Professional Documents
Culture Documents
Modul 2 Rekod Tak Lengkap
Modul 2 Rekod Tak Lengkap
Modul 2 Rekod Tak Lengkap
Isu di sini, boleh atau tidak perniagaan mendapatkan untung atau rugi?
Disini terdapat dua kaedah yang boleh digunakan iaitu:
i. Kaedah Perbandingan
ii. Kaedah Analisis
Kaedah ini menggunakan perbandingan Modal Awal dengan Modal Akhir untuk
menentukan untung atau rugi perniagaan
Modal boleh ditentukan menggunakan persamaan
Untuk mengira modal awal, pelajar hanya perlu mengambil kira maklumat baki
awal, dengan mengenalpasti butiran aset dan liabiliti, biasa baki awal ditulis
1/bulan/tahun
Maklumat tambahan perlu diambil dikira jika ia berkaitan, biasa soalan menguji
jumlah susut nilai aset bukan semasa. Sekiranya ada, aset bukan semasa perlu
ditolak terlebih dahulu
Dalam kaedah perbandingan, terdapat format yang yang perlu dikuasai untuk
mendapatkan Untung atau Rugi bersih perniagaan. Format ini ialah Penyata
Mengira Untung Rugi
Jika anda perasan, penyata mengira modal ini sebenarnya maklumat daripada
bahagian Ekuiti Pemilik yang telah diubah. Ekuiti pemilik bermula dengan Modal
awal+Untung bersih+modal tambahan-ambilan = Modal akhir. Penyata ini
mengubah susunan Modal akhir dijadikan butiran pertama
Perlu diingatkan disini. Jika terdapat maklumat tambahan melibatkan Inventori,
Tunai atau Bank, contohnya kes pemilik mengambil inventori,wang tunai untuk
kegunaan peribadi, memasukkan modal tambahan ke dalam bank. Perkara
ini TIDAK memberi kesan walaupun terdapat ayat 'Belum direkod mana-mana
buku.
Pelajar boleh mendapatkan soalan percubaan di sini untuk melihat soalan yang
melibatkan kes di atas dengan lebih jelas.
Maksud
Kaedah ini melibatkan pelajar perlu menganalisis semua urus niaga yang berlaku
Ia bertujuan untuk memperolehi item jualan, belian, hasil dan belanja
Apa yang perlu dianalisis?
i. Buku Tunai
Biasanya soalan yang diuji, buku tunai telah disediakan tetapi belum lengkap
dengan baki h/b atau baki akhir. Ada juga soalan langsung tidak menyediakan
buku tunai tetapi hanya wujud maklumat penerimaan dan pembayaran. Jadi
pelajar perlu membuat buku tunai dengan menggunakan maklumat penerimaan
(rekod di bahagian debit) dan pembayaran (rekod di bahagian kredit)
Item ini perlu diselaraskan jika wujud baki belanja belum bayar dan prabayar,
hasil belum terima dan hasil belum terperoleh. Kaedah paling tepat ialah dengan
menyediakan akaun hasil atau belanja yang terlibat
Terdapat cara shot-cut jika pelajar tidak mahu mendapatkan jumlah hasil/belanja
sebenar dalam akaun seperti diatas.
Kita ambil satu contoh item Gaji;
Daripada soalan di atas, terdapat gaji, baki gaji belum bayar awal dan baki gaji
belum bayar akhir. Untuk mendapatkan jumlah yang betul tanpa penyediaan
akaun ialah. Gaji + Gaji Belum Bayar akhir - Gaji Belum Bayar awal (1100+650-
400). Jadi Gaji yang betul ialah 1350. Jumlah ini akan direkod di bahagian
Belanja Akaun Perdagangan dan Untung Rugi. Dibawah disediakan rumus untuk
mengingati pelarasan belanja dan hasil