mereka. Contohnya, guru boleh memberi
murid yang beraras rendah aktiviti membaca, beraras tinggi pula aktiviti
menulis dan aktiviti yang lain bersesuaian dengan tahap murid.

ii. Penyediaan sumber/bahan pengajaran dan pembelajaran


Bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran adalah pelbagai jenis
dan harus memberi cabaran kepada pembelajaran murid yang pelbagai
aras. Contohnya, lembaran kerja yang pelbagai jenis untuk digunakan
dalam kumpulan pelbagai aras. Lembaran kerja adalah berbentuk
tugasan berkumpulan, tugasan dengan bimbingan guru, tugasan
individu dan tugasan bimbingan rakan sebaya.

iii. Pembelajaran kendiri


Dalam menjalankan aktiviti kumpulan, pada masa yang sama murid
juga diberi peluang untuk membuat pembelajaran kendiri. Pembelajaran
kendiri ini akan menolong murid dalam mencapai objektif pembelajaran.

25 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

iv. Meluangkan masa untuk murid berkeperluan khas.


Guru harus memastikan murid yang berkeperluan khas, bermasalah
pembelajaran, boleh mencapai kejayaan seperti murid lain. Memberi
tugasan yang khas dan memberi lebih perhatian individu kepada murid
yang berkenaan. Perhatian individu ini bergantung kepada tahap
keperluan murid berkenaan.

Terdapat beberapa strategi pelbagai gred yang boleh digunakan untuk kelas
bercantum. Antaranya adalah seperti apa yang akan dibincangkan di bawah.

5.1 Pengajaran Seluruh Kelas

Dalam pengajaran seluruh kelas, guru mengajar semua kumpulan secara kelas.
Untuk strategi ini, guru merancang pengajaran dengan memilih topik yang sesuai
untuk semua murid dalam kelas. Dalam strategi ini, guru menyediakan isi
kandungan, hasil pembelajaran dan kaedah penyampaian pengajaran yang
sama. Sokongan rakan sebaya boleh diterapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran iaitu murid yang yang lebih tua boleh bekerjasama dengan murid
yang lebih muda. Contoh aktiviti pengajaran kelas, guru merancang untuk
mengajar nombor 1-10 kepada murid yang beraras rendah. Guru tersebut
menerangkan nombor dengan teknik bercerita kepada semua kumpulan dalan
bilik darjah. Semasa becerita guru melibatkan murid yang beraras lebih tinggi
menggunakan chart nombor dan menunjukkan nombor semasa guru menyebut
nombor itu semasa becerita.

5.2 Pembelajaran Arah Kendiri


Pembelajaran arah kendiri merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran untuk
memenuhi keperluan pembelajaran individu. Murid diberi tanggungjawab bagi
pembelajaran mereka sendiri. Murid juga diberi peluang untuk belajar mengikut
keperluan mereka dan berinisiatif untuk belajar. Dalam kelas bercantum, lebih
daripada dua kumpulan murid akan terlibat aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam masa serentak.
26 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

Oleh sebab itu, guru perlu merancang pembelajaran arah kendiri kepada salah
satu kumpulan murid supaya proses pengajaran dan pembelajaran boleh berjalan
lancar. Contohnya, guru memberi tugasan kepada sekumpulan murid untuk
pembelajaran arah kendiri semasa mengajar murid di kumpulan lain. Selepas
tamat mengajar di kumpulan itu, guru akan membimbing murid yang
melaksanakan pembelajaran arah kendiri.

Pembelajaran arah kendiri boleh dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti berikut:


a) Memberikan murid tugasan. Contoh; kerja sekolah.
b) Memberikan murid projek di mana penglibatan semua murid adalah
maksimum. Contoh; projek sejarah.

Kelebihan pembelajaran arah kendiri:


• Murid akan mempunyai autonomi di atas pembelajaran mereka
• Kaedah ini boleh meningkatkan motivasi murid untuk belajar
• Ia boleh meningkatkan komitmen dan rasa tanggungjawab dalam diri
murid
• Murid belajar untuk menetapkan matlamat pembelajaran dan menilai
tahap pencapaian mereka sendiri
• Murid dididik untuk membuat keputusan mereka sendiri.

Kelemahan pembelajaran arah kendiri:

• Murid akan merasa terpinggir dan keliru kerana mereka berasa kurang
mendapat bimbingan daripada guru

5.3 Peer Tutoring

Peer tutoring atau bantuan rakan sebaya adalah penting dalan pelaksanaan kelas
bercantum. Bantuan rakan sebaya dapat meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

27 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

Bantuan rakan sebaya diperlukan apabila guru mengajar satu kumpulan dan pada
masa yang sama bantuan rakan sebaya diperlukan untuk kumpulan yang lain.
Murid boleh mendapatkan bantuan dan sokongan daripada rakan-rakan yang
sudah memahami konsep yang diajar oleh guru. Kaedah ini boleh dilaksanakan
menggunakan 3 cara:

i. Murid yang lebih tua mengajar murid yang lebih muda (gred yang
berlainan)
ii. Murid yang lebih pandai mengajar murid yang kurang pandai (gred
yang sama)
iii. Dua orang rakan belajar bersama-sama dan saling berbincang
untuk memahami sesuatu tajuk atau topik yang dipelajari.
iv. Murid yang lemah akademik akan mengajar murid yang pandai tapi
dalam Mata Pelajaran lain yang mereka mahir. Contohnya,
Pendidikan Seni

Beberapa panduan yang perlu dipatuhi oleh guru ketika melaksanakan peer
tutoring ialah:

• Guru perlu teliti dan berhati-hati ketika melantik murid yang akan menjadi
pembimbing.
• Guru perlu peka dengan hubungan antara murid yang menjadi
pembimbing dengan murid yang akan dibimbing untuk mengelakkan
konflik.
• Guru perlu memberi persediaan kepada murid yang akan menjadi
pembimbing.
• Kaedah peer tutoring tidak boleh dilaksanakan terlalu lama
• Menasihati murid yang menjadi pembimbing supaya tidak angkuh.
• Memberitahu ibubapa tentang pelaksanaan peer tutoring supaya mereka
sedar apa yang berlaku di dalam bilik darjah.

28 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

Kelebihan peer tutoring:


• Memberi ruang dan masa kepada guru untuk menekankan aspek- aspek
lain dalam pengajaran dan pembelajaran kepada kumpulan lain terutama
ketika menyelesaikan masalah.
• Memberi peluang kepada murid yang pandai untuk mengasah bakat
sebagai pemimpin dan pembimbing
• Murid akan lebih memahami konsep dengan mendalam apabila menjadi
pembimbing
• Mampu meningkatkan kematangan dan hubungan interpersonal murid

5.4 Pengajaran Kumpulan


Di dalam kelas bercantum yang terdiri daripada pelbagai aras dan kebolehan,
murid boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan ketika pengajaran dan
pembelajaran. Pembahagian murid dalam kumpulan ini bergantung kepada Mata
Pelajaran yang diajar.

Terdapat tiga jenis kumpulan yang boleh dilaksanakan dalam kelas bercantum
iaitu:
a) Between class ability

Amalan membahagikan murid kepada kelas-kelas yang berbeza


berdasarkan tahap keupayaan.

b) Within class ability


Amalan membahagikan kelas kepada kumpulan-kumpulan
pengajaran kecil
c) Pembelajaran kooperatif

29 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

5.5 Kolaborasi Dari Pelbagai Pihak

Pemantapan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan guru perlu


dilakukan sebagai usaha meningkatkan profesionalisme guru. Konsep komuniti
pembelajaran profesional boleh didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti kolaboratif
antara pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah. Sekolah boleh
membawa masuk pihak berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilik darjah
untuk menterjemahkan kurikulum dan penyampaian kurikulum, dan aktiviti
kolaboratif antara pihak berkepentingan dengan pihak sekolah untuk
memantapkan penyampaian guru.

Antaranya ialah pengajaran bersama rakan guru (team teaching), tunjuk cara
dalam pengajaran (lesson demonstration), sistem sokongan rakan sekerja
(buddy support system), perkongsian pintar antara komuniti sekolah dengan
komuniti di luar sekolah, dan pengajaran secara kolaboratif (collaborative
teaching).

Pihak sekolah juga boleh menjalinkan kerjasama dengan ibubapa murid dalam
melaksanakan kelas bercantum ini. Antara langkah-langkah yang boleh adalah:

i. Mengadakan hari terbuka supaya murid boleh berbincang dengan


ibubapa dan guru tentang prestasi akademik mereka
ii. Mengadakan Khidmat Masyarakat
iii. Ibubapa turut membantu dalam penyediaan bahan bantu mengajar
iv. Menganjurkan aktiviti untuk mengutip dana
v. Ibubapa turut terlibat dalam penilaian murid dan pemantauan kerja
sekolah
vi. Ibubapa turut menumbang kepakaran untuk mengajar berpasangan
dengan guru.

30 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

6.0 KAEDAH PENGAJARAN PELBAGAI GRED

6.1 Kaedah PdPc Kumpulan Fleksibel

Pendekatan ini akan melibatkan dua kumpulan fleksibel mengikut tahun


persekolahan (kumpulan & Kendiri). Guru akan memulakan pengajaran dengan
memberi penerangan kepada semua murid di dalam kelas. Murid diagihkan
kepada dua kumpulan untuk melaksanakan tugasan. Setiap kumpulan akan diberi
tugasan masing-masing. Tugasan yang perlu disempurnakan oleh setiap
kumpulan akan digabungkan untuk melengkapkan tugasan di akhir pelajaran.
Guru menyediakan kandungan yang sama iaitu menggunakan metodologi
pengajaran dan pembelajaran dalam transmisi kandungan dan mengharapkan
dapatan hasil pembelajaran yang sama daripada murid di akhir sesi pembelajaran

Contoh : Aktiviti 1

• Semua murid di dalam kelas diberi penerangan tentang masyarakat Malaysia


yang mempunyai pelbagai peringkat iaitu status, pekerjaan, budaya dan
bahasa untuk diterokai. Antaranya perbezaan ialah institusi kekeluargaan dan
institusi raja. (Mata Pelajaran sejarah Tahun 4 & 5)
• Murid diagihkan kepada dua kumpulan (kumpulan Tahun 4 dan kumpulan
Tahun 5).
• Kumpulan Tahun 4 akan memilih tiga perbezaan institusi raja (konsep, bahasa,
gelaran, bidang kuasa) dan kumpulan Tahun 5 akan memilih tiga perbezaan
budaya institusi rakyat (konsep, bahasa, gelaran, bidang kuasa) yang terdapat
di Malaysia.
• Guru akan menerangkan tentang tugasan yang perlu dilaksanakan dan pakah
yang akan dijangkakan hasil daripada kedua-dua aktiviti bagi kumpulan
tersebut.
• Untuk memahami proses pelaksanaan strategi PdPc, sila rujuk Rajah 1.

Catatan : Strategi ini sesuai untuk tahap kognitif dan pemetaan DSKP
yang hampir sama

31 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

GURU MENGAJAR

KELAS

TAHUN 2 / TAHUN 4 TAHUN 3 / TAHUN 5

KELAS

HASIL PEMBELAJARAN TUGASAN

Rajah 1 : Kaedah PdPc Kumpulan Fleksibel

Penilaian dan Pentaksiran


• Menyediakan peluang untuk murid-murid menilai kendiri dan untuk guru
menilai tugasan murid kumpulan kendiri dan kumpulan
• Menyediakan murid-murid dengan kriteria penilaian, berdasarkan objektif,
berhubungkait dengan tugasan.

32 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

TUGASAN:

Kumpulan A - Murid Tahun 4

Berikan kumpulan ini tugasan yang memerlukan mereka untuk meneroka tentang
institusi rakyat biasa iaitu 3 perbezaan budaya (konsep, bahasa, gelaran, bidang
kuasa) yang diamalkan di Malaysia.

Kumpulan B – Murid tahun 5

Berikan kumpulan ini tugasan yang memerlukan mereka untuk meneroka tentang
institusi raja iaitu 3 perbezaan budaya (konsep, bahasa, gelaran, bidang kuasa)
yang diamalkan di Malaysia.

KUMPULAN BESAR : KUMPULAN TAHUN 4 & 5

Pastikan kesemua kumpulan kecil bergabung dan berkongsi maklumat.


Kumpulan (kumpulan Tahun 4 dan kumpulan Tahun 5) akan menggabungkan
semua maklumat ke dalam satu tugasan yang boleh memberi gambaran lengkap
dan menyeluruh setiap institusi masyarakat rakyat bias dan instusi raja yang
diamalkan di Malaysia mengikut (konsep, bahasa, gelaran, bidang kuasa) yang
telah dipilih oleh kedua-dua kumpulan.Murid-murid diminta untuk membentangkan
maklumat yang telah diperolehi ini dengan mengabungkan maklumat kumpulan A
dan B dalam pelbagai cara seperti dalam berbentuk lisan, penulisan dan visual.

Soalan
1. Berikan 3 perbezaan gelaran keluarga bagi institusi
raja dan rakyat biasa.
2. Berikan 3 perbezaan penggunaan bahasa bagi institusi
raja dan rakyat biasa.
3. Nyatakan bidang kuasa antara instutusi raja dan rakyat

33 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

6.2 Kaedah PdPc Kumpulan dan PdPc Kendiri


Pendekatan ini melibatkan dua kumpulan (kumpulan dan kendiri) dimana
pengajaran kelas dibahagi kepada dua sesi iaitu sesi pengajaran 1 (Langkah 1),
guru akan mengajar murid dalam kumpulan (15 minit) dan kumpulan kendiri akan
belajar bebas dengan bantuan rakan pembimbing atau peer tutor. Selepas tamat
sesi 1, bertukar ke sesi 2 (Langkah 2), guru akan mengajar murid kumpulan
kendiri dan murid dalam kumpulan akan belajar secara bebas (15 minit) dibantu
rakan pembimbing.

SESI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

LANGKAH 1
RAKAN PEMBIMBING GURU & MURID

KENDIRI KUMPULAN

AKTIVITI 1 AKTIVITI 1

LANGKAH 2

GURU & MURID RAKAN PEMBIMBING

AKTIVITI 1 AKTIVITI 1

AKTIVITI 2 AKTIVITI 2

HASIL PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN

REFLEKSI DAN PENUTUP

Rajah 2 : Kaedah PdPc Kumpulan & Kendiri

34 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

Catatan : Strategi ini sesuai untuk tahap kognitif dan pemetaan yang
sama bagi kelas yang diajar oleh guru

Mata Pelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 2 & 3


Soalan:

Tahun 2
1.3.1 memilih makanan dan minuman yang berkhasiat pada setiap kali
Contohmakan.
Pelaksanaan: Aktiviti Kelas
1.3.2 menyatakan kepentingan pengambilan makanan & minuman yang
berkhasiat

Tahun 3
1.3.1 mengenalpasti kumpulan zat makanan seperi kabohiderat, protein,
lemak & vitamin.
1.3.2 memilih jenis makanan mengikut waktu makan harian.

Pengenalan Tajuk Pelajaran (contoh: Makanan Seimbang)


Guru akan memulakan pengajaran dengan menayangkan video / gambar / buku /
surat khabar tentang amalan pengambilan makanan di Malaysia. Guru meminta
semua murid untuk menilai dan mengenalpasti perlakuan dan pengambilan
makanan. Murid akan dibahagikan ke dalam kelompok kumpulan iaitu dalam
kumpulan dan kumpulan kendiri.

KUMPULAN : KUMPULAN KENDIRI (BEBAS)


Aktiviti 1
- Mengumpulkan / Mengunting Gambar Makanan
Guru mengarahkan murid-murid untuk mengunting gambar makanan (Mata
Pelajaran Pendidikan Kesihatan) dan cuba mengklasifikasikan gambar makanan
kepada kumulan makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat. Murid juga diminta
untuk menilai bentuk tubuh badan mereka yang mengambil makanan berkhasiat
dan tidak berkhasiat. Cuba dapatkan maklumat dari bilik sumber sekolah. Murid
akan berbincang bersama-sama rakan pembimbing (peer tutor) untuk menyiapkan
tugasan yang disediakan oleh guru.

35 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

Aktiviti 2
- Melabelkan Kategori Makanan

Murid diminta untuk melukis bentuk piramid makanan ke atas sekeping kad manila
/ kertas majung dengan menentukan setiap aras makanan. Murid juga diminta
untuk menampalkan gambar-gambar makanan mengikut aras yang betul. Murid
akan mengantung tugasan yang sudah lengkap di papan hitam untuk
membandingkan tugasan dengan kumpulan lain. Murid-murid akan berbincang
tentang tajuk hari ini bersama guru. Tugasan murid-murid akan dibandingkan
dengan tugasan daripada kumpulan lain.

KUMPULAN (PENGAJARAN GURU)


Aktiviti 1
- Melukis dan Melabel

Guru mengarahkan murid-murid untuk melukiskan gambar piramid makanan dan


murid-murid akan cuba mengklasifikasikan gambar makanan kepada kumpulan
makanan. Cuba dapatkan maklumat dari perpustakaan / bilik sumber sekolah.
Murid-murid akan berbincang bersama-sama guru untuk menyiapkan soalan
tugasan.

Aktiviti 2
- Membina Model Piramid Makanan

Guru meminta murid-murid untuk membina model Piramid Makanan dan


menentukan aras makanan. Murid akan mempamirkan tugasan (model) yang
sudah lengkap di hadapan bilik darjah untuk membandingkan tugasan dengan
kumpulan lain. Murid-murid akan berbincang tentang tajuk hari ini bersama guru.
Perbincangan dan soaljawab akan dilakukan pada penghujung waktu pengajaran
dan pebelajaran.
* Guru akan menyediakan tugasan tambahan sebagai pengayaan pada
akhir sesi.

36 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

Perhatian :
Pendekatan kedua iaitu sesi pengajaran dan pembelajaran dibahagikan kepada
dua bahagian. Sesi pertama, guru akan mengajar kumpulan– kendiri. Kumpulan -
kumpulan akan belajar secara bebas dan juga akan menerima bantuan daripada
rakan pembimbing (peer tutor) untuk sesi ini. Sesi kedua, guru akan mengajar
kumpulan-kumpulan dan kumpulan kendiri akan belajar secara bebas iaitu
menerima bantuan daripada rakan pembimbing (peer tutor) untuk menyiapkan
tugasan kelas.
* Guru akan menyediakan tugasan tambahan sebagai pengayaan pada
akhir sesi”.

Soalan: Tahun 2
1. Warnakan gambar makanan dan minuman berkhasiat.
2. Tandakan √ pada gambar makanan dan minuman tidak berkhasiat.

Soalan Tahun 3
1. Senaraikan 5 jenis makanan dan minuman berkhasiat dan tidak berkhasiat.
2. Nyatakan 5 kesan pengambilan makan dan minuman tidak berkhasiat.

Penilaian dan Pentaksiran


• Menyediakan peluang untuk murid-murid menilai kendiri dan untuk
guru menilai tugasan murid kumpulan kendiri dan kumpulan-
kumpulan
• Menyediakan murid-murid dengan kriteria penilaian, berdasarkan
objektif, berhubungkait dengan tugasan.

6.3 Kaedah Pdpc Kelas & Kumpulan

Strategi ini membenarkan murid pelbagai Tahun Persekolahan, yang berbeza


umur dan kebolehan mempelajari topik yang sama pada masa yang sama. Guru
boleh terlebih dahulu memberi fokus yang umum berdasarkan tema di mana
kumpulan pelbagai aras ini boleh memberi idea dan berdiskusi bersama. Ini boleh
dijalankan sewaktu set induksi.

37 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

TAHUN 4 & TAHUN 5


TAHUN 2 & TAHUN 3

PENGAJARAN GURU

PELBAGAI ARAS

TUGASAN

A B C

Rajah 3 : Kaedah PdPc Kelas & Kumpulan


Contoh:

Jika sekiranya tema (untuk Mata Pelajaran Bahasa Inggeris) bagi Tahun 2 adalah
World of Self dan Tahun 3 juga bertema yang sama, guru mungkin boleh memilih
topik Free Time bagi Tahun 2 dan bagi Tahun 3 topik Things I Do. Guru mungkin
boleh menunjukkan gambar aktiviti berbasikal di sebuah taman rekreasi dalam
bentuk Power Point. Murid boleh berbincang sesama mereka bersama-sama guru
berkaitan perkara-perkara yang berkaitan aktiviti berbasikal dan kemudiannya
murid memberi pendapat mereka mengenai aktiviti tersebut. Dalam set induksi,
kaedah secara kelas diaplikasikan di sini.
38 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

Perbincangan dan diskusi dalam set induksi berkaitan tema yang berfokuskan
situasi yang sama memberi peluang kepada semua murid yang pelbagai aras
berfikir tentang konsep dan kemahiran yang diperlukan. Guru boleh memberi
soalan pada aras tinggi kepada murid Tahun 3 semasa sesi perbincangan ataupun
kepada murid yang aras kebolehannya lebih tinggi dari rakan dalam kumpulannya.
Untuk murid yang aras kebolehannya sederhana dan lemah, guru boleh memberi
soalan yang lebih mudah. Dengan cara ini, semua murid akan mendapat peluang
untuk menjawab soalan semasa perbincangan mengikut kebolehan mereka yang
akan memanfaatkan semua dalam pembelajaran tersebut.

Selepas set induksi, murid berada dalam kumpulan masing-masing besedia untuk
Langkah 1, menggunakan kaedah kumpulan. Aktiviti yang diberikan kepada murid
mengambilkira kumpulan pelbagai aras.

6.4 Kaedah PdPc Kumpulan Sama Aras Kebolehan

Murid yang tahun persekolahannya lebih tinggi adakalanya boleh diberi sedikit
ruang dan peluang kepada mereka untuk mencari bahan atau menyiasat dan
mengumpul informasi sendiri. Ini membolehkan guru menumpukan perhatian
kepada murid yang memerlukan perhatian lebih dari guru. Guru perlu bersedia
untuk menerima pelbagai jangkaan terhadap hasil pembelajaran bagi kumpulan
ini.

39 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

PENGAJARAN ABAD KE-21

TAHUN 2 / TAHUN 4 TAHUN 3 / TAHUN 5

KUMPULAN KUMPULAN

REFLEKSI REFLEKSI

Rajah 4: Kaedah PdPc Kumpulan Sama Aras Kebolehan

Berikut adalah contoh aktiviti untuk kumpulan sama aras kebolehan.

Contoh 1
Aktiviti Mata Pelajaran Matematik – Topik yang sama

Murid diminta mengukur jarak dari bilik darjah ke kantin sekolah. Perbincangan
mengenai meter dan sentimeter yang kemudiannya diikuti dengan demonstrasi
guru bagaimana menggunakan jadual sifir yang boleh digunakan dalam topik
‘Jarak dan Ukur’. Dengan ini, murid mempelajari prinsip dan sistem metrik jarak,
dan juga kemahiran menggunakan sifir pada waktu yang sama.

Kemudian murid boleh diarahkan mengukur bahagian-bahagian tertentu di badan


mereka seperti kaki, tangan dan kepala. Selepas itu, mereka boleh membuat carta
pengukuran yang sesuai berdasarkan topik tersebut.

40 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

Contoh 2
Aktiviti Mata Pelajaran Sains

Murid diminta menjelaskan keadaan cuaca dalam seminggu di kawasan


perumahan mereka dan menggunakan pelbagai cara pengukuran yang sesuai.
Dengan ini, murid akan faham tentang perubahan cuaca, prinsip iklim dan
penggunaan alat yang sesuai untuk mengukur cuaca.

6.5 Kaedah Rakan Pembimbing

Kaedah Rakan Pembimbing merupakan salah satu kaedah yang berkesan dan
relevan bagi pelaksanaan PdPc dalam Kelas Bercantum. Kaedah ini berfungsi
bagi memperkukuhkan kefahaman tentang sesuatu konsep yang telah dipelajari
dalam aktiviti PdPc terdahulu.

Kaedah Rakan Pembimbing ini juga sesuai digunakan dalam Kumpulan Pelbagai
Kebolehan. Kumpulan ini terdiri daripada murid yang mempunyai pelbagai
kebolehan dan aras. Di dalam kumpulan ini, murid terdiri daripada mereka yang
mempunyai pelbagai kebolehan seperti kebolehan membaca dan melukis. Murid
juga boleh terdiri daripada pelbagai aras seperti cerdas, sederhana dan lemah.
Murid yang cerdas akan membantu murid yang lemah dalam aktiviti kumpulan ini.

Kumpulan ini terdiri daripada murid pelbagai kebolehan dan aras. Di dalam
kumpulan ini, murid terdiri daripada mereka yang mempunyai pelbagai kebolehan
seperti kebolehan membaca dan melukis. Murid juga boleh terdiri daripada
pelbagai aras seperti cerdas, sederhana dan lemah. Murid yang cerdas akan
membantu murid yang lemah dalam aktiviti kumpulan ini.

41 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

6.5.1 Cadangan A

• Guru membentuk dua kumpulan iaitu Kumpulan A (Tahun 2) dan Kumpulan


B (Tahun 3).
• Kemudian memilih seorang murid untuk menjadi pembimbing (tutor)
kepada pasangan atau kumpulan. Murid yang dipilih itu perlulah lebih
berpotensi, cerdas dan memiliki daya kemimpinan.
• Tutor berperanan sebagai ‘guru kecil’ untuk membantu pasangan atau ahli
kumpulan bagi memahami dan melaksanakan tugasan atau aktiviti yang
diberi oleh guru.

GURU MENGAJAR

TAHUN 2 / TAHUN 4 TAHUN 3 TAHUN 5


/

Pemilihan Rakan Pembimbing

AKTIVITI AKTIVITI
TUGASAN TUGASAN

REFLEKSI DAN PENUTUP


Rajah 5: Kaedah PdPc Rakan Pembimbing

42 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

Contoh Ativiti:
Mata Pelajaran Bahasa Malaysia
Kumpulan A (Tahun 2)
• Aktiviti 1 : Guru mengajar kata nama.
• Aktiviti 2 : Memberi satu set kad tugasan kepada semua ahli kumpulan.
Murid diminta menulis kata nama yang berkaitan secara “Round Table”
(Pembelajaran Koperatif).
Contoh kata nama am : manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan, tempat,
benda. Kemudian murid berkongsi maklumat secara Gallery Walk.
**Tutor akan membantu rakan-rakan yang bermasalah dalam aktiviti ini.

Kumpulan B (Tahun 3)
• Aktiviti 1: Guru mengajar jenis-jenis ayat.
Contoh jenis-jenis ayat: ayat perintah, ayat seruan, ayat tanya, ayat penyata.
• Aktiviti 2: Guru memberi soalan latihan kepada murid.
• Aktiviti 3: Murid diminta membina ayat berdasarkan soalan daripada kad
tugasan dengan menggunakan peta buih.
**Tutor akan membantu rakan-rakan yang bermasalah dalam aktiviti ini.

Hasil kerja dikongsi secara Gallery Walk.

Nota:
• Strategi ini sesuai digunakan untuk:
i. semua mata pelajaran.
ii. aktiviti pengukuhan

43 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

6.5.2 Cadangan B

• Guru memulakan pengajaran secara kelas bagi topik yang sama


• Pemilihan rakan pembimbing adalah berdasarkan kepada keupayaan murid
menjadi pemimpin dan mempunyai tahap kognitif yang lebih baik berbanding
rakan-rakan dalam kumpulan yang sama
• Seterusnya, murid-murid akan melaksanakan aktiviti dan tugasan yang diberikan
oleh guru dengan bantuan rakan pembimbing
• Sepanjang sesi PdPc, guru akan menjadi pemudahcara.

GURU MENGAJAR

TAHUN 2 & TAHUN 3 / TAHUN 4 & TAHUN 5

Pemilihan Rakan Pembimbing

AKTIVITI

TUGASAN

REFLEKSI DAN PENUTUP

Rajah 6 : Kaedah PdPc Rakan Pembimbing

44 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

Rajah 7 : Kaedah PdPc Pembelajaran Kontekstual

6.6 Strategi Pembelajaran Kontekstual

Guru perlu mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman seharian murid.


Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya mengaitkan pengalaman baharu
secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dalam kehidupan
mereka

Guru boleh melaksanakan topik pembelajaran dalam kelas dengan mengambil


contoh-contoh pengalaman yang dilalui oleh murid atau guru boleh melaksanakan
aktiviti yang mana murid boleh mengaplikasikan pembelajaran dalam kehidupan
mereka sama ada individu ataupun secara berkumpulan.

45 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

Contoh :

Mata pelajaran Matematik bagi standard kandungan bagi Tahun 2 dan Tahun 3:

Tahun Standard Standard


Persekolahan Kandungan Pembelajaran
Tahun 2 Menambah nilai wang. Menambah 2 nilai wang
yang melibatkan ringgit,
sen dan ringgit dan sen
dalam jumlah tidak
melebihi RM 100

Tahun 3 Menambah nilai wang. Menambah 2 nilai wang


yang melibatkan ringgit
dan ringgit dan sen dalam
jumlah tidak melebihi
RM1000

Langkah 1:

Guru boleh memperkenalkan dahulu operasi tambah nilai wang ringgit dan nilai
sen dalam lingkungan jumlah tidak melebihi RM 100 kepada murid-murid Tahun 2
dan Tahun 3.

Langkah 2:

Murid Tahun 2 diberi aktiviti pengukuhan (aktiviti kendiri). Murid Tahun 3 diberi
penerangan tentang operasi tambah dalam lingkungan tidak melebihi RM 1000.

Langkah 3:

Aktiviti secara berkumpulan (pembelajaran koperatif). Aktiviti aplikasi penggunaan


wang kertas dan syiling boleh dilaksanakan dengan mengasingkan murid-murid
Tahun 2 dan Tahun 3(SP berbeza). Guru boleh memaparkan contoh- contoh
barangan yang dibeli di pasar raya berserta tag harganya. Seterusnya guru boleh
meminta murid-murid berbincang dalam kumpulan untuk menyenaraikan
seberapa banyak kombinasi bilangan wang kertas dan syiling yang perlu
46 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

disediakan untuk membayar di kaunter bayaran. Hasil kerja murid dipindahkan ke


dalam jadual dan peta pemikiran i-THINK yang sesuai.

Aktiviti pemahaman boleh diperkukuhkan lagi dengan melaksanakan aktiviti


simulasi dan main peranan semasa berurus niaga di pasaraya. Ini bagi memupuk
nilai dan amalan keusahawanan. Aktiviti dalam bentuk permainan juga boleh
dilaksanakan bagi membolehkan murid mempraktikkan kemahiran matematik
mewujudkan elemen seronok belajar (fun learning) di dalam kelas.

Contoh : Aktiviti bagi murid Tahun 2.

Standard Pembelajaran: Menambah 2 nilai wang yang melibatkan ringgit,


ringggit dan sen dalam jumlah tidak melebihi RM 100.

Jadual 1 : Baju kemeja bernilai RM 53. 45

KOMBINASI RM50 RM20 RM10 RM5 RM1 RM0.50 RM0.20 RM0.10 RM0.05
1 1 3 2 1
2 2 1 1 4 1
3 5 3 2 1
4 ? ? ? ? ? ? ? ? ?

Contoh : Aktiviti bagi murid Tahun 3

Standard Pembelajaran: Menambah 2 nilai wang yang melibatkan ringgit,


ringggit dan sen dalam jumlah tidak melebihi RM
1000.

Jadual 2 : Baju kemeja bernilai RM 100.10 dan kasut kulit bernilai RM 285.20

KOMBINASI RM100 RM50 RM20 RM10 RM5 RM1 RM0.50 RM0.20 RM0.10
1 3 1 1 1 1 2
2 7 1 3 2
3 2 2 3 2 1 3
4 ? ? ?

47 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

Berikut adalah beberapa contoh aktiviti penyelesaian masalah dalam mata pelajaran lain
yang ada kaitan dengan kehidupan seharianuntuk membentuk penghayatan ilmu dalam
kehidupan seharian:

1. Makanan popular di Malaysia

Negeri yang
Nama Bahan
Nilai Nutrisi mempopularkan
Makanan Kandungan
makanan ini

2. Pesta keramaian

Pakaian

Jenis yang
Negeri Aktiviti
Nama Musim makanan dipakai
Asal semasa
Pesta Perayaan yang semasa
Usul keramaian
dihidangkan pesta
berkenaan

48 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

7.0 PENYEDIAAN, PENGURUSAN DAN PENYIMPANAN BAHAN DAN


SUMBER DALAM PDPC KELAS BERCANTUM

7.1 Penyediaan Bahan PdPc Kelas Bercantum

Salah satu cabaran dalam pengajaran kelas bercantum namun menyeronokkan


ialah fasa menyediakan bahan-bahan PdPc bagi setiap mata pelajaran yang
diajarkan. Setiap set PdPc kelas bercantum boleh diletakkan dalam satu ruang
atau fail termasuk tajuk-tajuk spesifik yang difikirkan sesuai dan menjadi panduan
serta rujukan untuk mengajar menggunakan kaedah yang lebih berkesan.

Bahan-bahan PdPc kelas bercantum mesti dibina bersesuaian, fleksibel dan


merentas tahun persekolahan untuk semua kumpulan pelbagai kebolehan. Antara
bahan yang sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar dan mudah
digunakan murid-murid seperti bahan-bahan pembelajaran iaitu buku-buku, alatan
muzik, kamus atau ensaiklopedia, kertas, pensil, krayon, warna, pen warna, papan
putih atau carta, peta, dan model pembelajaran.

Guru juga boleh membina bahan-bahan PdPc dalam bentuk lembaran kerja bagi
setiap konsep dan tema yang berbeza. Bahan-bahan ini perlu disediakan dengan
baik dan sesuai bagi setiap murid.Lembaran kerja boleh disediakan berdasarkan
tema atau tajuk dan bahan-bahan rujukan yang telah ditentukan dalam DSKP
untuk disampaikan dalam kelas. Sebagai contoh, lembaran kerja dalam Jadual 3
berikut:

49 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

Jadual 3 : Lembaran Kerja

Padankan teka-teki di bawah dengan jawapan yang betul


Teka-teki Jawapan

Saya berbatang besar, teguh dan mempunyai banyak


dahan.
Siapakah saya?

Saya haiwan di daratan yang kuat dan besar.


Siapakah saya?

Saya menjalar, berbatang lembut dan tumbuh di atas


tanah.
Siapakah saya?

Saya haiwan berleher jenjang dan tinggi.


Siapakah saya?

Saya haiwan paling kecil.


Siapakah saya?

Lembaran kerja berbentuk grafik seperti ini sesuai untuk murid sekolah rendah
kerana ada gambar yang mampu menarik minat murid dan dari sumber yang
mesra murid.

Bahan PdPc diperlukan dalam kuantiti yang banyak berdasarkan pelbagai


kebolehan murid yang belajar dalam satu kelas. Ini termasuklah bahan-bahan
visual seperti kad bergambar, flash cards, kad perkataan, dan carta cuaca,

50 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

kalendar dan lain-lain. Bahan PdPc juga boleh terdiri daripada sumber audio
seperti radio, video, filem animasi dan sebagainya.

7.2 Sumber Bahan PdPc Kelas Bercantum


Kelas bercantum mungkin terletak di lokasi di mana sumber-sumber di sekeliling
adalah sangat terhad. Bagaimanapun, bahan PdPc boleh dibina daripada sumber
atau bahan-bahan tempatan yang terdapat di persekitaran yang kosnya lebih
rendah serta relevan. Ia terdiri daripada tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan,
bahan-bahan seperti batu kapur, arang atau tanah liat, bahan terbuang seperti tin
minuman, botol plastik, kotak susu, majalah, komponen basikal dan lain-lain.

Guru harus kreatif dan kritis dalam membina sumber atau bahan-bahan PdPc
kelas bercantum supaya murid berasa seronok dan lebih fokus. Guru perlu
mengenal pasti sumber atau bahan-bahan PdPc yang relevan dengan tajuk-tajuk
yang akan diajarkan. Guru boleh menambah sumber bahan PdPc di sekolah
berdasarkan Jadual 4 berikut:

Jadual 4 : Contoh sumber pengajaran-pembelajaran (umum)


TEMA TAJUK CONTOH SUMBER DAN BAHAN /
SASARAN
Ciri-ciri Geografi, suhu Murid membina alat untuk mengukur suhu :
Geografi jangkasuhu, tolok hujan dll. Bina lembaran kerja
yang ada kolum untuk diisi oleh murid tentang
maklumat cuaca mengikut minggu berdasarkan
fenomena cuaca tempatan.

Sumber-sumber lain yang relevan.

Flora Pokok dan tumbuhan Tumbuhan yang ditanam penduduk, petani


semulajadi tempatan dan lain-lain, berjalan kaki melihat
tumbuhan semula jadi

Sumber-sumber lain yang relevan.

Fauna Haiwan liar, haiwan Haiwan peliharaan murid, haiwan ternakan


jinak penternak, buku bergambar, lawatan ke ladang
pertanian.

Sumber-sumber lain yang relevan.

51 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

Pengangkutan Sistem Jemput pakar pembinaan ke sekolah untuk beri


dan Pembinaan pengangkutan, kerja- penerangan tentang bidang tugas mereka berserta
kerja pembinaan, alatan pembinaan, berjalan mengelilingi kawasan
seni arkitek sekolah sambil perhatikan ciri bangunan dan sistem
tradisional, bahan- pengangkutan yang terdapat.
bahan pembinaan
Sumber-sumber lain yang relevan.

Aktiviti Festival, pesta, Murid, demonstrasi pihak komuniti tentang lagu


Kebudayaan permainan, pakaian tradisional setempat, pakaian, permainan, alatan
bagi kumpulan tradisi, alat muzik dan sebagainya.
etnik berbeza tradisional, lagu dan
Sumber-sumber lain yang relevan.
tarian

Karya seni Lagu-lagu rakyat, Kumpulkan contoh-contoh daripada komuniti


tipikal dan lagu-lagu tradisional, tempatan : murid harus memilih satu lagu atau cerita
sastera puisi, peribahasa, untuk dipelajari dan dipersembahkan dalam kelas
tempatan dan perumpamaan atau lukis gambar untuk menggambarkan maksud
peribahasa, perumpamaan dll.

Sumber-sumber lain yang relevan.

Sejarah Tokoh budaya/ Jemput pakar ke sekolah untuk bercerita tentang


Tempatan sejarah tempatan, sejarah tempatan. Atau mengadakan lawatan ke
ciri-ciri sejarah, perpustakaan atau muzium berhampiran tempat
peristiwa penting tinggal.
sejarah tempatan
Sumber-sumber lain yang relevan.

Pengeluaran / Kraftangan Murid diminta membawa contoh-contoh kraftangan


Produktiviti tradisional, barang tradisional ke sekolah, jemput pakar kraftangan
dagangan, produk untuk sesi tunjukcara bagi menghasilkan ukiran
tempatan, peralatan masing-masing, dll
produk tempatan dan
Sumber-sumber lain yang relevan.
keperluan harian

Alam sekitar Pemeliharaan dan Sediakan lembaran kerja tentang proses kitaran air
dan sanitasi pemuliharaan hutan, atau topik alam sekitar, jalankan aktiviti seperti bina
tumbuhan semula model sekolah dalam taman; bercerita tentang
jadi dan sumber air proses kitar semula menggunakan bahan-bahan
terbuang dalam sesi pembelajaran pendidikan seni

Sumber-sumber lain yang relevan.

Kependudukan Bilangan, ciri-ciri, Pilih suatu objek yang boleh mewakili


taburan penduduk bilangan/jumlah penduduk, sediakan lembaran kerja
berpeta supaya murid boleh mewarnakan kod
kepadatan penduduk.

Sumber-sumber lain yang relevan.

52 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

Sebagai contoh, jika guru tinggal di kawasan yang terdapat pelbagai jenis
tumbuhan, guru boleh memilih tajuk tentang “Tumbuh-tumbuhan” untuk diajarkan
kepada murid. Guru boleh membimbing murid-murid berbincang tentang
kepentingan tumbuhan dan membuat carta spesifik untuk menerangkan bahagian-
bahagian pokok. Guru memberi /mengedarkan satu carta kepada setiap
kumpulan/ individu supaya murid dapat membuat banding-beza dengan carta
kumpulan lain tentang bahagian-bahagian pokok.

Pada akhir sesi pengajaran-pembelajaran, semua murid diminta membuat aktiviti


pengayaan/pengukuhan atau membuat rujukan daripada buku teks. Selepas sesi
pengajaran-pembelajaran, guru dan murid membuat satu inventori tentang pokok-
pokok yang terdapat di sekitar kawasan sekolah. Guru boleh memaparkan carta
yang telah disiapkan di dalam kelas dan menambah maklumat tambahan daripada
buku teks. Kaedah yang sama boleh diaplikasikan pada topik / mata pelajaran lain
pula. Lihat jadual berikut.

Contoh 1 : Mata pelajaran Sains


Mata pelajaran : Sains Topik : Tumbuhan-tumbuhan Tahun : 4 - 5
Hasil Pada akhir pengajaran-pembelajaran, murid Catatan dan bahan
pembelajaran dapat :

• Memerhatikan fizikal dan ciri-ciri tumbuh-


tumbuhan di kawasan sekolah
• Membincangkan kepentingan tumbuh-
tumbuhan terhadap haiwan dan manusia

Aktiviti 1 : Pengenalan isi pelajaran

Pengenalan / ‘Tumbuh-tumbuhan sangat penting kepada


Set induksi kehidupan manusia dan haiwan di dunia.
Tumbuh-tumbuhan adalah tempat tinggal dan
sumber makanan kepada haiwan. Manusia
Seluruh kelas memperoleh banyak faedah daripada tumbuh-
tumbuhan dan menggunakannya untuk pelbagai
kegunaan. Habitat haiwan berbeza-beza
mengikut jenis tumbuh-tumbuhan. Cengkaman
akar tumbuh-tumbuhan dapat menguatkan tanih
dan mengelakkan hakisan’

53 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

Aktiviti 2 : Bahagikan kelas kepada kumpulan pelbagai


kebolehan.
Carta Tumbuh-
tumbuhan / Setiap kumpulan diminta memerhatikan sebatang
Pokok pokok dan membincangkan hasil pemerhatian
mereka. Guru boleh bertanyakan soalan-soalan
berikut :
Kumpulan
• Haiwan apakah yang menggunakan
pelbagai
pokok ini sebagai tempat tinggal /
kebolehan
habitatnya?
• Apakah kegunaan pokok ini terhadap
manusia?
• Apakah faedah yang diperoleh daripada
pokok ini?

Setiap kumpulan diminta melengkapkan


maklumat dalam carta tumbuh-tumbuhan yang
disediakan. Setiap kumpulan bertukar carta
dengan kumpulan lain dan menyemak jawapan
masing-masing.

Aktiviti 3 : Rajah Paparkan / lukis rajah pokok yang lengkap


Pokok dengan ciri-cirinya dan haiwan yang tinggal di
situ.

Murid diminta memerhatikan dengan teliti dan


Seluruh kelas menambah maklumat pada rajah pokok tersebut
berdasarkan carta pokok kumpulan masing-
masing. (Pengayaan)

Tutup sebahagian rajah pokok menggunakan kad


manila dan kemukakan soalan kepada murid.
(Pengukuhan)

Murid juga boleh menampalkan kad perkataan


sebagai jawapan pada rajah pokok tersebut.

Contoh 2 : Carta Pokok


Tahun Aktiviti Penerangan : Catatan :
Bahagian-bahagian Penerangan ciri-ciri
Pokok

4 Perbincangan Semua murid


membuat pemerhatian
Murid melukis rajah
pokok

54 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

5 Perbincangan Batang, kulit kayu, Semua murid


akar, daun, bunga, membuat pemerhatian
Murid melukis rajah buah, biji benih
pokok dan menamakan
bahagian-bahagian
pokok

4 dan 5 Perbincangan Batang, kulit kayu, Aktiviti kumpulan :


akar, daun, bunga,
Murid melukis rajah buah, biji benih Setiap kumpulan
pokok, menamakan memilih pokok yang
bahagian-bahagian berbeza dan kemudian
pokok, menerangkan membandingkan
ciri-cirinya jawapan dengan
kumpulan lain

7.3 Penyimpanan Bahan


Penyimpanan bahan dalam kelas bercantum perlu diurus dengan baik supaya
mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif. Pengurusan penyimpanan bahan
terbahagi kepada tiga iaitu:

1. Bahan peribadi murid;


2. Bahan pembelajaran; dan
3. Rekod peribadi murid.

7.4 Bahan Peribadi Murid

Bahan peribadi murid termasuk beg sekolah, botol air, buku teks, buku latihan,
buku kerja, dan hasil kerja murid. Murid akan memerlukan tempat untuk
menyimpan barang-barang mereka. Sekiranyabilikdarjahtersebut mempunyai rak
dan bilangannya mencukupi, maka guru boleh membahagikan ruang pada rak
untuk setiap murid. Setiap ruang harus dilabel dengan nama murid tersebut
dengan jelas. Guru juga perlu menetapkan peraturan tentang kekemasan rak, dan
juga peraturan berkaitan dengan menghormati ruang rak serta hartar akannya.
Bilik darjah yang tidak mempunyai rak atau pun tidak mencukupi, guru perlu
memikirkan alternatif, contohnya menggunakan kotak yang disusun dengan rapi.

55 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

7.5 Bahan Pembelajaran

Bahan pembelajaran perlu diurus dengan baik supaya semua bahan tersebut
boleh digunakan oleh semua murid. Guru boleh menyusun bahan pembelajaran
di ruang pembelajaran yang disediakan. Perkara yang perlu ada dalam
pengurusan dan penyusunan bahan pembelajaran adalah:

▪ Bahan pembelajaran perlu dilabel dengan jelas supaya murid berupaya


memperoleh bahan ini dengan sendiri tanpa dibantu oleh guru. Guru kelas
bercantum perlu mengendalikan beberapa aktiviti pada waktu yang sama. Jika
murid dilatih untuk mengambil bahan pembelajaran dengan sendiri, ini dapat
menjimatkan masa guru dalam aspek pengurusan bahan dan ini memberi guru
masa untuk membimbing murid dalam proses pembelajaran.
▪ Bahan pembelajaran perlu disimpan di tempat yang mudah dan selamat.
▪ Bahan pembelajaran boleh disimpan mengikut mata pelajaran.
▪ Guru harus menyediakan inventori bahan pembelajaran dan inventori ini patut
disemak secara berkala. Ini bagi menjamin bilangan bahan pembelajaran
sentiasa mencukupi dan juga berada dalam keadaan baik dan masih boleh
diguna pakai.

7.6 Rekod Peribadi Murid

Rekod peribadi murid termasuk maklumat berkaitan keluarga, pendapatan


ibubapa, rekod kesihatan, rekod kehadiran dan juga rekod kemajuan murid. Rekod
ini semua bersifat sulit dan murid lain tidak seharusnya mempunyai akses kepada
rekod tersebut. Rekod yang dianggap sulit, misalnya berkaitan dengan latar
belakang murid, rekod disiplin, rekod kemajuan dan ia harus disimpan dalam
tempat yang berkunci. Rekod ini mesti sentiasa dikemaskini, mudah diakses dan
berada dalam keadaan baik.

56 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

Selain daripada rekod yang tersebut di atas, guru juga boleh menyimpan rekod
seperti:

i) Kedudukan murid dalam tiap-tiap kumpulan dan aktiviti-aktiviti yang telah


dikendalikan oleh kumpulan tersebut;
ii) Aktiviti-aktiviti yang telah dikendalikan oleh murid secara individu;
iii) Rekod kemajuan murid dalam bentuk markah dan / atau gred; dan
iv) Rekod pemindahan murid daripada satu kumpulan ke satu kumpulan yang
lain.

57 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

8.0 SOALAN LAZIM BERKAITAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

BIL. SOALAN JAWAPAN


1. Apakah PBD? Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang
berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi
mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan,
kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif
dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan
tentang pembelajaran.

2. Bila PBD bermula? PBD dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS)
bermula pada tahun 2011. Pada tahun 2016, PS mula dikenali
sebagai PBD.

3. Apakah perbezaan PBD PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, suatu pentaksiran
dan PBS? yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif
(emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). Ini selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu terdapat empat
komponen dalam PBS iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran
Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK), Pentaksrian
Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan
sepanjang PdP, bagi semua mata pelajaran. PBD bukanlah
untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid
dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat
perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping
membantu guru menambah baik pengajaran mereka.

4. Apakah mata pelajaran Semua mata pelajaran KSSR (Semakan 2017) Tahun 1 hingga
yang terlibat dengan Tahun 6
PBD? Semua mata pelajaran KSSM Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Namun begitu, pelaporan PBS di peringkat menengah dilakukan
mulai Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Pelaksanaan konsep
PBD berlaku secara berterusan dari Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 5.

5. Mengapa PBD penting? PBD dapat membantu guru dalam:


• Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
• Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam
pembelajaran
• Mengetahui keberkesanan pengajaran
• Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
• Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta
merta
58 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

6. Bagaimana PBD PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP


dilaksanakan? sepanjang tahun. PBD dilaksanakan melalui pelbagai kaedah
pentaksiran seperti:
• Pemerhatian
• Penulisan
• Lisan
Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain-lain aktiviti
pembelajaran, berdasarkan Standard Prestasi dan
pertimbangan profesional guru.

7. Apakah pertimbangan Pertimbangan profesional merupakan satu bentuk keputusan


profesional? berkaitan pembelajaran murid yang dibuat oleh guru secara
beretika menggunakan pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman berdasarkan Standard Prestasi dan data
perkembangan penguasaan murid dalam pembelajarannya.

8. Bagaimana PBD Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan menggunakan


dilaporkan? templat pelaporan dalam fail Excel yang digunakan secara luar
talian. Laporan ini digunakan pada peringkat sekolah, serta
dilaporkan kepada murid dan ibu bapa.

9. Bagaimanakah Pihak pentadbir sekolah melakukan pemantauan, manakala


memastikan kualiti guru-guru dalam panitia semua mata pelajaran melakukan
pentaksiran bilik darjah perbincangan dan penyelarasan berkaitan kaedah dan
yang dilaksanakan? instrumen pentaksiran yang digunakan. Guru dalam panitia
yang sama juga melakukan moderasi (perbincangan) sesama
mereka dalam melakukan pertimbangan profesional terhadap
murid.
10. Siapakah jawatankuasa Jawatankuasa ini dibentuk oleh pihak sekolah, lazimnya
pemantauan kualiti dianggotai oleh:
PBD? • Pengetua/Guru Besar
• Penolong Kanan Pentadbiran
• Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
• Penolong Kanan Ko Kurikulum
• Penolong Kanan Petang
• Penolong Kanan Pendidikan Khas
• Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang
• Ketua Panitia
• Guru Cemerlang
• Jurulatih Utama
• Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua/ Guru
Besar/JK PBS

59 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

11. Berapa kerap PBD perlu Sekurang-kurangnya 2 kali setahun


dilaporkan?

12. Apakah saluran yang • Buku Panduan


disediakan bagi • Laman sesawang http://bpk.moe.gov.my
mendapatkan maklumat • JPN
berkaitan KSSR? • PPD
13. Adakah BPK Tidak. Perekodan boleh dilakukan dalam dokumen seperti rekod
menyediakan rekod mengajar, buku catatan guru, senarai semak, templat pelaporan
transit? Excel atau lain-lain tempat merekod yang sesuai.

14. Adakah BPK Untuk tujuan pelaporan, templat pelaporan PBD dalam fail
menyediakan format Excel yang disediakan dalam laman web BPK. Pelaporan dibuat
pelaporan penguasaan dua kali setahun.
murid dalam PBD?
15. Adakah templat Templat pelaporan PBD yang baharu akan disediakan mengikut
pelaporan PBD yang Tahun/ Tingkatan kurikulum KSSR (Semakan 2017) dan KSSM
baharu ini untuk semua yang dilaksanakan. Ini bermakna pada tahun 2018, templat
Tahun dan Tingkatan? pelaporan yang baharu ialah untuk Tahun 1, Tahun 2, Tingkatan
1 dan Tingkatan 2.

Manakala templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 3


KSSR (Semakan 2017) dan Tingkatan 3 KSSM akan dimula
digunakan pada tahun 2019.

Templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 4 akan


digunakan pada tahun 2020, Tahun 5 pada tahun 2021 dan
Tahun 6 pada tahun 2022.

Semua templat pelaporan yang baharu akan dimuat naik di


laman web BPK lebih kurang enam bulan sebelum tahun
pelaksanaannya.

16. Mengapa tiada surat PBD merupakan sebahagian dari kurikulum. Kurikulum terdiri
siaran atau pekeliling daripada kandungan, pedagogi dan pentaksiran. Pentaksiran ini
untuk melaksanakan dinyatakan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
PBD? Pentaksiran (DSKP) setiap mata pelajaran. Pelaksanaan
kurikulum dan pentaksiran berlaku secara serentak dan tidak
memerlukan surat pekeliling yang berasingan. Surat pekeliling
bagi melaksanakan KSSR (Semakan 2017) ialah SPI Bil. 8/2016
manakala surat pekeliling bagi melaksanakan KSSM ialah SPI
Bil. 9/2016.

60 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

17. Apa perbezaan Tahap Tahap Penguasaan Umum ialah tahap penguasaan yang
Penguasaan Umum digunakan oleh semua mata pelajaran bagi menjadi asas kepada
dengan Tahap pembangunan Standard Prestasi mata pelajaran tersebut.
Penguasaan Pernyataan dalam Tahap Penguasaan Umum adalah sama bagi
Keseluruhan? semua mata pelajaran.

Tahap Penguasaan Keseluruhan ialah penentuan satu Tahap


Penguasaan dalam mata pelajaran tersebut pada penghujung
sesi persekolahan iaitu pada akhir tahun persekolahan.

61 | Halaman
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum

9.0 RUJUKAN

Buku Panduan Khas Kelas Bercantum Kurikulum Baru Sekolah Rendah (1982) Kementerian
Pelajaran Malaysia.

DSKP KSSR (Semakan 2017) Tahun 2

DSKP KSSR (Semakan 2017) Tahun 3

Garis Panduan Kelas Bercantum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah, (2006). Modul Kelas Bercantum, Bahagian
Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malayisa

Panduan Guru Kelas Bercantum (1980), Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian


Pelajaran Malaysia

Siegle, D. (2013). Technology: Differentiating Instruction by Flipping the Classroom.

SPI Bil. 9/2017: Garis Panduan Kelas Bercantum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

UNESCO (2015). Practical Tips for Teaching Multigrade Classes. Embracing Diversity :
Toolkit for Creating Inclusive, Learning – Friendly Environments Specialized Booklet 4.
http://www.unesco.org/open-access/terms-use-ccbysa-en. Unesco Bangkok Office.

62 | Halaman

You might also like