You are on page 1of 30

PENGURUSAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

SEKOLAH RENDAH NEGERI PERAK 2017


UNIT PENGURUSAN PENDIDIKAN ISLAM
SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
Objektif
Pihak sekolah :
1. Mengurus Panitia Pendidikan Islam dengan baik;
2. memastikan GPI dan GBA melaksana tugas dengan baik;
3. merealisasikan kecemerlangan murid secara menyeluruh;
4. ke arah “Pendidikan Islam Excellent”.
Pihak sekolah …
1. Memastikan P&P Pendidikan Islam, Bahasa Arab,
Program j-QAF dilaksanakan mengikut panduan
yang ditetapkan oleh KPM.
• Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR), Pendidikan Islam - Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM.
• Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR), Bahasa Arab - Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM.
• Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF - Bahagian Pendidikan Islam KPM.
• Modul-Modul Pelaksanaan Program j-QAF - Bahagian Pendidikan Islam KPM.
• Panduan Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Sekolah
Menengah, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti KPM
Pihak sekolah …
2. Memastikan pelaksanaan P&P Guru
Pendidikan Islam (GPI) dan Guru Bahasa Arab
(GBA) mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2
Tahun 2015, meliputi agihan masa, kolaboratif
guru dan pelaksanaan Tasmik.
* Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2 Tahun 2015. Pelaksanaan Norma Baharu Guru
Pendidikan Islam Di Sekolah Rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia.
* Surat KPM. BPI. 600-1/4/15 Jld. 1 (23) Panduan Pelaksanaan Program j-QAF
Berdasarkan Norma Baharu Guru Pendidikan Islam Di Sekolah Rendah.
Surat KPM. BPI. 600-1/4/15 Jld. 1 (23) …
Panduan Pelaksanaan Program j-QAF Berdasarkan Norma Baharu
Guru Pendidikan Islam Di Sekolah Rendah
Ringkasan Perubahan Pelaksanaan Program j-QAF
BIL MODEL SEDIA ADA PERUBAHAN MULAI 2015
3. Tasmik • P&P dilaksanakan • P&P dilaksanakan secara kolaboratif
secara kolaboratif mengikut nisbah bilangan murid dan guru:
dengan 1 GPI dan a. 1-14 murid / 1 guru
bersama 1 atau b. 15-29 murid / 2 guru
lebih GJQ c. 30 ke atas / 3 guru
• 2 waktu seminggu dikira sebagai waktu
mengajar rasmi
Pihak sekolah …
3. Memastikan P&P Tasmik dilaksanakan kepada
semua murid Islam. Setiap kelas dikehendaki
melaksanakan P&P Tasmik satu jam (2 petak)
seminggu dan dikira sebagai waktu P&P rasmi
sekolah. Guru juga perlu menyediakan RPH
bagi setiap P&P Tasmik.
Pihak sekolah …
4. Memastikan semua murid Islam terlibat dengan
P&P Tasmik mengikut situasi berikut:
1. Sekolah semua murid Islam : kelas Tasmik boleh berada
di mana-mana dalam jadual waktu P&P sekolah.
2. Sekolah yang ada murid bukan Islam :
a) Murid Islam sedikit : P&P Tasmik di hujung waktu.
b) Murid bukan Islam sedikit : P&P Tasmik dilaksanakan dan
mengikut wajaran pengurusan jadual waktu sekolah.
Pihak sekolah …
5. Memastikan P&P al-Quran dan Tasmik secara
kolaboratif dijalankan seperti diarahkan dan
guru mematuhi arahan pelaksanaannya serta
pencapaian murid hendaklah sentiasa direkod
serta boleh dikemukakan apabila diperlukan.
• Tahap Satu (1) menggunakan buku rekod yang
dibekalkan oleh KPM.
Pihak sekolah …
6. Memastikan P&P Pendidikan Islam, Bahasa
Arab dan Program j-QAF mengikut surat
pekeliling ikhtisas semasa KPM berdasarkan
jumlah jam pembelajaran seperti berikut :
a) Pendidikan Islam minimum 96 jam bagi 32 minggu
pembelajaran dan agihan 6 (3-2-1) petak seminggu.*
b) Kelas Tasmik minimum 32 jam bagi 32 minggu
pembelajaran dan agihan 2 petak seminggu.*
c) Bahasa Arab minimum 48 jam bagi 32 minggu
pembelajaran.
* Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8 Tahun 2016 dibaca bersama Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2 Tahun 2015.
Pihak sekolah …
7. Memastikan Guru Pendidikan Islam dan Guru
Bahasa Arab melaksanakan P&P berpandukan
Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) yang
disesuaikan dengan tahap penguasaan
murid. Tarikh dan minggu mesti dinyatakan
dalam RPT mengikut Takwim Persekolahan.
* Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3 Tahun 1999.
Pihak sekolah …
8. Memastikan Guru Pendidikan Islam dan Guru
Bahasa Arab membina RPT sendiri
berdasarkan dokumen standard DSK / DSKP
dan Panduan Program j-QAF.
• RPT dibina sendiri oleh guru mengikut tahap
penguasaan murid.
• RPT hanya mengandungi maklumat berikut:
• Ruangan Minggu, Tajuk atau Bidang, Kandungan
dinyatakan secara ringkas dan Catatan.
‫)‪Contoh RPT Pendidikan Islam (Tahun 1‬‬
‫‪MINGGU‬‬ ‫‪Catatan‬‬ ‫كاندوغن‬ ‫بيدغ‬
‫‪٥‬‬ ‫ممباخ حروف (ب ت ث) برسامبوغ دان كلمة برباريس ساتو‬ ‫القرءان‬
‫‪23-27 Jan 2017‬‬ ‫اقراء ‪ ( : ١‬م س ‪) ٦ – ٥ :‬‬ ‫ختم القرءان‬
‫مثنارايكن روكون اميان‬ ‫عقيدة‬
‫منوليس حروف جاوي توغضل ( ب ت )‬ ‫جاوي‬
‫‪٦‬‬ ‫ممباخ حروف (ج ح خ) برسامبوغ دان كلمة برباريس ساتو‬ ‫القرءان‬
‫‪6-10 Feb 2017‬‬ ‫اقراء ‪ ( : ١‬م س ‪) ۸ – ٧ :‬‬ ‫ختم القرءان‬
‫مروموسكن كقنتيغن براميان كقد روكون اميان‬ ‫عقيدة‬
‫منوليس حروف جاوي توغضل ( ج خ )‬ ‫جاوي‬
‫‪٧‬‬ ‫مغحفظ سورة الفاحتة اية ‪ ۱‬دان ‪۲‬‬ ‫حفظن‬
‫‪13-17 Feb 2017‬‬ ‫اقراء ‪ ( : ١‬م س ‪) ۱۰ – ٩ :‬‬ ‫ختم القرءان‬
‫ميقيين روكون اميان‬ ‫عقيدة‬
‫منوليس حروف جاوي توغضل ( د ر )‬ ‫جاوي‬
‫)‪Contoh RPT Bahasa Arab (Tahun 1‬‬
‫‪MINGGU‬‬ ‫‪Catatan‬‬ ‫احملتوايت‬ ‫املوضوع‬
‫‪٣‬‬ ‫التحيات والرتحيبات‬ ‫اسبوع اإلنتقايل‬
‫‪٤‬‬ ‫حرف األل و التحيات والرتحيبات‬ ‫الوحدة ‪١‬‬
‫‪٥‬‬ ‫حرف الباء و التحيات والرتحيبات‬ ‫الوحدة ‪ ١‬و ‪٣‬‬
‫‪٦‬‬ ‫)‬ ‫حرف التاء و(‪ - ١‬واحد ‪-‬‬ ‫الوحدة ‪ ١‬و ‪٤‬‬
‫‪٧‬‬ ‫حرف الثاء و التحيات والرتحيبات‬ ‫الوحدة ‪ ١‬و ‪٣‬‬
‫‪۸‬‬ ‫)‬ ‫حروف ( ا ب ت ث ) و(‪ - ٢‬اثنان ‪-‬‬ ‫الوحدة ‪ ١‬و ‪٤‬‬
‫‪٩‬‬ ‫حرف اجليم و التحيات والرتحيبات‬ ‫الوحدة ‪ ١‬و ‪٣‬‬
‫‪۱۰‬‬ ‫)‬ ‫حرف احلاء و(‪ - ٣‬ثالثة ‪-‬‬ ‫الوحدة ‪ ١‬و ‪٤‬‬
‫‪۱۱‬‬ ‫)‬ ‫‪/‬‬ ‫‪/‬‬ ‫االرقام واالعداد (‪ - ٣/٢/۱‬واحد‪/‬اثنان‪/‬ثالثة ‪-‬‬ ‫الوحدة ‪٤‬‬
‫‪۱۲‬‬ ‫حرف اخلاء و التحيات والرتحيبات‬ ‫الوحدة ‪ ١‬و ‪٣‬‬
‫‪۱۳‬‬ ‫حروف ( ج ح خ ) و التحيات والرتحيبات‬ ‫الوحدة ‪ ١‬و ‪٣‬‬
‫‪۱٤‬‬ ‫حروف اهلجائية املركزة ( ميم )‬ ‫الوحدة ‪٢‬‬
Pihak sekolah …
9. Memastikan Rekod Pengajaran Harian (RPH)
guru untuk Pendidikan Islam mestilah ditulis
dalam Tulisan Jawi dan RPH Bahasa Arab
ditulis dalam Bahasa Arab.
* Surat Siaran JAPIM S206/4/4.1 Jilid 21 (4) bertarikh 3 Januari 2003.
* Panduan Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Sekolah Menengah, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti - 2015.
Pihak sekolah …
10. Memastikan Guru Pendidikan Islam dan Guru
Bahasa Arab menyediakan Headcount
pencapaian murid untuk mata pelajaran
Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Model
Program j-QAF (Jawi, Iqra’, Al-Quran dan
Solat) dengan memastikan sasaran
pencapaian dapat dipenuhi.
Pihak sekolah …
11. Dialog Prestasi perlu diadakan bagi
memastikan program peningkatan pencapaian
dilaksanakan oleh Guru Pendidikan Islam dan
Guru Bahasa Arab. Analisis penetapan
sasaran dan pencapaian mestilah dibincang
dalam Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam
dan dibentang dalam Mesyuarat Kurikulum
Sekolah.
Pihak sekolah …
12. Memastikan tarikh pelaksanaan Kem Bestari
Solat (KBS) dan Kem Cemerlang Jawi (KCJ)
dimasukkan dalam Takwim Aktiviti Sekolah.
Pihak sekolah …
13. Memastikan Kem Bestari Solat (KBS)
dilaksanakan untuk semua murid Islam, 2
kali setahun. Jumlah jam bagi setiap kem ialah
5 jam (10 jam setahun).
• Fasa pertama (5 jam) sebelum Jun
• Fasa kedua (5 jam) sebelum November.
* Rujuk Modul Kem Bestari Solat (Semakan 2017).
Pihak sekolah …
14. Memastikan Kem Cemerlang Jawi (KCJ)
dilaksanakan untuk murid yang gagal ujian
diagnostik, sebanyak 2 kali setahun. Jumlah
jam bagi setiap kem ialah 12 jam (24 jam
setahun).
• Fasa pertama (12 jam) sebelum Jun.
• Fasa kedua (12 jam) sebelum November.
* Rujuk Modul Kem Cemerlang Jawi (Semakan 2017).
Takwim KBS & KCJ Negeri Perak …
BIL PERKARA TARIKH CATATAN
Kem Cemerlang Jawi (KCJ)
KCJ &
3 & Kem Bestari Solat (KBS) 18 Februari - 6 Mei 2017
KBS
Siri Pertama ( 1 )
Kem Cemerlang Jawi (KCJ)
KCJ &
14 & Kem Bestari Solat (KBS) 8 Julai - 9 Sept 2017
KBS
Siri Kedua ( 2 )
Laporan pelaksanaan KCJ dan KBS siri pertama dan kedua mestilah dibuat setelah
selesai kem di laman sesawang http://spiperak.net/ dalam tempoh sebelum atau
pada 6 Mei 2017 untuk siri pertama dan 9 September 2017 untuk siri kedua.
Pihak sekolah …
15. Memastikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam
dan Bahasa Arab Tahun Satu (1) hingga Tahun
Enam (6) dilaksanakan oleh guru, direkod dan
dilaporkan.
• Tahun 1, 4, 5 dan 6 menggunakan borang rekod
pentaksiran yang disediakan oleh BPK KPM.
Pihak sekolah …
16. Memastikan penilaian Perkara Asas Fardu Ain
(PAFA) dilaksanakan bermula Tahun Satu (1)
hingga Tahun Enam (6) menggunakan modul
PAFA yang telah ditetapkan, direkod dan
dilaporkan.
• Tahap Satu (1) menggunakan buku rekod yang
dibekalkan oleh KPM.
Takwim Melapor Data PBS dan PAFA …
BIL PERKARA TARIKH CATATAN
Melapor Data PBS untuk Pendidikan Islam, PBS
9 Jun 2017
Bahasa Arab dan PAFA ( 1 ) Sekolah Sekolah
Melapor Data PBS untuk Pendidikan Islam, November PBS
24
Bahasa Arab dan PAFA ( 2 ) Sekolah 2017 Sekolah
• Laporan bagi Pendidikan Islam dan Bahasa Arab menggunakan format borang
yang disediakan oleh BPK manakala PAFA menggunakan format sedia ada di
sekolah dan dilapor kepada pentadbir sekolah serta dicetak atas keperluan
dokumentasi.
Memastikan data yang dihantar adalah tepat, telus, semasa dan sifar “salah tick”.
Takwim Ujian & Pentaksiran Program j-QAF ...
BIL PERKARA TARIKH CATATAN
Ujian Diagnostik Jawi selaras seluruh Malaysia
1 8 Februari 2017 KCJ
(Sila guna kertas ujian edisi tahun 2017)
Ujian
4 Ujian Kualiti Bacaan Al-Quran ( 1 ) 8 hingga 12 Mei 2017
j-QAF
Ujian
5 Pentaksiran Sumatif 1 Jawi dan Bahasa Arab ( 1 ) 18 Mei 2017
j-QAF
Ujian
19 Ujian Kualiti Bacaan Al-Quran ( 2 ) 11 Sept - 11 Okt 2017
j-QAF
Ujian
20 Pentaksiran Sumatif 2 Jawi dan Bahasa Arab ( 2 ) 12 Oktober 2017
j-QAF
* Takwim Ujian & Pentaksiran Program j-QAF BPI KPM selaras seluruh Malaysia
Takwim Melapor Data e-Pelaporan j-QAF …
BIL PERKARA TARIKH CATATAN
Data e-Pelaporan Program j-QAF ( 1 ) 22 hingga 26 Mei Data
6
Sekolah 2017 j-QAF
Data e-Pelaporan Program j-QAF ( 1 ) 13 hingga 20 Jun Data
10
Daerah 2017 j-QAF
Data e-Pelaporan Program j-QAF ( 2 ) Data
21 16 - 20 Okt 2017
Sekolah j-QAF
Data e-Pelaporan Program j-QAF ( 2 ) Data
22 23 - 31 Okt 2017
Daerah j-QAF
Memastikan data yang dihantar adalah tepat, telus, semasa dan sifar “salah tick”.
Pihak sekolah …
17. Memastikan P&P Al-Quran Program j-QAF
mengikut sukatan yang ditetapkan dan tiada
sindrom defisit terkumpul :
• Tahun 1 : Iqra 1 – Iqra 6
• Tahun 2 : Al-Quran : 120 M/S bermula Surah Al-Fatihah
• Tahun 3 : Al-Quran : 128 M/S bermula Surah Al-Maidah
• Tahun 4 : Al-Quran : 108 M/S bermula Surah Al-Raad
• Tahun 5 : Al-Quran : 126 M/S bermula Surah Al-Furqan
• Tahun 6 : Al-Quran : 122 M/S bermula Surah Al-Syura – Al-Nas
* Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF m/s 7 (Agihan Sukatan Model Khatam Al-Quran)
Pihak sekolah …
18. Memastikan aktiviti bacaan Surah Yasin
mingguan atau seumpamanya pada waktu
pagi TIDAK DIKIRA sebagai waktu P&P
Pendidikan Islam.
• Aktiviti tersebut hendaklah dirancang dan
disusun agar tidak menggangu perjalanan P&P
pertama hari tersebut.
Pihak sekolah …
19. Memastikan HAK setiap murid Islam yang
hadir ke sekolah mendapat Pendidikan Islam
yang terbaik :
I. P&P terancang sepanjang tahun;
II. Kaedah pembelajaran PA21;
III. Jumlah jam P&P yang cukup;
IV. Keseronokan belajar di sekolah;
V. Dapat mengamalkan ilmu dalam kehidupan seharian.
GLOSARI :
• Pihak sekolah : Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, Guru-guru Kanan, Guru Pendidikan Islam,
Guru Bahasa Arab dan guru-guru.
• Murid Islam sedikit : Jumlah murid Islam sangat sedikit berbanding murid bukan Islam
• Murid bukan Islam sedikit : Jumlah murid bukan Islam sangat sedikit berbanding murid Islam

RUJUKAN :
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2 Tahun 2015. Pelaksanaan Norma Baharu Guru Pendidikan Islam Di Sekolah
Rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia
• Surat KPM. BPI. 600-1/4/15 Jld. 1 (23). Panduan Pelaksanaan Program j-QAF Berdasarkan Norma
Baharu Guru Pendidikan Islam Di Sekolah Rendah
• Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF Bahagian Pendidikan Islam KPM - 2015
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8 Tahun 2016 (KP/KPPM/6 Jld.2(22) Pelaksanaan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (Semakan 2017) Secara Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun 2017
• Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3 Tahun 1999. Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran.
• Panduan Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Sekolah Menengah, Jemaah
Nazir dan Jaminan Kualiti - 2015
Sekian, terima kasih.
• Kerjasama anda terima kasih dari kami.

“Ilmu itu lebih baik dari harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta.
Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta itu terhukum. Harta itu kurang apabila
dibelanjakan tetapi ilmu itu bertambah apabila dibelanjakan.” Saidina Ali.

• Sebarang pertanyaan sila hubungi :


• En. Mohd Khairur Rosikhan B. M. Muridun (019-5668676)
• Penolong Pengarah j-QAF SPI JPN Perak

• En. Ahmad Shahir B. Mohd Adnan (019-5642383)


• Penolong Pengarah Pendidikan Islam Rendah SPI JPN Perak

You might also like