Professional Documents
Culture Documents
Maklumat Tambahan Pemberian Markah Pajsk SM 2015 PDF
Maklumat Tambahan Pemberian Markah Pajsk SM 2015 PDF
MAKLUMAT TAMBAHAN
PEMARKAHAN PAJSK
1
2.0. Tafsiran Aktiviti Peringkat Kebangsaan:
2.1. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negeri yang diusaha serta diurus sepenuhnya oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui BKK dan BS, KPM
2.2. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negara yang diusaha dan diurus oleh agensi kerajaan dan
agensi bukan kerajaan (NGO) dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada BKK dan BS, KPM.
Penyertaan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya 3 buah negeri (3 buah sekolah dari setiap negeri)
TIDAK termasuk tuan rumah. Aktiviti yang diusahakan hendaklah tidak sama atau bertindan dengan aktiviti
yang dikelolakan oleh KPM bagi tahun semasa. Penyertaan mestilah melibatkan pelbagai keturunan kaum
2.3. Program kebangsaan yang dikelolakan oleh pihak sekolah tanpa kelulusan BKK dan BS, KPM adalah dikira
markah penyertaan peringkat sekolah sahaja.
2.4. Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka
(bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28
Disember, 1967, No. 5652 – Peraturan Kursus Pengajian.). Mana-mana aktiviti/program yang tidak
menepati tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja.
2.5. Kelulusan daripada bahagian-bahagian lain di KPM selain BKK dan BS dianggap sebagai kelulusan untuk
menjalankan program sahaja. Bagi tujuan pengiktirafan diminta merujuk kepada BKK dan BS.
3.1. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negeri yang diusaha serta diurus sepenuhnya oleh Jabatan
Pendidikan Negeri.
3.2. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negeri yang diusaha dan diurus oleh agensi kerajaan dan
agensi bukan kerajaan (NGO) dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah Jabatan
Pelajaran Negeri. Penyertaan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya 3 Daerah (sekurang-kurangnya 3
buah sekolah bagi setiap daerah) TIDAK termasuk tuan rumah. Bagi negeri yang tiada daerah pengelolaan
hendaklah melibatkan sekurang-kurangnya 10 buah sekolah. Penyertaan mestilah melibatkan pelbagai
2
keturunan kaum. Aktiviti yang diusahakan hendaklah tidak bertindan dengan aktiviti yang dikelolakan oleh
JPN bagi tahun semasa.
3.3. Program yang dikelolakan oleh pihak sekolah boleh diiktiraf sebagai program peringkat negeri dengan
syarat melibatkan sekurang-kurangnya 15 buah sekolah dari 3 daerah dan mendapat kebenaran daripada
Pengarah Pendidikan Negeri. Kos tidak melibatkan JPN dan PPD.
3.4. Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka
(bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28
Disember, 1967, No. 5652 – Peraturan Kursus Pengajian). Mana-mana aktiviti/program yang tidak menepati
tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja.
4.1 Penyertaan dan penglibatan murid di dalam daerah yang diusahakan serta diurus sepenuhnya oleh Pejabat
Pelajaran Daerah.
4.2. Penyertaan dan penglibatan murid di dalam daerah yang diusahakan dan diurus oleh agensi kerajaan dan
agensi bukan kerajaan (NGO) dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Pejabat Pelajaran
Daerah. Penyertaan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya 5 sekolah
4.3. Program yang dikelolakan oleh pihak sekolah (melibatkan lebih daripada 5 sekolah) tanpa kelulusan Pejabat
Pelajaran Daerah adalah dikira markah penyertaan aktiviti peringkat sekolah sahaja.
4.4. Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka
(bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28
Disember, 1967, No. 5652 – Peraturan Kursus Pengajian.). Mana-mana aktiviti/program yang tidak
menepati tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja.
3
5.0. HURAIAN PEMBERIAN MARKAH
4
Bil. Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan
5
Huraian/ penjelasan
Bil. Isu/ Perkara berbangkit
i. Lawatan keluar ke sekolah berkembar di luar negara diikhtiraf
3. Program-program berkembar sekolah
sebagai peringkat antarabangsa.
Premier, sekolah kluster, Sekolah Prestasi
ii. Lawatan masuk diikhtiraf sebagai aktiviti peringkat sekolah
Tinggi dan SBP
i. Program berkembar antara sekolah
dengan universiti/kolej/sekolah luar
negara
4. Pengujian secara terus (On-Line Aktiviti ini tidak diterima pakai dalam pengiraan penilaian markah
Assessment) bagi program Ko-Akademik kokurikulum, kerana:
Penglibatan murid-murid dalam Kuiz i. Aktiviti tidak melalui dan mendapat kebenaran Bahagian
Matematik dan seumpamanya, secara Kokurikulum dan Kesenian/KPM.
individu berbayar (Peringkat Antarabangsa) ii. Kelebihan kepada individu yang berkemampuan dan
Contoh: mempunyai kemudahan IT.
i. International Competititions and iii. Sistem penilaian yang dijalankan dan pelaksanaanya tidak
Assessments for School), jelas dan tidak diketahui, keesahan dan kebolehpercayaan
Penganjur: Educational diragui.
Assessment Australia, The
iv. Tidak diketahui siapa penganjur di peringkat kebangsaan dan
University of New South Wales, bertanggungjawab bagi sebarang perkara berbangkit.
Sydney, Australia
v. Penyertaan secara terbuka tanpa apa-apa saringan dari segi
ii. “Essay writing”/Penulisan pemilihan calon berbanding ”Aktiviti Olimpiad” Sains dan
sajak/pertandingan melukis /cipta Matematik yang diuruskan oleh Bahagian Kokurikulum dan
laman blog Kesenian, KPM.
iii. Skor A
6
Bil. Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan
5. Pemarkahan Aktiviti Olimpiad / Kuiz seperti: i. Peringkat pertama yang dijalankan di sekolah dikira sebagai
khidmat sumbangan peringkat sekolah (10 markah).
i. International Mathematics Olympiad (IMO)
ii. Peringkat kedua, peserta dipanggil oleh BKK KPM untuk
ii. International Physics Olympiad (IPHO)
menghadiri kem latihan peringkat kebangsaan layak mendapat
iii. International Junior Science Olympiad markah penyertaan peringkat kebangsaan (17 markah) dan
(IJSO) markah pencapaian sekiranya berjaya.
iv. National Science Challenge iii. Peserta yang terpilih untuk mewakili Negara ke peringkat
v. Kuiz Kimia Kebangsaan antarabangsa layak untuk mendapat markah penyertaan peringkat
antarabangsa (20 markah) dan markah pencapaian sekiranya
berjaya.
6. Kejohanan Seni Bela Diri Jemputan i. Sebarang kelulusan aktiviti dan pengiktirafan perlu mendapat
kelulusan BKK, KPM
i. Kebangsaan
ii. Pengiktirafan hanya akan diberi selepas sesuatu program itu
ii. Antarabangsa
selesai dijalankan dan laporan dihantar ke BKK, KPM
7. Penglibatan murid-murid dalam Program Penglibatan pelajar diiktiraf sebagai penglibatan ”antarabangsa”,
Kerajaan Negeri seperti: pemilihan sesorang peserta melalui saringan dan pemilihan oleh
jawatankuasa khas yang dilantik.
i. Bandar Kembar Seremban – Bukit Tinggi,
Sumatera, Indonesia
ii. Pulau Pinang – Medan, Indonesia
iii. Ipoh – Fukuoka, Jepun
7
Bil. Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan
8. Penglibatan murid-murid dalam aktiviti yang Semua aktiviti mestilah mendapat kebenaran daripada Kementerian
berkaitan dengan Agensi Bukan Kerajaan (NGO), Pendidikan Malaysia / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan
contoh aktiviti: Daerah terlebih dahulu (kelulusan mengikut peringkat penglibatan).
Markah penglibatan tertakluk kepada peringkat kelulusan yang dipohon.
i. Khidmat Masyarakat – Highway Duty
Peringkat penglibatan :
ii. Perkhemahan
a. Kelulusan PPD – penglibatan peringkat daerah
iii. Pertandingan Kawad Kaki
b. Kelulusan JPN – penglibatan peringkat negeri
iv. Pertandingan Seni Bela Diri
c. Kelulusan KPM – penglibatan peringkat kebangsaan
Sekiranya penglibatan tanpa kelulusan KPM/JPN/PPD – markah
penglibatan dan pencapaian tidak dikira.
9. Penglibatan murid-murid dalam pertubuhan yang Sekiranya aktiviti yang dianjurkan mendapat kelulusan daripada
tidak terdapat/tidak berdaftar di sekolah KPM/JPN/PPD maka markah Penglibatan dan Pencapaian murid boleh
diambil kira walaupun aktiviti tersebut tidak tersenarai di peringkat
sekolah.
10. Penglibatan murid dalam aktiviti yang berkaitan Semua aktiviti mestilah mendapat kebenaran daripada Kementerian
dengan Agensi Kerajaan (GO), contoh: Pendidikan Malaysia / Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran
Daerah terlebih dahulu (kelulusan mengikut peringkat penglibatan).
i. Sambutan Hari Kor Kadet Polis
Markah penglibatan tertakluk kepada peringkat kelulusan yang dipohon.
ii. Festival Kebudayaan
Peringkat penglibatan :
iii. Hari Kebangsaan
a. Kelulusan PPD – penglibatan peringkat daerah
iv. Hari Pahlawan
b. Kelulusan JPN – penglibatan peringkat negeri
v. Hari Koperasi
c. Kelulusan KPM – penglibatan peringkat kebangsaan
vi. Larian Bomba
vii. Hari Belia Kebangsaan
8
Bil. Isu/ Perkara berbangkit Huraian/ penjelasan
11. Aktiviti yang berkaitan dengan pihak Istana dan Semua aktiviti yang melibatkan Institusi Raja dan Setiausaha Kerajaan
Kerajaan Negeri Negeri perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri
dan dikira sebagai penglibatan peringkat negeri.
12. Aktiviti Khidmat Masyarakat (Ekstra Kurikulum) Sebagai kawalan pihak sekolah diminta membuat verifikasi dengan
maklumat seperti berikut:
i. Aktiviti Kejiranan/Komuniti
a. Nama aktiviti
ii. Aktiviti Alam Sekitar
b. Rekod kehadiran / penglibatan
iii. Aktiviti Bencana Alam
c. Ulasan pencapaian / hasil
iv. Aktiviti Khidmat Jabatan/Agensi
d. Pengesahan dan perakuan
v. Aktiviti Kebudayaan/ Kesenian/Integrasi
vi. Aktiviti Kerohanian
vii. Aktiviti Insaniah
# Aktiviti Khidmat Masyarakat yang dilaksanakan dalam aktiviti
sedia ada seperti Perkhemahan Tahunan Pasukan Badan
# Pengenalan Khidmat Masyarakat Beruniform tidak dikira sebagai markah ekstra kurikulum.
Sebagai Syarat Graduat Pendidkan
Menengah
Disediakan oleh: