You are on page 1of 1

berdasarkan kepada Perintah-perintah Am yang berkaita, jawab soalan-soalan berikut:

a. Puan Amilia yang tinggal di Johor telah berjaya dilantiik sebagai Penolong Pegawai Tadbir
Gred N27 dan diarahkan melaporkan diri di Kementerian Kewangan di Putrajaya. Sebagai
seorang pegawai yang baharu pertama kali dilantik dalam Perkhidmatan Awam, apakah
kemudahan yang layak dituntut semasa beliau melaporkan diri ke Putrajaya?
- tuntutan perjalanan dari rumah (kenderaan, penginapan)
b. selepas enam (6) bulan berkhidmat, beliau telah diarahkan oleh Ketua Jabatannya untuk
menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya.
i. apakah tempoh bertugas yang boleh melayakkan beliau menuntut Elaun Makan?
ii. Nyatakan keadaan-keadaan yang tidak melayakkan beliau menuntut Elain Makan
walaupun beliau menjalankan tugas di luar Ibu Pejabatnya

Cuti Sakit bagi maksud menggantikan tempoh cuti bersalin tidak boleh digunakan dalam tempoh 60
hari dari tarikh bersalin kecuali cuti tibi, kusta, barah atau tempoh guru dimasukkan ke wad hospital
kerana sakit bukan atas sebab bersalin.

Cuti Bergaji Penuh boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh cuti bersalin jika tempoh
tersebut jatuh dalam cuti penggal sekolah.

Cuti Separuh Gaji bagi tempoh sehingga 14 hari boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh
cuti bersalin jika tempoh tersebut jatuh dalam penggal sekolah.

Cuti Tanpa Gaji hanya boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh cuti bersalin setelah
guru mengambil cuti bergaji penuh dan/cuti separuh gaji mengikut kelayakan.

Jumlah cuti bagi maksud menggantikan tempoh cuti bersalin, seperti di (b), (c) dan (d) di atas, yang
digunakan hendaklah tidak melebihi 60 hari dari tarikh guru bersalin.

Bagi guru berada di bawah Sistem Saraan Baru dan tidak menggunakan kemudahan Cuti Bergaji
Penuh, Cuti Separuh Gaji yang diberi di perenggan (b), (c) dan (d) di atas, boleh menggunakan Cuti
Tanpa Gaji yang diberi di perenggan

You might also like