You are on page 1of 1

Alamat anda

Institut Pendidikan Guru Malaysia,


Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya, Selangor. 28 Jun 2017.
(u.p ; Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar)

Tuan/Puan ,

RAYUAN PERMOHONAN KEMASUKKAN KE PROGRAM IJAZAH SARJANA


MUDA PERGURUAN (PISMP) BAGI LULUSAN SPM AMBILAN 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Saya (nama) merupakan calon yang
tidak berjaya mendapatkan tawaran mengikuti program PISMP sesi 2017.
2. Saya merayu kepada pihak tuan memberi peluang kepada saya agar terpilih bagi
mengikuti program ini bagi pengambilan sesi Jun 2017 ini kerana saya amat tertarik dan
berminat dengan profesion perguruan . Saya ingin mengikuti jejak langkah ibu saya sebagai
seorang guru yang telah lama berkhidmat dalam bidang pendidikan Kementerian Pelajaran
Malaysia.

3. Saya merupakan seorang anak yatim yang kehilangan bapa sejak berusia 7 tahun. Saya
adalah seorang yang sangat berdikari dan sentiasa mementingkan hasil terbaik apabila membuat
sesuatu kerja. Saya berjanji akan berusaha sedaya upaya dan memberikan komitmen yang
maksimum sekiranya saya diberi peluang jika terpilih pada sesi kali ini.

4. Sekali lagi saya merayu agar pihak tuan dapat mempertimbangkan dan meluluskan
permohanan rayuan saya ini. Segala budi baik pihak tuan amat saya hargai dan dahulukan
dengan ucapan terima kasih.

Bersama surat ini saya lampirkan surat panggilan temuduga untuk rujukan pihak tuan. Semoga
harapan saya tidak dihampakan.

Sekian, terima kasih.


BERSEDIA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang benar,

(NAMA ANDA)

You might also like