You are on page 1of 13

PENGLIBATAN KOMUNITI DALAM MEMPERKASAKAN KEMENJADIAN

KOKURIKULUM DI SEKOLAH

Noorma binti Ahmad


SJK (T) Tun Sambanthan, Bidor (1)
montelkalo@gmail.com

Thana Lekshmi Palanisamy


SJK (T) Tun Sambanthan, Bidor (1)
swathy63558@yahoo.co.uk

Kalaiarasi Ramu
SJK (T) Tun Sambanthan, Bidor (1)
Kalairamu0709@gmail.com

ABSTRAK

Abstrak ini bertujuan menghubungkait penglibatan komuniti dalam memperkasakan


kemenjadian kokurikulum di sekolah. Sekolah SJK (T) Tun Sambanthan sering
menghadapi masalah sumber dana bagi sesi latihan dan yuran penyertaan. Selain itu,
setiap pasukan tidak mempunyai set pakaian sukan atau kostum yang sesuai untuk
sesuatu pertandingan yang disertai. Penglibatan komuniti untuk meningkatkan
kemenjadian murid dalam kokurikulum amat penting untuk memartabatkan nama
sekolah ke peringkat yang lebih tinggi. Metadologi kajian yang digunakan untuk
mendapatkan hasil yang tulen dalam kajian ini ialah temubual dan analisis data
kokurikulum. Sememangnya terdapat hasil yang ketara melalui jalinan antara sekolah
dengan komuniti luar seperti kejayaan murid di peringkat antarabangsa dalam
penyertaan Pameran STEMEC (ICELAM) serta memenangi ‘Ruby Award’ dalam Sains
Fair dan penyertaan Karnival Bahasa Tamil di peringkat kebangsaan. Manakala,
memenangi tempat Ketiga di peringkat negeri serta memenangi ‘Juri Award’ di
peringkat daerah dalam Pertandingan Seni Tari.

Kata kunci: Penglibatan komuniti, Kemenjadian murid, Kokurikulum, Pencapaian


murid,Stemec

1.0 PENGENALAN
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan, Bidor telah dimulakan pada tahun
1982. Sekolah ini wujud pada tahun 1935 yang dikenali sebagai SJK (T) Bidor. SJK(T)
Tun Sambanthan kini berusia 28 tahun. Guru-guru sekolah ini adalah seramai 20 orang.
Seramai 221 orang murid belajar di sekolah ini pada tahun 2020. Pada tahun 2015
sekolah diberi peluang melaksanakan Program Transformasi Sekolah 2025.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, melalui anjakan


yang kesembilan, telah memberikan penekanan terhadap penglibatan ibu bapa,
komuniti dan pihak swasta dalam memperkasakan sekolah (Astro Awani, 2016).
Peranan ibu bapa perlu diperluaskan sebagai rakan kongsi untuk meningkatkan
keberhasilan anak-anak mereka. Selain daripada itu, sekolah telah mendapatkan
kerjasama secara sukarela daripada pertubuhan kerajaan mahupun swasta dalam
komuniti bagi memperluaskan lagi ekosistem kokurikulum murid-murid. Kokurikulum
merupakan satu instrumen penilaian untuk mengukur prestasi murid ke peringkat yang
lebih tinggi. Perkongsian tanggungjawab antara ibu bapa, komuniti dan sekolah
merupakan satu inisiatif utama untuk kemenjadian murid dalam aktiviti kokurikulum
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).

2.0 PENYATAAN MASALAH

Pihak komuniti seperti PIBG, persatuan bekas murid, NGO didapati kurang memberikan
sokongan dan kerjasama dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh
sekolah. Ini mungkin disebabkan mereka kerap menganggap pihak sekolah boleh
mengurus murid-murid secara menyeluruh. Sebaliknya, pada aktiviti kokurikulum inilah
pihak sekolah memerlukan lebih banyak lagi sokongan daripada pihak komuniti dari
segi sumber tenaga dan dana. Di samping itu, tahap pengetahuan dan kemahiran
tentang keperluan ibu bapa dalam menyokong kemenjadian kokurikulum anak-anak di
sekolah rendah turut menyebabkan penglibatan mereka di tahap minimum.
Selain daripada itu, antara sebab-sebab ibu bapa kurang melibatkan diri dalam
aktiviti PIBG sekolah adalah disebabkan kekangan masa, kurang kesediaan untuk
penglibatan, tidak mahu bersuara semasa mesyuarat kerana segan dan kurang
berminat terhadap masalah sekolah (M. Al Muz-Zammil & Moong, 2010). Jika pihak
komuniti terus menjauhkan diri daripada sekolah, maka ini akan meningkatkan peluang
berlakunya konflik dan ketegangan antara sekolah dan ibu bapa. Sehubungan dengan
itu, penglibatan ibu bapa dalam aktiviti kokurikulum sekolah akan dapat mewujudkan
suasana persefahaman dan keharmonian dalam sesebuah sekolah.
Dalam menangani masalah ini, pihak sekolah perlulah bijak mencari sumbangan
dari pihak luar terutamanya dari PIBG, NGO, koperat serta pihak lain untuk menghadapi
masalah sumber dana dalam aktiviti kokurikulum sekolah. Selain itu, pihak PIBG juga
perlu menunjukkan penglibatan yang aktif secara sukarela dalam apa jua aktiviti
kokurikulum yang dianjurkan dan disertai oleh pihak sekolah. Dalam hal ini, pihak
sekolah perlu menerangkan pelan strategik berkaitan aktiviti kokurikulum bakal terlibat.
Pihak sekolah memberi peluang kepada PIBG untuk mengadakan program yang
berkaitan dengan kokurikulum. Sememangnya terdapat hasil yang ketara melalui
jalinan antara sekolah dengan komuniti luar seperti kejayaan murid di peringkat
kebangsaan, pada hal sebelum ini hanya setakat peringkat sekolah sahaja.
Penekanan penglibatan komuniti luar, telah digariskan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012). Oleh
itu, situasi ini membuka pintu tindakan yang luas untuk pihak pentadbir sekolah dalam
menyediakan persekitaran yang kondusif untuk mewujudkan jalinan hubungan kerja
positif antara sekolah dengan ibu bapa, komuniti dan pelbagai agensi luar.

3.0 OBJEKTIF

Kepentingan peranan PIBG, komuniti, agensi luar dan masyarakat global telahpun
diperbincangkan. Fokus kajian ini adalah tertumpu kepada menghubungkait penglibatan
komuniti luar seperti pihak PIBG, NGO, Persatuan Bekas Murid Sekolah, Lembaga
Pengelola Sekolah (LPS) dalam memperkasakan kemenjadian kokurikulum di sekolah
SJK (T) Tun Sambanthan, Bidor.

4.0 METODOLOGI
Metadologi kajian yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang tulen dalam kajian ini
ialah temubual dan analisis data kokurikulum. Analisis data telah dilaksanakan antara
maklumat verbal yang diperolehi daripada subjek utama kajian dengan dokumentasi
dan pemerhatian terhadap aktiviti yang dilaksanakan dalam sekolah sepanjang tahun
2019.

5.0 DAPATAN DAN IMPAK

I. IMPLEMENTASI TINDAKAN

Penglibatan pihak komuniti luar di SJK (T) Tun Sambanthan merupakan satu usaha
berterusan untuk melibatkan lebih ramai ibu bapa, komuniti kerajaan dan swasta, bekas
murid, dan masyarakat setempat untuk bersama-sama dalam memperkasakan
kemenjadian murid dalam kokurikulum sekolah. Sememangnya terdapat hasil yang
ketara melalui jalinan antara sekolah dengan komuniti luar seperti kejayaan murid di
peringkat kebangsaan, pada hal sebelum ini hanya setakat peringkat sekolah sahaja.

Jadual 1
Antara saranan PIBG untuk jalinan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa

Sarana PIBG (2018) (2019)

1. mewajibkan kehadiran ibu bapa ke


mesyuarat agong PIBG.

2.
Pihak sekolah juga telah mengambil inisiatif untuk memperluaskan hubungan
dengan ibu bapa (PIBG) melalui teknologi perhubungan terkini seperti Facebook dan
Whatsapp. Ini membolehkan maklumat daripada pihak sekolah dapat disalurkan
dengan mudah dan cepat untuk tindakan ibu bapa. Ibu bapa juga boleh memberikan
maklum balas, menyampaikan pendapat, idea dan juga sumbangan dana mereka
melalui alat perhubungan tersebut. Oleh itu, penglibatan pihak komuniti luar dapat
dimaksimumkan dan dapat sokongan dan sumbangan dalam meningkatkan
mencapaian murid dalam Kokurikulum.

Whatsapp kumpulan bagi


Laman Rasmi Facebook Sekolah
kelas dan PIBG

Rajah 1: Antara contoh tools yang digunakan untuk mewujudkan jalinan positif antara
sekolah dengan ibu bapa

II. IMPAK PENGLIBATAN PIBG DAN SEKOLAH DALAM MEMPERKASAKAN


KEMENJADIAN MURID DALAM KOKURIKULUM SEKOLAH
Antara impak eksplisit yang dapat dilihat pada tahun 2019 hasil penglibatan PIBG dan
komuniti dalam memperkasakan kemenjadian murid dalam kokurikulum sekolah melalui
pembangunan kognitif, kerohanian, fizikal, emosi dan sahsiah murid-murid adalah
seperti berikut:

Jadual 2

Perbandingan Sebelum Dan Selepas Intervensi

Sebelum (2018) Selepas (2019)


Aktiviti Pencapaian Aktiviti Pencapaian
1. Merentas Desa Peringkat Negeri 1. Merentas Desa Peringkat
Daerah & negeri
(Johan & kelima)
2. Karnival Bahasa 2. Karnival Bahasa
Tamil Tamil
- Pertandingan Peringkat Negeri - Pertandingan Sajak Peringkat

Thirukkural Kebangsaan

- Pertandingan Sajak

3. Pertandingan Tiada 3. Pertandingan Peringkat


Tarian Penglibatan Tarian Daerah & Negeri
(Tempat ketiga &
Juri Award)
4. Pameran Stemec Peringkat
(ICELAM) Antarabangsa

5. Science Fair Peringkat


Kebangsaan
(Ruby Award)
6. Pertandingan Peringkat Negeri
Kriket
7. Teater Solo Peringkat
Daerah & Negeri
(n.johan)
8. Kuiz Ict Peringkat Negeri
(Saguhati)
9. Pertandingan Peringkat Negeri
Tirumurai

10. Pertandingan Peringkat Negeri


Silambam

11. Kuiz Uthayam Peringkat Negeri


(Saguhati)
12. Larian 200 M Peringkat
Daerah
(Johan)
13. Kejohanan Peringkat
Olahraga Sjkt Daerah
(5 EMAS/9
PERAK/8
GANGSA)
14. Kuiz Bertulis Peringkat
Daerah
(Tempat Ketiga)
15. Syarahan Peringkat
Daerah
(kelapan)
16.Choral Speaking Peringkat
Daerah
(Ketiga)
17. Public Speaking Peringkat
Daerah
(Saguhati)
18. Scarbble Peringkat
Daerah
(Saguhati)
20. Bola Jaring Peringkat
Daerah
21. Kids Athelatic Peringkat
Daerah
(Johan &
Kelima)
22. Karnival Doktor Peringkat
Muda Daerah
(Sagu Hati)

Kejayaan yang disenaraikan di atas merupakan impak yang dapat dilihat dan dibuktikan
secara eksplisit dalam aktiviti Kokurikulum. Hal ini membuktikan bahawa penglibatan
komuniti luar seperti PIBG,komuniti, LPS, bekas murid telah meningkatkan dan
memperkasakan kemenjadian murid dalam Kokurikulum di sekolah SJK (T) Tun
Sambanthan.
Pertandingan Merentas Desa Karnival Bahasa Tamil

Pertandingan Thirumurai
Science Fair (Ruby Award)

Pertandingan silambam Pertandingan Teater Solo

Rajah 2 : Antara Pencapaian Murid dalam Aktiviti Kokurikulum

6.0 PERBINCANGAN

Dapatan kajian menunjukkan bahawa jalinan antara pihak sekolah dan komuniti luar
dapat memperkasakan kemenjadian murid dalam Kokurikulum ke peringkat yang lebih
tinggi berbanding sebelum ini. Memang tidak dapat dinafikan peranan PIBG, bekas
murid, LPS dan NGO dalam memperkasakan kemenjadian murid dalam Kokurikulum
melalui sokongan yang padu dan sumbangan yang maksimum.

Ibu bapa, komuniti, bekas murid, agensi kerajaan, agensi swasta, NGO dan
masyarakat global memainkan peranan penting dalam mewujudkan pelbagai
pengalaman pembelajaran yang bermakna untuk murid-murid (Halimah et al., 2014a).
Pembelajaran adalah satu proses yang konstruktif dan memerlukan input yang mampu
menyokong penjanaan diversiti pengalaman untuk menghasilkan modal insan yang
berkualiti. Murid-murid yang sentiasa didedahkan dengan persekitaran yang positif akan
membentuk tabiat pemikiran, perasaan dan imaginasi positif ke arah kejayaan dan
keupayaan diri (Cooperrider, Whitney, & Stavros, 2008). Ini kerana mengikut Teori
Apresiatif Inkuiri, pembelajaran manusia berkait rapat dengan “kesan plasebo” di mana,
kesan positif pada kedua-dua aspek psikologi dan fisiologi manusia dipengaruhi oleh
ekosistem ekologinya. Peranan mewujudkan ekosistem positif ini bukan usaha guru
semata-mata, tetapi penglibatan ibu bapa, penjaga, agensi kerajaan, agensi swasta,
NGO, komuniti setempat dan komuniti antarabangsa perlu dirapatkan untuk
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang diingini.

Pentadbir sekolah perlu cekap dalam mengesan keupayaan ibu bapa yang boleh
dimanipulasi untuk membantu meningkatkan kemenjadian Kokurikulum murid.
Contohnya, keupayaan dan kesediaan pihak PIBG dalam membimbing murid dalam
sukan-sukan tertentu, mengadakan bengkel-bengkel khas dan sumbangan kewangan
dalam membangun dan menambahbaik fasiliti sekolah. Selain daripada itu, pelbagai
program dan aktiviti yang dianjurkan oleh komuniti, agensi awam dan swasta, NGO dan
masyarakat global perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan menggalakkan penglibatan
murid-murid. Menang atau kalah adalah perkara kedua. Perkara utamanya adalah
penglibatan murid-murid dengan program dan aktiviti di luar persekitaran sekolah akan
membolehkan murid-murid lebih bersedia dengan realiti kehidupan sebenar.

Oleh itu, melalui jalinan hubungan yang baik dengan ibu bapa, pelbagai agensi
kerajaan, swasta, dan NGO, SJK (T) Tun Sambanthan, mudah mendapatkan
kerjasama dan perkhidmatan secara sukarela untuk pelbagai aktiviti Kokurikulum
seperti bengkel, ceramah, kejurulatihan, khidmat nasihat dan peluang untuk
menonjolkan bakat murid-murid SJK (T) Tun Sambanthan. Kehadiran semua pihak
berkepentingan yang mampu menyokong kemenjadian murid dalam Kokurikulum
sentiasa dialu-alukan dan dihargai sekolah.

7.0 RUMUSAN

Penglibatan dan sokongan padu daripada semua pihak di pelbagai peringkat amat
penting untuk membolehkan diversiti proses berlaku dalam kemenjadian Kokurikulum.
Dengan melibatkan PIBG, komuniti, agensi kerajaan, agensi swasta, NGO, komuniti
setempat dan masyarakat global, pelbagai pengalaman dalam aktiviti Kokurikulum
dapat diwujudkan. Ini akan dapat meningkatkan kualiti modal insan yang dihasilkan dan
seterusnya.memperkasakan Kokurikulum sekolah. Penglibatan ibu bapa dan komuniti
dalam memperkasakan Kokurikulum sekolah merupakan satu skop yang sangat luas.
Ibu bapa pula bukan sahaja perlu menunjuk secara eksplisit kesediaan dalam
membantu aktiviti di sekolah, tetapi pengawasan dan bimbingan anak di luar waktu
sekolah juga sangat signifikan dalam meningkatkan kesediaan anak dalam aktiviti
kokurikulum di sekolah. Ekspektasi ibu bapa terhadap sekolah dan ekspektasi sekolah
pula terhadap peranan ibu bapa akan berubah selari dengan perubahan masa. Oleh itu,
situasi tersebut juga membuka ruang untuk kajian lanjutan.

8.0 BIBLIOGRAFI
Arnold, D. H., Zeljo, A., & Doctoroff, G. L. (2008). Parent involvement in preschool:
Predictors and the relation of involvement to pre-literacy development. School
Psychology Review, 37(1), 74–89.
Astro Awani. (2016, September 26). Tahap penglibatan ibu bapa di sekolah perlu
dipertingkat - Mahdzir Khalid. Astro Awani. Retrieved from
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tahap-penglibatan-ibu-bapa-di-
sekolah-perlu-dipertingkat-mahdzir-khalid-117649
Bakker, J., & Denessen, E. (2007). The concept of parent involvement. Some
theoretical and empirical considerations. International Journal about Parents in
Education, 1(0), 188–199.
Berthelsen, D., & Walker, S. (2008). Parents’ involvement in their children’s education.
Australian Institute of Family Studies, 79, 34–42.
Cooperrider, D. L., Whitney, D., & Stavros, J. M. (2008). Appreciative inquiry handbook:
For leaders of change (2nd edition). Brunswick, OH; San Francisco: Brown
Custom Publishing, Inc.; Berrett-Koehler Publishers, Inc.
Eow, Y. L., Chuah, B. E., & Halimah, B. A. M. (2013). What Does An Excellent School
Leader Do? In 3rd Regional Conference on Educational Leadership and
Management (RCELAM) 2013 (19-21 November 2013). Genting Highlands:
Institut Aminuddin Baki.
Eow, Y. L., Chuah, B. E., & Halimah, B. A. M. (2014). What does an excellent school
leader do? Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 27(1), 1–16.
Halimah, B. A. M., & Eow, Y. L. (2012). Program peningkatan pencapaian pelajar-
pelajar tingkatan tiga dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah di SMK
Putrajaya Presint 11 (1). Jurnal Pendidikan MPSM, 2012, 159–178.
Halimah, B. A. M., Eow, Y. L., & Chuah, B. E. (2011). SMK Putrajaya Presint 11(1)
towards an effective school. Paper presented at Asia Pacific Conference on
Educational Management and Leadership (APCEMaL): Educational Management
and Leadership – Fostering a Learning Culture for Success, November 29 –
December 1, 2011, The Legend Hotel, Kuala Lumpur.
Halimah, B. A. M., Eow, Y. L., & Chuah, B. E. (2013). Budaya Awal Pagi Membentuk
Kemenjadian Murid SMK Putrajaya Presint 11(1). In Seminar Nasional
Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Kali ke‐20 Tahun 2013. Genting
Highlands: Institut Aminuddin Baki.
Halimah, B. A. M., Eow, Y. L., & Chuah, B. E. (2014a). Model pendidikan berkualiti 6S.
Jurnal Pendidikan MPSM, 2014(1), 145–164.
Halimah, B. A. M., Eow, Y. L., & Chuah, B. E. (2014b). More time is needed. In Paper
presented at Asia Pacific Conference on Educational Management and
Leadership (APCEMaL) 2014: Shaping Global Educational Leaders and
Managers, 24 – 26 November, 2014, Thistle Hotel, Johor Bahru.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Laporan Awal Pelan Pendidikan Awal 2013-
2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Program pemantapan sarana ibu bapa dan
sarana sekolah di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.
Retrieved from
http://jpn.moe.gov.my/jpnmelaka/images/Bahan_Pemantapan_sarana_Ibu_bapa_
dan_Sekolah.pdf
Landon, K. (2014). Impact of parent involvement on child development. Retrieved
February 2, 2017, from https://hubbli.com/impact-of-parent-involvement/
M. Al Muz-Zammil, B. Y., & Moong, S. K. (2010). Peranan ibubapa dalam Persatuan
Ibubapa dan Guru-guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Kulai, Johor.
Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd. Sahid, M. F., & Mustaffa, M. S. (2008). Penglibatan ibu bapa dalam membantu
membuat kerja rumah (matematik) di kalangan pelajar tingkatan dua: Satu
tinjauan di sebuah sekolah menengah di daerah Muar. In Seminar Kebangsaan
Pendidikan Sains & Matematik 2008, 11 - 12 Oktober 2008, Universiti Teknologi
Malaysia. Johor Bahru.
Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan. (2015). Peluasan pelaksanaan pelibatan ibu
bapa & komuniti (PIBK): Kejayaan dan harapan. Buletin Anjakan: Buletin
Transformasi Pendidikan Malaysia.

You might also like