You are on page 1of 2

KELAB EX- RMN INTAKE 121/75

D/A: NO. 80B, JLN SM1B/3, FASA 1B. 32040 SERI MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN
Talipon (R):05-6882392 / Hp:+60194548312 e-mail :klbxrmn12175@gmail.com
Rujuk Kami: KLBXRMN121/75-100 ( )
Tarikh : 10 Oktober 2018

Ketua Pengarah
Jabatan Latihan Khidmat Negara,
Tingkat 5, Bangunan Zetro Wangsa Maju,
53300 KUALA LUMPUR
(Up: Pn Kamariah Zainal Abidin / Pn Sharifah Nahood Ghanny)

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN PERALATAN PEJABAT UNTUK KEGUNAAN KELAB EX-RMN
INTAKE 121/75

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab EX-RMN Intake 121/75 telah didaftarkan di Jabatan
Hal Ehwal Veteren ATM, Kuala Lumpur bertarikh pada 28 Ogos 2017 dengan nombor
pendaftarannya ialah JHEV ATM-424-08-28082017 (disertakan salinan Sijil Pendaftaran) yang
beralamat di No. 80 B, Jalan SM 1B/3, Fasa 1B, 32040 Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan.
Tujuan penubuhan kelab adalah untuk menyalurkan bantuan kewangan dan lain-lain sumbangan
kebajikan kepada ahli-ahli Kelab EX-RMN Intake 121/75 di seluruh negara.
3. Untuk pengetahuan pihak tuan, Kelab EX-RMN Intake 121/75 kekurangan sumber
kewangan untuk menampung pembelian peralatan pejabat seperti komputer dan lain kelengkapan
pejabat bagi tujuan menjalankan tugas-tugas berkaitan aktiviti persatuan.
4. Sehubungan dengan itu, saya selaku setiausaha kelab memohon jasa baik tuan untuk
menyumbangkan beberapa peralatan pejabat yang dilupuskan seperti komputer seperti di bawah;
i. Komputer Desktop - 1 unit
ii. Printer Laser jet - 1 unit
iii. Projektor - 1 unit
iv. Skrin - 1 unit
v. Scanner/Pengimbas - 1 unit

“PRIHATIN, BERKEBAJIKAN”
Kami berharap sumbangan peralatan tersebut dapat memudahkan kami melakukan kerja-kerja sumbangan
kebajikan ahli-ahli kelab ini.

5. Kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PRIHATIN, BERKEBAJIKAN’’

Saya yang menurut perintah,

(SYED ABDUL RAHIM BIN SYED MODAN)


Setiausaha
bp Pengerusi Kelab EX-RMN Intake 121/75

s.k Pengarah JHEV Negeri Perak


Pengarah JHEV Kuala Lumpur
Fail Induk Kelab EX-RMN Intake 121/75

“PRIHATIN, BERKEBAJIKAN”

You might also like