You are on page 1of 3

PERMAINAN DODGEBALL

60 Kaki

A B
30 Kaki

30 Kaki
30 Kaki

Gelanggang DodgeBall sama dengan ukuran gelanggang Bola Tampar 60 kaki panjang 30 kaki lebar dan
dibahagikan kepada 2 bahagian A dan B.

Peraturan Permainan DodgeBall

1. Bilangan pemain setiap pasukan maksimum 25 dan bilangannya mestilah sama dengan bilangan
lawan.
2. Semua pemain bermain serentak dan tidak ada pemain simpanan.
3. Setiap pasukan ada kapten pasukan masing-masing dan memakai penanda di lengan kiri.
4. Bola hendaklah jenis ringan dan lembut
5. Terdapat 2 set dalam 1 permainan. Masa permainan ialah selama 10 minit.
6. Terdapat 2 penjaga garisan, 1 penjaga masa dan 2 pengadil.
7. Pemenang dikira dari jumlah bilangan ahli pasukan yang masih terdapat didalam gelanggang.Jika
kedua-dua pasukan mempunyai jumlah ahli yang sama maka permainan akan diteruskan ke
“rubber set”.

Cara bermain

1. Kapten kedua-dua pasukan mengambil tempat ditengah-tengah gelenggang.Pengadil akan


melambungkan bola ke udara dan kapten pasukan yang pertama menyentuh bola akan
memulakan permainan.
2. Pemain haruslah berada didalam gelanggang dan dibelakang garisan serangan .Serangan hanya
dibenarkan jika ia dibuat dari belakang garis serangan. Anggota badan pemain tidak boleh
melepasi garis sempadan serangan.Jika dilakukan,serangan tidak akan dikira.

3. Untuk mengambil bola yang terkeluar seorang pemain hendaklah keluar daripada pintu yang
telah ditanda (bahagian A sudut sebelah kiri dan bahagian B sudut sebelah kanan).
4. Untuk mengeluarkan pemain lawan,seorang pemain hendaklah membaling bola kearah badan
lawan dan balingan itu hendaklah daripada bahagian paras bahu hingga ke kaki.Bahagian seperti
leher dan kepala adalah tidak dibenarkan.Belakang badan dibenarkan.
5. Jika pemain dapat menyambut bola yang dibaling oleh pihak lawan maka pemain yang
membaling bola tadi akan terkeluar dari gelanggang.Tetapi masih boleh membantu pasukannya
menyerang dari luar gelanggang.
6. Serangan kepada kepala pemain lawan ,akan menyebabkan penyerang dikeluarkan daripada
permainan serta merta.
7. Balingan bola yang terkena kepada lebih daripada satu pemain lawan akan menyebabkan
pemain-pemain tersebut terkeluar dari gelanggang.
8. Tempoh masa yang dibenarkan untuk pemain memegang bola ialah 5 saat jika lebih bola akan
berpindah ke tangan pihak lawan.
9. Pemain yang terkeluar dari gelanggang akan berada disebelah bahagian lawan untuk membantu
pasukannya menyerang dari luar.
10. Pemain yang terkeluar juga tidak boleh melepasi garisan semasa melakukan serangan kedalam
gelanggang.
BORANG PENDAFTARAN PASUKAN

Permainan :__________________________________________________
Nama pasukan :__________________________________________________
Ketua pasukan :__________________________________________________

Bil Nama Ahli

You might also like