You are on page 1of 2

SOALAN 40

KERAJAAN BANI ABBASIYAH Rujuk muka surat 156

14. (a) Terangkan maksud Baitulhikmah dalam kerajaan Bani Abbasiyah?


[2 markah]

 BM : Pelajar perlu memahami apa itu Baitulhikmah


 Jawapan merujuk buku teks, fakta dan memerlukan pengetahuan pelajar
(i) ……………………………………………………………..
(ii) …………………………………………………………….
JAWAPAN
F1 Institusi keilmuan / pendidikan
F2 Pusat pengajian tinggi
F3 Pusat kecemerlangan ilmu
F4 Pusat penterjemahan

SOALAN 41
(b) Nyatakan sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah dari aspek pendidikan ?
[4 markah]
 BM : empat sumbangan. Jawapan merujuk buku teks / fakta, Senarai seberapa banyak
perkembangan ilmu pengetahuan dari buku teks / pengetahuan anda
 Binaan jawapan: [KA + F + H + C]
Rujuk muka surat 156
Sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah kepada perkembangan ilmu pengetahuan ( KA )
ialah………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…….…………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………….………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………….

JAWAPAN
F1 Penterjemahan karya pelbagai bidang daripada pelbagai bahasa ke bahasa Arab /
penterjemahan karya asing
F2 Kegiatan penulisan berkembang
F3 Ramai ulama / Imam Malik / Ibn Ishaq / Abu Hanifah / Imam Syafi’i / Imam Ahmad bin Hanbal
F4 Menghasilkan karya / penulisan dalam pelbagai bidang / menyusun hadis / fikah / tafsir /
sejarah
F5 Penulisan terbahagi kepada tiga tahap / mencatat idea / percakapan / mengumpul idea serupa
/ mengumpul hadis Nabi Muhammad s.a.w. / mengarang
F6 Mencipta / membuat pembaharuan dalam karya terjemahan
F7 Membuat penambahbaikan dalam karya terjemahan
F8 Memelihara warisan ilmu tamadun Eropah
F9 Meningkatkan kegiatan penyelidikan

JAWAPAN ESEI HOLISTIK FAKTA + CONTOH + HURAIAN HOW + WHY +


INFERENCE
Jelaskan sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah dari aspek pendidikan.

Dua jawapan sahaja pun dah cukup markah penuh esei 😊

Sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah dari aspek pendidikan ialah (fakta) pusat
penyebaran ilmu pengetahuan (contoh) contohnya kota Bangdad (how) menjadi pusat
penterjemahan Baitulhikmah dengan menterjemah karya asing falsafah Sains Yunani ke bahasa
Arab secara berkumpulan dan diawasi oleh penyelaras pada zaman Khalifah Harun al-Rashid dan
Khalifah al-Makmum. Ini (why) bertujuan menyelamatkan warisan ilmu daripada lenyap pada
zaman Gelap di Eropah dan (inference) membolehkan ilmu pengetahuan diguna sehingga hari ini
dan berkembang pesat.

(pw) Selain itu, (fakta) perkembangan tahap-tahap kegiatan penulisan juga


merupakan sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah dari aspek pendidikan (contoh) contohnya
pada tahap pertama (how) melalui mencatat idea percakapan, tahap kedua melalui
mengumpul maklumat hadis Nabi Muhammad s.a.w. dan tahap ketiga melalui mengarang.
Perkembangan ini (why) menyebabkan lahirnya para ilmuan agama yang menulis buku al-
Muwatta oleh Imam Malik, buku sirah Nabi Muhammad oleh Ibnu Ishaq, Kitab al-Shafa oleh
Ibnu Sina dan Kitab Al-Hawi oleh Zakaria al-Razi.

You might also like