You are on page 1of 16

HANYA UNTUK

PASUKAN SISWA APM

CAWANGAN PASUKAN SOKONGAN


BAHAGIAN PENGURUSAN ANGKATAN
IBU PEJABAT PERTAHANAN AWAM MALAYSIA
IKATAN DAN
SIMPULAN
ASAS
Ikatan dan simpulan memainkan peranan penting dalam sesuatu
kerja menyelamat.Penggunaan tali sebagai medium penyelamatan
adalah satu perkara yang terbukti efektif.Pembelajaran tentang
ikatan dan simpulan dapat membantu penyelamat untuk mencapai
objektif iaitu menyelamat mangsa.
Terdapat sepuluh ikatan asas yang digunapakai dalam kerja-kerja
menyelamat.Ikatan dan simpulan ini boleh dipelbagaikan untuk kerja-
kerja menyelamat.Ikatan dan simpulan yang digunakan ialah:
•Thumb Knot/Stopper Knot (Simpul Mati)
•Figure Of Eight Knot (Simpul Angka Lapan)
•Reef Knot (Buku Sila)
•Sheet Bends (Bunga Geti)
•Bowline (Tindih Kasih)
•Half Hitch (Setengah Belit)
•Clove Hitch (Simpul Manuk)
•Round Turn and Half Hitch (1 lengkar 2setengah belit)
•Timber Hitch (Simpul Balak)
•Chair Knot (Simpul Kerusi)
Digunakan untuk menyimpul hujung tali terburai dan menjadi
ikatan penahan pada takal.Ianya sukar untuk dibuka.
Kegunaanya adalah sama seperti simpul mati, akan tetapi ianya
lebih mudah dibuka berbanding simpul mati.
Ianya digunakan untuk mengikat dua tali yang sama saiz.Ianya
juga ikatan yang digunakan dalam pertolongan cemas iaitu
mengikat hujung kain anduh atau pembalut.
Ianya digunakan untuk mengikat dua tali yang tidak sama
saiz.Ianya juga ikatan yang digunakan untuk mengikat hujung tali
di dalam kawasan berair.Terdapat dua jenis.Iaitu Double
(Berganda) dan Single (Tunggal) SheetBend (Bunga Geti). Untuk
Bunga Geti Berganda ianya dililit dua kali. Perbezaannya ialah
dari segi kekuatan. Semakin Banyak lilitan semakin kuat ikatan.
Ianya digunakan untuk menurun atau menaikkan
mangsa yang sedar dan jua bertindak sebagi tali
pandu.
Ianya digunakan untuk mengunci ikatan atau simpulan yang
dibuat
Ianya digunakan untuk sebagai ikatan sauh/anchor pada
sesebuah tiang untuk kerja-kerja menyelamat.Perbezaannya
ianya boleh diubah-ubah dan mudah dibuka.
Ianya digunakan untuk sebagai ikatan sauh/anchor
pada sesebuah tiang untuk kerja-kerja
menyelamat.
Ianya digunakan untuk mengangkat atau menurunkan kayu,
papan, atau peralatan.
1 2

Ianya digunakan untuk menaik dan menurunkan mangsa dari


tempat tinggi atau kawasan rendah.Ianya hanya digunakan pada
mangsa yang tidak sedarkan diri.
Ikatan dan simpulan memainkan peranan yang besar dan
dapat membantu penyelamat dalam menjalankan kerja-kerja
menyelamat sesebuah bencana atau kemalangan.

You might also like