You are on page 1of 5

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI


JABATAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU

Subjek: BML3103 Nahu dan Stilistika Melayu Lama Sesi: 2020/2021 Sem: 2 (Dua)

PENERANGAN KERJA KURSUS

Kategori tugasan Jenis tugasan Markah Penghantaran/


(%) penilaian
(Minggu)
Tugasan Individu Portfolio mingguan 25 Pada tarikh yang
(CLO1) ditetapkan dalam
minggu
berkenaan
Tugasan Berkumpulan Esei berkumpulan dan 35 12
(CLO2) pembentangan dalam bentuk
video

JUMLAH 60

TUGASAN INDIVIDU:
CL01: Pelajar memperoleh dan memantapkan kefahaman tentang hakikat bahasa
Melayu dan hasil kreativiti yang diwariskan oleh para penuturnya (C5, PLO2)
Tugasan: Portfolio mingguan-(5 tugasan pendek berdasarkan kuliah mingguan yang perlu
dilakukan semasa kuliah tidak segerak dan SLT kendiri/penglibatan dalam
perbincangan/aktiviti).

Perincian tugasan:

1. Pelajar dikehendaki menjawab forum/melakukan aktiviti berdasarkan kuliah


mingguan semasa kuliah tidak segerak dan SLT kendiri/ penglibatan dalam
perbincangan.

2. Bilangan forum/aktiviti ialah lima (5).

1
3. Jawapan yang dihantar adalah hasil kerja sendiri dan bebas unsur plagiat.

4. Tarikh penghantaran forum/aktiviti adalah mengikut tarikh yang ditetapkan pada


minggu berkenaan.

5. Tugasan ini bernilai 25% (5 markah bagi setiap forum/aktiviti).

6. Tugasan perlu dihantar menerusi tapak MyGURU/medium lain mengikut tarikh


yang ditetapkan pada setiap minggu.

2
TUGASAN KUMPULAN
CLO2: Menjalankan pengkajian dan penyelidikan lanjut secara bersendirian atau
berpasukan sehingga dapat menghasilkan sesuatu yang dapat dimanfaatkan oleh
generasi akan datang (P4, PLO3)
Tugasan: menghasilkan esei secara berkumpulan dengan menganalisis teks dalam manuskrip
yang telah dipilih dan membuat pembentangan dalam bentuk rakaman video.

Perincian tugasan:

1. Para pelajar dikehendaki menyertai kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga empat
(3-4) orang ahli yang telah dibina oleh Pensyarah.

2. Setiap kumpulan perlu menghasilkan esei dengan cara menganalisis teks dalam
manuskrip yang telah dipilih menggunakan kaedah stilistik. Panjang esei tidak
kurang daripada 12 halaman (tidak termasuk halaman tajuk). Format di dalam
Lampiran 1.

3. Format penaipan: font Times New Roman, saiz 12, langkau 1.5, margin atas, bawah
dan kanan 2.5 cm, margin kiri 3.5 cm.

4. Esei yang dihasilkan adalah asli dan bebas unsur plagiat. Analisis perlu dilakukan
secara mendalam menggunakan kaedah stilistik terhadap cabang linguistik yang
menjadi fokus dalam analisis tersebut.

5. Hasil tugasan dibentangkan dalam bentuk video secara berkumpulan. Durasi


pembentangan minimum 1 minit untuk setiap ahli.

6. Tugasan ini bernilai 35% (Penulisan esei: 25% -Bahagian 1: 5%, Bahagian 2: 8 %,
Bahagian 3: 12% , video pembentangan: 5%, Penilaian rakan: 5%)

7. Tarikh penghantaran esei dan video pembentangan adalah bermula Isnin hingga
Ahad pada minggu kedua (ke-12) sesi pengajian A202.

8. Tugasan perlu dihantar menerusi tapak Assessment dalam MyGURU (atau lain-lain
medium bagi kes-kes tertentu) selewat-lewatnya pada pukul 11.00 pm

9. Senarai teks dalam manuskrip pilihan:

T1. Manuskrip Bustan al-Katibin: Bahagian pertama (Mukadimah-perihal ilmu,


kelebihan ilmu, adab menuntut ilmu dan yang berkenaan dengannya.
T2. Manuskrip Bustan al-Katibin: Bahagian kedua (Tatabahasa Melayu Fasal 1
hingga Fasal 5).
T3. Manuskrip Bustan al-Katibin: Bahagian kedua (Tatabahasa Melayu Fasal 6
hingga Fasal 10).

3
T4. Manuskrip Bustan al-Katibin: Bahagian kedua (Tatabahasa Melayu Fasal 11
hingga Fasal 15).
T5. Manuskrip Bustan al-Katibin: Bahagian kedua (Tatabahasa Melayu Fasal 16
hingga Fasal 20).
T6. Manuskrip Bustan al-Katibin: Bahagian kedua (Tatabahasa Melayu Fasal 21
hingga Fasal 25).
T7. Manuskrip Bustan al-Katibin: Bahagian kedua (Tatabahasa Melayu Fasal 26
hingga Fasal 31).
T8. Pelita Bahasa Melayu Penggal 1: Perbahasan tentang tulisan Jawi.
T9. Manuskrip Bustan al-Katibin: Bahagian ketiga (Katimah-penutup).
T10. Kitab Pelita Bahasa Melayu Penggal 1: Aspek fonologi dan morfologi.
T11. Kitab Pelita Bahasa Melayu Penggal 1: Aspek golongan kata, imbuhan dan asas
sintaksis bahasa Melayu.
T12. Kitab Pelita Bahasa Penggal 11: Asas karang-mengarang.
T13. Kitab Pelita Bahasa Penggal 111: Kesalahan dan kecacatan dalam karangan-
Analisis beberapa prosa klasik dan contoh karangan yang ditulis oleh murid.

Pensyarah: Dr. Sabariah Sulaiman


E-mel: sabariah.sulaiman@fbk.upsi.edu.my
No. Telefon: 019-260 6710

4
LAMPIRAN 1
BML3103 NAHU DAN STILISTIKA MELAYU LAMA
SEMESTER A202
TAMPLATE PENULISAN ESEI

BIL TAJUK/PERKARA

1.0 BAHAGIAN 1: PENDAHULUAN

1.1 Objektif penulisan:


i. Menghuraikan latar belakang teks (mengikut bahagian teks) dalam
manuskrip…..
ii. Meringkaskan….. menggunakan gaya bahasa Melayu moden.
iii. Menganalisis… (fokuslah cabang lingustik
(fonologi/morfologi/sintaksis/semantik/dll yang bersesuaian mengikut
isi kandungan teks anda itu).
#contoh bagi perkara ini telah diterangkan dalam kuliah minggu ke-2.

1.2 Latar belakang manuskrip kajian dan gambar kitab tersebut berserta kolofon jika
ada.
1.3 Kesimpulan untuk bahagian pendahuluan

2.0 BAHAGIAN 2: RINGKASAN TEKS …. MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU MODEN

2.1 Sub Topik 1___________________________________

2.2 Sub Topik 2___________________________________

2.3 Sub Topik 3____________________________________

2.4 Sub topik 4: Kesimpulan untuk bahagian 2.

#Bilangan sub topik mengikut bilangan perkara yang terkandung dalam teks yang
dikaji.

3.0 BAHAGIAN 3: ANALISIS (NYATAKAN CABANG LINGUSITIK YANG ANDA FOKUSKSN )


DALAM TEKS……

3.1 Analisis cabang luistik tersebut, hurai dan contoh.


3.2 Kesimpulan bahagian 3
3.3 Penutup bagi keseluruhan esei.

You might also like