You are on page 1of 20

 Statistik Asas 

3 Sukatan Kecenderungan
Memusat dan Sukatan Serakan

Sukatan kecenderungan memusat didefinisikan sebagai satu ukuran


yang menunjukkan ciri atau maklumat sesuatu data. Ia menunjukkan
kedudukan pusat suatu kumpulan data berdasarkan satu nilai tunggal
sahaja. Terdapat tiga jenis sukatan memusat yang biasa digunakan
iaitu mod, min dan median. Manakala sukatan serakan pula
menggambarkan darjah serakan bagi sesuatu data. Sukatan serakan
terdiri daripada julat, julat antara kuartil, varians dan sisihan piawai.

3.1 Pengiraan Min, Mod dan Median

3.1.1 Min
a. Data Tak Terkumpul
Min ialah hasil tambah (jumlah) semua data yang diberikan dibahagi
dengan bilangan data tersebut.


Min = =

Contoh 1
Katakan,
data yang menunjukkan skor subjek Matematik bagi empat orang
pelajar seperti berikut:

38
 Statistik Asas 

Nama Markah
Alisya 98
Vincent 80
Vivek 70
Ammar 84

Jadual 3.1

Maka min bagi skor ini adalah seperti berikut:

Min =
=

Min mudah dikira, sekiranya bilangan data adalah kecil, tetapi agak
susah dikira bagi data yang banyak.

Contoh 2
Data menunjukkan skor skala bagi suatu soal selidik yang telah
dijalankan ke atas seorang pelajar.

5 3 1 5 2 1
0 3 3 5 3 2
1 2 2 4 5 4
3 4 3 0 2 2
4 5 4 1 3 4
0 3 4 2 4 3

Jika data seperti diberikan ini, maka pengiraan min akan kelihatan
rumit. Namun, terdapat cara yang sistematik bagi menyelesaikan
masalah seperti ini. Jadual kekerapan perlu dibentuk. Maka data di
atas adalah seperti berikut:

39
 Statistik Asas 

Skor skala, x Kekerapan, f


0 3
1 4
2 7
3 9
4 8
5 5
Jadual 3.2

Maka min adalah seperti berikut:

Skor skala, x Kekerapan, f fx


0 3 0
kekerapan
1 4 4 darab skor skala
2 7 14
3 9 27
4 8 32
5 5 25
Jumlah 36 102

Jadual 3.3

Min =


=

= 2.83

Walau bagaimanapun, kita boleh menggunakan komputer untuk


mengira min bagi data yang banyak.

40
 Statistik Asas 

b. Data Terkumpul
Bagi memudahkan pengiraan data terkumpul bagi min dalam jadual
kekerapan, satu andaian iaitu nilai titik tengah, ̅ akan mewakili data
dalam selang kelasnya. Formula min adalah seperti berikut:

∑ ̅
Min = =

Langkah pengiraan min bagi data terkumpul adalah seperti berikut:

Langkah 1: Kirakan nilai titik tengah bagi setiap selang kelas jadual
kekerapan.
Langkah 2: Titik tengah didarabkan dengan kekerapan.
Langkah 3: Kirakan jumlah kekerapan, ∑ .
Langkah 4: Kirakan jumlah hasil darab titik tengah dan
kekerapan, ∑ ̅ .
Langkah 5: Bahagikan ∑ ̅ kepada ∑ .

Bagi memudahkan anda memahaminya, mari kita lihat contoh


pengiraan min data terkumpul.

Contoh 3
Data menunjukkan umur bagi peserta yang menyertai pertandingan
marathon amal yang diadakan di Putrajaya.
Umur Peserta Kekerapan
41 – 45 2
46 – 50 5
51 – 55 7
56 – 60 12
61 – 65 9
66 – 70 3
71 – 75 2
Jadual 3.4
Kirakan min data di atas.

41
 Statistik Asas 

Penyelesaian:
Langkah 1 Langkah 2

Umur Peserta Titik Tengah, ̅ Kekerapan, f ̅


41 – 45 2 2 × 43 = 86

46 – 50 5 5 × 48 = 240
51 – 55 53 7 371
56 – 60 58 12 696
61 – 65 63 9 567
66 – 70 68 3 204
71 – 75 73 2 146
Jumlah ∑ ∑ ̅

Langkah 3 Langkah 4

∑ ̅
Min = Langkah 5

= 57.75

3.1.2 Mod
a. Data Tak Terkumpul
Mod ialah data yang mempunyai kekerapan paling tinggi. Ia
merupakan nilai yang paling kerap berulang dalam sesuatu set data.
Diberi satu set data:
5, 3, 5, 6, 4, 5, 6, 2, 1
Didapati nombor 5 kerap berulang iaitu sebanyak 3 kali. Oleh itu,
mod bagi set data ini ialah 5. Pengiraan mod akan bertambah rumit
jika terdapat bilangan data yang banyak. Maka penggunaan jadual
kekerapan dapat membantu bagi memudahkan kita mengenal pasti
kedudukan dan nilai mod tersebut.

42
 Statistik Asas 

Rujuk Contoh 2
Maka data disusun ke dalam bentuk jadual kekerapan seperti berikut:

Skor skala, x Kekerapan, f


0 3
1 4
2 7
Kekerapan
Mod 3 9
tertinggi
4 8
5 5
Jadual 3.5

Mod ialah kekerapan data yang tertinggi. Maka mod ialah 3.

b. Data Terkumpul
Mod bagi data terkumpul diberi bagi set data terkumpul diberi oleh
rumus:

Mod = L +
) )
)
Di mana
L = Sempadan bawah kelas mod
C = Saiz kelas mod
= Kekerapan kelas mod
= Kekerapan kelas sebelum kelas mod
= Kekerapan kelas selepas kelas mod

Berikut ialah prosedur mengira mod bagi data terkumpul:


Langkah 1: Kenal pasti kelas mod, kekerapannya dan sempadan
bawah kelas mod.
Langkah 2: Kenal pasti kekerapan kelas sebelum kelas mod dan
selepas kelas mod.
Langkah 3: Kirakan saiz kelas mod.
Langkah 4: Selesaikan.

43
 Statistik Asas 

Rujuk Contoh 3

Umur Peserta Kekerapan


41 – 45 2
46 – 50 5
51 – 55 7
56 – 60 12 Langkah 1
61 – 65 9
66 – 70 3 Langkah 2
71 – 75 2
Jadual 3.6

Oleh itu,
= 12, = 7, = 9, L = 55.5, C = 5

Mod = L +
)
)
)

= 55.5 +
)
)5
)

= 59.7

Mod bagi data terkumpul juga boleh ditentukan melalui graf


histogram. Namun nilainya tidaklah setepat pengiraan. Berikut
merupakan langkah-langkah penentuan mod bagi data terkumpul:
Langkah 1: Kirakan sempadan atas dan sempadan bawah setiap
kelas yang diberikan.
Langkah 2: Lukiskan histogram.
Langkah 3: Kenal pasti kelas mod.
(kelas mod merupakan selang kelas yang mempunyai
kekerapan tertinggi)
Langkah 4: Kenal pasti mod dengan melukis cross pada palang
tertinggi.

44
 Statistik Asas 

Rujuk Contoh 3 Langkah 1

Umur Sempadan Sempadan


Kekerapan
peserta bawah atas
41 – 45 40.5 45.5 2

46 – 50 5
= 45.5 = 50.5
51 – 55 50.5 55.5 7
56 – 60 55.5 60.5 12
61 – 65 60.5 65.5 9
66 – 70 65.5 70.5 3
71 – 75 70.5 75.5 2

Jadual 3.7

Langkah 2:

Histogram
Langkah 4
15
Kekerapan, f

10

0
43 48 53 58 63 68 73
Titik Tengah
Nilai Mod = 60

Rajah 3.1 Histogram

Langkah 3: Kelas mod = (56 – 60)


Langkah 4: Rujuk rajah histogram.

45
 Statistik Asas 

3.1.3 Median
a. Data Tak Terkumpul
Median didefinisikan sebagai data yang berada di tengah-tengah
setelah data disusun mengikut urutan tertib menaik/menurun.
Diberi suatu set data:
5, 3, 5, 6, 4, 5, 6, 2,1
Data ini perlu disusun dahulu, maka data di atas akan menjadi seperti
berikut:
1, 2, 3, 4, 5, 5, 5, 6, 6

median
Jika bilangan data tersebut genap atau seperti berikut:

1, 2, 3, 4, 4, 5, 5, 5, 6, 6

maka median = = 4.5

Disimpulkan, jika
1. bilangan data yang diberikan adalah ganjil, maka nilai tengah-
tengah merupakan median.
2. bilangan data yang diberikan adalah genap, maka dua nilai yang
berada di tengah-tengah perlu ditambahkan, kemudian
dibahagikan dengan dua.

Kedudukan median boleh ditentukan menggunakan rumus , di


mana n mewakili bilangan data.

Pengiraan median akan bertambah rumit jika terdapat bilangan data


yang banyak. Maka penggunaan jadual kekerapan dapat membantu
bagi memudahkan kita mengenal pasti kedudukan dan nilai median
tersebut.

46
 Statistik Asas 

Berikut ialah prosedur penentuan median dalam jadual kekerapan:

Langkah 1: Jumlahkan kekerapan, ∑ .


Langkah 2: Kenal pasti kedudukan median pada jadual kekerapan

dengan formula .
Langkah 3: Kirakan kekerapan longgokan.
Langkah 4: Tentukan median.

Rujuk Contoh 2, kirakan median bagi data tersebut.

Skor skala, x Kekerapan, f Kekerapan longgokan


0 3 3
1 4 7
2 7 15
3 9 23
4 8 31
5 5 36
∑ = 36

Langkah 1 Langkah 3

= 18.5 Langkah 2

Langkah 4: Daripada kekerapan longgokan, nilai 3 bermaksud data 1


hingga 3, nilai 7 bermakna data 1 hingga 7 dan
seterusnya.

Kedudukan median telah dikira, median berada pada kedudukan 18.5


yang terletak pada kekerapan longgokan 23, maka median ialah 3.

47
 Statistik Asas 

b. Data Terkumpul
Secara amnya, terdapat rumus tertentu bagi menentukan median
bagi data terkumpul. Rumusnya adalah seperti berikut:

Median, m = L + )C
di mana
L = Sempadan bawah kelas median
N = Jumlah kekerapan
F = Kekerapan longgokan sebelum kelas median
= Kekerapan kelas median
C = Saiz kelas median

Rujuk Contoh 3

Umur Peserta Kekerapan Kekerapan longgokan


41 – 45 2 2
46 – 50 5 7
51 – 55 7 14
56 – 60 12 26
61 – 65 9 35
66 – 70 3 38
71 – 75 2 40

kedudukan median 𝑓𝑚 N F

Kedudukan median ditentukan di mana median terletak di

kedudukan 20 iaitu .

L = 55.5, N = 40, F = 14, = 12 dan


C = sempadan atas  sempadan bawah = 5

Median, m = 55.5 + )5 = 58

48
 Statistik Asas 

3.2 Kuartil Pertama, Kuartil Ketiga dan Julat antara Kuartil

Suatu set data yang banyak disusun dalam tertib menaik dibahagikan
kepada dua bahagian, maka bahagian tersebut merupakan median.
Di antara bahagian awal dan median terdapat satu bahagian cerapan
yang dinamakan kuartil pertama (kuartil bawah), manakala bahagian
di antara median dan bahagian akhir dinamakan kuartil ketiga (kuartil
atas). Rajah di bawah menunjukkan kedudukan kuartil pertama dan
kuartil ketiga.

Data disusun dengan tertib menaik

Kuartil Median, m Kuartil


pertama 𝑁 𝐹 ketiga
=L+ )C
𝑓𝑚

Rajah 3.2

3.2.1 Pengiraan Kuartil Pertama, Kuartil ketiga dan Julat antara


Kuartil
Kaedah dan formula kuartil adalah sama dengan pengiraan median.
Diingatkan bahawa kedudukan median adalah , manakala kedudukan
kuartil pertama adalah dan kuartil ketiga . Berikut adalah
perbezaan rumus antara median, kuartil pertama dan kuartil ketiga:

Kuartil pertama Median Kuartil ketiga

K=L+ )C m=L+ )C Q=L+ )C


L = Sempadan bawah L = Sempadan bawah L = Sempadan bawah
kelas kuartil pertama kelas median kelas kuartil ketiga
N = Jumlah kekerapan N = Jumlah kekerapan N = Jumlah kekerapan

49
 Statistik Asas 

Kuartil pertama Median Kuartil ketiga


F = Kekerapan F = Kekerapan F = Kekerapan
longgokan sebelum longgokan sebelum longgokan sebelum
kelas kuartil pertama kelas median kelas kuartil ketiga
= Kekerapan kelas = Kekerapan kelas = Kekerapan kelas
kuartil pertama median kuartil ketiga
C = Saiz kelas kuartil C = Saiz kelas median C = Saiz kelas kuartil
pertama ketiga

Jadual 3.8
Julat antara kuartil = Nilai kuartil ketiga  Nilai kuartil pertama

Rujuk Contoh 3
Kirakan kuartil pertama, kuartil ketiga dan julat antara kuartil.
Diketahui bahawa kedudukan kuartil pertama ialah = 10
manakala kuartil ketiga ialah .

Umur peserta Kekerapan Kekerapan longgokan


41 – 45 2 2
46 – 50 5 7
51 – 55 7 14
56 – 60 12 26
61 – 65 9 35
66 – 70 3 38
71 – 75 2 40
kedudukan kuartil pertama N 𝐹 𝑄)
𝑓𝐾 𝑓𝑄
kedudukan kuartil ketiga 𝐹 𝐾)

Kuartil Pertama: L = 50.5, N = 40, F = 7, = 7 dan


C = Sempadan atas  Sempadan bawah = 5

Kuartil Pertama, K = 50.5 + ( )5 = 52.6

50
 Statistik Asas 

Kuartil Ketiga: L = 60.5, N = 40, F = 26, = 9 dan


C = Sempadan atas  Sempadan bawah = 5

Kuartil Ketiga, Q = 60.5 + )5 = 62.7

Julat antara kuartil = 62.7  52.6 = 10.1

Walau bagaimanapun, kuartil pertama, median dan kuartil ketiga juga


boleh ditentukan menggunakan graf ogif.

Kedudukan
kuartil ketiga

Kedudukan
median

Kedudukan
kuartil pertama

Kuartil pertama Median Kuartil ketiga


= 52.5 = 58 = 62.5

Rajah 3.3 Graf ogif

51
 Statistik Asas 

Ketepatan menggunakan graf tidaklah sejitu menggunakan rumus,


kemungkinan besar hasil dapatan jawapan daripada graf sedikit
berbeza iaitu .

Jika graf dilukis menggunakan perisian komputer, ia tidak akan


mendatangkan masalah kepada jawapan nilai kuartil pertama,
median dan kuartil ketiga.

Jika kuartil, data dibahagikan kepada empat bahagian. Bagi Desil,


data cerapan akan dibahagikan kepada 10 bahagian, manakala
persentil data cerapan akan dibahagikan kepada 100 bahagian.

3.3 Varians dan Sisihan Piawai

a. Data Tak Terkumpul


Pengiraan varians dan sisihan piawai:
∑ ̅)
Varians,

Sisihan piawai ialah punca kuasa dua bagi nilai varians:


∑ ̅)
Sisihan piawai, √

Berikut ialah prosedur mencari varians dan sisihan piawai:

Langkah 1: Dapatkan min setiap data.


Langkah 2: Data cerapan  nilai min, ( ̅ ).
Langkah 3: Setiap nilai Langkah 2 dikuasaduakan ̅) .
Langkah 4: Jumlahkan nilai-nilai Langkah 3, ∑ ̅) .
Langkah 5: Bahagikan nilai Langkah 4 dengan jumlah kekerapan,
∑ ̅)
.

52
 Statistik Asas 

Untuk mendapatkan sisihan piawai,


∑ ̅)
Langkah 6: Punca kuasa duakan nilai Langkah 5, √ .

Rujuk Contoh 1
Kirakan varians dan sisihan piawai.

Nama Markah
Alisya 98
Vincent 80
Vivek 70
Ammar 84

Jadual 3.9

Langkah 1: Kirakan min (rujuk nota min) maka min, ̅ = 83.


Langkah 2 Langkah 3

Markah, X ( ̅) ̅)
2
98 98  83 = 15 15 = 225
80 3 9
70 13 169
84 1 1
Jumlah ∑ ̅ ) = 404

Langkah 5: Langkah 4

Bilangan data N = 4
∑ ̅)
Maka, varians, = = 101
Langkah 6:
Sisihan piawai, =√ = 10.05

53
 Statistik Asas 

b. Data Terkumpul
Pengiraan varians dan sisihan piawai:
∑ ̅)
Varians,

∑ ̅)
Sisihan piawai, √ ∑

Berikut ialah prosedur mendapatkan nilai varians dan sisihan piawai:


Langkah 1: Kirakan jumlah kekerapan.
Langkah 2: Hitungkan titik tengah setiap selang kelas.
Langkah 3: Dapatkan nilai min.
Langkah 4: Setiap kelas, kirakan nilai titik tengah  nilai min, ( ̅ ).
Langkah 5: Setiap nilai Langkah 4 dikuasaduakan ̅) .
Langkah 6: Darabkan kekerapan dan nilai Langkah 5.
Langkah 7: Jumlahkan nilai-nilai Langkah 6.
Langkah 8: Nilai Langkah 7 dibahagikan kepada jumlah kekerapan.
Untuk mendapatkan sisihan piawai,
Langkah 9: Nilai Langkah 8 dipunca kuasa duakan.

Rujuk Contoh 3
Kirakan varians dan sisihan piawai bagi data tersebut.
Langkah 2 Langkah 4 Langkah 5 Langkah 6

Umur Titik tengah, Kekerapan, ̅)


( ̅) ̅)
peserta ̅ f
41 – 45 2 14.57 212.2849 424.5698
46 – 50 5 9.75 95.0625 475.3125
51 – 55 53 7 4.75 22.5625 157.9375
56 – 60 58 12 0.25 0.0625 0.75
61 – 65 63 9 5.25 27.5625 248.0625
66 – 70 68 3 10.25 105.0625 315.1875
71 – 75 73 2 15.25 232.5625 465.125
Jumlah ∑ = 40 2086.9448

Langkah 1 Langkah 7

54
 Statistik Asas 

Langkah 3: Daripada nota sebelumnya, nilai min = 57.75


Langkah 8:

Varians = = 52.17
Langkah 9:
Sisihan piawai = √ = 7.22

Nilai sisihan piawai menunjukkan sebaran data-data. Nilai sisihan


piawai yang besar bermaksud terdapat jurang perbezaan yang sangat
tinggi antara nilai maksimum dan juga nilai minimum bagi sesuatu
set data. Ini bermakna data tersebar luas antara satu sama lain
(Heterogen). Manakala nilai sisihan piawai yang kecil bermakna data
tersebar secara berhampiran antara satu sama lain (homogen).

Latihan

1. Rajah di bawah menunjukkan sumbangan derma untuk tabung


kebajikan pelajar yang diterima daripada 30 orang pelajar.

15 17 22 17 13 23 8 5 19 29
23 21 11 26 27 23 18 15 33 12
11 21 23 16 24 5 16 18 14 26

(a) Berdasarkan rajah, kirakan mod, median dan min bagi data di
atas.

(b) Seterusnya lengkapkan jadual berikut.

55
 Statistik Asas 

Kutipan derma
Kekerapan
(RM)
5–9
10 – 14

(c) Berdasarkan jadual, cari nilai mod, median dan min.


Bandingkan jawapan anda di (a) dan bincangkan.

2. Rajah di bawah menunjukkan data jumlah SMS yang diterima


oleh 40 orang pelajar PPISMP dalam sehari.

49 26 38 39 41 45 45 43 22 30
33 39 45 43 39 31 27 24 32 40
43 40 38 35 34 34 25 34 46 23
35 37 40 37 48 25 47 30 29 28

(a) Berdasarkan rajah, bina jadual kekerapan, graf histogram dan


ogif dengan saiz kelas 5 bermula 16 – 20. Berdasarkan graf
yang dibina, dapatkan nilai mod, median, kuartil pertama,
kuartil ketiga dan julat antara kuartil.

(b) Berdasarkan jadual kekerapan yang dibina di atas, kira nilai


mod, median, kuartil pertama, kuartil ketiga dan julat antara
kuartil. Seterusnya bincangkan perbandingan nilai di (a) dan
(b).

56
 Statistik Asas 

3. Graf histogram di bawah menunjukkan berat bagi pelajar dalam


sebuah kelas.

40

35

30
Kekerapan

25

20

15

10

5 0

30.5 35.5 40.5 45.5 50.5 55.5 60.5


Berat
Berdasarkan histogram di atas,
(a) Berapakan jumlah berat pelajar-pelajar tersebut?
(b) Bina jadual kekerapan yang menunjukkan data terkumpul
berat di atas.
(c) Kirakan min, sisihan piawai dan varians data tersebut.

4. Jadual kekerapan di bawah menunjukkan gaji harian bagi 20


orang pekerja sebuah syarikat pembersihan bangunan.

Gaji(RM) 25 – 29 30 – 34 35 – 39 40 – 44 45 – 49 50 – 54 55 – 59
Kekerapan 4 1 1 5 3 4 2

Cari nilai min dan varians data di atas.

57

You might also like