Professional Documents
Culture Documents
Copyright@2010
oleh Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia,
Wakaf Tapai, Marang, Terengganu.
Hak milik terpelihara.
1. Pengenalan
Proses pernafasan adalah amat penting untuk manusia hidup. Jika sistem pernafasan terhenti sama ada
susah bernafas dan kekurangan oksigen di dalam udara boleh menyebabkan seseorang itu mati. Jika
berlaku begini, satu alat pernafasan adalah perlu untuk memulihkannya bernafas seperti biasa.
Oksigen merupakan unsur terpenting di dalam sistem pernafasan dan penghadaman makanan untuk
menghasilkan tenaga.
a. Pernafasan Luaran
Ini merupakan tindak balas badan dalam pernafasan di mana oksigen disedut dari atmosfera dan
karbon dioksida dihembus keluar ke atmosfera.
b. Pernafasan Dalaman
Ini merujuk kepada pertukaran oksigen dan karbon dioksida di antara sel badan (organ badan).
Oksigen dibekalkan terus melalui sistem pernafasan ke sistem peredaran dan dihantar ke sel-sel,
sambil karbon dioksida dihantar balik ke paru-paru untuk dikeluarkan ke atmosfera.
2. Komposisi Udara
a. Penyedutan
Dalam keadaan normal udara yang disedut ke dalam paru-paru mengandungi tiga jenis gas yang
utama iaitu :-
Nitrogen - 79%
Oksigen - 21%
Karbon Dioksida - 0.03%
Dalam keadaan normal, nitrogen tidak memberi kesan terhadap pernafasan, oksigen hendaklah
dalam kandungan lebih kurang seperti di atas untuk pernafasan yang selesa.
b. Penghembusan
Semasa proses pernafasan, komposisi udara yang bertukar semasa penghembusan ialah :-
Nitrogen - 79%
Oksigen - 17%
Karbon Dioksida - 4%
· Oksigen telah digunakan sebanyak 4% dan karbon dioksida telah bertambah sebanyak 4%
semasa udara dihembus keluar.
Bila rehat, keperluan oksigen pada tubuh badan manusia adalah rendah. Udara yang disedut dan dikeluarkan
dari paru-paru adalah 15-18 kali per minit. Bila menggunakan tenaga yang banyak atau berperasaan cemas,
tarikan nafas akan bertambah sebanyak 30 kali seminit atau lebih dari itu.
a. Tidal Volume
Masa rehat, udara yang keluar masuk paru-paru sebanyak lebih kurang 0.5 liter.
d. Vital Capacity
Jumlah keseluruhan udara yang disedut dan dikeluarkan adalah lebih kurang 4.5 liter.
VC = TV + IRV + ERV
Vital capacity adalah berbeza mengikut muatan paru-paru seseorang dan mungkin ada yang lebih
besar lagi dan mencapai 5 – 5.5 liter udara.
4. Sistem Pernafasan
Bernafas adalah tindakan secara semulajadi kecuali sebab-sebab fizikal. Tindakan ini adalah disebabkan
badan memerlukan oksigen yang terdapat di atmosfera. Oleh itu oksigen hendaklah disedut ke dalam paru-
paru dan ia akan meresap ke dalam darah. Semasa penghembusan, bahan buangan dikeluarkan seperti
karbon dioksida. Proses ini dinamakan sistem pernafasan yang mana mengandungi dua tindakan fizikal
iaitu menarik dan menghembus nafas.
Menarik nafas mengakibatkan rongga dada bertambah besar di mana udara masuk ke dalam paru-paru.
Otot diaphragm pula akan menurun.
Menghembus nafas pula akan menguncupkan rongga dada di mana udara dihasilkan keluar dari paru-paru.
Ruang dada menjadi lebih kecil kerana otot diaphragm naik ke atas dan tulang rusuk ditarik ke bawah oleh
otot intercostals. (Rajah 1)
Rajah 1
Fungsi oksigen adalah penting untuk manusia hidup (bernafas). Bila melakukan pergerakan otot-otot,
seperti berjalan, berlari, makan dan aktiviti-aktiviti lain, organ-organ badan akan berfungsi dan oksigen
akan dibekalkan padanya. Tenaga pula diperolehi daripada sistem penghadaman makanan dan oksigen
daripada pernafasan.
Organ-organ pernafasan ialah hidung, tekak (Farinks), peti suara (Larinks), batang tenggorok (Trakea),
cabang tenggorok (Bronkus) dan paru-paru. (Rajah 2)
Pertukaran gas dalam paru-paru berlaku dalam alveolus. Tiap-tiap satu alveolus mempunyai dinding lembab
yang sangat nipis dan disaluti banyak kapilari darah. Alveolus-alveolus ini menyediakan permukaan yang
luas bagi gas-gas meresap masuk dan keluar dari kapilari darah itu. (Rajah 3)
Badan manusia memerlukan oksigen yang berbeza mengikut jenis kerja yang dilakukan.Jika badan dalam
keadaan rehat, hanya beberapa bahagian otot pernafasan sahaja yang mengawal pergerakan paru-paru,
jantung dan sistem pencernaan dan sekaligus hanya sedikit sahaja oksigen digunakan. Sebaik sahaja tubuh
badan manusia menjadi aktif, lebih banyak otot-otot badan yang akan digunakan dan lebih banyak gas
karbon dioksida dihasilkan dan lebih banyak juga oksigen yang diperlukan. Jadual di bawah telah dihasilkan
oleh mendiang Profesor J S Haldane MB FRS dan menunjukkan beberapa tahap penggunaan oksigen serta
udara yang digunakan dalam beberapa keadaan berbeza.
Keperluan oksigen juga mungkin bertambah disebabkan oleh sakit, laluan udara dihalang, terperanjat dan
lain-lain. Sebagai contoh, seseorang yang pengsan setelah mendengar sesuatu berita yang malang adalah
disebabkan tidak mendapat oksigen yang mencukupi dari sekelilingnya kerana keperluan oksigen orang
itu telah meningkat. Perasaan cemas boleh menyebabkan kadar bernafas bertambah secara tiba-tiba dan
mendadak, maka adalah amat penting pemakai alat pernafasan dapat mengawal perasaan cemas untuk
melanjutkan jangkamasa bekerja.
Bagi membolehkan seorang anggota bomba melakukan tugas-tugas melawan kebakaran dan penyelamatan
di dalam keadaan selamat dan terkawal, mereka harus sedar akan bahaya-bahaya yang boleh mengakibatkan
kecederaan. Situasi berikut adalah :-
Situasi seperti ini boleh berlaku dalam kebakaran, kawasan tertutup, struktur bawah tanah, saluran
pembetungan dan lain-lain. Untuk badan kita berfungsi sepenuhnya, udara yang dinafaskan
mestilah dalam peratusan 20% oksigen. Jika berlaku pengurangan pada kandungan oksigen ianya
akan memberi kesan serta merta pada badan manusia. Terma yang digunakan untuk menerangkan
kekurangan oksigen yang sampai ke paru-paru ialah Asphyxia manakala kekurangan oksigen yang
berada didalam badan pula ialah Hypoxia. Dalam Hypoxia, tisu dalam badan akan terjejas serta
merta-sel-sel otak akan mula mati jika bekalan oksigen terganggu lebih dari 3 minit. Jika Hypoxia
tidak dirawat, pernafasan dan jantung akan terhenti. Tanda-tandanya pada mangsa ialah pernafasan
semakin pantas, tercungap-cungap, kulit menjadi biru, pengsan dan kematian. Apa yang lebih teruk
ialah dalam banyak kes, kebanyakan orang tidak sedar yang Hypoxia sedang berlaku pada mereka.
Pelepasan gas-gas ini boleh berlaku didalam situasi kebakaran di dalam struktur yang dipasang
sistem keselamatan Carbon Dioxide Fixed Installation. Walaupun gas tersebut tidal toksik tetapi ia
boleh mengakibatkan Asphyxia dan seterusnya mencetuskan Hypoxia. Kesannya ialah pernafasan
manusia akan menjadi cepat, tertekan, sakit, panik, tidak sedarkan diri dan kematian.
Anggota bomba mungkin akan dipanggil menghadiri insiden kebakaran atau insiden lain yang
melibatkan bahan-bahan merbahaya. Kemerbahayaan bahan-bahan ini adalah pelbagai,
berkemungkinan bahan-bahan kimia yang toksik atau menghakis pada paru-paru mangsa, namun
terdapat juga risiko dari bahan radioaktif yang akan mengakibatkan kerosakan di tahap cellular dan
genetik kepada tisu hidup ataupun bahan kotoran biologikal yang boleh mengakibatkan penyakit.
Situasi seperti ini bukan sahaja boleh berlaku di kilang-kilang bahan kimia, tetapi boleh juga berlaku
di insiden melibatkan kemalangan jalanraya, bahan-bahan yang dibawa ke tepi pantai dan lain-lain.
d. Kebakaran
Didalam kes-kes kebakaran dianggarkan 60% kematian dan 33% mangsa adalah diakibatkan oleh
terhidu asap. Terdapat tiga faktor yang boleh mengakibatkan kerosakan pada sistem pernafasan :-
i. Suhu tinggi
Paru-paru manusia ialah organ lembut dan apabila terdedah pada suhu lebih dari 130ºC akan
mengakibatkan kerosakan kekal. Perlu juga di ingat bahawa suhu tinggi yang mungkin tidak
mendatangkan kesan pada kulit tetapi boleh mendatangkan kecederaan serius pada paru-
paru.
Peratus gas CO
Kesan pada manusia
di udara
0.32% Sakit kepala, pening, mabuk, rasa mual selepas 5-10 minit dan
pengsan selepas 30 minit.
0.64% Sakit kepala, pening selepas 1-2 minit. Pengsan selepas 10-15
minit.
Gas ini dikeluarkan oleh bahan-bahan seperti polyurethane foam (tilam), getah, wool dan
nylon. Ia akan mengganggu sel-sel dalam tubuh badan. Gas ini berbau seperti buah badam,
dan ia boleh melumpuhkan semua bahagian dalam sistem saraf tunjang, lebih-lebih lagi yang
melibatkan deria bau. Antara tanda-tanda terdedah pada gas tersebut ialah kesukaran untuk
bernafas, denyutan jantung yang tidak menentu, kulit menjadi kebiru-biruan, pengsan dan
kematian.
Gas ini terhasil apabila plastik yang mengandungi chlorine, seperti PVC terbakar. Plastik
jenis ini kebiasaanya digunakan sebagai penebat dalam pendawaian dan kebakaran
yang melibatkan peralatan-peralatan letrik akan mengeluarkan jumlah hidrogen klorida
yang banyak. Apabila ia terbebas dalam bentuk gas dan bercampur dengan air ia boleh
mengakibatkan lecur pada bahagian paru-paru. Antara tanda-tanda terdedah pada
gas ini ialah sakit apabila bernafas, kesukaran bernafas dan sakit pada bahagian mata.
Gas ini dihasilkan apabila pembakaran lengkap bahan pepejal, Pembakaran terbuka biasanya
membebaskan jumlah gas CO2 yang tinggi berbanding api yang mula menurun. Kehadiran gas
CO2 dalam aliran darah boleh menggerakkan pusat pernafasan di otak untuk meningkatkan
kadar bernafas. Apabila bernafas di dalam kawasan yang dipenuhi dengan CO2 otak akan
`memberitahu’ supaya meningkatkan kadar bernafas kerana ia memerlukan oksigen yang
banyak. Apabila ini berlaku, boleh menyebabkan lumpuh (Paralyse).
Apabila sesuatu kebakaran berlaku, ia boleh mengurangkan jumlah peratusan oksigen di dalam
bangunan.
Walaupun selepas kebakaran di sesuatu struktur dapat dipadamkan sepenuhnya, gas bertoksik
masih lagi dilepaskan daripada bahan-bahan yang terbakar itu yang tidak padam sepenuhnya.
Kebanyakan bahan-bahan ini adalah carcinogenic (boleh mengakibatkan kanser). Jadi pertimbangkan
perlindungan pernafasan seperti memakai SCBA ataupun menggunakan respirator.
8. Breathing Air
Breathing gas merupakan campuran gas yang digunakan untuk pernafasan manusia. Udara ialah gas
pernafasan utama yang kita gunakan. Campuran gas-gas, dilakukan seperti contoh : sama ada mengurangkan
peratusan gas Nitrogen kebiasaannya digunakan untuk enclosed habitat seperti SCUBA, kapal selam,
kapal angkasa dan lain-lain. Kebanyakan gas untuk pernafasan merupakan campuran gas oksigen bersama
dengan dua atau lebih komponen gas lain. Terdapat gas yang telah di ubah untuk mengurangkan berlakunya
risiko Decompression Sickness, mengurangkan Nitrogen Narcosis seperti contoh untuk penyelam SCUBA
(deep dive). Gas pernafasan yang selamat mempunyai tiga ciri utama seperti berikut :-
Ianya mesti mengandungi gas oksigen yang mencukupi untuk pernafasan, tidak kurang dari 19.5%,
serta mengekalkan tahap kesedaran penyelamat.
Ianya mesti tidak mengandungi gas-gas merbahaya seperti Karbon Dioksida dan Karbon
Monoksida merupakan contoh gas yang merbahaya untuk pernafasan. Terdapat pelbagai lagi gas-
gas merbahaya lain.
Ianya mestilah tidak berubah menjadi toksik apabila digunakan untuk pernafasan di tempat yang
bertekanan tinggi seperti di dalam permukaan air. Gas oksigen dan nitrogen merupakan contoh
gas-gas yang akan menjadi toksik apabila berada di dalam tempat bertekanan tinggi.
EN 12021 merupakan piawaian udara yang telah ditetapkan oleh CEN untuk udara mampat yang digunakan
untuk pernafasan menggunakan alat pernafasan. Mesin pemampat udara yang digunakan perlu mematuhi
tahap piawaian yang telah ditetapkan agar udara tersebut selamat digunakan oleh pemakai SCBA. Antara
ciri-ciri udara mampat EN 12021 ialah :-
Ujian Air Quality Test kebiasaannya dilakukan 6 bulan sekali dan dilakukan oleh mereka yang bertauliah
dalam membekal, menyelenggara dan baik pulih mesin pemampat udara dalam JBPM, Satu sijil Aerotest
Analysis Test Report akan dikeluarkan untuk mengesahkan udara tersebut mematuhi piawaian yang telah
ditetapkan CEN.
1. Spesifikasi
2. Bahan Binaan
Dibuat daripada keluli atau campuran keluli dengan bahan yang lain.Tabung yang direka mengikut
spesifikasi LASS 1 dan LASW 1 di kenali sebagai tabung ultra lightweight dibuat daripada keluli campuran.
Tabung terbaru menggunakan fibres yang mempunyai kekuatan tinggi untuk balut sekeliling tabung
secara selari untuk menguatkan badan tabung. Ia dikenali sebagai hoop-wrapped aluminium cylinder atau
composite.
Proses pembuatan silinder alat pernafasan kebiasaannya jarang dilakukan oleh pengeluar sesuatu jenama
alat pernafasan, seperti contoh jenama Interspiro menggunakan silinder buatan syarikat Luxfer, namun
jenama Draeger menghasilkan silindernya sendiri.
Silinder alat pernafasan dihasilkan dengan bahagian teras Aluminium liner, yang kemudiannya dibalut
dengan bahan Glass, Carbon Fibre untuk mendapatkan satu lapisan yang kukuh dan mempunyai toleransi
tinggi pada haba. Balutan ini menggunakan sistem berkomputer sepenuhnya. Lapisan luar pula di saluti
Epoxy dan satu lagi lapisan Glass Fibre untuk memastikan permukaan silinder adalah kukuh, tahan geseran
dan calar.
Setiap 200 silinder yang dihasilkan akan melalui ujian ketahanan mengikut EN 12245 bagi memastikan
ianya benar-benar selamat digunakan.
Glass wrap
Carbon Wrap
Aluminium liner
Protexal
4. Jenis-jenis Tabung
i. Tabung yang mengandungi 1240 liter pada tekanan kerja 137 bar.
ii. Tabung yang mengandungi 1800 liter pada tekanan kerja 207 bar.
iii. Tabung jenis Ultra Lightweight yang mengandungi 2250 liter pada tekanan kerja 207 bar.
iv. ‘Dua Tabung’ mengandungi ‘water capacity’ sebanyak 4 liter dan kandungan kedua tabung 2400 liter
pada tekanan kerja 300 bar. Kedua tabung bersambung antara satu sama lain dan disambung pada
alat atau penyesuai T piece.
i. Nama pembuat
ii. Tekanan kerja
ii. Benang (thread) pada outlet mesti ditutup dengan blank cap.
v. Tabung mesti ada sijil ujian hidrostatik yang sah sebelum diisi dengan tekanan yang lebih tinggi dari
tekanan udara biasa.
vi. Tabung jenis ultra lightweight perlu penjagaan yang rapi dan khusus.
vii. Tabung mesti dilindungi dengan sarung tabung supaya tidak bercalar.
viii. Kerosakan pada cat di permukaan tabung perlu diperbaiki dengan cepat (jenis Stainless Steel sahaja).
Silinder Interspiro Alu-liner dengan saiz 6.8 & 9.0 liter, jangkahayat penggunaan sehingga 15 tahun
9. Jangkamasa Kerja
Jangkamasa alat pernafasan dijangka dapat memberi perlindungan pernafasan bermula dari injap
tabung dibuka sehingga kandungan tabung habis digunakan.
Jangkamasa dimana alat pernafasan dijangka dapat memberi perlindungan pernafasan bermula dari
injap tabung dibuka sehingga wisel amaran tekanan rendah berbunyi.
Jangkamasa di mana wisel amaran tekanan rendah berbunyi sehingga kandungan udara tabung habis
digunakan.
( JMK = JMP - GK )
D = PC – 10
40
Dimana :
(D) = 53 minit
Kandungan Tabung
Tekanan Tabung Jangkamasa Kerja
Pada Tekanan Udara Dimampatkan
( bar ) ( minit )
Maksima
200 35
1800 liter pada 200 bar 190 33
180 30
170 28
160 26
Pengenalan
Alat pernafasan yang digunakan oleh JBPM adalah daripada jenis litar terbuka (Self Contained Air Breathing
Apparatus) dan ianya amat sesuai digunakan oleh semua anggota dalam menjalankan tugas-tugas memadam
kebakaran, penyelamatan dan aplikasi industri di mana perlindungan maksimum adalah diperlukan oleh seseorang
anggota bomba.
Ianya mematuhi piawaian Eropah (European Standards EN 137) untuk alat pernafasan jenis litar terbuka dan EN 139
(alat pernafasan jenis litar terbuka dengan penyambungan Airline Equipment) dan ditandakan dengan lambang ‘CE’
(Community European).
· EN 139 - Peralatan perlindungan pernafasan - Compressed air line breathing apparatus for use with a
full face mask, half mask or mouthpiece assembly .
a. Tabung
c. Pneumatic System
Fungsi dan ciri-ciri
d. Facemask / Facepiece
Fungsi
Bahagian ‘Harness’ atau ‘Straps’ alat pernafasan biasanya terletak di bahagian pinggang atau bahu
pemakai. Ianya adalah diperbuat daripada bahan ‘Flame Retardant’ polyamide / polyester ataupun ada
yang diperbuat daripada Kevlar TM / Nomex TM. Bahagian ‘Buckle’ adalah diperbuat daripada Nylon
ataupun Stainless Steel.
Terdapat juga model alat pernafasan yang mempunyai ‘Chest Strap’ di bahagian dada.
4. Cylinder Band
Terdapat alat pernafasan yang boleh menggunakan dua tabung sekaligus yang dipanggil Duo, Draeger PSS
90 yang digunakan oleh JBPM sekarang boleh menggunakan dua tabung sekaligus, ianya datang sama
ada dengan tekanan kerja 207 atau 300 bar, diperbuat daripada Steel atau pun Fully Wrapped Aluminium
Carbon Fibre Composite.
Silinder atau tabung alat pernafasan ini adalah dipasang pada ‘Backplate’ dengan menggunakan ‘Straps’
ataupun ‘Webbing’ yang dipanggil ‘Cylinder Band’. ‘Webbing’ pada silinder adalah dipasang dengan
menggunakan Buckle dengan pengunci yang boleh mengelakkan ia terbuka dengan tiba-tiba. Webbing
tersebut adalah daripada jenis boleh laras bagi menerima pelbagai saiz tabung yang bersesuaian.
5. Pneumatic System
Pneumatic System mempunyai dua tahap pengurangan tekanan udara (Pressure Reduction Stages) - udara
bertekanan daripada silinder adalah direndahkan ke tekanan sederhana (Medium Pressure) lebih kurang 5.5
dan 11 bar dan ini dilakukan oleh Reducer. Tahap kedua pengurangan tekanan udara ini adalah dilakukan
di dalam Demand Valve (DV).
Udara bertekanan daripada silinder akan melalui penapis yang dipanggil Sintered Bronze Particle Filter di
dalam Cylinder Connector yang berfungsi melindungi Pneumatic System dan akan melalui hos tekanan
tinggi pendek terus ke Reducer.
Reducer ialah satu komponen asas, terdiri daripada spring dan Piston
dan tidak memerlukan servis atau baik pulih. Ianya mengandungi injap
pengurangan tekanan (Pressure Relief Valve) yang melindungi sistem
tekanan sederhana (Medium Pressure) daripada berlaku tekanan
berlebihan.Udara daripada Reducer adalah disambung melalui hos
yang diperbuat daripada Chlorinated Polyethylene dan terus kepada
Demand Valve.
Hos bertekanan tinggi yang disambung melalui Reducer akan mengalirkan udara bertekanan, mengikut
tekanan tabung tersebut terus ke Warning Whistle dan Pressure Gauge yang terletak di Shoulder Strap.
Warning Whistle akan berbunyi semasa tekanan udara dalam tabung berada dalam lingkungan 55 Bar
(Plus-Minus 5 Bar). Apabila wisel berbunyi ianya akan memberi kesan kepada jangkamasa alat pernafasan,
kerana ianya menggunakan udara sebanyak 2 liter per minit. Latar belakang pada Pressure Gauge adalah
Photo Luminescent (Pantul Cahaya) bagi membantu anggota bomba melihat Pressure Gauge di tempat
yang mempunyai konsentrasi cahaya yang rendah. Lensa pada Pressure Gauge adalah diperbuat daripada
Polycarbonate tahan hentakan dan bahagian luarannya diperbuat daripada getah sintetik.
8. Demand Valve ( DV )
Facemask / facepiece ataupun topeng muka yang digunakan bersama dengan alat pernafasan perlulah
mematuhi EN 136. Bahagian dalam topeng muka atau Inner Mask mengurangkan kehadiran gas CO2
dan pengewapan pada visor dan ia juga dipasang dengan Speech Diaphragm. Bahagian-bahagian pada
Facemask biasanya diperbuat daripada bahan Silicon ataupun getah Neoprene yang mempunyai toleransi
yang tinggi terhadap suhu tinggi. Visor topeng muka pula diperbuat daripada Polycarbonate yang mematuhi
EN 166 Grade B bagi ketahanan terhadap hentakan.
27
alat
PERNAFASAN
Pengenalan.
Alat Pernafasan hendaklah dipakai atas arahan pegawai atau ketua pasukan di tempat insiden. Apabila timbul
sebarang keraguan mengenai keselamatan anggota yang bertugas, pegawai atau ketua pasukan hendaklah
mengarahkan pemakaian alat pernafasan kepada anggota ataupun sebarang perlindungan pernafasan lain (contoh
Air Purifying Respirator). Penilaian insiden perlu dilakukan dengan teliti jika ingin membuat keputusan pemakaian
alat pernafasan dihentikan. Kebanyakan bahan-bahan plastik akan terus mengeluarkan gas-gas
irritants (berbahaya) walaupun setelah kebakaran telah dipadamkan. Oleh itu pemakaian alat pernafasan
hendaklah diteruskan semasa proses salvage dan lain-lain. Dibawah ini merupakan beberapa prosedur asas alat
pernafasan.
• Kesihatan
Jika ada anggota yang demam atau mempunyai sebarang masalah berkaitan sistem pernafasan,
penglihatan atau lain-lain masalah yang boleh mengehadkan kemampuan memakai alat pernafasan
hendaklah memaklumkan perkara tersebut kepada ketua pasukan. Anggota ini tidak dibenarkan memakai
alat pernafasan atas faktor keselamatan.
Sebarang janggut, misai atau sebarang bulu di muka yang berlebihan boleh memberi kesan kepada seal
(lekapan) topeng muka, oleh itu sebarang janggut adalah tidak dibenarkan manakala pelipis (sidebeurn) pula
mesti nipis dan kemas. Misai bagaimanapun dibenarkan asalkan ianya tidak mengganggu seal (lekapan)
topeng muka. Peringatan khas buat wanita bertudung pula, pastikan seal (lekapan) topeng muka melekap
di muka dan tidak terkena tudung. Manakala bagi wanita yang tidak bertudung (freehair), rambut yang
terlalu panjang dan diikat jenis pigtail akan memberi kesan juga kepada head strap topeng muka sekaligus
memberi kesan pada seal (lekapan) topeng muka. Jadi pastikan rambut tidak terlalu panjang dan sentiasa
kemas.
1. Pra - Penggunaan ( Pre-use Checklist ) - Diasaskan Dari Model Sabre Contour dan
Draeger PSS 90
Alat Pernafasan perlulah dijaga dalam keadaan baik dan bersih. Pastikan tiada kekotoran pada backplate,
partikel-partikel debu pada hos ataupun silinder. Longgarkan Waistbelt dan Shoulder Straps bagi
memudahkan anggota memakainya bila diperlukan.
a. Menukar Silinder
vi. Posisikan silinder yang bertekanan penuh pada backplate dan bahagian Cylinder Outlet diletak
melalui Cylinder Valve Retainer.
Rajah menunjukkan
posisi Cylinder Outlet
dalam Cylinder Valve
Retainer
· Airline Equipment tersebut adalah dalam keadaan baik, terutamanya bahagian hos Airline tidak dilipat,
tercalar atau bocor.
· Connector pada Airline adalah dalam keadaan baik dan boleh disambung dengan baik pada
penyambungannya.
· Udara yang dibekalkan melaui Airline Equipment perlulah mematuhi serta mengikut spesifikasi yang
ditetapkan mengikut EN 132.
· Coupling atau penyambungan pada Airline adalah dalam keadaan baik.
Semua jenis topeng muka : Tarik nafas dengan kuat semasa kali pertama
menarik nafas untuk memastikan First Breath Mechanism pada Demand Valve
adalah berfungsi dengan baik.
ii. Pastikan yang sambungan adalah selamat dan bila tiba masa anda
ingin menanggalkannya, ia boleh ditanggalkan dengan mudah.
g. Hos
i. Periksa semua hos sama ada ianya rosak. Cuba lipat sedikit hos untuk mengesan sebarang
rekahan, koyakan atau garisan.
ii. Periksa bahagian penyambungan atau Coupling, dan pastikan ianya boleh dibuka.
iii. Semasa penyambungan, pastikan yang ianya adalah dalam keadaan baik.
iv. Jika perlu, urusan penggantian hos perlu dilakukan dan jangan gunakan set tersebut.
a. Topeng muka
i. Pegang Head Harness Lower Straps, posisikan dagu anda pada posisi dagu pada topeng
muka dan pakai topeng muka, serentak dengan itu tarik Straps pada topeng muka, jangan
terlampau ketat dan pastikan anda memakai topeng muka tanpa terkena rambut anda
ii. Laraskan Straps yang paling atas pada topeng muka bertujuan untuk memastikan topeng
muka itu berada pada paras yang betul dengan muka anda dan Pad Headharness berada di
tengah-tengah bahagian belakang kepala anda. Kemudian ketatkan Harness Straps mengikut
turutan : Bawah, tengah, dan atas. JANGAN tarik terlampau ketat.
iii. Tarik nafas anda ke dalam sedikit untuk mengaktifkan First Breath Mechanism pada Demand
Valve dan bernafas seperti biasa.
i. Ujian ini adalah bertujuan untuk mengetahui Pneumatic System pada alat pernafasan
mengalami kebocoran.
ii. Langkah pertama ujian ini ialah tekan Reset button (untuk semua jenis alat pernafasan),
kemudian pusingkan Bypass Knob ke kedudukan OFF (bagi alat pernafasan yang mempunyai
Bypass Knob).
iii. Kemudian buka Injap silinder perlahan-lahan dengan kekuatan 3 jari sahaja.
iv. Dengan tangan anda memegang tolok tekanan. Lihat bacaan pada tolok tekanan.
vi. Jika tiada atau berlaku penurunan kurang daripada 10 Bar dalam satu minit, ini bermakna set
alat pernafasan masih dalam keadaan baik.
vii. Jika berlaku penurunan lebih daripada 10 Bar dalam satu minit, ini bermakna set alat
pernafasan ini mengalami kebocoran.
viii. JANGAN GUNA alat pernafasan yang bocor. Jika boleh tandakan set yang rosak bersama
dengan deskripsi kerosakan (jika anda tahu punca kerosakan itu) dan kembalikan atau hantar
ke pusat servis yang bertauliah.
3. Buka injap tabung 4. Perhatikan jika ada 5. Jangan gunakan set yang
penurunan atau tidak rosak
c. Ujian Tekanan Rendah (Low Pressure Test AKA Facemask Seal Test)
i. Ujian ini adalah bertujuan untuk mengesan kebocoran pada topeng muka alat pernafasan.
ii. Langkah pertama ujian ini ialah tekan Reset Button (untuk semua jenis alat pernafasan),
kemudian pusingkan Bypass Knob ke kedudukan OFF (bagi alat pernafasan yang mempunyai
Bypass Knob).
iii. Kemudian buka injap silinder perlahan-lahan dengan kekuatan 3 jari sahaja. Pakai alat
pernafasan dan bernafas seperti biasa.
iv. Tutup injap silinder dan pastikan tangan anda masih berada di injap silinder.
v. Sebaik sahaja bunyi wisel amaran berhenti berbunyi, tahan nafas selama 10 saat dan dengar
dengan teliti jika ada sebarang bunyi kebocoran. Cuba tarik nafas, jika anda berasa topeng
muka itu melekap pada muka anda, ini bermakna topeng muka itu dalam keadaan baik.
vi. Jika semasa anda menarik nafas, anda masih lagi boleh bernafas di dalam topeng muka itu,
ini bermakna topeng muka itu bocor.
vii. Jika topeng muka itu gagal dalam ujian ini, buka semula injap silinder, longgarkan topeng
muka, laras semula topeng muka dan ulang ujian ini sekali lagi. Mungkin semasa anda
melakukan ujian ini, topeng muka tidak dipakai dengan betul.
7. Jangan gunakan
sekiranya rosak
NOTA : Terdapat sistem wisel amaran yang boleh dilaras namun ianya biasa dilakukan oleh pusat
servis yang bertauliah.
AMARAN :
· JANGAN tanggalkan alat pernafasan sehingga benar –benar dipastikan anda berada di tempat yang
selamat dari kawasan bahaya.
· Jika anda memakai Chemical Protective Suit jenis Gas Tight, JANGAN tanggalkan set alat pernafasan
sehingga proses nyahcemaran (Decontamination Process) telah lengkap.
i. Tutup Cylinder Valve dan keluarkan tekanan udara yang masih berada di dalam sistem dengan
memusing Demand Valve Bypass Knob.
ii. Buka Cylinder Band Cam – Lock dan keluarkan silinder. Jika boleh, asingkan tabung yang kosong dan
hantar untuk isian semula.
Pembersihan
AMARAN :
· JANGAN rendamkan Demand Valve ataupun Warning Whistle di dalam air (Semua set).
· GUNAKAN cara pembasuhan dan ejen pembasuh yang betul. Jangan gunakan peluntur,
Detergent atau pencuci yang kasar.
· Keringkan alat pernafasan, jauh dari sinar terik matahari sebelum menyimpan set alat
pernafasan.
iv. Gantung topeng muka dengan Neckstrap dan biarkan ianya kering tetapi jauhkan ia dari sinar terik
matahari.
v. Apabila topeng muka telah kering, lapkan kontur muka topeng dengan solusi TrigeneTM, kain biasa yang
menyerap air juga boleh digunakan.
vi. Kilatkan Visor topeng muka di bahagian luar dan dalam dengan menggunakan kain lembut dan
longgarkan Head Harness untuk memudahkan penggunaan semasa diperlukan.
vii. Harness pada Backplate boleh dibersihkan menggunakan span yang bersih dan menggunakan sabun
yang lembut bersama dengan air suam. Bilas keseluruhan Backplate dan keringkan ia di dalam suhu
bilik tetapi jauhkan ia dari sinar terik matahari.
ix. Longgarkan Cylinder Band, Shoulder Straps dan Waistbelt dan tanggalkan Lumbar Pad. Tanggalkan hos
dan Pneumatic System daripada Harness.
x. Jika perlu gunakan berus kecil (berus gigi) dan larutan sabun yang
lembut dan bersihkan keseluruhan Demand Valve.
xi. JANGAN RENDAM Demand Valve di dalam air.
i. Periksa Demand Valve Locking Catch dan Bypass Knob berulang kali.
Jika ia tidak berfungsi dengan baik, hantarkan ia ke tempat servis.
ii. Periksa Webbing pada Harness tidak koyak atau rosak dan semua Buckle
adalah berfungsi. Set yang rosak haruslah dihantar ke tempat servis
bersama dengan label kerosakan.
Alat pernafasan hendaklah disimpan di dalam tempat yang bersih, persekitaran yang kering, jauh dari suhu
tinggi dan cahaya matahari.
i. Bertujuan untuk memberi panduan kepada penyelamat semasa memasuki kawasan yang dianggap
berbahaya. Panjang tidak melebihi 60m dan diperbuat daripada Non-Resistant Hemp / bahan sintetik
(tidak mudah cair apabila terkena bahangan).
ii. Di hujung arah keluar terdapat Snap Hook kecil dan hujung bertentangan terdapat Spliced-in Loop.
Talipandu cawangan adalah sama dengan talipandu cuma dari segi penggunaan adalah berbeza. Ianya
digunakan bila jarak kawasan mencari dan talipandu melebihi panjang tali perseorangan iaitu 6 meter.
Ditandakan dengan Tally berlubang.
3. Tali Persaorangan
Tali yang dibawa dalam bekas (Pouch) dan dipasangkan pada set AP pada Harness, boleh digunakan
sehingga 6.0 meter panjang atau 1.25 meter. Dibenarkan menyangkut pada rakan sepasukan atau pada
talipandu / talipandu cawangan. Dikedua belah hujungnya terdapat penyangkuk dan terdapat D ring pada
jarak 1.25m dan 4.75m.
4. Tally
a. Tally berabjad
i. Fungsi Tally berabjad ialah sebagai penanda kepada sesebuah pintu masuk sesebuah
kawasan insiden di mana talipandu dipasang, Ia terdiri dari dua iaitu A dan B.
ii. Perlu diingat untuk setiap pintu masuk, maksimum 2 talipandu sahaja dipasang dan ini
ditandakan dengan Tally berabjad.
b. Tally berlubang
ii. Tidak lebih dari 4 talipandu yang boleh dipasang pada setiap satu talipandu utama.
iii. Tally berlubang diikat dengan betul / kemas pada talipandu utama.
TATACARA 1
TATACARA 2
TATACARA 3
iii. Penggunaan talipandu akan diawasi / dikawal oleh BAECO pada papan kawalan kemasukan. BAECO
perlu memastikan anggota selamat hingga keluar dari kawasan bahaya.
iv. Bekas talipandu diikat pada ketua pasukan penyelamat (kecuali talipandu digunakan sebagai
sambungan / cawangan) semasa berada di dalam kawasan insiden.
v. Pegawai Operasi (PO) perlu memastikan sekitar kawasan yang akan dimasuki terkawal dan selamat.
vi. Pegawai Operasi (PO) perlu mengambil kira kemungkinan berlaku banjir / penyelimutan Hi-ex Foam di
kawasan insiden yang boleh membahayakan anggota penyelamat.
ii. Namun talipandu boleh dikeluarkan oleh ketua atau jika lebih mudah oleh rakan sepasukan yang lain.
iii. Talipandu diikat pada tempat dan ketinggian yang sesuai dari paras lantai.
iv. Jarak ikatan adalah sesuai, talipandu tidak mengendur atau tidak terkena lantai semasa ia di pasang.
v. Apabila kawasan mencari disyaki jauh, talipandu tambahan boleh dibawa dan ianya boleh disambung
pada loop di hujung tali.
Kedudukan penempatan yang betul dan jumlah Pusat Kawalan Kemasukan Alat Pernafasan (PKK) adalah
penting.
v. Had halangan fizikal kawasan menjejaskan pengawalan dan melawan kebakaran seperti jalan raya,
keretapi atau sungai.
vi. Berlaku perubahan pada insiden.
3. Maklumat Umum
iv. Membuat pilihan sama ada menggunakan talipandu atau peralatan komunikasi atau kedua duanya
sekali.
v. Memastikan sebarang prosedur keselamatan yang bersesuaian apabila menggunakan alat pernafasan.
vi. Memastikan peralatan alat pernafasan yang mencukupi dan peralatan berkenaan boleh diperolehi
untuk insiden.
Apabila menerima arahan untuk memakai alat pernafasan di dalam insiden, pemakai mestilah :
ii. Memakai dan menanggalkan topeng muka dalam kawasan udara bersih.
iii. Menyerah tally kepada BAECO untuk masuk kawasan risiko.
iv. Ambil tally daripada BAECO selepas keluar dari kawasan risiko.
v. Lapor ke Kawalan Utama selepas ambil tally.
5. Prosedur Operasi
Asas prosedur operasi hendaklah diikuti bila berlaku insiden semasa memakai alat pernafasan :-
i. Pemakai alat pernafasan mestilah kerap memeriksa tolok tekanan semasa operasi bagi memastikan
selamat untuk keluar di dalam jangkamasa yang telah ditetapkan.
ii. Ketua pasukan mesti menyedari perkara (i) dan arahkan pasukan keluar pada masa yang ditetapkan.
iii. Setiap pasukan alat pernafasan adalah minima seramai 2 orang dan maksima 4 orang.
iv. Fungsikan Distress Signal Unit (DSU) jika menghadapi kesukaran. Pasukan lain yang berada
dipersekitaran akan memberi bantuan.
v. Cara untuk menarik perhatian rakan sepasukan dengan cara suara lantang atau perlahan, tepuk
dengan tangan.
i. Merekod maklumat dan pengurusan adalah tanggungjawab BAECO (dilantik oleh PO).
ii. Untuk menentukan prosedur kawalan berfungsi, setiap set AP mestilah dibekalkan tally pengenalan
dilekatkan dengan kunci Distress Signal Unit (DSU)
iii. Pemakai AP menyerah tally kepada BAECO dan akan diletakkan di papan kawalan.
iv. Pasukan yang keluar tutup set dan ambil tally dari BAECO.
v. Jika pasukan ini diperlukan untuk masuk kembali pastikan kandungan tabung adalah tertakluk
kebenaran PO untuk masuk jika tekanan kurang 80%.
Terbahagi kepada 3 :
9. TugasTugas BAECO
viii. Kira masa wisel (waktu sepatutnya keluar) dan tulis pada papan kawalan. (kira
menggunakan angka puluh contoh 193 bar ke 190 bar)
ix. Catitkan maklumat tambahan di ruangan catitan seperti tugasan yang dilaksanakan,
pemakaian pakaian perlindungan, penggunaan alat perhubungan dan lain-lain.
xii. Gunakan talipandu utama sekiranya perlu dan pasang tally. Periksa dan
rekod bacaan dosimeter jika ada.
xiii. Bagi balik tally kepada pemakai Alat Pernafasan apabila mereka keluar
dari kawasan risiko dan lapor kepada Pusat Kawalan Kemasukkan
(PKK).
ii. Memeriksa masa wisel bagi Prosedur Kawalan Kemasukan I yang telah diambil alih.
iii. Mempunyai pasukan yang lengkap dengan peralatan kecemasan bersedia di Prosedur Kawalan
Kemasukkan yang digunakan.
vi. Berhubung dengan Kawalan Utama dan mengarahkan pemakai Alat Pernafasan ke Kawalan Utama
selepas mengambil tally.
viii. Melantik pasukan perhubungan Alat Pernafasan dan menyelia perhubungan tersebut antara Ketua
Pasukan Alat Pernafasan dan Pegawai Operasi.
i. Kawalan Utama direka sebagai langkah penambahan kepada kawalan digunakan untuk menyelaras
keperluan keperluan alat pernafasan pada satu-satu insiden.
ii. Ia diwujudkan pada tempat yang paling mudah dan menyenangkan kerja-kerja pengawalan masuk
dan komunikasi dengan semua Prosedur Kawalan Kemasukan II dan kawalan ditempat kejadian.
iii. Kawalan Utama hendaklah ditubuhkan bila :
a. Prosedur Kawalan Kemasukan II lebih dari satu.
b. Jumlah Pemakai Alat Pernafasan sangat besar.
iv. Komander Operasi akan melantik Pegawai Kawalan Utama. Yang mana pangkat paling minima bagi
pegawai papan kawalan utama ialah Pegawai Bomba Kanan II (PBK II).
v. Papan Kawalan Utama hendaklah memakai tabard hitam / kuning tapi dengan perkataan yang sesuai
dengan peranannya.
i. Menubuhkan / merekod Alat Pernafasan dan kumpul peralatan berkaitan dan punca tenaga
manusia.
ii. Menubuhkan lokasi dan pengenalan setiap Prosedur Kawalan Kemasukkan II dan pastikan
perhubungannya.
iii. Menubuh / merekod peralatan gantian (pemakai) dari setiap Pusat Kawalan Kemasukan II.
iv. Memastikan pemakai alat pernafasan mencukupi dan bersedia sebagai pasukan gantian
sekurang-kurangnya 5 minit di PKK II.
v. Mempunyai satu pasukan kecemasan lengkap dengan peralatan bersedia di Kawalan
Utama.
vi. Memastikan tabung mencukupi dan sebarang keperluan peralatan yang ada dan mengumpul
/ merekod stok tabung yang penuh.
Pengenalan
Draeger Regis 300 ialah papan kawalan elektronik dijana oleh kuasa bateri bertujuan untuk memantau jangkamasa
kerja pasukan yang menggunakan alat pernafasan. Ia boleh memantau sehingga tiga pasukan sekaligus. Satu panel
pada ECB membolehkan BAECO merekodkan maklumat tambahan atau data mengenai pasukan dan individu.
Amaran dalam bentuk lampu serta bunyi pula boleh membantu BAECO dalam membuat sesuatu keputusan kritikal.
Deskripsi
· Papan kawalan diperbuat dari plastik dengan pemegang, dua pemegang pen serta tiga lubang untuk
menggantung tag pengenalan pemakai.
· Bateri 9V.
Kolum untuk
seriap pasukan
(maksimum 3
pasukan ) 1 butang untuk
menunjukkan masa –
Clamping Strip ianya terpapar di papan
untuk mengepit pemuka LCD ketiga
DIN A4
1 butang Illumination
Terdapat 5 ruang untuk lampu – tekan
untuk menulis untuk menyalakan
maklumat/data lampu di LCD
untuk setiap
pasukan
Pemuka LED
3 pemuka LED yang akan mengeluarkan kerdipan berwarna ‘MERAH’ apabila sistem amaran aktif. Ianya terletak di
bahagian atas setiap pemuka LCD.
Butang
· 1 butang Plus (+).
· 1 butang untuk menunjukkan masa – ianya terpapar di papan pemuka LCD ketiga.
Terdapat 5 ruang untuk menulis maklumat / data untuk setiap pasukan iaitu :-
DIN A4 lutsinar diletakkan di atas ruang maklumat / data dan ianya dikepit dengan pengepit kertas berwarna hitam.
Selepas sebarang maklumat / data ditulis di atasnya ia boleh ditanggalkan bagi tujuan dokumentasi sesebuah
insiden.
Satu pelekat panduan terletak di belakang ECB, menunjukkan bagaimana cara untuk menetapkan jangkamasa
setiap pasukan mengikut kehendak BAECO samaada 20, 30, 60 atau 90 minit. Masa yang telah ditetapkan dari
pengeluar dipanggil default setting iaitu 30 minit.
Nota : Apabila ECB tidak digunakan untuk satu jangkamasa yang lama, adalah disarankan untuk menanggalkan
bateri tersebut.
Tekan dan jangan alihkan Dengan jari anda masih Apabila masa yang
jari anda dari butang menekan butang ‘clock’ : dikehendaki telah diperolehi
‘clock’. Paparan masa akan Gunakan butang ‘+’ untuk – alihkan jari anda dari
ditunjukkan dalam kolum menetapkan masa dalam butang ‘clock’.
LCD pasukan ketiga. jam dan gunakan butang
‘-’ untuk menetapkan masa
dalam minit.
Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia 57
alat
PERNAFASAN
Sistem Amaran
· Tekan butang 1, 2 dan 3 pada ruangan pasukan. Satu bunyi ‘bleep’ akan kedengaran dan LED akan menyala
serta masa 30 minit akan tercatat. Satu bar di bahagian tepi masa 30 minit itu akan bergerak menandakan
jangkamasa kerja telah bermula. (Anda boleh mengubah jangkamasa kerja kemudian). Sistem amaran
beserta dengan LED berwarna merah akan berfungsi apabila :-
Nota : Melainkan ECB dimatikan selepas tamat penggunaan, jamnya akan tetap berfungsi sehingga lebih kurang
99 minit.
· Untuk mematikan bunyi sistem amaran, hanya tekan butang bagi setiap paparan pasukan.
· Untuk mematikan paparan jangkamasa kerja – tekan dan jangan alihkan jari anda dari butang bagi setiap
paparan pasukan sehinggalah bar bagi setiap masa tersebut telah berhenti dan alihkan jari anda. Perkataan
‘OFF’ pula akan terus ditunjukkan untuk 3 saat lagi dan akan mati dengan sendirinya.
Amaran Bateri
Tekan butang ‘clock’ dan jangan alihkan jari anda untuk memeriksa hayat bateri.
· Jika semua LCD menunjukkan ikon bateri rendah – ia masih boleh digunakan lebih kurang 2 jam.
· Jika hanya 1 atau 2 LCD menunjukkan nyalaan kelip-kelip – tukar bateri secepat mungkin.
Selepas penggunaan
Amaran keselamatan : Jangan tanggalkan SCBA melainkan telah tiba di kawasan dengan udara bersih, jauh
dari sebarang bahaya.
· ECB tidak memerlukan sebarang penjagaan rutin melainkan hanya dengan melakukan pemeriksaan secara
visual selepas setiap penggunaan.
· JANGAN rendam ECB dalam cecair pembersih atau sebarang agen pencuci kasar. Apabila difikirkan perlu,
tanggalkan kekotoran dengan menggunakan kain biasa dibasahkan dengan sabun dengan PH rendah.
JANGAN gunakan pembersih organic seperti Acetone, White Spirit, Trichloroethylene dan lain-lain.
· Lakukan pengujian fungsi ECB secara berkala bagi memastikan unit sentiasa berfungsi dengan baik.
1. Pengenalan
Gambarajah menunjukkan Airline Equipment yang digunakan dengan harness dan alat pernafasan
Airline Equipment adalah kelengkapan yang direka untuk membekalkan udara mampat kepada pemakai di mana
bekalan udara tidak dibawa oleh pemakai tersebut.
Ia juga direka bagi membolehkan beberapa tabung dapat disambungkan kepadanya serentak supaya tabung yang
kosong boleh diganti tanpa menjejaskan bekalan udara yang digunakan oleh pemakai.
Anti-corrison Polymeric
powder coating
Pneumatic arrangement
Extenable hose
i. Tempat yang memerlukan pemakaian alat pernafasan tetapi alat pernafasan tidak boleh dibawa
kerana kawasan tersebut sempit.
ii. Jangkamasa kerja yang lama dan perlu memakai alat pernafasan.
iii. Memberi bekalan udara kepada pemakai alat pernafasan semasa operasi nyahcemaran.
4. Kelengkapan Asas
5. Kaedah Penggunaan
Ianya bertujuan untuk melanjutkan jangkamasa kerja, bekalan udara dan Airline mesti disambungkan
kepada pemakai Alat Pernafasan melalui topeng muka. Injap tabung Alat Pernafasan biasanya
ditutup dan kandungan udara dalam tabung hanya digunakan semasa kecemasan sahaja.
Bertujuan untuk melanjutkan jangkamasa kerja, tetapi pemakai mesti boleh dilihat atau diawasi oleh
BAECO dan dapat berhubung secara lisan dengannya seperti radio atau tali pandu.
Nota : Dalam keadaan seperti (b) di atas, setiap pemakai yang dibekalkan udara dari Airline mesti mempunyai
satu set Escape BA mengikut suatu jangkamasa yang ditetapkan dalam BS 4667 Part 4 untuk kegunaan yang
mendadak. Pengecualian hanya boleh dibenarkan apabila menjalankan tatacara nyahcemaran.
Pemakai Airline tidak boleh dibiarkan memasuki kawasan yang merbahaya kecuali ketika memasuki kawasan
tersebut, tabung Airline mengandungi tekanan mencukupi untuk membekalkan sekurang-kurangnya 4500
liter udara. Selain itu, sepanjang penggunaan Airline, hendaklah disediakan sekurang-kurangnya satu
tabung Stand-by yang mengandungi udara yang mencukupi dan boleh disambungkan terus kepada Airline.
Penukaran tabung mestilah dilakukan dengan segera.
Seorang anggota bomba yang dikhaskan perlu ditugaskan untuk mengawas bekalan udara yang dibekalkan
pada pemakai Airline. Anggota ini adalah bertanggungjawab kepada pegawai papan kawalan dan
memastikan terdapat bekalan udara yang berterusan dibekalkan kepada pemakai Airline serta mempunyai
tabung ganti yang cukup dan diisi penuh dengan udara.
7. Lain-lain Pertimbangan
i. Airline mesti sentiasa digunakan bersama dengan Distress Signal Unit (DSU) dan lampu suluh.
ii. Ukuran panjang hos Airline yang digunakan oleh JBPM tidak melebihi 90 meter.
iii. Apabila Airline digunakan tanpa memakai Alat Pernafasan yang lengkap, hos Airline perlu diikat
pada pemakai di tempat yang sesuai dan disokong oleh talipinggang atau harness.
iv. Setiap Airline hanya boleh digunakan dengan tidak melebihi dua orang pemakai.
v. Apabila 2 orang menggunakan satu Airline, kedua-duanya harus sedar bahawa mereka tidak boleh
menanggalkan sambungan daripada Airline kecuali dalam kecemasan.
vi. Pemakai Airline hanya sedar bahawa peralatan tersebut mungkin tidak boleh memberikan
perlindungan pernafasan yang sepenuhnya dari segi tekanan positif semasa melakukan kerja-kerja
berat.
Anggota bomba dan penyelamat boleh menggunakan jenis Airline yang berukuran pendek sehingga 10 meter
panjang untuk tujuan tertentu. Sebagai contoh, untuk membekalkan udara tambahan kepada pemakai Alat
Pernafasan dalam tatacara nyahcemaran atau kerja-kerja menyelamat yang ada atau tiada bekalan udara
tersendiri, menggunakan Airline sepertimana yang melibatkan dua orang pemakai yang berkongsi bekalan
udara dari satu set Alat Pernafasan perlu dihadkan pada kerja-kerja menyelamat sahaja.
Semua peralatan yang hendak digunakan hendaklah diperiksa berdasarkan perkara-perkara berikut :-
ii. Buka satu tabung perlahan-lahan sehingga habis dan pastikan kandungan tekanan minima 80% dari
isi penuh.
v. Tutup Cylinder Valve. Bacaan pada tolok tekanan tinggi tidak turun lebih 10 Bar dalam satu minit dan
tolok tekanan rendah 1 bar dalam 1 minit.
vi. Fungsikan Pressure Reducer Relief Valve dan pastikan wisel amaran tinggi berbunyi pada 50-60 bar.
Jika unit wisel amaran tekanan rendah dipasang, pastikan ianya berbunyi pada 4-3 bar.
vii. Buka tabung kedua perlahan-lahan hingga habis dan pastikan kandungan tekanan minima 80% dari
isi penuh (200 bar = 160 bar).
viii. Buka Cylinder Connector Relief Valve, pastikan tiada kebocoran. Tutup Cylinder Connector Relief
Valve.
b. Tutup injap silinder, tunggu dalam jangkamasa 10-15 saat bagi membenarkan sistem untuk
stabil dan kemudian periksa bacaan tekanan pada HP gauge dan LP gauge.
a. Tekanan yang ditunjukkan pada HP gauge sepatutnya menunjukkan penurunan kurang daripada
20 bar dalam satu minit.
b. Tarik Relieve Valve untuk mengeluarkan udara yang berada didalam sistem secara perlahan-
lahan, perhatikan HP gauge.
a. Periksa HP Bleed Valves pada setiap Connector dalam keadaaan tertutup (clockwise).
b. Buka salah satu injap tabung perlahan-lahan, bukaan penuh dan lihat bacaan pada HP & LP
gauge.
c. Sambungkan hos yang disediakan pada Male Coupling pada troli dengan Female Coupling.
d. Pastikan bekalan udara sentiasa mencukupi. Pada bacaan 60 – 50 Bar pada HPWWU, tukar
silinder.
e. Pastikan sebelum menukar silinder kosong, buka Bleed Valve untuk mengeluarkan udara yang
masih berada di dalam sistem.
b. Pegang dan tarik Relief Valve untuk mengeluarkan udara yang masih berada di dalam sistem.
d. Gulung Airline Hose dengan berhati-hati, pastikan tiada sebarang kotoran seperti debu, pasir
atau Contaminants lain.
a. Sambungkan Male coupling dari harness atau daripada SCBA ke Female Coupling.
b. Pakai Facepiece dan buat ujian pada Facepiece bagi memastikan tiada sebarang kebocoran.
e. Apabila tugasan telah selesai, kembali ke kawasan selamat melalui Safe Route.
Dilakukan selepas penggunaan dan termasuk penyelenggaraan troli, silinder, Harness dan Facepiece.
Periksa komponen-komponen berikut :
a. Adalah disarankan kesemua komponen, coupling, hos, dan lain-lain dibersihkan dan Disinfected
serta dikeringkan selepas penggunaan.
b. Jangan gunakan Acetone, Alcohol, White spirit, Trichloroetyhylene sebagai agen pembersih.
c. Selepas basuhan, pastikan kesemua peralatan dikeringkan (tidak lebih daripada 60oC).
a. Simpan Airline Equipment dengan posisi Upright, jika boleh tutupkan dengan kain kanvas.
b. Simpan di tempat penyimpanan dengan suhu bilik, bebas dari kotoran dan habuk.
Antara kesukaran di alami oleh pemakai B.A dalam pelbagai insiden ialah terjejasnya penglihatan akibat asap,
oleh kerana itu terdapat insiden kebakaran yang berlaku di siang hari menjadi sukar dan boleh mengambil masa
yang lama untuk dipadamkan. Dalam keadaan normal manusia menggunakan lima deria dalam peratusan seperti
berikut :-
75% - Penglihatan
13% - Pendengaran
6% - Sentuhan
3% - Bau
3% - Rasa
Deria penglihatan kita akan terjejas dalam insiden melibatkan asap tebal dan pemakai B.A terpaksa bergantung
kepada deria sentuhan dan pendengaran dimiliki mereka. Pemakai B.A Juga perlu mengetahui prosedur mencari &
menyelamat semasa berada dalam situasi seperti ini. Dua faktor utama yang perlu dititik beratkan ialah :-
1. Keselamatan diri
Pemakai B.A perlu pantas membuat keputusan sama ada ingin terus mara atau berhenti seketik dan
mengambilkira mengenai keselamatan diri jika terdapat sebarang bahaya dalam sesuatu insiden. Langkah-
langkah keselamatan berikut mesti diambilkira bagi mengurangkan risiko kemungkinan berlakunya
kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku.
1.1 Pemakai B.A perlu selalu bergerak dengan cara shuffle (mengheret kaki) dan bukan berjalan
biasa. Keberatan badan mesti diletakkan di kaki belakang sehinggalah kaki di hadapan telah pasti
langkah seterusnya adalah selamat. Kaki pula jangan di angkat dari lantai, ianya perlu diseret ke
hadapan untuk mengenalpasti sebarang halangan, lubang atau bahaya lain sebagai contoh : Paku
yang terdedah dan lain-lain. Apabila semakin mara ke hadapan, sebelah tangan diangkat ke atas,
tapak tangan sedikit digenggam untuk merasai sebarang halangan. Jika bahagian belakang tangan
tersentuh wayar dengan cas elektrik, ianya akan membuatkan pemakai B.A melantun kebelakang
dan bukannya terus memegang wayar tersebut.
Pencarian mangsa perlu dirancang dengan bersistem atas arahan pegawai operasi sebelum ianya boleh
dilakukan :
- Pencarian sebelah kiri (left hand search) – mengekalkan sentuhan di sebelah kiri dinding
- Pencarian sebelah kanan (right hand search) – mengekalkan sentuhan di sebelah kanan dinding
Semasa ingin membuka pintu sesebuah struktur yang terlibat dalam kebakaran, suhu di permukaan pintu
boleh diuji. Perhatikan setiap sudut pintu tersebut jika wujud kesan haba serta asap. Rasai sekeliling sudut
pintu tersebut jika terdapat kehadiran haba dengan belakang tapak tangan. Gunakan semburan air untuk
mengenalpasti suhunya. Jika terdapat risiko api atau backdraught di belakang pintu tersebut maka langkah-
langkah keselamatan berikut perlu di ambil bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini :
- Lakukan teknik gas-cooling untuk meminimakan risiko berlakunya backdraught di dalam ruang struktur.
- Pastikan jenis serta arah bukaan pintu. Engsel pintu tersebut menghala kearah mana?
Semasa menaiki tangga, pemakai B.A hendaklah memastikan badan mereka rapat dengan dinding kekuatan
struktur sesebuah tangga adalah paling kukuh berhampiran dengan dinding dan setiap anak tangga perlu
diuji integriti serta kestabilannya sebelum meletakkan berat badan kita ke atasnya.
Semasa menuruni tangga pula, lebih baik bergerak dengan membelakangkan diri kerana ianya akan
melindungi muka pemakai B.A dari haba serta membolehkan kita mencapai tangga untuk mengelakkan
jika terjatuh. Setiap anak tangga perlu diperiksa dengan kaki sebelum menuruni setiap anak tangga. Jika
keadaan didapati kurang selamat, maka seorang demi seorang harus menuruni anak tangga tersebut
bergilir-gilir.
Apabila hendak menuruni tangga tegak, hanya seorang sahaja pemakai B.A yang dibenarkan pada satu-satu
masa. Tangan harus diletak di bahagian sisi tangga dan bukan pada anak tangga (ini bagi mengelakkan
sebarang deposit minyak atau bahan-bahan yang boleh menjadi licin apabila dipegang).
6. Mencari Mangsa
Proses mencari mengsa harus dilakukan dengan baik serta merangkumi sebanyak mungkin kawasan
pencarian. Setiap pintu mesti diberi perhatian bagi memastikan pencarian mangsa telah dilakukan
secara menyeluruh. Selepas memasuki sesebuah bilik, perkara pertama yang harus dilakukan ialah untuk
melihat di belakang pintu jika terdapat mangsa yang pengsan akibat terhidu asap dan tidak sempat
membuka pintu. Antara dua tempat yang biasa ditemui mangsa ialah di belakang pintu dan di bawah
tingkap.
Pemakai B.A juga boleh mencari di bawah katil, almari, tepi perabut dan mana-mana ruang yang mungkin
boleh dimasuki oleh orang dewasa atau kanak-kanak. Selesai mencari di dalam bilik atau ruang, buat satu
tanda yang menunjukkan bilik tersebut telah diperiksa. Tanda yang paling mudah ialah dengan menutup
pintu bilik, ia juga berfungsi untuk mengurangkan impak kemerebakan api.
7. Menyelamatkan mangsa
Pemakai B.A perlu bertindak sepantas mungkin apabila menemui mangsa kerana pendedahan berterusan
mangsa kepada asap akan mengurangkan peluang survival mangsa. Perkara berikut perlu diambil
kira :
Berkomunikasi dengan BAECO / pegawai operasi bahawa mangsa telah ditemui beserta lokasi.
Memberitahu BAECO / pegawai operasi untuk menyediakan pasukan bantuan jika tekanan B.A
rendah.
Kepala mangsa mesti dilindungi dan semasa membawa mangsa pastikan tidak terkena risiko
keracunan gas-gas bertoksik.
Semasa mencari punca api, pengetahuan mengenai pergerakan asap banyak membantu.
Walaubagaimanapun pergerakan asap mungkin jauh dari punca api, dan kadangkala jumlah asap yang
banyak bukan bermakna api yang marak. Asap terhasil dari proses convection (peredaran haba melalui
cecair dan gas) Biasanya, suhu akan meningkat apabila berhampiran dengan api. Tanda-tanda seperti
rekahan cat pada pintu serta perubahan warna pada dinding struktur mungkin menandakan kehadiran api.
Kehadiran api juga mungkin boleh dilihat jika terdapat cahaya walaupun diselubungi asap dan kadangkala
sesuatu kebakaran mungkin dapat dikesan jika terdapat bunyi bising, contohnya jatuhan dari siling yang
juga merupakan tanda berlakunya sesuatu kebakaran sedang marak.
Apabila memasuki sesebuah struktur yang terlibat dengan kebakaran, anggota yang memakai alat
pernafasan perlu membawa sebarang peralatan menentang kebakaran untuk tujuan keselamatan diri. Hose
reel atau hos jentera boleh digunakan dan pemakai B.A perlu sedar bekerja dengan hos jentera mungkin
boleh mendatangkan sedikit kesukaran apabila bergerak ke aras berlainan.
Kompresor alat pernafasan adalah satu jenis mesin yang digerakkan oleh tenaga asing untuk menyedut,
menyejuk, menapis, memproses dan mengeluarkan udara bersih yang bertekanan tinggi dan dimampatkan
ke dalam tabung alat pernafasan.
2. LW 570 ES
LW 570 ES ialah mesin pemampat udara dengan 4 piston untuk kegunaan professional. Unit Compressor
ini dimasukkan ke dalam perumah yang mampat bagi mengurangkan pengeluaran bunyi semasa ianya
beroperasi. Pemacu 15 Kw, menghasilkan 570 liter / min udara dan pembinaan 4 peringkat membenarkan
tekanan udara yang dihasilkan sehingga 420 Bar jika diperlukan. Compressor ini telah direka untuk
keperluan sesebuah tempat yang memerlukan Large Filling Stations, ataupun dimana mereka yang bekerja
dan memerlukan Compressor berkuasa tinggi pada tahap pengeluaran bunyi yang rendah.
a. Spesifikasi LW 570 ES
• Panel pengawalan dengan butang Start / Stop dan tolok tekanan dan tolok jam penggunaan.
• Unit akan berhenti beroperasi secara automatik apabila tekanan udara maksimum (333 Bar).
• Compressor tidak akan berfungsi jika salah satu pintu Compressor terbuka.
• Kerangka besi kukuh dan perumah Compressor penyerap bunyi, Powder Coated RAL 6026.
• Pengasing minyak / air untuk setiap tahap, injap keselamatan untuk setiap tahap.
LW 570 ES
Sistem penyejukan udara, reciprocating piston
Jenis compressor
3. Komponen LW 570 ES
Panel ini, walaupun kegunaan utama adalah untuk menapis udara untuk
kegunaan pernafasan, boleh juga digunakan untuk penapisan pelbagai
jenis gas lain. Perumah atau Housing bertekanan tinggi ini telah disahkan
mematuhi Pressure Vessel Regulations ke tahap tekanan kerja 350 Bar
(5250 psi) dan 420 Bar (6200).
Spesifikasi
• Injap keselamatan
• Filter Katrij
Spesifikasi
• Paparan Digital LCD dengan fungsi pelbagai bahasa, English, German, Spanish & French,
menunjukkan kandungan air dalam mg / m3.
• 3 Penunjuk LED untuk mengetahui status filter (Hijau, Kuning dan Merah), Hijau – 20 mg / m3,
Kuning – 20-25 mg / m3, Merah > 25 mg / m3.
Storage Module
Spesifikasi
Merupakan cara paling ekonomikal untuk pengurusan penstoran udara manual, tangki penstoran udara dipasang
pada satu saluran udara menghala ke panel pengurusan penstoran udara manual / panel pengisian udara.
Cara berfungsi
Silinder yang ingin diisi dipasang pada Filling Panel dan injap silinder dibuka. Tangki
penstoran dibuka secara manual sehingga tekanan mencukupi. Tangki penstoran
kemudian ditutup dan slinder tersebut boleh diisi mengikut keperluan kita. Cara
ini membolehkan kita mengisi silinder tanpa memerlukan kita menghidupkan
Compressor, apabila tekanan udara di dalam tangki penstoran berkurangan,
pada masa itu barulah kita hidupkan Compressor untuk mengisi semula ke dalam
tangki penstoran tersebut.
Panel pengisian udara LW terdapat untuk tekanan 200,232 atau 300 bar tekanan udara. Ianya
membenarkan pemasangan serentak beberapa silinder alat pernafasan setiap masa.
Spesifikasi :
SETIAP
NO ITEM DESKRIPSI
TAHUN
Safety Valve
1st Stage – 8 Bar Lakukan Pemeriksaan, tukar jika perlu
6 2nd Stage – 50 Bar Lakukan Pemeriksaan, tukar jika perlu
3rd Stage – 300 Bar Lakukan Pemeriksaan, tukar jika perlu
Honda Engine
Engine Oil Tukar Minyak (1.1 liter-15W/50)
Air Cleaner/Filter Periksa dan bersihkan
13
Sendiment Cup Bersihkan
Spark Plug Tukar
Fuel line Periksa dan tukar jika perlu
Bibliografi
2. WWW.Interspiro.com
8. Wikipedia
9. The Home Office Technical Bulletin 1/1997, “Breathing Apparatus Command and Control
Procedures.” (London: HMFSI, 1997.)
Semakan 2014