You are on page 1of 8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran Sains


Tarikh/ Hari 22 Julai 2019/ Isnin
Kelas 3 Kargo
Masa 4.20-5.20 petang
Bilangan Murid 42 orang
Tema Sains Hayat
Tajuk 6.0 Pengukuran
Standard Kandungan 6.1 Pengukuran luas dan isipadu

Standard Pembelajaran 6.1.1 Menyatakan unit yang digunakan untuk mengukur


luas dan isipadu
6.1.4 Mengukur isipadu kotak lohong dengan
menggunakan kubus yang berukuran 1cm x 1cm x
1cm
Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1. Menyenaraikan 4 unit yang digunakan untuk
mengukur isipadu beserta simbol dengan betul.
2. Mengukur isipadu kotak lohong menggunakan
kubus yang berukuran 1 cm x 1 cm x 1 cm melalui
aktiviti berkumpulan.
Pengetahuan sedia ada Murid telah belajar/ tahu:
1. Menggunakan pembaris untuk mengukur panjang.
2. Mengukur luas sesuatu permukaan
Kemahiran Proses Sains
(KPS) 1. Meramal
Murid meramalkan isipadu kotak.

2. Memerhati
Memerhatikan ruang yang dipenuhi oleh kubus.

3. Berkomunikasi
Berkomunikasi semasa perbincangan bersama ahli
kumpulan

1
Kemahiran Berfikir (KB) 1. Menilai pengetahuan yang telah dipelajari
mengenai unit isipadu dan objek yang sesuai
dengannya.

2. Menghubungkait antara pengetahuan baru


dengan pengetahuan lepas atau pengalaman
sendiri.

3. Membandingbezakan antara kotak kecik dan


besar yang mempunyai isipadu yang berbeza.
Kemahiran Manipulatif (KM) -
i-think Peta buih
Tabiat Berfikir (HOM) 1. Berfikir dan berkomunikasi dengan jelas dan tepat
2. Menggunakan pengetahuan lepas ke situasi baru
3. Ketakbergantungan berfikir
Sikap Saintifik dan Nilai Minat dan sifat ingin tahu, sistematik, bekerjasama,
Murni berfikiran kritikal dan analitis, berani mencuba
EMK Bahasa dan Nilai murni
Pentaksiran TP 1: Menyatakan unit yang digunakan untuk mengukur
isipadu
TP 2: Memerihalkan kaedah mengukur isipadu
TP 3: Mengukur isipadu
Bahan Bantu Mengajar Buku Teks Sains Tahun 3, , lirik lagu “Unit ispadu”, kubus,
kubus 1 cm x 1 cm x 1cm, belon, botol mineral. Bekas
gula-gula

2
FASA ISI KANDUNGAN AKTIVITI PDP CATATAN

Orientasi Unit yang digunakan untuk ukur Aktiviti 1: Nyanyian lagu unit isipadu BBM: Lirik lagu “Unit
(5 𝑚𝑖𝑛𝑖𝑡) Isipadu : 1. Guru menampalkan kertas mah-jong mengandungi isipadu”, botol air 500 ml,
 mililiter (m) lirik lagu “Unit isipadu”. botol air 1 liter, kubus,
 liter () 2. Guru meminta murid menyanyikan lagu tersebut gambar kolam

 sentimeter padu (cm3) bersama-sama.

 meter padu (m3) 3. Sambil menyanyi, guru akan menunjukkan isipadu 6C: Creativity, Collaboration,
objek dengan unit yang sesuai. Communication, Character
4. Murid perlu menyanyi dengan bersungguh-sungguh EMK:
beserta gaya.  Bahasa
5. Murid diminta mengenalpasti unit isipadu yang  Kreativiti dan Inovasi
terdapat dalam lirik dan melengkapkan peta buih di Nilai:
papan putih.  Berfikiran kritikal dan
analisis
 Berani mencuba
KPS:
 Membuat inferens.
Kaedah:
Belajar sambil bermain
I-Think : Peta buih

3
Pencetusan Semakin banyak ruang yang boleh Aktiviti 2: KPS:
idea (10 minit) diisi, semakin tinggi nilai isipadu Membandingbeza isipadu pepejal, gas dan air  Memerhati
bagi objek  Meramalkan
1. Guru menunjukkan 2 buah bekas yang berisi gula-  Berkomunikasi
gula.
2. Guru menyoal murid: KB:
 Menjana idea
G: “Bekas manakah yang mempunyai bilangan gula  Membandingbeza
yang banyak?”
M: “Bekas B” Bahan Bantu Mengajar:
G: “Sebab apa awak pilih bekas B?” Bekas gula-gula
M: “Sebab bekas B lagi besar” Botol
G “Macam mana nak tahu bekas B mempunyai Belon
ruang yang banyak?”
M: Ukur isipadu bekas.

3. Kemudian, guru menunjukkan 2 buah belon.


4. Guru menyoal murid:

G: Manakah belon yang mempunyai isipadu gas


yang tinggi?
M: Belon A
G:Sebab apa?

4
M: Belon A lebih besar/ mempunyai ruang yang
banyak.

5. Guru menunjukkan pula dua botol air yang berbeza


saiz.
6. Guru menyoal murid:

G: Botol manakah yang mempunyai isipadu air


yang banyak?
M: Botol B
G: Sebab apa?
M: Botol B lebih besar/ mempunyai ruang yang
banyak.

7. Guru membimbing murid membuat perkaitan antara


ruang dan isipadu.

G: Semakin banyak ruang dalam sesuatu objek,


semakin tinggi isipadu objek tersebut/ isipadu
merupakan ruang yang dipenuhi oleh pepejal,
gas dan cecair.

5
Penstrukturan Mengukur isipadu kotak lohong Aktiviti : Mengira isipadu kubus BBM:
idea menggunakan kubus yang  Lembaran kerja
(25 minit) berukuran 1 cm x 1cm x 1cm 1. Guru menunjukkan sebuah kubus.  Kubus
2. Guru membangkitkan persoalan bagaimana ingin  Kubus berukuran
Rumus isipadu : mengira isipadu sesebuah bentuk kubus. 1 cm x 1cm x 1cm.
Panjang x lebar x tinggi 3. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap
kumpulan. KPS:
4. Guru meminta murid:  Berkomunikasi
a. Meminta murid menandakan kedudukan  Meramal
tinggi panjang, lebar dan tinggi untuk kubus.
b. Mengira nilai panjang, lebar dan tinggi Kemahiran Berfikir
kubus menggunakan pembaris.  Menghubungkaitkan
lebar
panjang  Membandingbeza
5. Guru membimbing murid melalui penerangan Nilai murni:
Kubus mengenai pengiraan menggunakan rumus isipadu.  Jujur
6. Guru membuat membuktikan nilai isipadu kubus
menggunakan rumus sama dengan nilai isipadu kubus Tabiat berfikir:
menggunakan kubus yang berukuran 1 cm x 1cm x Mengaitkan pengetahuan
1cm. lepas ke situasi baru
7. Guru memberi penerangan berkenaan aktiviti yang
dijalankan. EMK: Bahasa, Nilai murni

Pentaksiran:

6
TP 2: Memerihalkan kaedah
mengukur isipadu
TP 3: Mengukur isipadu
Aplikasi idea Mengukur isipadu kotak lohong Aktiviti 3 : Latihan pengukuhan KB:
(15 minit) menggunakan kubus yang 1. Guru meminta murid melengkapkan buku aktiviti Menghubungkait
berukuran 1 cm x 1cm x 1cm muka surat
2. Guru bertindak sebagai fasilitator untuk
membimbing murid yang melakukan tugasan
tersebut.
3. Guru membincangkan jawapan bersama murid.

Penutup Unit yang digunakan untuk ukur 1. Setiap kumpulan menjadi wakil untuk membuat Kemahiran Berfikir:
(5 minit) Isipadu : rumusan tentang aktiviti yang telah dijalankan dan Membuat kesimpulan
 mililiter (m) apa yang dipelajari. mengenai cara mengukur
 liter () 2. Guru meminta murid menyatakan apa yang telah isipadu dengan

 sentimeter padu (cm3) dipelajari dan apa yang murid hendak tahu lagi menggunakan unit yang

 meter padu (m3) pada buku nota melalui aktiviti “2 Star 1 Wish” betul.

Semakin banyak ruang yang boleh Soalan guru :

diisi, semakin tinggi nilai isipadu I. Apakah pengetahuan baharu yang kamu

bagi objek perolehi pada hari ini?


II. Apakah ingin kamu ketahui lagi mengenai tajuk
ini?

7
Tarikh : 10 Julai 2019
Kelas : 3 Kargo
Subjek : Sains

Refleksi selepas pengajaran

Pada akhir pengajaran, didapati objektif pembelajaran dapat dicapai oleh murid dengan baik. Sesi
PdP hanya dapat dilaksanakan sehingga langkah 2 kerana kekangan masa dan masa yang digunakan pada
aktiviti nyanyian melebihi masa yang diperuntukkan untuk fasa tersebut.

Bagi fasa orientasi, saya berjaya mencetuskan rasa ingin tahu mereka berkenaan tajuk pembelajaran
dengan membangkitkan situasi yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Hal ini mendorong murid
untuk bersedia dan mengetahui sendiri mengenai topik pembelajaran pada hari ini.

Seterusnya, saya telah menggunakan kaedah nyanyian untuk mengajar murid mengenai unit luas.
Murid kelihatan teruja dan bersemangat semasa menyanyikan lagu tersebut. Saya berjaya melibatkan
semua murid dalam aktiviti ini. Namun begitu, masa yang digunakan dalam fasa ini adalah melebihi masa
yang diperuntukkan. Oleh itu, sesi PdP tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Kemudian, saya telah membimbing murid untuk mengukur keluasan permukaan sekata dengan
menggunakan kad segi empat sama. Saya telah bertanya soalan yang mendorong mereka untuk
meramalkan keluasan permukaan televisyen tersebut. Secara keseluruhannya, murid terlibat secara aktif
dalam memberikan pendapat masing-masing. Namun begitu, ada juga murid yang melakukan kerja sendiri
dan tidak menumpukan perhatian terhadap soalan yang saya ajukan. Keadaan kelas juga agak bising kerana
murid menjerit-jerit untuk memberikan jawapan masing-masing. Kelas telah dilaksanakan hingga ke fasa ini.
Aktiviti pada langkah 3 dan penutup tidak berjaya dilaksanakan atas sebab kekangan masa. Namun begitu,
objektif pembelajaran masih dapat dicapai oleh murid.

Langkah Penambahbaikan :

1. Menguruskan masa dengan lebih sistematik


2. Tegas dan berdisiplin
3. Menyebut nama-nama murid yang bising untuk menjawab soalan.
4. Mengaplikasikan kaedah PdP yang mengalakkan penglibatan semua murid
5. Menjadikan angkat tangan dan senyap sebagai rutin.

Disemak Oleh Guru Pembimbing Disemak Oleh Pensyarah Pembimbing


Tandantangan : ……………….. Tandantangan : ………………..
Nama : ……………..... Nama : …………….....
Tarikh : ……………….. Tarikh : ………………..

You might also like