Professional Documents
Culture Documents
Riwayat Hidup Ibnu Sina Dan Sumbangannya Dalam Tamadun Islam
Riwayat Hidup Ibnu Sina Dan Sumbangannya Dalam Tamadun Islam
DAN SUMBANGANNYA
DALAM TAMADUN ISLAM
DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
DISEDIAKAN OLEH:
NUR SYAHIRA BINTI ISMAIL
2009211392
ABSTRAK
Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan 980 Masihi di
Afsyanah, Bukhara, Turkistan. Nama sebenarnya ialah Al-Husain bin
Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina. Beliau mula mempelajari al-
Quran semenjak berumur 5 tahun. Beliau menghafaz al-Quran ketika
berusia 10 tahun. Ibnu Sina mula belajar sendiri setelah berusia enam
belas tahun. Beliau sangat menyenangi ilmu kedoktoran dan
metafizik. Dalam sekitar satu hingga lima tahun, beliau telah dikenal
sebagai ahli falsafah dan doktor di Bukhara. Ibnu Sina mula menjadi
doktor ketika berusia 18 tahun. Ibnu Sina mula dikenali ramai setelah
berjaya menyembuhkan Nuh bin Mansur, salah seorang pemimpin
Dinasti Samaniyah. Pada Dinasti Hamdani, beliau dilantik sebagai
menteri sebanyak dua kali. Kerana terlibat dalam persoalan politik, dia
dipenjarakan dan dipecat daripada kedudukannya sebagai menteri.
Ibnu Sina banyak menulis karya, hampir 200 buah karya. Karya beliau
yang terkenal ialah al-Qanun Fit Tib (diterjemahkan dengan judul
Canon of Medicine), karya ini menjadi rujukan universiti terkemuka di
dunia. Ibnu Sina banyak memberi sumbangan kepada tamadun Islam.
Ibnu Sina meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah bersamaan dengan
tahun 1037 Masihi di Hamadan. Secara keseluruhannya, Ibnu Sina
merupakan seorang yang berinovatif. Ini dibuktikan dengan beliau
banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam
pelbagai bidang ilmu terutama dalam bidang perubatan. Selain itu,
Ibnu Sina adalah seorang yang pintar dan taat kepada Allah. Beliau
adalah seorang yang tidak mengenal putus asa, kreatif, gigih dan
tabah dan tekun dalam menerokai dan menguasai pelbagai jenis ilmu
khususnya ilmu perubatan. Beliau juga seorang yang tekun dalam
mempelajari ilmu. Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah
mempunyai semangat berusaha dan jangan mudah putus asa seperti
Ibnu Sina.
PENDAHULUAN:
Ibnu Sina lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai
nama penuh Al-Husain bin Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina.
Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi dan dilahirkan di
Afsyanah, Bukhara pada 980 Masihi. Bapa kepada Ibnu Sina
merupakan seorang gabenor pada masa Kerajaan Samaniyah (819M
– 1005M). Selepas bapanya meninggal pada tahun 390 Hijrah
bersamaan dengan tahun 390 Hijrah bersamaan dengan 1000 Masihi,
Ibnu Sina berpindah ke Khawarizm, Jurjan, Rai, dan Hamadan.
Pendidikan awal Ibnu Sina pada masa kanak-kanaknya ialah al-Quran
dan sastera yang dipelajarinya secara persendirian. Ibnu Sina mula
belajar menghafal al-Quran ketika berusia 5 tahun. Beliau sudah
menguasai tasawuf, fikah, tafsir, dan usuludin ketika berusia 10 tahun.
Beliau telah menuntut dengan Abu Abdullah an-Natli yang
mengajarnya al-Quran, fikah, mantik, ilmu hisab, sains, fizik, dan kaji
bintang. Beliau menelaah falsafah, politik dan logik, matematik, fizik,
politik dan kedoktoran hingga berusia 16 tahun. Ibnu Sina sangat
meminati ilmu kedoktoran dan metafizik. Dalam sekitar satu hingga
lima tahun, beliau telah dikenal sebagai ahli falsafah dan doktor di
Bukhara.
Ibnu Sina mula menjadi doktor ketika berusia 18 tahun. Beliau berjaya
menyembuhkan Nuh bin Mansor, pemerintah Kerajaan Samaniyah
dan semenjak itu beliau dilantik menjadi doktor istana. Pelantikan
tersebut merupakan suatu peluang keemasan kerana beliau telah
diberi kebebasan menggunakan perpustakaan istana yang sangat
kaya dengan beraneka jenis buku. Beliau mengambil kesempatan
dengan membaca, merujuk dan menghafal buku-buku penting di
perpustakaan. Pembesar negeri lain seperti Ratu Sayyidah dan Sultan
Majdud dari Rayy, Syamsu Dawla dari Hamadan, dan Alaud Dawla
dari Isfahan juga pernah mengundangnya.
Ibnu Sina digelar al-Syeikh al-Ra’is iaitu guru para raja. Dalam bidang
kedoktoran, beliau digelar “pangeran para doktor” dan “raja ubat”.
Dalam dunia Islam beliau dianggap sebagai puncak ilmu kedoktoran.
Ibnu Sina pernah dilantik menjadi menteri sebanyak dua kali.
Disebabkan Ibnu Sina terlibat dalam persoalan politik, dia dipecat dan
dipenjarakan daripada kedudukannya sebagai menteri. Dalam tempoh
Ibnu Sina dipenjara, beliau sempat menulis 3 buah buku.
Ibnu Sina banyak meninggalkan karya yang ditulis beliau, semuanya
tidak kurang 200 buah, kebanyakan berbahasa Arab dan Parsi. Salah
satu karya terbesar Ibnu Sina ialah al-Qanun Fii al-Tibb (peraturan
kedoktoran). Di Eropah dan China buku ini sudah lama menjadi
rujukan kedoktoran. Al-Qanun Fii al-Tibb diterjemahkan dengan judul
Canon of Medicine digunakan sebagai rujukan utama dalam bidang
perubatan di seluruh pusat pengajian Barat termasuk Universiti
Franfurt di Jerman, Universiti Paris di Perancis, dan Universiti Oxford
di England. Di dalam buku al-Qanun Fii al-Tibb karya Ibnu Sina
dinyatakan bahawa “darah mengalir terus-menerus dalam satu kitaran
dan tidak pernah berhenti”. Karya lain Ibnu Sina ialah al-Syifa (18
Jilid), iaitu tentang psikologi, pertanian, retorika dan syair; al-Rasa’il,
iaitu tentang biologi, fizik, astronomi, psikologi, etika dan teologi; Al-
Insyarah wa al-Tanbihat, tentang ketuhanan serta kemurnian hidup;
dan Risalah al ‘Isyqa tentang kerinduan Ibnu Sina kepada Tuhan.
Sewaktu Ibnu Sina berusia 21 tahun, beliau mula menulis karyanya
yang pertama yang berjudul "Al-Majmu" di Kawarazm yang
mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Kemudian
beliau meneruskan menulis buku-buku lain. Nama-nama buku yang
pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran
kecil, dimuat dan dihimpun dalam satu buku besar yang berjudul
"Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh Pater
Dominican di Kairo. Antara yang terkandung dalam buku tersebut
termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit –
Tibb.
Ibnu Sina memiliki pemikiran yang mendalam. Beliau menafsirkan
ayat al-Quran untuk mendukung falsafahnya. Seperti al-Farabi iaitu
ahli falsafah dari Turkistan, Ibnu Sina mengakui bahawa alam
diciptakan secara emanasi yakni memancar dari Tuhan. Ibnu Sina
juga mengemukakan pemikiran falsafah tentang jiwa (al-nafs) dan
kenabian. Ibnu Sina berpendapat bahawa nabi adalah manusia yang
terunggul dan pilihan Tuhan. Ahli falsafah hanya menerima ilham,
sedangkan nabi menerima wahyu. Oleh itu, ajaran nabi haruslah
menjadi pedoman hidup manusia di muka bumi.
Ibnu Sina banyak menyumbang dalam tamadun Islam terutamanya
dalam bidang perubatan. Kebijaksaan Ibnu Sina dalam bidang
perubatan mendapat pengiktirafan dunia. Ibnu Sina berjaya
melakukan beberapa pencapaian dalam perubatan iaitu pertama,
penemuan penyakit baru serta puncanya. Antara penemuan penyakit
yang dikaji oleh Ibnu Sina ialah pengaruh kuman dalam penyakit,
jangkitan virus seperti Tibi (TB), dan penyakit seperti rubella, alahan
(allergy), cacar (smallpox), penyakit jiwa dan sebagainya.
Kedua, Ibnu Sina mengkaji dalam bidang farmasi dan beliau dapat
menghasilkan ubat yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit. Selain
itu, beliau juga menemui untuk ubat bius. Ketiga, Ibnu Sina
membangunkan teknologi perubatan dengan mencipta benang
khusus untuk menjahit luka pembedahan dan mencipta picagari dan
lain-lain. Terdapat banyak lagi penemuan dan teori perubatan yang
dikemukakan oleh Ibnu Sina dalam karya-karyanya.
Kesan peninggalan Ibnu Sina dalam bidang ilmu perubatan telah
berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap pada
masa itu. Beliau melakukan metode pemerhatian (observation) dan
analisis. Berdasarkan metode ini, ilmu perubatan berkembang maju
hingga ke hari ini. Ibnu Sina telah menulis buku berjudul Remedies for
the Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan.
Ibnu Sina banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan
menyenaraikan lebih kurang 760 jenis penyakit serta kaedah
merawatnya. Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak
mempengaruhi perkembangan ilmu perubatan moden. Ibnu Sina juga
banyak telah menyumbang ilmu dan pemikiran. Ibnu Sina telah
menghasilkan 116 karya dalam bidang falsafah, mantik, matematik,
astronomi, kimia, fizik, biologi dan sains politik. Buku-buku tersebut
telah dihimpun oleh Domonican Institute for Oriental Studies di
Kaherah, Mesir. Pada 1950 Masihi ia telah diterjemahkan ke dalam
bahasa Arab dan dinamakan Muallafat Ibni Sina (karya-karya Ibnu
Sina). Jasa Ibnu Sina dihargai hingga ke hari ini. Sebuah universiti
pendidikan di Hungary telah mengambil nama sempena nama beliau
iaitu Avicenna College (Kolej Ibnu Sina).
Ibnu Sina meninggal pada usia 58 tahun dalam suatu perjalanan
bersama raja Isfahan, lalu dimakamkan di Hamadan. Kehilangan Ibnu
Sina merupakan kehilangan yang sangat besar kepada umat Islam
terutama dari segi ilmu perubatan.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, Ibnu Sina banyak memberi sumbangan
terhadap tamadun Islam terutamanya dari ilmu perubatan. Beliau
seorang yang tidak mengenal putus asa, sebab itulah beliau berusaha
bersunggu-sungguh mempelajari sesuatu ilmu dan menyelesaikan
masalah yang dihadapinya. Ibnu Sina adalah seorang yang berinovatif
kerana beliau banyak menghasilkan karya dalam pelbagai bidang ilmu
terutama dalam bidang perubatan.
Selain itu, Ibnu Sina juga seorang yang taat beragama. Beliau sering
berdoa kepada Allah SWT terutama apabila menghadapi kebuntuan
untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Beliau sering ke masjid untuk
memohon petunjuk daripada Allah SWT. Ibnu Sina memiliki akal yang
cergas dan tekun dalam mempelajari ilmu ini kerana pernah membaca
buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali. Ibnu Sina juga
mahir dalam ilmu anatomi iaitu mengenai kedudukan organ dan tubuh
manusia. Beliau orang pertama membuat kajian tentang fungsi mata
iaitu penglihatan dan fungsi mata. Walaupun Ibnu Sina terkenal
dengan ilmu perubatan, beliau juga pakar dari aspek lain seperti
matematik, falsafah dan agama.
Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah mempunyai semangat
berusaha dan jangan cepat putus asa seperti Ibnu Sina.
Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang
perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya
sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi).
Buku-buku yang pernah dikarang oleh Ibnu Sina, dihimpun dalam buku besar
Essai de Bibliographie Avicenna yang ditulis oleh Pater Dominician di Kaherah.
Karya-karya beliau semasa hidupnya antara lain:
1. Kitab Al Majmu ‘, tentang ilmu pengetahuan yang lengkap ditulis saat beliau
berusia 21 tahun.
2. Kitab Asy-Syifa, (The Books of Recovery / The Books of Remedy), tentang
cara-cara rawatan beserta ubatnya (18 jilid). Kitab ini di dunia perubatan menjadi
ensiklopedia falsafah perubatan. Dalam bahasa latin kitab ini dikenali dengan
nama “Sanatio”.
3. Kitab Al Qanun Fit Thibb (Canon of Medicine). tentang cara rawatan yang
sistematik (16 jilid). Memuatkan kenyataan yang tegas bahawa darah mengalir
terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tidak pernah berhenti. Buku ini sejak
zaman Dinasti Han di China telah menjadi rujukan standard karya-karya
perubatan cina.
Karya Ibnu Sina Berupa Kitab Al Qanun Fit Thibb (Canon of Medicine) telah
digunakan sebagai buku teks perubatan di pelbagai universiti di Perancis.
Misalnya di Sekolah Tinggi Perubatan Montpellier dan Louvin yang telah
menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke-17 M. Sementara itu,
Prof. Phillip K. Hitti telah menganggap buku tersebut sebagai “Ensiklopedia
Perubatan”. Buku ini telah membincangkan serta membahas tentang penyakit
saraf. Arahan tersebut juga membahas cara-cara pembedahan yang
menekankan tentang keperluan pembersihan luka. Bahkan di dalam buku-buku
tersebut juga dinyatakan keterangan dengan lebih jelas disamping gambar-
gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi
Ibnu Sina yang luas.
Beliau sudah tiada, tapi akan selalu menemani kita. Sekarang, kita harus
meneruskan setiap karyanya. Jangan sampai kita hanya boleh bernostalgia
dengan membaca sejarah beliau. Ikrarkan dalam hati bahawa “Kita boleh seperti
beliau, beliau boleh begitu juga kita”. Jangan kita hanya kagum sahaja tapi kita
tidak mahu menggali ilmu yang beliau tinggalkan. Sebab ilmu yang beliau
tinggalkan tidak kita pergunakan dan kembangkan dengan baik. Malah, orang
barat yang mengembangkannya. Sudah masanya kita bangkit dan kita capai
kegemilangan islam dengan ilmu pengetahuan serta iman dan taqwa.
Assalamualaikum w.b.t.
Ibnu Sina
Nama sebenar beliau ialah Al-Hussain bin Abdullah bin Al-hasan bin
Ali bin sina.
Beliau dikenali sebagai Ibnu Sina di timur dan Avicenna di barat.
Beliau dilahirkan pata tahun 370 Hijrah bersamaan dengan tahun 980
Masihi di Afsyanah,Bukhara,Turkistan.
Beliau berasal daripada keturunan Turki.
Bapanya ialah pengusaha Kharmathain , Bukhara.
Selepas bapanya meninggal pada tahun 390 hijrah dengan tahun
1000 masihi, Ibnu Sina berpindah ke Khawarizm,Jurjan, Rai dan
Hamazan.
Beliau pernah bertugas sebagai pakar perubatan di wilayah
Rai dan penasihat agung Amir Ala Al-Daulah di Asfahan.
Beliau meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah bersamaan dengan
tahun 1037 Masihi di Hamazan ketika berumur 58 tahun.
Ibnu Sina merupakan tokoh perubatan Islam yang terkenal dan banyak
memberi sumbangan dalam bidang perubatan. Ibnu Sina banyak
menghasilkan karya dalam bidang perubatan. Bukunya Al-Qanun Fit tib
menjadi rujukan utama di seluruh pusat pengajian tinggi di Barat. Ibnu Sina
merupakan orang yang pertama memperkenalkan method pemerhatian
dan anlisis dalam bidang perubatan. Ibnu Sina juga terkenal sebagai
seorang ahli falsafah dan menguasai pelbagai ilmu pengetahuan yang lain.
Sumber : http://www.scribd.com/doc/39653677/Ibnu-Sina-Bapa-Perubatan-
Dunia
BIODATA RINGKAS
Nama penuh Ibnu an-Nafis ialah ‘Ala’uddin abu al-Hasan ali ibn abi al-
Hazam al-Qrasyi, seorang Arab berketurunan Quraisy.Beliau telah
dilahirkan di pinggir Bandar Damsyik pada tahun 607H(1210M).Di
situlah kemudiannya beliau hidup dan berguru dengan ahli perubatan,
termasuk al-Syiekh Radhiuddin Abu al-Hajjaj Yusuf Ibn Hidrah al-
Rahibi. Antara guru beliau yang lain dalam bidang perubatan ini
termasuklah al-Hakim Muhazzibuddin Abu Muhammad Abdul Rahim
ibn Ali al-Dakhwar dan ‘Imran al-Isra’ili.
SUMBANGAN
i) Bidang Pembedahan
Perkara baru yang terpenting yang diajukan oleh Ibnu al-Nafis dalam
syarahnya dalam kitab anatomi ibn Sina iniialah teori tentang
peredaran darah ialah pergerakan darah iaitu pergerakan darah
dalamkitaran. Peredaran darah ini dikenali pada zaman sekarang
sebagai ‘sistem sirkulasi pulmonari’. Orang zaman dahulu
mempercayai bahawa darah bergerak daripada jantung ke dalam
jasad menerusi pembuluh dan saluran darah mengikuti denyutan nadi.
Kemudian datang Galen iaitu sarjana perubatan Yunani yang
mengatakan bahawa darah tersebar ke dalam badan daripada jantung
menerusi pergerakan seperti alunan ombak melalui arteri itu sendiri.
Para doktor aliran Iskandariah merujuk semula kepada teori perubatan
Mesir kuno.
ManuskripSistem Peredaran Darah Kecil
Ibnu Sina mengikuti teori doktor Yunani iaitu Galen tentang peredaran
darah. Ibnu al-Nafis pula dalam syarahannya dalam kitab anatomi
Ibnu Sina mangesahkan pendapat ini. Menurut Ibnu al-Nafis ruang
jantung mempunyai dia sahaja tidak seperti yang didakwa oleh Ibnu
Sina.
Ibn Al-Nafis menjadi Pengarah pertama untuk Hospital Al-Mansouri yang dibina oleh Sultan Qalaoun al
Mansour, di Kaherah.
KARYA ILMIAH
Sebagaimana para sarjana islam yang lain, Ibnu al-Nafis telah menulis
banyak buku-buku dan rencana. Walaubagaimana pun,
kebanyakannya telah hilang. Antara buku beliau yang masih ada
termasuklah al-Kitab al-Syamil Fi al-Tibb tentang ensiklopedia
perubatan, Kitab al-Muhadhdhab fi al-Kuhl mengenai opthalmilogi, al-
Muhazzab berkenaan tentang perubatan mata, al-Mukhtar yang
mengatakan tentang pemakanan, Syarh al-Hidayah adalah ulasan
terhadap karangan Ibnu Sina tentang perubatan, al-Risalah al-
Kamiliyyah fi al-Sirah al-nobawiyyah yang menyatakan tentang kisah
hidup Nabi Muhammad.
Muka depan manuskrip Kitab Sharh Tashrih Al-Qanun yang diterbitkan semula (A Commentary on the
Anatomy of the Canon of Ibn Sina) ditulis oleh Ibn Al-Nafis (1210-1288 AD) dan mengandungi
penjelasan pertama tentang sistem peredaran darah dan penjelasan pertama tentang mengenai pembuluh
darah disamping beberapa penemuan asli yang lain
Selain itu al-Mujaziaiti ringkasan daripada kitab Ibnu Sina, al-Qanun.
Fi‘I-Tahibbi dan beberapa kritikan terhadap karya Hipokrotes, Ibnu
Sina dan Humaym Ibnu Ishaq.beliau juga menulis buku ringkas karya
Aristotles tentang logik.
Sumber rujukan:
http://irfanirsyad.wordpress.com
http://historyindepth.com/ibn-al-nafis-and-the-blood-circulation
http://www.historyofinformation.com/expanded.php?id=1660
- See more at: http://waazin.blogspot.com/2012/11/ibn-nafis-tokoh-
perubatan-islam.html#sthash.hrl7LDAy.dpuf