You are on page 1of 15

PELAN REFORMASI PILIHAN RAYA

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

LATAR BELAKANG

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akur dengan kewujudan


kelemahan-kelemahan dalam sistem pilihan raya negara kita, baik
dari segi struktur mahupun operasi. Dalam hal ini, banyak kajian
dan laporan mengenai isu-isu tersebut telah dibuat, samada oleh
pihak awam ataupun pihak kerajaan.

Antaranya, kajian dan laporan oleh Badan-badan Bukan Kerajaan


seperti BERSIH 2.0 dan ENGAGE. Parlimen Malaysia Penggal ke-
5 juga telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung
Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya. Hasilnya, satu
laporan yang mengandungi cadangan-cadangan penambahbaikan
telah dibentang dan diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 1
Disember 2011.

Di samping itu, selepas pilihan raya umum ke-14 pula, kajian dan
cadangan-cadangan penambahbaikan telah dibuat oleh
Jawatankuasa Reformasi Institusi (Institutional Reform
Committee). Kerajaan juga telah menubuhkan Jawatankuasa Khas
Penambahbaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC)
yang dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Ab. Rashid Bin Ab.
Rahman. Jawatankuasa tersebut telah diberi mandat
mengkaji-semula keseluruhan sistem pilihan raya dan membuat
cadangan-cadangan penambahbaikan yang difikirkan perlu dan
sesuai.

KOMITMEN SPR

SPR ingin mengulangi komitmennya untuk mengkaji dan meneliti


proses penjalanan pilihan raya negara serta memberikan
cadangan-cadangan penambahbaikan yang difikirkan sesuai dan
perlu.

Dalam hal ini, perlu disedari bahawa sesetengah cadangan


penambahbaikan memerlukan pindaan kepada undang-undang

1
ataupun peraturan pilihan raya. Ada pula yang memerlukan
penggubalan undang-undang ataupun peraturan yang baharu.
Malah ada juga penambahbaikan yang memerlukan pindaan
kepada Perlembagaan Persekutuan. Penambahbaikan-
penambahbaikan di dalam kategori ini akan mengambil masa yang
agak panjang dan juga bergantung kepada sokongan Ahli-ahli
Parlimen.

Walau bagaimanapun, apa-apa penambahbaikan yang boleh


dilaksanakan di bawah kerangka perundangan dan peraturan yang
sedia-ada akan dilaksanakan oleh SPR seawal mungkin. Di dalam
kategori ini, penambahbaikan-penambahbaikan berikut telah pun
dilaksanakan di dalam beberapa pilihan raya kecil yang diadakan
selepas PRU 14: -

1. Memberi kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk


mengundi di Saluran 1
2. Menghadkan bilangan pengundi di saluran 1 & 2 kepada
350 orang sahaja
3. Mengurangkan bilangan pengundi di saluran–saluran lain
daripada 750 kepada 600 orang
4. Melantik Pertubuhan bukan Kerajaan/NGO sebagai Ketua
Tempat Mengundi (KTM)
5. Melantik Pertubuhan bukan Kerajaan/NGO sebagai
petugas-petugas
6. Memberi senarai daftar pemilih kepada semua Parti
Politik, Pertubuhan bukan Kerajaan/NGO dalam bentuk
PDF dan sekarang dalam bentuk MDB.
7. Membenarkan pemerhati dalam kalangan Pertubuhan
bukan Kerajaan/NGO masuk hingga ke saluran dan
melihat proses kiraan undi
8. Melantik Penolong Pendaftar Pemilih (PPP)daripada pihak
swasta
9. Melantik Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) daripada
parti-parti politik.
10. Memperkenal kad mengundi
11. Menambah saluran mengundi
12. Mengubah pusat mengundi ke tempat yang lebih sesuai
13. Mempercepat penghantaran kertas-kertas undi pos
14. Melibat urus dengan Percetakan Nasional Malaysia
Berhad untuk meminimakan kesilapan di atas kertas undi

2
15. Menukar dakwat pengundian ke dakwat berwarna biru
untuk membezakan warna dakwat mengundi daripada
dakwat hitam yang dikenakan ke jari pengundi untuk
mengurangkan kertas undi yang ditolak
16. Menyedia kemudahan-kemudahan untuk pengundi-
pengundi kurang upaya dan warga emas
17. Memanjangkan tempoh mengundi
18. Mengubah masa mengundi mengikut keadaan setempat
19. Menetapkan hari penamaan calon dan pengundian pada
hari cuti umum
20. Membuat siaran “live feed” proses penjalanan pilihan raya
dari penamaan calon sehinggalah pengisytiharan
keputusan
21. Membuat pengumuman keputusan dengan lebih cepat
22. Menyimpan kunci “lock-up” di mana undi awal disimpan di
dalam sampul yang lutsinar dan bermeterai
23. Memberi penekanan kepada pematuhan undang-undang
dan peraturan-peraturan pilihan raya, khususnya kepada
Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
24. Menyediakan akujanji pematuhan undang-undang dan
peraturan-peraturan pilihan raya yang ditandatangani oleh
calon-calon atau parti-parti politik yang terlibat
25. Membentuk kerjasama yang erat dengan pihak Polis
Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membenteras kesalahan-
kesalahan pilihan raya

Melangkah ke hadapan, SPR sedang membangunkan Pelan


Reformasi Pilihan Raya yang bermatlamat membawa perubahan
besar terhadap pentadbiran dan pelaksanaan proses pilihan raya
di negara kita. Teras utama Pelan Reformasi Pilihan Raya SPR ini
ialah menyediakan satu kerangka perundangan yang dapat
menjamin sistem persempadanan pilihan raya yang lebih adil
sesuai dengan prinsip “satu orang satu undi”; menyediakan daftar
pemilih yang lebih tepat dan berintegriti; menilai semula kelayakan
Pengundi Tidak Hadir atau Pengundi Pos serta sistem undian
mereka; menilai semula undang-undang serta penguatkuasan
kesalahan pilihan raya; menambah baik proses pilihan raya; dan
meningkatkan ketelusan serta urus tadbir SPR.

3
JAWATANKUASA DASAR REFORMASI PILIHAN RAYA

Bagi tujuan penyediaan Pelan Reformasi Pilihan Raya ini, SPR


telah menubuhkan enam Jawatankuasa Dasar yang diketuai oleh
Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli SPR (sila lihat Lampiran
A). Jawatankuasa-jawatankuasa ini ialah Jawatankuasa
Persempadanan Pilihan Raya, Jawatankuasa Pendaftaran
Pemilih, Jawatankuasa Pengundi Tidak Hadir, Jawatankuasa
Kesalahan Pilihan Raya, Jawatankuasa Proses Pilihan Raya dan
Jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya.

Senarai Jawatankuasa Dasar Reformasi Pilihan Raya

Bil. Jawatankuasa Pengerusi

1. Persempadanan Pilihan Raya Dr. Azmi Sharom


2. Pendaftaran Pemilih Tuan Azhar Azizan
Harun
3. Pengundi Tidak Hadir Dato’ Chin Phaik Yoong
4. Kesalahan Pilihan Raya Dato’ Seri Ramlan
Ibrahim
5. Proses Pilihan Raya Puan Zoe Randhawa
6. Suruhanjaya Pilihan Raya Dr. Faisal S. Hazis

Di dalam menyediakan Pelan Reformasi Pilihan Raya ini, SPR


akan bekerjasama dengan ERC yang turut sama memikul
tanggungjawab untuk membawa pembaharuan dalam sistem dan
undang-undang pilihan raya di negara kita. Kerjasama ini adalah
penting agar adanya kesinambungan antara apa yang diusahakan
oleh SPR dan ERC.

Selain ERC, SPR juga mengalu-alukan penyertaan masyarakat


umum dalam membangunkan Pelan Reformasi Pilihan Raya ini.
Untuk itu, pelbagai program urus libat dengan pihak
berkepentingan akan dilakukan di seluruh negara mulai Julai 2019.
SPR juga menjemput orang perseorangan, kumpulan masyarakat
dan organisasi untuk menghantar cadangan mereka ke alamat
berikut;

Sekretariat
Jawatankuasa Dasar Reformasi Pilihan Raya (JDRP)
Menara SPR

4
No. 2, Jalan P2T
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Malaysia

Sila emelkan juga satu salinan lembut ke (emel address


Sekretariat). Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila
berhubung dengan Puan Emillia Rosnizar Ahmad Hanipiah di 03-
88927244 atau emillia@spr.gov.my

5
LAMPIRAN A

Jawatankuasa Persempadanan Pilihan Raya

Bahagian pilihan raya adalah kawasan sempadan yang dibentuk


bagi tujuan memilih wakil rakyat untuk setiap kawasan tersebut. Ia
terdiri daripada sempadan fizikal seperti bukit dan sungai serta
sempadan lain seperti pihak berkuasa tempatan, mukim, daerah
dan negeri. Setiap lapan tahun sekali, Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) akan melakukan kajian semula persempadanan bahagian
pilihan raya seperti yang diperuntukkan dalam Jadual 13
Perlembagaan Persekutuan. Sejak 1955, sejumlah enam kajian
semula persempadanan bahagian pilihan raya telah dijalankan.
Dalam setiap kajian tersebut, pelbagai isu ditimbulkan berkaitan
dengan keadilan dan ketelusan proses kajian semula
persempadanan ini. Lantaran itu, SPR terpanggil untuk menilai
semula sistem dan proses kajian semula persempadanan
bahagian pilihan raya yang lepas bagi memastikan proses kajian
semula di masa hadapan dapat dijalankan dengan telus, adil dan
bersifat objektif.

Topik Utama

Skop Jawatankuasa ini merangkumi topik-topik berikut;

1. Purata jumlah pengundi untuk sesebuah bahagian pilihan


raya
2. Faktor-faktor yang menyebabkan proses kajian semula
persempadanan bahagian pilihan raya dilakukan
3. Tempoh masa kajian semula persempadanan bahagian
pilihan raya dijalankan
4. Prinsip-prinsip persempadanan bahagian pilihan raya
5. Tatacara persempadanan
6. Pengemaskinian daerah mengundi
7. Tempoh dan proses bantahan
8. Pembahagian bahagian pilihan raya untuk negeri-negeri di
Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

6
Ahli Jawatankuasa

Jawatankuasa ini diketuai oleh Timbalan Pengerusi SPR, Dr. Azmi


Sharom dan dibantu Ahli SPR, Dr. Faisal S. Hazis. Turut
membantu Jawatankuasa ini ialah pegawai-pegawai kanan SPR
daripada Bahagian Persempadanan, Electoral Geographical
Information System (EGIS) dan Pejabat Pilihan Raya Negeri.
Berikut adalah senarai penuh Ahli Jawatankuasa Persempadanan
Pilihan Raya;

Ahli Jawatankuasa Persempadanan Pilihan Raya


Dr. Azmi Sharom (Pengerusi) Timbalan Pengerusi SPR
Dr. Faisal S. Hazis Ahli SPR
Encik Mohd Shukur Khalid Setiausaha Bahagian
(Persempadanan)
Encik Zuhri Ismail Pengarah Pilihan Raya Negeri
Kedah
Encik Mohammad Hadil Ketua Penolong Setiausaha
Berahem (Electoral Geographical
Information System)
Puan Khadijah Mahayuddin Penolong Setiausaha 2
(Persempadanan)
Cik Nor Asidah Juri Penolong Setiausaha 1
(Electoral Geographical
Information System)

Jawatankuasa Pendaftaran Pemilih

Warganegara Malaysia yang berkelayakan perlu terlebih dahulu


mendaftar sebagai pemilih sebelum dapat melaksanakan hak
untuk memilih wakil mereka di peringkat parlimen mahupun negeri.
Salah satu fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah mentadbir
urusan pendaftaran pemilih ini. Sejak sekian lama, urusan ini
dapat dilaksanakan dengan baik bagi membolehkan rakyat
Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka dalam 14 pilihan
raya umum. Walau bagaimanapun, timbul beberapa isu serta
masalah berkaitan dengan pendaftaran pemilih dan juga daftar
pemilih itu sendiri. Isu serta masalah ini telah sedikit sebanyak
menghakis keyakinan umum terhadap proses pilihan raya di
negara kita.

7
Oleh itu, Jawatankuasa ini dipertanggungjawabkan untuk mengkaji
semula proses pendaftaran pemilih dan meneliti integriti daftar
pemilih agar keyakinan rakyat Malaysia dapat dikembalikan.

Topik Utama

Skop Jawatankuasa ini merangkumi perkara-perkara berikut: -

1. Penambahbaikan proses pendaftaran pemilih


2. Pembersihan daftar pemilih
3. Penurunan umur layak mengundi
4. Audit daftar pemilih
5. Integriti daftar pemilih
6. Penubuhan Jawatankuasa Audit Daftar Pemilih yang bebas
7. Pengkalan data alamat kediaman pemilih yang tepat
8. Penubuhan ombudsman untuk SPR

Ahli Jawatankuasa

Jawatankuasa ini diketuai oleh Pengerusi SPR, Tuan Azhar


Azizan Harun dan dibantu oleh Ahli SPR, Puan Zoe Randhawa
dan Setiausaha SPR, Dato’ Mohamad Elias Abu Bakar. Turut
membantu Jawatankuasa ini ialah pegawai-pegawai kanan SPR
daripada Bahagian Operasi, Strategik dan Undang-undang.
Berikut adalah senarai penuh Ahli Jawatankuasa Pendaftaran
Pemilih;

Ahli Jawatankuasa Pendaftaran Pemilih


Tuan Azhar Azizan Harun Pengerusi SPR
(Pengerusi)
Puan Zoe Randhawa Ahli SPR
Dato’ Mohamad Elias Abu Setiausaha SPR
Bakar
Encik Abang Irzaruddin Abang Timbalan Setiausaha
Alias (Operasi)
Puan Norzawatil Amali Alias Timbalan Setiausaha
(Strategik)
Tuan Azizan Md Arshad Penasihat Undang-undang
Puan Emillia Rosnizar Mohd Pegawai Tugas-tugas Khas
Hanipiah
Cik Yusniati Ishak Setiausaha Bahagian
(Pendaftaran Pemilih)

8
Cik Hasyimah Ismail Penolong Setiausaha 1
(Pendaftaran Pemilih)

Jawatankuasa Pengundi Tidak Hadir (PTH)

Berdasarkan Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya


(Pendaftaran Pemilih) 2002, warganegara Malaysia yang layak
boleh mendaftar sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH) jika mereka
tergolong dalam kategori berikut: anggota tentera; isteri atau
suami kepada anggota tentera; penjawat awam yang sedang
berkhidmat di luar negara; isteri atau suami kepada penjawat
awam yang sedang berkhidmat di luar negara; pelajar sepenuh
masa yang belajar di institusi pengajian tinggi di luar negara; dan
isteri atau suami kepada pelajar sepenuh masa yang belajar di
institut pengajian tinggi di luar negara. Sejak kebelakangan ini,
timbul desakan daripada beberapa pihak supaya pengundi dari
Sabah dan Sarawak yang menetap di Semenanjung Malaysia dan
pengundi Semenanjung Malaysia di Sabah dan Sarawak diberi
kelayakan sebagai PTH. Desakan ini dibuat agar pengundi Sabah
dan Sarawak boleh mengundi di Semenanjung Malaysia tanpa
perlu pulang ke negeri masing-masing dan pengundi
Semenanjung Malaysia di Sabah atau Sarawak pula boleh
mengundi di negeri-negeri Malaysia Timur ini. Selain itu, ada juga
pihak yang melontarkan kritikan terhadap sistem undi pos Luar
Negara yang dilihat lemah dan tidak efisien. Justeru,
Jawatankuasa ini dipertanggungjawabkan untuk mengkaji dan
melaksanakan pembaharuan bagi PTH agar hak setiap
warganegara yang layak mengundi tidak dinafikan.

Topik Utama

Skop Jawatankuasa ini merangkumi topik-topik berikut:

1. Penilaian semula kelayakan Pengundi Tidak Hadir


2. Penilaian semula sistem dan proses pengundian untuk
Pengundi Tidak Hadir
3. Penambahbaikan sistem pendaftaran Pengundi Tidak Hadir

9
Ahli Jawatankuasa

Jawatankuasa ini diketuai oleh Ahli SPR, Dato’ Chin Phaik Yoong
dan dibantu oleh Ahli SPR Dato’ Awang Sahari E.M. Nadzeer.
Turut membantu Jawatankuasa ini ialah pegawai-pegawai kanan
SPR daripada Bahagian Penjalanan Pilihan Raya, Akademi Pilihan
Raya dan Pejabat Pilihan Raya Negeri. Berikut adalah senarai
penuh Ahli Jawatankuasa Pengundi Tidak Hadir:

Ahli Jawatankuasa Pengundi Tidak Hadir


Dato’ Chin Phaik Yoong Ahli SPR
(Pengerusi)
Dato’ Awang Sahari E.M Ahli SPR
Nadzeer
Encik Zakuan Abdul Halim Setiausaha Bahagian
(Penjalanan Pilihan Raya)
Puan Norlinah Jamman Timbalan Pengarah
(Akademi Pilihan Raya)
Encik Mohamad Hirman Md. Ketua Penolong Setiausaha
Yusuf (Penjalanan Pilihan Raya)
Encik Wan Mohd Adilin Wan Penolong Setiausaha
Mohammad (Penjalanan Pilihan Raya)
Cik Mahfuzah Shaharudin Penolong Setiausaha
(Penjalanan Pilihan Raya)
Encik Shafie Taib Pengarah Pilihan Raya Negeri
Johor
Encik Mohd Fharid Saidu Penolong Pengarah Pilihan
Raya Negeri Pahang

Jawatankuasa Kesalahan Pilihan Raya

Untuk memastikan pilihan raya berjalan dengan bebas dan adil,


beberapa akta dan peraturan telah digubal bagi mencegah
perbuatan rasuah dan perbuatan-perbuatan lain yang menyalahi
prinsip-prinsip asas demokrasi ini. Walau bagaimanapun, timbul
pelbagai kritikan terhadap undang-undang kesalahan pilihan raya
yang dilihat sudah lapuk dan tidak jelas maksudnya. Selain itu,
ada juga yang mengkritik penguatkuasaan undang-undang
kesalahan pilihan raya yang dilihat agak lemah. Bagi menambah
baik undang-undang kesalahan pilihan raya dan
penguatkuasaannya, Jawatankuasa ini diberi tanggungjawab

10
untuk mengkaji semua undang-undang kesalahan pilihan raya dan
kuasa SPR dalam menguatkuasakan undang-undang ini. Selain
itu, Jawatankuasa ini juga menilai semula prosedur petisyen
pilihan raya dan peruntukan lain yang berkaitan dengan kesalahan
pilihan raya.

Matlamat Jawatankuasa ini ialah untuk memastikan pilihan raya


yang benar-benar bebas dan adil dapat direalisasikan melalui
penguatkuasaan undang-undang kesalahan pilihan raya yang
bersifat menyeluruh.

Topik Utama

Skop Jawatankuasa ini merangkumi topik-topik berikut

1. Perkara-perkara yang dikategori sebagai kesalahan pilihan


raya
2. Penambahbaikan penguatkuasaan undang-undang
kesalahan pilihan raya
3. Penilaian semula prosedur petisyen pilihan raya
4. Penilaian semula had perbelanjaan pilihan raya
5. Pembentukan kod etika kerajaan sementara

Ahli Jawatankuasa

Jawatankuasa ini diketuai Ahli SPR, Dato’ Seri Ramlan Ibrahim


dan dibantu oleh Pengerusi SPR, Tuan Azhar Azizan Harun dan
Timbalan Pengerusi SPR, Dr. Azmi Sharom. Turut membantu
Jawatankuasa ini ialah pegawai-pegawai kanan SPR daripada
Bahagian Undang-undang, Operasi dan Pemantauan serta
Pejabat Pilihan Raya Negeri. Berikut adalah senarai penuh Ahli
Jawatankuasa Kesalahan Pilihan Raya;

Ahli Jawatankuasa Kesalahan Pilihan Raya


Dato’ Seri Ramlan Ibrahim Ahli SPR
(Pengerusi)
Tuan Azhar Azizan Harun Pengerusi SPR
Dr. Azmi Sharom Timbalan Pengerusi SPR
Puan Nik Azrin Zairin Nik Timbalan Penasihat Undang-
Abdullah undang
Encik Ahmad Naji Mohd Nawi Setiausaha Bahagian
(Pembangunan Operasi dan
Pemantauan)

11
Encik Mohd Heikal Kamarudin Pengarah Pilihan Raya Negeri
Negeri Sembilan

Encik Nik Andy Suwardy Amry Pengarah Pilihan Raya Negeri


Terengganu
Puan Fatin Aqilah Borhanudin Penolong Setiausaha
(Pembangunan Operasi dan
Pemantauan)

Jawatankuasa Proses Pilihan Raya

Proses pilihan raya di Malaysia, pada asasnya, terbahagi kepada


tiga iaitu penamaan calon, kempen pilihan raya dan hari
mengundi. Sejak beberapa dekad yang lalu, proses pilihan raya ini
telah dapat dijalankan dengan baik tetapi ada beberapa
penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk menjadikan proses
ini lebih bersifat telus, adil, efisien dan aman. Justeru,
Jawatankuasa ini dipertanggungjawabkan untuk membuat
beberapa pembaharuan dan penambahbaikan terhadap proses
pilihan raya di negara kita. Antara perkara yang akan dikaji oleh
Jawatankuasa ini ialah menambah baik proses pemerhati pilihan
raya, memanjangkan tempoh berkempen, mengkaji semula proses
penamaan calon, menetapkan tarikh pilihan raya, mengkaji sistem
e-undi dan menambah baik latihan untuk petugas pilihan raya.
Matlamat utama Jawatankuasa ini ialah untuk menjadikan proses
pilihan raya di Malaysia lebih tertib, aman, telus, bebas dan adil.

Topik Utama

Skop Jawatankuasa ini merangkumi topik-topik berikut;

1. Penambahbaikan proses pemerhati pilihan raya


2. Memanjangkan tempoh penamaan calon
3. Memanjangkan tempoh kempen pilihan raya
4. Memperkenalkan tempoh bertenang
5. Penyediaan akses media yang seimbang kepada parti politik
6. Penambahbaikan penyertaan ejen pilihan raya
7. Penetapan tarikh pilihan raya
8. Mengkaji pengundian secara elektronik dan biometrik
9. Penambahbaikan tugas Pasukan Penguatkuasa Kempen
Pilihan Raya (PPKPR)

12
10. Penambahbaikan latihan yang diberikan kepada
petugas pilihan raya

Ahli Jawatankuasa

Jawatankuasa ini diketuai oleh Ahli SPR, Puan Zoe Randhawa


dan dibantu dua lagi Ahli SPR yang lain, iaitu Dr. Faisal S. Hazis
dan Dato’ Awang Sahari E.M. Nadzeer. Turut membantu
Jawatankuasa ini ialah pegawai-pegawai kanan SPR daripada
Bahagian Undang-Undang, Strategik, Operasi dan Akademi
Pilihan Raya. Berikut adalah senarai penuh Ahli Jawatankuasa
Proses Pilihan Raya;

Ahli Jawatankuasa Proses Pilihan Raya


Puan Zoe Randhawa Ahli SPR
(Pengerusi)
Dr. Faisal S. Hazis Ahli SPR
Dato’ Awang Sahari E.M. Ahli SPR
Nadzeer
Tuan Azizan Md Arshad Penasihat Undang-undang
Puan Norzawatil Amali Alias Timbalan Setiausaha
(Strategik)
Encik Abang Irzarruddin Abang Timbalan Setiausaha
Alias (Operasi)
Encik Hasanul Isyraf Naim Pengarah Akademi Pilihan
Raya
Cik Roziyanti Ramly Ketua Penolong Setiausaha
(Dasar dan Antarabangsa) 2

Jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) adalah institusi


demokrasi yang penting di negara kita. Ia mempunyai
tanggungjawab besar untuk menjalankan pilihan raya di peringkat
parlimen dan negeri bagi mendukung sistem demokrasi
berparlimen di Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa
kelompongan yang telah mengganggu gugat kebebasan dan
integriti SPR dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.
Justeru, kelompongan ini perlu ditangani bagi memulihkan imej

13
SPR sebagai institusi demokrasi yang disegani dan pada masa
yang sama memacu Malaysia ke arah pilihan raya yang bersih,
bebas dan adil. Jawatankuasa ini dipertanggungjawabkan untuk
membuat beberapa pembaharuan dan penambahbaikan yang
dapat membantu meningkatkan tahap ketelusan, kebebasan dan
integriti SPR. Antara perkara yang akan dikaji oleh Jawatankuasa
ini ialah penyediaan akses kepada data pilihan raya, tadbir urus
dalaman SPR, pelantikan Ahli SPR dan kebebasan SPR.
Matlamat utama Jawatankuasa ini ialah untuk mengembalikan
keyakinan orang ramai dan pihak berkepentingan terhadap SPR
sebagai badan pelaksana pilihan raya dan juga institusi yang
mendukung sistem demokrasi pelbagai parti di negara kita.

Topik Utama

Skop Jawatankuasa ini merangkumi topik-topik berikut;

1. Peningkatan akses data pilihan raya kepada pihak


berkepentingan
2. Penambahbaikan tadbir urus dalaman SPR
3. Menilai semula kaedah pelantikan Ahli SPR
4. Membentuk kod etika untuk Ahli SPR
5. Memperkenal Jawatankuasa Parlimen berkenaan Pilihan
Raya
6. Memperkenal ombudsman berkenaan pilihan raya

Ahli Jawatankuasa

Jawatankuasa ini diketuai oleh Ahli SPR, Dr. Faisal S. Hazis dan
dibantu Timbalan Pengerusi SPR Dr. Azmi Sharom dan Ahli-ahli
SPR iaitu Dato’ Seri Ramlan Ibrahim dan Puan Zoe Randhawa.
Turut membantu Jawatankuasa ini ialah pegawai-pegawai kanan
SPR daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Dasar dan
Antarabangsa, dan Penyelidikan dan Analisis Data. Berikut adalah
senarai penuh Ahli Jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya;

14
Ahli Jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya
Dr. Faisal S. Hazis (Pengerusi) Ahli SPR
Dr. Azmi Sharom Timbalan Pengerusi SPR
Dato’ Seri Ramlan Ibrahim Ahli SPR
Puan Zoe Randhawa Ahli SPR
Encik Suhaimi Hamid Timbalan Setiausaha
(Pengurusan)
Encik Mohamad Ghani Setiausaha Bahagian
(Dasar & Antarabangsa
Encik Rizuan Md Drus Setiausaha Bahagian
(Pengurusan Sumber Manusia)
Puan Malisa Lambo Penolong Setiausaha
(Pengurusan Sumber Manusia)
Encik Firdaus Hayot Penolong Setiausaha
(Penyelidikan dan Analisis
Data)

15

You might also like