You are on page 1of 8

FAKULTI PENDIDIKAN

AGIHAN MARKAH DAN RUBRIK PENTAKSIRAN

NAMA PENSYARAH : DR. KAMARULNIZAM SANI SEMESTER/SESI : 1/ 2 2022_2023


KOD SUBJEK : PDPI2073 KUMPULAN : ES53
NAMA SUBJEK : Kemahiran Jawi

Agihan markah adalah seperti berikut: Jumlah Tarikh Tarikh


Markah Mula Hantar

KERJA KURSUS 60%


Ujian Pertengahan Semester (CLO1) 20%

Kuiz (CLO1) 10%

Tugasan (CLO2) 20%


1. Penulisan kertas kerja analisis tulisan Jawi -
Individu

Pembentangan (CLO3) 10%


1. Perbandingan tulisan Jawi Klasik dan Jawi
terkini - berkumpulan

PEPERIKSAAN AKHIR 40%

JUMLAH KESELURUHAN 100%


HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

Di akhir kursus ini, pelajar dapat:


1. Menjelaskan konsep,peranan dan sejarah perkembangan jawi di Malaysia (C1,PLO1)
2. Menganalisis cara mengeja dan menulis tulisan jawi mengikut kaedah yang betul(C3B,PLO4)
3. Membandingkan tulisan jawi klasik dan jawi terkini dalam teks-teks jawi (C4A,PLO9)

Kertas kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 2-3

Objektif Kerja Kursus

Pelajar akan dapat:

1. Melalui penulisan kertas kerja analisis tulisan Jawi:

Menghasilkan penulisan kertas kerja dalam menganalisis tulisan Jawi daripada teks buku Jawi masakini.

2. Melalui perbandingan tulisan Jawi Klasik dan Jawi terkini:

Membentangkan hasil dapatan dalam membandingkan tulisan Jawi Klasik dan Jawi terkini.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugas berikut:

TUGASAN 1 (Individu) : Penulisan kertas kerja analisis tulisan Jawi (20%)

Sistem tulisan Jawi telah mengalami perubahan dan penambahbaikan sejajar dengan perkembangan tamadun Melayu. Pada
asalnya, tulisan Jawi merupakan tulisan dari tanah Arab yang telah dibawa masuk oleh pendakwah dan pedagang Islam.
Perkembangan ini tersebar luas apabila majoriti masyarakat Melayu telah menganuti agama Islam. Sehingga kini, sistem tulisan
Jawi telah diselaraskan menjadi ejaan Jawi Bahasa Melayu Dewan.
Anda dikehendaki satu tugasan dalam bentuk kertas kerja. Pilih salah satu buku bertulisan Jawi dan membuat analisis
berkenaan sistem ejaan Jawi.

TUGASAN 2 (kumpulan) : Perbandingan tulisan Jawi Klasik dan Jawi terkini (10%)

Sistem tulisan Jawi di Malaysia telah melalui pelbagai proses perubahan bermula zaman sebelum kemerdekaan.

Bentangkan hasil dapatan dalam membandingkan tulisan Jawi Klasik dan Jawi terkini.

Arahan Pelaksanaan Tugasan :

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

TUGASAN 1 (Individu) : Penulisan kertas kerja analisis tulisan Jawi (20%)

1. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:-


 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini
 Fon Jawi Melayu bersaiz 18.
 Saiz huruf 12
 Langkau baris 1.5 baris
 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
 Penulisan dalam tulisan Jawi dan berbahasa Melayu. Tulisan Rumi tidak dibenarkan.
 Panjang kertas ialah antara 10 hingga 15 muka surat.
2. Isi kandungan
 Mengandungi topik dan subtopik
- Setiap topik dan subtopik tersebut hendaklah diberikan nombor halamannya.
- Susunan topik dan subtopik adalah seperti berikut:

1.0 PENGENALAN
- Nyatakan teks buku bertulisan Jawi yang dipilih secara ringkas.
- Nyatakan aspek kajian, iaitu kaedah ejaan Jawi bagi Kata Melayu jati yang terbahagi kepada 3 jenis ejaan, iaitu Lazim,
mengikut hukum, dan tradisi. Manakala bagi kaedah ejaan kata serapan pula terbahagi kepada dua kategori utama, iaitu
kata serapan Arab dan kata serapan Inggeris. Hanya jenis ejaan mengikut hukum sahaja yang dibenarkan mempunyai
pecahan.

1.1 OBJEKTIF KAJIAN


- Mengkategorikan dan menjelaskan jenis ejaan kata Melayu jati dan kaedah ejaan kata serapan yang terdapat dalam
teks yang dikaji.
- Menganalisis peratusan penggunaan jenis dan kaedah ejaan tersebut.
- Menilai semula sistem ejaan yang terdapat dalam teks buku tulisan Jawi yang dikaji.

2.0 HASIL KAJIAN


- Mengandungi pemaparan dan analisis data berdasarkan objektif kajian, dan hasil analisis secara terperinci.
- Pembahagian subtopik hendaklah berdasarkan format berikut:

2.1 Ejaan Lazim -Jelaskan maksud ejaan Lazim dan kemukakan contoh berdasarkan buku tulisan Jawi yang dikaji.

2.2 Ejaan Mengikut Hukum – Jelaskan maksud ejaan Mengikut Hukum dan jenis-jenisnya.
2.2.1 Hukum Darlung – Jelaskan maksud hukum Darlung dan kemukakan contoh berdasarkan teks buku tulisan Jawi
yang dikaji.
2.2.2 Hukum Luar Darlung (dan lain-lain) – Jelaskan maksud hukum Luar Darlung dan kemukakan contoh
berdasarkan teks buku tulisan Jawi yang dikaji.

2.3 Ejaan Tradisi – Jelaskan maksud ejaan Tradisi dan kemukakan contoh berdasarkan teks yang dikaji.

2.4 Ejaan Kata Serapan Arab – Jelaskan maksud ejaan kata serapan Arab dan kemukakan contoh berdasarkan teks
yang dikaji.

2.5 Ejaan Kata Serapan Inggeris – Jelaskan maksud ejaan kata serapan Inggeris dan kemukakan contoh berdasarkan
teks yang dikaji.

2.6 Analisis Kekerapan Penggunaan Jenis dan Kaedah – Kemukakan statistik dan peratusan penggunaan dalam
bentuk jadual, graf dan huraian. Jadual yang dikemukakan hendaklah mengandungi bilangan, perkataan dan
kaedah/jenis ejaan yang disusun mengikut kronologi, bukannya disusun mengikut jenis.

Perhatian:
- Perkataan berulang diambil kira dalam pengiraan kekerapan. Misalnya perkataan ‘yang’ termasuk dalam ejaan Lazim.
Jika terdapat sepuluh perkataan ‘yang’ dalam teks yang dikaji, maka jumlah kekerapan dikira sepuluh, bukannya satu.
- Bagi perkataan berimbuhan dan kata ganda, jenisnya adalah mengikut kata dasarnya. Misalnya, perkataan ‘membaca’
dikira sebagai ‘baca’ termasuk dalam jenis ejaan Mengikut Hukum Luar Darlung, tetapi perkataan ‘bacaan’ tidak lagi
mengikut hukum Luar Darlung disebabkan terdapat penambahan alif selepas huruf ca yang bertepatan dengan jenis
ejaan Lazim.
- Bagi kata majmuk seperti ‘telefon mudah alih’ dikira tiga perkataan.
- Bagi kata nama khas seperti ‘Kuala Lumpur’ (ejaan tradisi) di kira satu perkataan, atau ‘Adi Yasran bin Abdul Aziz’ dikira
tiga perkataan iaitu ‘Adi Yasran’ (ejaan Lazim), ‘bin’ (ejaan Arab), dan ‘Abdul Aziz’ (ejaan Arab).
- Angka dan kata sendi nama tidak dikira. Akronim atau singkatan dikira satu perkataan.

2.7 Penilaian Sistem Ejaan Jawi


- Sila kemukakan komen anda sendiri berdasarkan sistem ejaan yang terdapat dalam teks yang dikaji.
- Komen anda boleh bersifat positif atau negatif atau kedua-duanya sekali.
Misalnya, ‘...Berdasarkan analisis teks buku tulisan Jawi yang dibuat didapati bahawa sistem ejaan Jawi yang digunakan
adalah menepati ejaan Jawi sekarang....mudah / susah difahami / dipelajari, tidak konsisten dll...’ Berikan hujah dan
contoh untuk menyokong penilaian anda.

3.0 KESIMPULAN
- Rumusan hasil kajian di atas. Misalnya, “...Berdasarkan analisis yang dilakukan didapati bahawa jenis ejaan Lazim
adalah jenis ejaan yang paling banyak digunakan, diikuti oleh... Oleh itu, pengguna yang tidak menguasai ejaan Lazim
akan menghadapi kesukaran membaca teks khutbah bertulisan jawi.

BIBILIOGRAFI
- Senarai rujukan sahih dan ditulis menggunakan format sistem APA dengan betul.
- Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan dan harus merangkumi buku rujukan, jurnal dan laman
web yang berkaitan.
- Rujukan buku dan jurnal haruslah yang terkini, iaitu sekurang-kurangnya 5 tahun ke belakang.

LAMPIRAN
- Halaman teks buku tulisan Jawi yang dikaji. Sila tandakan 100 perkataan yang dianalisis secara berurutan dengan
warna lut sinar dengan menggunakan pen penanda.

PANDUAN
- Tugasan hendaklah dicetak di atas kertas putih saiz A4, dan dijilid menggunakan stapler. Comb binding tidak
digalakkan.
- Tugasan ini hendaklah dihantarkan dalam bentuk bercetak selewat-lewatnya minggu ke-6.
- Pelajar dikehendaki menghantar tugasan yang asli. Hanya lampiran teks kajian sahaja yang dibenarkan fotostat.
- Pelajar dikehendaki menyimpan satu salinan tugasan sama ada dalam bentuk bercetak atau elektronik. Pelajar
dikehendaki menghantar segera salinan tugasan tersebut jika diminta berbuat demikian oleh pensyarah.
- Pensyarah tidak bertanggungjawab atas kehilangan tugasan jika pelajar tidak mempunyai bukti penghantaran.

TUGASAN 3 (kumpulan) : Perbandingan tulisan Jawi Klasik dan Jawi terkini (10%)

1. Pembentangan dilakukan secara berkumpulan.


2. Pelajar perlu memilih satu buku yang mempunyai tulisan jawi klasik dan membuat perbandingan dengan jawi terkini.
3. Pembentangan perlu ditunjukkan di hadapan pensyarah semasa kelas tutorial.
4. Tulisan yang digunakan ketika pembentangan mestilah menggunakan tulisan Jawi.
5. Pembentangan mestilah tidak kurang daripada 10 minit.
6. Pelajar mestilah menyediakan slaid pembentangan.
 Pembentangan yang terbaik adalah pembentangan yang kreatif dan kritis. Pembentangan sangat jelas dengan fakta dan
huraian serta meyakinkan bersesuaian dengan tahap pendengar.
RUBRIK PEMARKAHAN TUGASAN 1: PENULISAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN JAWI (20%) INDIVIDU

Sub Kriteria 1 2 3 4 5 Markah


Kandungan tidak Kandungan Kandungan Kandungan Kandungan tepat
tepat, tidak diragui, tepat; beberapa tepat; beberapa dan semua
disusun secara maklumat tidak maklumat tidak maklumat maklumat
KANDUNGAN logik hingga disusun secara dimasukkan penting tidak dibentangkan 10
sukar difahami logik hingga hingga dimasukkan dalam susunan
pembentangan pembentangan namun masih yang logik
sukar difahami sukar difahami boleh difahami
Penyampaian Penyampaian Penyampaian Penyampaian Idea disampaikan
PENYAMPAIAN idea gagal dan struktur ayat dan struktur ayat dan struktur ayat dengan baik,
DAN STRUKTUR secara kebanyakannya yang yang tepat berstruktur secara 5
AYAT keseluruhannya salah sebahagiannya secara amnya konsisten
betul
Tiada Kesimpulan tidak Kesimpulan Kesimpulan jelas Kesimpulan
kesimpulan jelas, tiada dinyatakan namun tidak sangat jelas dan
KESIMPULAN 3
penerangan namun kurang menyeluruh menyeluruh
jelas
Rujukan tidak Rujukan ada Rujukan tidak Rujukan Rujukan sesuai
sesuai, format tetapi tidak berautoriti. berautoriti dan dan berautoriti.
RUJUKAN DAN tidak dipatuhi relevant, format Format tidak berkaitan. Format dipenuhi
2
FORMAT tidak dipatuhi dipenuhi Format dipenuhi dan tersusun
sepenuhnya sepenuhnya namun kurang
tersusun
Ahli bekerja Segelintir ahli Beberapa ahli Semua ahli Kerjasama tinggi
KERJASAMA
sendiri bekerjasama bekerjasama bekerjasama di antara ahli T/B
KUMPULAN
kumpulan
Tiada Tanggungjawab Tanggungjawab Tanggungjawab Semua ahli
TANGGUNGJAWAB tanggungjawab tidak selalunya kadangkala tugasan dikongsi bertanggungjawab
MEMBUAT dalam kalangan dikongsi dikongsi oleh ahli oleh ahli membuat T/B
KEPUTUSAN ahli keputusan untuk
kumpulan
20
JUMLAH MARKAH
RUBRIK PEMARKAHAN TUGASAN 2: PERBANDINGAN TULISAN JAWI KLASIK DAN JAWI TERKINI (10%) KUMPULAN

Sub Kriteria (1-2) (3-4) (5-6) (7-8) (9-10) Markah


Membentang Membentang Membentang Membentang Membentang
dengan fakta dan dengan fakta dengan fakta dan dengan fakta dengan fakta serta
huraian yang tidak serta huraian huraian serta huraian huraian yang jelas
tepat yang kurang tepat dengan contoh dan terperinci
atau kabur Penyampaian agak yang sesuai dengan contoh
Penyampaian lancar, agak yang sesuai
tidak dan tidak Penyampaian tersusun dan Penyampaian
Kemahiran tersusun kurang lancar, berkeyakinan lancar, tersusun Penyampaian
berkomunikasi kurang tersusun dan sangat lancar,
Penyampaian dan kurang Penyampaian agak berkeyakinan tersusun dan amat
tidak sesuai berkeyakinan sesuai dengan tahap berkeyakinan
dengan tahap audiens Penyampaian
audiens Penyampaian sesuai dengan Penyampaian amat
kurang sesuai tahap audiens sesuai dengan
dengan tahap tahap audiens
audiens

JUMLAH MARKAH 10

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

(Dr. Kamarulnizam Sani)

You might also like