You are on page 1of 16

TINGKATAN 5 EKONOMI

BAB 1: EKONOMI DAN KERAJAAN

1. Kerajaan merupakan perancang dan pembuat dasar berhubung keputusan berkaitan


masyarakat dalam sesebuah negara.
2. Kerajaan juga merupakan salah satu unit ekonomi yang memainkan tiga peranan iaitu:
a. Pengeluar dan Majikan
b. Mencapai objektif makroekonomi
c. Mengawal selia pengeluar dan eksternaliti negatif

1.1 PERANAN KERAJAAN DALAM EKONOMI


1.1.1 Peranan Kerajaan sebagai Pengeluar dan Majikan
1. Kerajaan berperanan sebagai unit ekonomi yang menjalankan aktiviti ekonomi untuk
meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat.
2. Peranan Kerajaan sebagai Pengeluar
a. Kerajaan berperanan sebagai pengeluar barang awam dan barang sosial kerana barang
ini tidak disediakan oleh pihak swasta kerana tidak menguntungkan.
b. Kebajikan masyarakat akan terjejas jikalau barang-barang ini tidak disediakan.

Barang Awam Barang Sosial


- Tidak dikenakan bayaran atau bayaran - Memerlukan perbelanjaan dan
minimum tindakan kerajaan untuk
- Penawaran terhad dan penggunaannya mengeluarkannya
dikongsi. - Contoh, : Air terawat dan
- Contoh, : jalan raya, padang awam, perkhidmatan pendidikan percuma
sekolah dan klinik kerajaan.

c.Sebagai pengeluar tunggal dalam industri, kerajaan boleh mengawal harga barang
keluaran dengan bertindak sebagai monopoli semula jadi.
i. Satu firma saja
ii. Keluaran tidak ada pengganti
iii. Penentu harga pasaran
iv. Tiada kebebasan keluar masuk industri.
d. Ciri-ciri pasaran monopoli semula jadi:
e. Pengawalan harga barang tersebut dapat menjamin kebajikan masyarakat.
3. Peranan Kerajaan sebagai Majikan
a. Kerajaan berperanan majikan terpenting dalam negara yang berperanan menawarkan
peluang pekerjaan dalam perkhidmatan sektor awam
b. Perkhidmatan awam merupakan tulang belakang ekonomi yang melicinkan pengeluaran
sektor ekonomi lain.
c. Peluang pekerjaan oleh kerajaan dapat:
i. menjana pendapatan kepada penjawat awam
ii. meningkatkan taraf hidup kerana kuasa beli meningkat
iii. permintaan barang dan perkhidmatan tinggi
iv. menjana pertumbuhan ekonomi dalam negara
d. Faedah sampingan oleh kerajaan:
i. Elaun perumahan dan elaun sara hidup (COLA)
ii. Kemudahan pinjaman perumahan dan kenderaan
iii. Imbuhan Tetap Khidmat Awam
iv. Pencen selepas bersara
v. Cuti tahunan mengikut kelayakan
vi. Cuti bersalin

SPMSureSkor.com 1
1.1.2 PERANAN KERAJAAN UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF MAKROEKONOMI NEGARA
1. Makroekonomi merujuk kepada kajian mengenai ekonomi secara menyeluruh dalam isu
umum seperti pendapatan atau keluaran negara, guna tenaga dan masalah pengangguran.
2. Objektif makroekonomi kerajaan yang selaras dengan objektif untuk memaksimumkan
kebajikan masyarakat adalah seperti:
a. Guna tenaga penuh
b. Kestabilan harga
c. Pertumbuhan ekonomi
d. Kestabilan Imbangan Pembayaran

Guna Tenaga Penuh


1. Guna tenaga penuh - kadar pengangguran di sesebuah negara kurang daripada 4%.
2. Guna tenaga mengukur jumlah tenaga buruh yang digunakan dalam sesebuah negara untuk
mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
3. Penggangguran - jumlah guna tenaga yang tidak digunakan atau tidak terlibat dalam sebarang
kegiatan ekonomi.
4. Guna tenaga yang tinggi menggambarkan pengangguran yang rendah.
5. Kegiatan ekonomi banyak dijalankan dengan jumlah barang dan perkhidmatan yang
dikeluarkan yang banyak.
6. Tingkat pendapatan negara meningkat dan pertumbuhan ekonomi akan lebih baik.
7. Guna tenaga penuh berlaku apabila tenaga buruh digunakan secara optimum dan jumlah
keluaran negara adalah maksimum.
8. Kerajaan ingin mencapai guna tenaga penuh kerana guna tenaga penuh membantu
meningkatkan taraf hidup rakyat dan pendapatan negara.

Kestabilan Harga
1. Ketidakstabilan harga boleh menjejaskan taraf hidup masyarakat.
2. Terbahagi kepada 2:
a. Inflasi
Tingkat harga umum Kos sara hidup Kuasa beli pengguna
naik berterusan naik menurun

b. Deflasi / Kemelesetan ekonomi


Firma mengalami
Tingkat harga umum Kadar pengganguran
kerugian dan terpaksa
jatuh berterusan meningkat
membuang pekerja

3. Kestabilan harga menjamin kestabilan kuasa beli dan kos sara hidup pengguna.
Pertumbuhan Ekonomi
1. Pertumbuhan ekonomi merujuk kepada peningkatan jumlah keluaran barang dan
perkhidmatan dalam sesebuah negara pada sesuatu tahun berbanding dengan tahun
sebelumnya.
2. Pertumbuhan ekonomi akan mendorong:
a. Perkembangan aktiviti dalam ekonomi
b. Penciptaan lebih banyak peluang pekerjaan (kadar pengangguran menurun)
c. Peningkatan pendapatan isi rumah dan negara
d. Peningkatan kuasa beli dan permintaan agrgat
e. Peningkatan taraf hidup masyarakat.

Kestabilan Imbangan Pembayaran


1. Imbangan pembayaran ialah satu penyata kewangan yang merekodkan aliran wang masuk dan
keluar kesan daripada perdaganngan antarabangsa dalam tempoh satu tahun.

SPMSureSkor.com 2
2. Lebihan Imbangan pembayaran Defisit Imbangan pembayaran
- aliran wang masuk ke sesebuah - aliran wang ke luar ke sesebuah negara
negara lebih tinggi daripada aliran melebihi aliran wang masuk ke dalam negara.
wang keluar ke negara lain.

3. Imbangan pembayaran lebihan boleh:


a. meningkatkan nilai eksport barang dan perkhidmatan
b. menggalakkan kemasukan pelaburan asing
c. penerimaan mata wang asing lebih banyak daripada pembayaran mata wang tempatan ke
luar negara
d. meningkatkan rizab pertukaran mata wang asing dalam bank pusat.
e. Nilai mata wang tempatan semakin meningkat.
f. Kegiatan ekonomi dalam Negara semakin pesat.

1.1.3 PERANAN KERAJAAN DALAM MENGAWAL SELIA PENGELUAR DAN EKSTERNALITI


NEGATIF

1. Aktiviti-aktiviti firma dengan matlamat untuk memaksimumkan keuntungan mungkin


menjejaskan kebajikan masyarakat dengan:
a. Mengeksploitasi pengguna
b. Menimbulkan kesan eksternaliti negatif
2. Pengeluar mungkin mengeksploitasi pengguna dengan:
a. Menetapkan harga yang tinggi
b. Menjual barang yang tidak selamat atau tidak berkualiti
3. Maka, kebajikan pengguna akan terjejas.
4. Eksternaliti negatif merujuk kepada kos luaran yang ditanggung oleh masyarakat selain
pengeluar dan pengguna barang tersebut.
5. Eksternaliti negatif boleh menjejaskan kehidupan serta kesihatan mesyarakat dan
mempengaruhi taraf hidup mereka.
6. Kerajaan berkuasa mengawal dan memantau aktiviti pengeluar melalui pelaksanaan
a. Undang-undang dan peraturan
b. Pemberian subsidi
c. Pelaksanaan Cukai
Undang-Undang Dan Peraturan
1. Kerajaan menetapkan undang-undang dan pertauran untuk mengawal selia aktiviti pengeluar
dan menjaga kebajikan masyarakat.
2. Undang-undang yang digubal oleh kerajaan mesti dipatuhi oleh masyarakat.
3. Peraturan merujuk kepada segala yang telah ditentukan dan harus dipatuhi. Pengeluar yang
tidak mematuhi peraturan akan dikenakan hukuman.
4. Pengeluar wajib mempamerkan bahan yang digunakan dalam penyediaan makanan dan
tarikh luput.
5. Mengawal eksploitasi pengguna
a. Kerajaan mengisytiharkan sesetengah barang asas sebagai barang kawalan
b. Peniaga tidak dibenarkan mengubah harga tanpa persetujuan kerajaan
c. Kerajaan melaksanakan dasar harga dan kuota untuk mengawal harga pasaran supaya
rakyat mampu membeli dan juga tidak merugikan pengeluar

SPMSureSkor.com 3
Dasar Definisi Kesan
Dasar - Penetapan harga lebih - Kebajikan pengguna dapat dijaga.
harga rendah daripada tingkat - pengguna dapat membeli barangan
maksimum harga keseimbangan dengan harga yang berpatutan
Dasar - Penetapan harga lebih tinggi - Kebajikan pengeluar dapat dijaga.
harga daripada tingkat harga - pengeluar mendapat keuntungan
minimum keseimbangan lebih tinggi.
Kuota - Had penawaran sesuatu - Mengatasi masalah lebihan atau
barang pada suatu tingkat kurangan barangan di pasaran
kuantiti yang tertentu

6. Mengawal kesan eksternaliti negatif


a. Kerajaan mengawal aktiviti pengeluaran firma melalui pemberian lesen
b. Lesen ditarik balik jika firma tidak mematuhi peraturan
c. Kerajaan menentukan kawasan perindustrian, kawasan perumahan, kawasan industri
berat dan kawasan industri ringan
d. Kerajaan mempunyai agensi yang menjalankan pemantauan aktiviti pengeluaran firma
supaya tidak mengancam alam sekitar dah mematuhi peraturan

Subsidi dan Cukai

Subsidi Cukai
Definisi - Bantuan kewangan yang diberikan - Satu mekanisme yang
oleh kerajaan kepada sesuatu mengumpulkan hasil daripada
perniagaan atau sektor ekonomi. individu atau syarikat dan entiti lain
- Bermotif menstabilkan harga dan untuk membangunkan negara
mengurangkan kos pengeluaran. dengan menyediakan pelbagai
kemudahan awam demi
kesejahteraan rakyat
Mengawal a. Kerajaan memberi subsidi untuk a. Menambahkan kos pengeluaran
eksploitasi mengawal harga barang . pengeluar
pengguna b. Apabila kos pengeluaran b. Jumlah penawaran akan merosot
meningkat, pengeluar akan c. Kerajaan mengenakan cukai
memindahkan beban kos tersebut terhadap barang yang
kepada pengguna dengan membahayakan kesihatan
menaikkan harga. pengguna
c. Maka, kerajaan beri subsidi untuk d. Contoh: Rokok dan minuman keras
menampung kenaikan kos tanpa
menaikkan harga barang.

Mengawal a. Pemberian subsidi menggalakkan a. Terhadap barang dan


kesan pengeluaran sesuatu barang dan perkhidmatan yang membawa
eksternaliti perkhidmatan serta sesuatu teknik kepada pencemaran alam sekitar
negatif pengeluaran. b. Cukai dapat meningkatkan kos
b. Subsidi dapat mengurangkan kos firma
pengeluaran c. Maka firma akan lebih prihatin
c. Pengeluar yang ingin menikmati terhadap alam sekitar
faedah daipada subsidi kerajaan, d. Contoh: Cukai Karbon telah
akan mengeluarkan barang yang dilaksanalan di negara-negara
digalakkan oleh kerajaan atau barat seperti Australia, England,
menggunakan teknik pengeluaran Amerika Syarikat.
yang diperkenalkan.
d. Contoh: Kaedah teknologi hijau
SPMSureSkor.com 4
yang mesra alam

1.1.4 MATLAMAT KERAJAAN UNTUK MENJAGA KEBAJIKAN DAN MENINGKATKAN


KEMAKMURAN NEGARA
1. Kerajaan memainkan peranan berikut bagi mencapai matlamat:
a. Sebagai pengeluar dan majikan
b. Mencapai objektif makroekonomi negara
c. Mengawal selia pengeluar dan eksternaliti negatif
2. Ketiga-tiga peranan di atas saling berhubung kait

Analisis hubung kait antara ketiga-tiga peranan kerajaan


1. Peranan Kerajaan - Kerajaan mengeluarkan barang awam dan barang sosial yang
sebagai Pengeluar tidak dikeluarkan oleh swasta untuk meningkatkan kesejahteraan
dan taraf hidup masyarakat
- Kemudahan infrastruktur juga disediakan bagi tujuan ini.
2. Peranan Kerajaan - Kerajaan mencipta peluang pekerjaan dalam sektor awam dalam
sebagai Majikan inisiatif menyediakan barang-barang tersebut.

3. Mencapai Objektif - Kadar pengangguran berkurang dan guna tenaga penuh boleh
Guna Tenaga Penuh dicapai.
4. Mencapai Objektif - Kemudahan infrastruktur yang lengkap boleh menarik pelaburan
Pertumbuhan asing.
Ekonomi - Kemasukan aliran modal ke dalam negara memperbanyakkan
aktiviti pengeluaran dan merangsang pertumbuhan ekonomi
5. Mencapai Objektif - Dapat dicapai jika pengaliran wang masuk melebihi pengaliran
Imbangan wang keluar
Pembayaran
Lebihan
6. Peranan Megawal - Aktiviti pengeluaran dalam ekonomi yang semakin rancak
Selia Pengeluar dan memerlukan pemantauan daripada kerajaan untuk mengelakkan
Eksternaliti Negatif pengeluar menindas pengguna.
- Maka, kerajaan mengenakan undang-undang dan peraturan
7. Mencapai Objektif - Kerajaan dapat campur tangan dalam ekonomi untuk mengawal
Kestabilan Harga kuasa pasaran supaya harga barang dapat distabilkan.

1.2 PENUNJUK EKONOMI


1. Penunjuk ekonomi merupakan data-data makroekonomi yang digunakan oleh penganalisis
untuk mentafsir prestasi sesebuah ekonomi secara keseluruhan atau mengkaji peluang
pelaburan semasa dan akan datang.
2. Penunjuk-penunjuk ekonomi terdiri daripada:
a. Indeks Harga Pengguna (IHP)
b. Inflasi
c. Pengangguran
d. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
e. Pertumbuhan Ekonomi Malaysia

1.2.1 INDEKS HARGA PENGGUNA (IHP)


1. Indeks Harga Pengguna atau IHP merupakan penunjuk ekonomi yang boleh digunakan untuk
mengkaji:
a. Perubahan tingkat harga umum
b. Kos sara hidup masyarakat
c. Kenaikan tingkat harga umum (inflasi)
SPMSureSkor.com 5
2. IHP mengukur perubahan harga purata sekumpulan barang dan perkhidmatan yang terpilih
dalam ekonomi bagi suatu tahun berbanding dengan suatu tahun dasar.

Pengiraan - Mengukur harga purata barang dan perkhidmatan dalam sesuatu


Indeks Harga tempoh masa yang ditetapkan.
Pengguna - Pengiraan IHP tidak mengambil semua barang dan perkhidmatan dalam
(IHP) pasaran.
- Hanya barang dan perkhidmatan terpilih dalam pengiraan IHP boleh
mewakili corak purata pembelian oleh sekumpulan penduduk
- Klasifikasi Pengunaan Individu Mengikut Tujuan (COICOP) oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengelaskan 12 kumpulan
barangan utama.
a. Makanan dan minuman bukan g. Pengangkutan
alcohol h. Perkhidmatan rekreasi dan
b. Restoran dan hotel kebudayaan
c. Minuman alcohol dan tembakau i. Perumahan, air, elektrik, gas
d. Pakaian dan kasut dan bahan api lain
e. Pelbagai barangan dan j. Hiasan, perkakasan dan
perkhidmatan penyelenggaran isi rumah
f. Pendidikan k. Kesihatan
l. komunikasi

- PBB memberikan wajaran mengikut keutamaan penggunaan kepada


setiap kumpulan barangan tersebut.
Tahun Dasar - Membandingkan harga purata pada tahun dasar dengan harga purata
dan Tahun pada tahun semasa
Semasa - Tahun dasar dijadikan asas perbandingan dengan tingkat harga bagi
tahun yang berbeza bagi tingkat harganya
- Tahun dasar diberikan nilai indeks 100
- Tahun semasa ialah tahun yang ingin dikira IHPnya
Indeks Harga - Perbezaan mata indeks IHP tahun berbeza boleh menunjukkan
Pengguna di peningkatan dalam tingkat harga umum dan inflasi
Malaysia

1.2.2 INFLASI
1. Kadar inflasi merujuk kepada peratus perubahan tingkat harga umum pada suatu tahun
berbanding dengan tahun sebelumnya.
2. Inflasi dalam ekonomi terbahagi kepada 3 jenis mengikut punca seperti berikut:

Inflasi Tarikan a. Kenaikan tingkat harga umum apabila permintaan masyarakat


Permintaan terhadap barang dan perkhidmatan melebihi penawarannya dalam
pasaran.
b. Wujud apabila peningkatan harga berlaku semasa ekonomi berada
pada tahap guna tenaga penuh dan firma sukar menambahkan tingkat
pengeluaran dengan cepat bagi memenuhi permintaan yang tinggi.
c. Sebarang lebihan permintaan menyebabkan harga barang meningkat
dalam pasaran dan inflasi tarikan permintaan berlaku
d. Antaranya 2 faktor yang menyebabkan berlakunya inflasi tarikan
perminataan:
Peningkatan tingkat Pertambahan penawaran
pendapatan wang
- biasanya berlaku pada masa - kesan perbelanjaan kerajaan
pertumbuhan ekonomi tinggi secara berlebihan dan
SPMSureSkor.com 6
- meningkatkan kuasa beli penciptaan kredit oleh bank
pengguna perdagangan
- pengguna cenderung - meningkatkan kuasa beli
berbelanja lebih banyak pengguna
- jumlah permintaan dalam - jumlah permintaan dalam
ekonomi akan meningkat. ekonomi akan meningkat
.
Inflasi Tolakan a. Kenaikan tingkat harga umum apabila kos pengeluaran meningkat
Kos b. Pengeluar memindahkan beban peningkatan kos pengeluaran kepada
para pengguna dengan menaikkan harga jualan bagi mengekalkan
margin keuntungan
c. Maka, tingkat harga umum barang di pasaran akan meningkat
Inflasi Diimport a. Kenaikan tingkat harga umum apabila harga barang yang diimport
dari luar negara meningkat.
b. Barang siap import yang mahal akan dijual pada harga lebih tinggi dan
ini menyebabkan kos pengeluaran meningkat
c. Maka, harga jualan barang dan perkhidmatan dinaikkan di pasaran
d. Kenaikan harga barang imprt boleh disebabkan oleh:
i. Kadar inflasi tinggi di negara pengeksport
ii. Kejatuhan nilai mata wang tempatan
e. Kejatuhan nilai mata wang tempatan boleh menyebabkan harga
barangan import menjadi mahal secara relatif atau perbandingan.

1.2.3 KESAN INFLASI


1. Cara inflasi memberi kesan terhadap pengguna dapat dikaji dari aspek:
a. Harga Barang d. Pengangguran
b. Tabungan e. Eksport
c. Pendapatan f. Kadar Faedah

A. Kesan terhadap harga barang


1. Berlaku apabila tingkat harga umum barang dan perkhidmatan meningkat secara berterusan.
2. Peningkatan harga barang dan perkhidmatan menyebabkan kos sara hidup semakin meningkat.
3. Masyarakat menjadi kurang mampu untuk membeli barang dan perkhidmatan yang dapat
memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
4. Maka, kebajikan pengguna terjejas umunya dalam kalangan berpendapatan tetap atau
penerima pencen.
5. Peningkatan harga barang dapat dikaji berdasarkan harga purata yang tersenarai dalam
senarai barangan runcit oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dalam tempoh 2014 hingga 2016.

B. Kesan terhadap tabungan


1. Peningkatan harga barangan menyebabkan perbelanjaan penggunaan individu meningkat.
2. Masyarakat terpaksa mengeluarkan simpanan untuk menampung kos sara hidup yang
meningkat dan sekaligus berlaku penurunan nilai mata wang yang dipegang oleh isi rumah.
3. Isi rumah lebih cenderung untuk berbelanja daripada menabung dan ini menurunkan jumlah
tabungan masyarakat.

C. Kesan terhadap pendapatan


Pendapatan benar masyarakat menurun dengan andaian pendapatan tunai tidak berubah.
1. Pendapatan benar adalah jumlah barang dan perkhidmatan yang dapat dibeli dengan
pendapatan tunai yang diterima.
2. Kuasa beli pengguna menurun kerana jumlah barangan yang dapat dibeli dengan jumlah tunai
yang sama semakin berkurangan akibat peningkatan harga barangan.

SPMSureSkor.com 7
3. Peningkatan kos sara hidup menyebabkan taraf hidup masyarakat menurun akibat
ketidakmampuan membeli memenuhi keperluan dan kehendak.

D. Kesan terhadap pengangguran


1. Inflasi sederhana memberi kesan positif terhadap pengangguran.
2. Inflasi tarikan permintaan menggalakkan firma mengeluarkan lebihan pengeluaran untuk
memenuhi lebihan permintaan di pasaran dan seterusnya menambahkan penggunaan guna
tenaga.
3. Maka, peluang pekerjaan yang meningkat menyebabkan kadar pengangguran akan menurun
dengan inflasi sederhana.

E. Kesan terhadap eksport


1. Inflasi tolakan kos menyebabkan harga produk tempatan lebih mahal akibat peningkatan kos
pengeluaran firma tempatan.
2. Produk tempatan ini yang dieksport ke luar negara secara relatif lebih mahal dan akan
kehilangan daya saing di pasaran antarabangsa kerana produk negara lain lebih murah.
3. Maka, permintaan barangan tempatan di pasaran antarabangsa akan menurun dan pendapatan
negara daripada sektor eksport akan merosot.

F. Kesan terhadap faedah


1. Inflasi berlaku apabila terlalu banyak wang mengejar barang yang sedikit dan bagi mengawal
bekalan wang, bank pusat akan mengarahkan institusi kewangan meningkatkan kadar faedah.
2. Maka, kos pinjaman dan beban hutang peminjam akan meningkat. Peminjam akan
mengurangkan pinjaman dan penawaran wang dalam ekonomi akan menurun.

1.2.4 PENGANGGURAN
1. Pengangguran merupakan satu keadaan apabila terdapat tenaga buruh (antara umur 15 – 64
tahun) yang sanggup bekerja tetapi tidak mendapat pekerjaan.
2. Tenaga buruh = Guna Tenaga + Pengangguran
3. Kadar pengangguran merupakan penunjuk ekonomi yang mengukur peratus penganggur dalam
kalangan tenaga buruh yang sedia ada dalam sesebuah Negara
4. Kadar penangguran rendah apabila bilangan penganggur adalah kecil berbanding tenaga buruh
atau tenaga buruh dalam negara telah digunakan sepenuhnya iaitu pada kadar di bawah 4%
5. Kadar pengangguran adalah tinggi apabila ramai tenaga buruh tidak mendapat pekerjaan dan
menyebabkan pembaziran faktor pengeluaran buruh dalam ekonomi

KESAN MASALAH PENGANGGURAN


Kesan Pengangguran terhadap:
Ekonomi Negara Masalah Sosial Negara
a. Pendapatan negara sebenar kurang daripada a. Kadar kemiskinan dalam kalangan
pendapatan negara potensi masyarakat akan meningkat
b. Hasil kerajaan berkurangan kerana kutipan b. Menimbulkan masalah kekeluargaan
cukai pendapatan kurang dalam masyarakat
c. Ketidakcekapan dalam pengeluaran dan c. Masalah kehilangan kemahiran dan
pembaziran sumber ekonomi keyakinan diri
d. Menghalang pertumbuhan ekonomi akibat d. Peningkatan kes jenayah dalam negara
pelbagai masalah sosial
e. Taraf hidup masyarakat menurun kerana
kuasa beli telah menurun.

SPMSureSkor.com 8
1.2.5 JENIS PENGANGGURAN

Pengangguran kitaran Pengangguran berstruktur Pengangguran Geseran


a. Berlaku apabila a. Berlaku apabila struktur a. Keadaan tenaga buruh tidak
keadaan ekonomi ekonomi sesebuah bekerja dalam sesuatu jangka
lembap kerana Negara berubah masa apabila berlaku
pengurangan dalam danmenyebabkan perpindahan pekerjaan.
perminataan agregat permintaan bagi buruh b. Pekerja kurang mobiliti atau
mengurangkan dalam sesetengah sector kurang mendapat maklumat
pengeluaran dan ekonomi berkurang. tentang peluang-peluang
seterusnya permintaan b. Walaupun sektor ekonomi pekerjaan di pasaran.
bagi buruh berkurang. lain sedang berkembang c. Biasanya berlaku dalam
b. Ramai tenaga buruh dan memerlukan tenaga kalangan lepasan univeristi
kehilangan pekerjaan buruh yang banyak, yang sedang menunggu
kerana banyak firma penganggur masih sukar pekerjaan yang diingini dan
terpaksa mendapat pekerjaan lazimnya berada pada kadar 2%
mengurangkan akibat kekurangan mobiliti hingga 4%
pengeluaran atau dari segi kelayakan dan
memberhentikan kemahiran.
operasi.

Tahun 1940-an Tahun 1970-an Tahun 2000-an


Guna tenaga Kebanyakkan guna tenaga Sektor ketiga
banyak terlibat telah beralih ke pekerjaan menawarkan paling
dalam pekerjaan sektor kedua melalui banyak peluang
sektor utama . penggunaan automasi dan pekerjaan.
jentera.
Perubahan struktur ekonomi di Malaysia

1.2.6 KELUARAN DALAM NEGARA KASAR


1. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ialah penunjuk ekonomi yang menggambarkan
pendapatan negara iaitu jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah
negara dalam tempoh setahun.
2. KDNK mengukur jumlah nilai pasaran barang dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan
oleh semua faktor pengeluaran dalam sesebuah negara dalam tempoh setahun.
3. KDNK dihitung tanpa mengambil kira sama ada faktor pengeluaran tersebut adalah milik
negara tersebut atau milik negara asing.
4. Tujuan mengukur KDNK:
a. Mengukur pertumbuhan ekonomi
b. Memperbaiki masalah ekonomi
c. Membuat penilaian keberkesanan dasar ekonomi kerajaan
d. Mengenal pasti masalah ekonomi / pertumbuhan kebajikan masyarakat
e. Menbandingkan taraf hidup antara Negara.

Kaedah Pengiraan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)


Tiga pendekatan:
a. Pendekatan Keluaran (Malaysia guna)
b. Pendekatan Perbelanjaan (Malaysia guna)
c. Pendekatan Pendapatan (Malaysia tidak guna - masalah pengumpulan data.)
- Pendekatan Keluaran dan Pendekatan Perbelanjaan akan memberikan nilai yang sama.

SPMSureSkor.com 9
PENDEKATAN PERBELANJAAN
1. KDNK diperoleh dengan menjumlahkan semua perbelanjaan atas barang akhir dan
perkhidmatan yang dihasilkan dalam ekonomi bagi tempoh satu tahun
2. Perbelanjaan menjumlahkan perbelanjaan isi rumah, firma, kerajaan dan eksport bersih
(eksport tolak import).
3. Perubahan stok pada akhir tahun juga diambil kira.
4. Jadual berikut ialah KDNK mengikut jenis perbelanjaan Malaysia pada harga malar
(2010 = 100).

PENDEKATAN KELUARAN
1. KDNK diperoleh dengan menjumlahkan nilai ditambah yang dihasilkan oleh pelbagai sektor
ekonomi di negara bagi tempoh satu tahun
2. Nilai ditambah ialah peningkatan nilai barang setelah melalui setiap peringkat proses
pengeluaran.
3. Kaedah ini boleh mengetahui peratus sumbangan pelbagai sektor ekonomi kepada negara
dan mengelakkkan pengiraan dua kali dalam pengiraan pendapatan negara

SPMSureSkor.com 10
KDNK mengikut jenis aktiviti ekonomi Malaysia pada harga malar (2010 = 100)

1.2.7 PERTUMBUHAN EKONOMI MALAYSIA


1. Pertumbuhan ekonomi merupakan perkembangan kegiatan ekonomi dari semasa ke
semasa yang menyebabkan peningkatan dalam KDNK.
2. Pertumbuhan ekonomi akan meningkatkan KDNK yang membawa maksud bahawa berlakunya
pertambahan dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan dalam ekonomi.
3. Pertumbuhan ekonomi yang meningkat menggambarkan pembangunan negara yang pesat dan
sebaliknya pertumbuhan ekonomi yang menurun menggambarkan pembangunan negara yang
semakin lembap.

Kadar Pertumbuhan Ekonomi


1. Kadar pertumbuhan KDNK bernilai positif = pertumbuhan ekonomi
2. Kadar pertumbuhan KDNK bernilai negatif = kemelesetan ekonomi
3. Kepentingan pertumbuhan ekonomi yang mampan:
a. Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan
b. Meningkatkan taraf kebajikan masyarakat
c. Mengurangkan kadar kemiskinan
d. Merapatkan jurang pendapatan
e. Mempercepat penyediaan kemudahan perumahan, perkhidmatan kesihatan dan kemudahan
asas

SPMSureSkor.com 11
1.2.8 SEBAB DAN AKIBAT PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA

Sebab Berlakunya Pertumbuhan Ekonomi


1. Sumber Alam a. Sebuah negara yang dianugerahkan sumber semula jadi yang
Semula Jadi banyak, berpotensi mengembangkan ekonomi negaranya dengan
mudah.
b. Kekayaan alam semula jadi akan menarik lebih ramai pelabur
asing untuk menjalankan perusahaan di negara tersebut.
2. Jumlah Penduduk a. Penduduk yang bertambah dalam sesebuah negara akan
dan Bekalan mendorong pertambahan penawaran tenaga buruh yang boleh
Tenaga Buruh menyumbang kepada sektor pengeluaran.
b. Jumlah penduduk yang besar juga akan menambahkan
permintaan terhadap barang yang dikeluarkan.
c. Pengeluar juga akan terdorong untuk melabur lebih dan
mengembangkan ekonomi.
3. Kemajuan a. Kemajuan teknologi yang canggih dapat menjana kecekapan
Teknologi pengeluaran barang dan perkhidmatan selaras dengan penurunan
kos pengeluaran dan peningkatan jumlah keluaran.
b. Pemindahan teknologi secara import atau kemasukan peralatan
dan pengetahuan berjaya meningkatkan daya produktiviti industri
tempatan dan kualiti produk tempatan.
c. Peningkatan kecekapan pengeluaran dapat meningkatkan jumlah
pengeluaran dan pendapatan negara yang membantu
perkembangan kegiatan ekonomi yang pesat.
4. Pelaburan dalam a. Pelaburan menjana pengeluaran dalam negara akan
Aktiviti Ekonomi menggalakkan kemasukan pelaburan asing yang banyak. Hal ini
seterusnya meningkatkan pengeluaran barang dan perkhidmatan.
b. Pelaburan asing diklasifikasikan sebagai sumber dana untuk
membiayai barang modal yang boleh digunakan dalam
mengeksploitasi sumber alam semula jadi atau meningkatkan
produktiviti dalam proses pengeluaran.
c. Ketiadaan pelaburan boleh menjejaskan proses pembangunan
sebuah negara.
5. Sistem Sosial dan a. Sikap keterbukaan masyarakat, kestabilan politik dan keadaan
Sikap Masyarakat ekonomi yang kukuh akan memberi keyakinan kepada pelabur
tempatan dan pelabur asing untuk melabur dalam aktiviti ekonomi.
b. Masyarakat yang tegas dengan cara pengeluaran tradisional dan
tidak efisien serta tidak berfikiran terbuka akan membantutkan
pertumbuhan ekonomi.
c. Sebaliknya, masyarakat yang berfikiran terbuka dan boleh
menerima perubahan teknologi dalam aktiviti pengeluaran, akan
menjana produktiviti negara dengan pesat.

SPMSureSkor.com 12
Akibat Pertumbuhan Ekonomi
1. Penyediaan a. Kemudahan infrastruktur lengkap yang disediakan oleh kerajaan
Infrastruktur dapat meningkatkan kecekapan firma dan menarik pelabur asing.
Fizikal b. Kemudahan infrastruktur juga dapat melicinkan urusan firma
perdagangan dari aspek perhubungan dan pengangkutan.
c. Masyarakat setempat juga akan menikmati manfaat daripada
kemudahan infrastruktur yang lengkap ini.
2. Peningkatan a. Pembangunan sumber manusia mempercepat pertumbuhan
Taraf Hidup ekonomi negara kerana sumber manusia yang berbakat,
Penduduk mempunyai pemikiran kreatif dan inovatif, mampu menyelesaikan
masalah dan mempunyai pengetahuan menyebabkan negara lebih
berdaya saing.
b. Maka, lebih banyak IPTA dan IPTS serta institut latihan kemahiran
teknik dan vokasional telah ditubuhkan.
c. Sistem pendidikan disasar untuk melahirkan tenaga buruh yang
berkemahiran dan berkelayakan bagi memenuhi keperluan
industri.
3. Penigkatan Sifat a. Pertumbuhan ekonomi yang menjana pendapatan dan kuasa beli
Keusahawanan masyarakat akan meningkat.
b. Situasi ini akan membuka peluang perniagaan kepada usahawan
yang kreatif untuk menghasilkan perkhidmatan baharu dan inovatif
bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
c. Pelbagai aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dijalankan
dengan pesat yang akan menghasilkan penemuan teknologi
baharu.
d. Penemuan ini akan meningkatkan taraf hidup masyarakat apabila
tingkat kepuasan berada pada tahap yang maksimum.
4. Kestabilan Politik a. Pertumbuhan ekonomi akan menjana pertambahan aktiviti
dan Sosial pengeluaran yang mencipta peluang pekerjaan.
b. Hal ini akan mengurangkan kadar pengangguran dan anggota
masyarakat akan menikmati pendapatan tetap yang akan
digunakan untuk memenuhi keperluan dan kehendak masing-
masing.
c. Maka, keadaan ketenteraman dalam kalangan masyarakat ini akan
mengurangkan kes jenayah serta kestabilan politik dan sosial
dicapai.

1.3 ALAT DASAR EKONOMI


1. Alat dasar ekonomi adalah instrumen kerajaan untuk mencapai objektif makroekonomi.
2. Dua jenis dasar iaitu:
a. Dasar Fiskal
b. Dasar Kewangan
3. Kedua-dua dasar ini digunakan untuk mengawal kesatbilan ekonomi dan mencapai objektif
makroekonomi serta memberikan kesan yang berbeza apabila digabungkan.

1.3.1. DASAR FISKAL


1. Satu dasar kerajaan yang dilaksanakan melalui perubahan dasar cukai dan pernelanjaan
kerajaan agar dapat mencapai keadaan ekonomi yang stabil.
2. Dua alat dasar fiskal iaitu cukai dan pernelanjaan kerajaan
3. Tujuannya:
a. Mencapai keadaan ekonomi yg stabil tanpa inflasi dan pengangguran
b. Mencapai pengangihan pendapatan yang lebih saksama dengan merapatkan jurang
pendapatan
SPMSureSkor.com 13
4. Kedua-dua alat dasar fiskal tersebut boleh digabungkan untuk memberikan hasil yang
berbeza seperti berikut:

Digunakan semasa Maka kerajaan


Dasar fiskal masalah ekonomi : mengurangkan kadar cukai
Mengembang pengangguran dan dan menambahkan
kemelesetan perbelanjaan kerajaan

Perbelanjaan kerajaan Maka, kuasa beli dan Cukai diturunkan


ditingkatkan supaya permintaan pengguna supaya
perbelanjaan dan meningkat  pendapatan boleh
permintaan agregat perbelanjaan dan guna dapat
dinaikkan permintaan agregat ditambahkan
meningkat

Maka, lebih
Permintaan agregat ditingkatkan Maka, masalah
ramai buruh
- ia menggalakkan pengeluar penggangguran
diperlukan utk
tambahkan pengeluaran dapat dikurangkan
menambahkan
pengeluaran

Digunakan semasa Maka kerajaan


Dasar fiskal masalah ekonomi menambahkan kadar cukai
Menguncup inflasi dan mengurangkan
perbelanjaan kerajaan

Perbelanjaan kerajaan
Maka, kuasa beli dan Cukai ditambahkan
dikurangkan supaya
permintaan pengguna supaya
perbelanjaan dan
menurun - perbelanjaan pendapatan boleh
permintaan agregat
dan permintaan agregat guna dapat
dikurangkan
menurun. dikurangkan

Kejatuhan permintaan agregat


Tingkat harga Maka, masalah
akan memperlahankan
umum di pasaran inflasi dapat
pertumbuhan ekonomi dan
menurun. dikurangkan.
menurunkan kuasa beli
pengguna.

Dasar fiskal Dasar fiskal


Aspek
mengembang menguncup
Masalah Ekonomi Pengangguran Inflasi
Tujuan Meningkatkan Mengurangkan
permintaan agregat permintaan agregat
Kadar Cukai Menurunkan kadar cukai Menaikkan kadar cukai
Perbelanjaan Kerajaan Meningkatkan Mengurangkan
perbelanjaan kerajaan perbelanjaan kerajaan

SPMSureSkor.com 14
1.3.2. HASIL KERAJAAN
1. Hasil kerajaan adalah semua jenis pendapatan yang diterima oleh kerajaan dalam bentuk
cukai, yuran, lesen dan perkhidmatan serta digunakan untuk membiayai perbelanjaan
kerajaan.
2. Hasil kerajaan terbahagi kepada dua iaitu:
a. Hasil Cukai
b. Hasil Bukan Cukai

Hasil Cukai
1. Cukai wajib dibayar dalam bentuk wang berdasarkan kepada kadar oleh kerajaan dan Akta-
akta Parlimen.
2. Cukai yang dikenakan terhadap harta atau pendapatan individu, perbadanan, syarikat, dan
perkongsian.
3. Hasil cukai kerajaan terbahagi kepada:
i. Cukai Langsung
ii. Cukai Tak Langsung

Cukai langsung Cukai Tak Langsung


- Dibayar oleh institusi atau individu - Beban cukai ini boleh dipindahkan kepada
- Beban cukainya tidak boleh di pindahkan pihak lain.
kepada orang lain. - Tidak memberi kesan secara langsung
- Memberi kesan secara langsung kepada kepada kebajikan individu yang dikenakan
kebajikan individu. cukai.

Jenis-jenis Cukai Langsung Jenis-jenis Cukai Tak Langsung


(i) Cukai pendapatan perseorangan / (i) Duti Eksais
individu - Dikenakan keatas barang-barang tempatan
- Dikenakan atas pendapatan melebihi seperti rokok, tembakau, minyak wangi dan
jumlah tertentu dalam setahun. barang-barang mewah.
- Diberi beberapa pelepasan cukai - Tujuan kerajaan mengenakan duti eksais:
- Jenis cukai progresif (semakin tinggi a. Sumber hasil kerajaan
pendapatan, cukainya lagi tinggi) b. Menyekat penggunaan orang ramai
- Tujuan kerajaan mengenakan cukai terhadap barang tertentu seperti rokok
pendapatan individu: dan minuman keras yang
a. Sumber hasil kerajaan membahayakan kesihatan.
b. Merapatkan jurang pendapatan
c. Alat kawalan kerajaan mengatasi (ii) Duti Import :
inflasi dan kemelesetan ekonomi - Dikenakan terhadap barangan import dari
(ii) Cukai pendapatan syarikat luar negera.
- Dikenakan atas keuntungan syarikat - Contoh: rokok, minuman keras, kereta,
berhad buah-buahan, minyak wangi.
- Kadar berdasarkan taksiran tahun 2016: - Ada dua jenis cukai import :
a. Syarikat dengan modal berbayar tidak a. Advolerem – Ikut nilai barang (bentuk
melebihi RM2.5 juta - RM 500 000 peratus)
yang pertama 19% dan baki b. Spesifikasi – Ikut ukuran / bilangan /
seterusnya 24% kuantiti.
b. Syarikat dengan modal berbayar Tujuan Duti Import
melebihi RM 2.5 juta - 24% a. Hasil kepada kerajaan
(iii) Cukai pendapatan petroleum b. Perlindungan industri tempatan
- Dikenakan 38% daripada jumlah c. Baiki imbangan perdagangan
pendapatan terhadap syarikat petroleum d. Tambahkan peluang pekerjaan
di Malaysia. e. Mengatasi kesan perlambakan barang
import.
SPMSureSkor.com 15
(iii) Duti Eksport
- Dikenakan ke atas komoditi utama yang
(iv) Cukai pendapatan koperasi dieksport ke luar negara.
- Dikenakan atas koperasi di Malaysia - Contohnya kayu balak, minyak kelapa
- jumlah hasil terendah daripada sawit.
keseluruhan cukai langsung dan hasil Tujuan Duti Eksport
kerajaan. a. Sebagai hasil kerajaan
b. Untuk menggalakkan bahan mentah
Cukai-cukai langsung lain diproses dan dijadikan barang siap.
(i) Duti setem c. Memajukan industri yang berasaskan
- Dikenakan kepada individu yang menjadi sumber tempatan kerana bahan
penerima pindah milik. mentah diproses dalam negara.
- dibayar berasaskan kepada harga harta
tersebut. (iv) Cukai barang dan perkhidmatan
(ii) Cukai harta tanah (GST)
- Dikenakan atas untung apabila jual atau - Dikenakan atas penggunaan barangan
beli tanah. dan perkhidmatan berkuat kuasa 1 April
(iii) Cukai tanah 2015 pada kadar 6%
- Dikenakan kepada pemilik - Menggunakan konsep nilai ditambah
- Dibayar kepada pihak berkuasa negeri - Golongan berpendapatan tinggi
melalui Pejabat Tanah. menggunakan lebih banyak barangan dan
(iv) Cukai pintu membayar GST lebih tinggi dan sebaliknya
- Dikenakan ke atas harta yang terletak di bagi golongan berpendapatan rendah
dalam kuasa majlis kerajaan tersebut. (v) Cukai Perjudiaan
- Dikenakan atas harta kediaman dan - Dikenakan ke atas syarikat yang
harta perniagaan. menjalankan aktiviti perjudian berlesen.
(vi) Cukai pembangunan
- Dikenakan atas pendapatan perniagaan (vi) Cukai Perkhidmatan
di Malaysia. - Dikenakan atas majikan yang membawa
(vii) Cukai pusaka masuk barang dan perkhidmatan ke dalam
- Dikenakan atas harta peninggalan si negara
mati. - Cukai ini biasa digunakan terhadap pekerja
asing yang datang ke sesebuah negara

SPMSureSkor.com 16

You might also like