You are on page 1of 2

Bab 1 - EKONOMI ISLAM

1. Ekonomi Islam ialah sistem yang mengkaji aktiviti ekonomi berdasarkan hukum syarak.
2. Manusia mendapat sumber yang dianugerahi oleh Tuhan, kemudian menguruskan demi kebaikan
bersama
3. Pihak swasta dan kerajaan bersama-sama membuat keputusan ekonomi berdasarkan prinsip dan
hukum Islam
4. Contoh negara yang mengamalkannya ialah Brunai DS dan Arab Saudi.

5. Ciri-ciri sistem ekonomi Islam:

i. Pemilikan sumber
Sumber ekonomi adalah hak milik mutlak Allah (s.w.t.), manusia sebagai pemegang amanah untuk
melaksanakan kewajipan kepada Tuhan.
ii. Pembuat keputusan
Pengguna dan pengeluar boleh membuat keputusan ekonomi berdasarkan amalan Islam
dalamkehidupan.
iii. Pilihan
Individu dan swasta boleh membuat pilihan terhadap barangan dan perkhidmatan serta aktiviti
ekonomi tetapi mestilah yang halal dan tidak diharamkan oleh Islam.
iv. Penentu harga
Harga barang-barang dan perkhidmatan di pasaran ditentukan oleh mekanisme harga. Kerajaan akan
campur tangan ke atas barang kawalan.
v. Persaingan
Persaingan yang sihat antara pengeluar adalah digalakkan untuk mencapai pengeluaran yang cekap
dan untung yang maksimum. Tiada persaingan bagi mengeluarkan barang awam.
vi. Motif
Motif utama pengeluaran adalah untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

6. Penyelesaian masalah-masalah asas ekonomi:


i. Apakah yang hendak dikeluarkan .
Apa yang hendak dikeluarkan ditentukan oleh swasta berdasarkan mekanisme harga iaitu permintaan
dan penawaran dalam pasaran. Manakala kerajaan akan mengeluarkan barang awam. Tetapi
pengeluaran adalah tertakluk kepada peraturan Islam sebab ada barang tertentu yang tidak
dibenarkan dalam Islam seperti pengeluaran arak dan khinzir.
ii. Berapakah yang hendak dikeluarkan
Pihak swasta akan mengeluarkan barang berdasarkan mekanisme harga tetapi mengikut prinsip
Islam. Kerajaan akan campur tangan untuk memastikan kuantiti pengeluaran sesuatu barang tidak
menjejaskan pengeluaran barang lain. Kerajaan memastikan kebajikan masyarakat dipenuhi dengan
menjamin pengeluaran yang mencukupi untuk memenuhi keperluan masyarakat.

iii. Bagaimanakah hendak dikeluarkan


Pengeluar boleh memilih kaedah pengeluaran yang paling cekap samada intensif buruh atau intensif
modal untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos. Pengeluar perlu mematuhi
peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Kerajaan akan menggalakkan cara pengeluaran yang
menuju guna tenaga penuh supaya tiada pembaziran sumber ekonomi.

iv. Untuk siapakah barang dikeluarkan


Barang swasta yang dikeluarkan diagihkan mengikut pendapatan, golongan kaya mampu memben
banyak berbanding dengan golongan miskin. Kerajaan akan memenuhi keperluan asas semua
penduduk dengan mengawal harga barangan ters Kerajaan juga akan memastikan pengagihan
barang secara adil dan saksama.

You might also like