You are on page 1of 2

PRINSIP-PRINSIP PENTERJEMAHAN (BBM422)

PRAKTIS TERJEMAHAN IV DAN TUGASAN INDIVIDU II

ARAHAN:

1. Setiap pelajar dikehendaki mencari satu teks bahasa Melayu (laras


budaya, adat masyarakat)

2. Panjang teks tersebut lebih kurang 250 – 300 patah perkataan.

3. Seterusnya pelajar dikehendaki menterjemahkan teks tersebut ke bahasa


Inggeris .(akan diambil markah sebagai Praktis Terjemahan IV, 10%)

Garis Panduan Tugasan Individu II (15%)

Setiap pelajar perlu menganalisis teks yang telah dipilih dan hasil terjemahan
yang telah dilakukan untuk menghasilkan satu tugasan bertulis berdasarkan
perkara-perkara berikut:

a) PENDAHULUAN/PENGENALAN (masukkan maklumat tentang


terjemahan secara ringkas dan juga maklumat tentang teks yang
dipilih seperti tajuk teks, sumber teks dan sedikit sinopsis teks)

b) ANALISIS TEKS (teks perlu dianalisis berdasarkan perkara-


perkara berikut) :

i. Prosedur Terjemahan yang digunakan (berikan


contoh-contoh yang sesuai untuk mengukuhkan
huraian berdasarkan Prosedur Terjemahan yang telah
anda pelajari)
ii. Huraikan masalah-masalah yang dihadapi sepanjang
proses menterjemah teks yang dipilih (Huraian
masalah mestilah secara akademik dan berkait
dengan teori terjemahan yang telah anda pelajari)

3) KESIMPULAN (Rumusan analisis yang dibuat. Boleh


masukkan komen dan cadangan)
4. Cara penulisan:
a. Jenis Tulisan - Arial/Times New Roman sahaja
b. Saiz tulisan - 11@12 sahaja
c. Sebarang jenis tulisan boleh digunakan untuk muka hadapan
d. Panjang tugasan – 15 hingga 20 muka surat sahaja.

5. Rujukan/Bibliografi – Semua bahan rujukan yang digunakan dalam proses


penyediaan tugasan ini hendaklah dicatatkan di bahagian rujukan/bibliografi.

6. Tarikh Penyerahan Tugasan


Minggu ke dua belas (ke-12). Penyerahan perlu dibuat pada waktu kelas
masing-masing.

You might also like