You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR


ANJURAN
PERSATUAN BAHASA CINA SMK SERENDAH

1.0 PENDAHULUAN

Program Lawatan Sambil Belajar merupakan satu aktiviti pembelajaran luar bilik darjah.
Progam ini merupakan program ko-akademik Persatuan Bahasa Cina di bawah Panitia
Bahasa Cina. Program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada murid untuk
menghargai sumber alam di Malaysia. Selain daripada itu,murid juga berpeluang
mengetahui lokasi tempat-tempat pelancongan utama di Ipoh. Di samping menambah
input berguna melalui pemerhatian dan pengalaman yang akan diperolehi, ia juga
bertujuan untuk mengurangkan stress dalam kalangan murid dan secara tidak langsung
mereka dapat mengenali spesies-spesies tumbuhan di tanah air dan dapat merasakan
kesejukkan di IPOH.

2.0 RASIONAL
2.1 Mendidik dan memberi pengalaman sebenar melalui pemerhatian tentang tempat-
tempat bersejarah di Ipoh
2.2 Menambah pengetahuan murid mengenai fresco Ipoh.
2.3 Mengadaptasi pengalaman yang didapati agar melahirkan insan yang menghargai
sumber alam kepada negara.

3.0 MATLAMAT
3.1 Membantu peserta mencapai kecemerlangan diri dalam menjaga disiplin sendiri.
3.2 Mengurangkan stress para peserta.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mewujudkan satu persatuan yang lebih bekerjasama dan bersemangat kesatuan.
5.0 PELAKSANAAN PROGRAM

3.1 Tempat : Ipoh, Perak

3.2 Tarikh : 10 JUN 2018 – 11 JUN 2018

3.3 Hari : Ahad dan Isnin

3.4 Masa : 2 Hari

3.5 Penyertaan : 40 orang murid.

4 orang guru pengiring.

6.0 KUMPULAN SASARAN


Semua ahli Persatuan Bahasa Cina, SMK Serendah (Sesi Pagi dan Sesi Petang)

7.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Tuan Haji Abdul Karim bin Ihwan (Pengetua SMK Serendah)

Naib Pengerusi : En Rosli bin Jamaluddin (PK Ko-Kurikulum)

: Pn Hafizah Binti Khairuddin (Penolong Kanan)

: Pn. Kamariah binti Murshid (PK Hal Ehwal Murid)

: Pn Siti Haidah binti Musa (PK Sesi Petang)

Penyelaras : Pn Zariah binti Zainal (GKMP Bahasa)

Pn Fadzilah binti Abu Daud (GKMP Sains dan Matematik)

Pn Liu Peek Yuen (GKMP Teknik dan Vokasional)

Pn Zamimah binti Ali (GKMP Kemanusiaan)

Setiausaha : En Chai Kau Choon (Guru Penasihat Persatuan Bahasa Cina)

Bendahari : Cik Loh Yung Jing (Guru Penasihat Persatuan Bahasa Cina)

Ahli Jawatankuasa : En. John Cham


8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Tuan Haji Abdul Karim bin Ihwan (Pengetua SMK Serendah)

Naib Pengerusi : En Rosli bin Jamaluddin (PK Ko-Kurikulum)

: Pn Hafizah Binti Khairuddin (Penolong Kanan)

: Pn. Kamariah binti Murshid (PK Hal Ehwal Murid)

: Pn Siti Haidah binti Musa (PK Sesi Petang)

Setiausaha : En. Chai Kau Choon (Guru Penasihat Persatuan Bahasa Cina)

Penolong Setiausaha : Leong Kar Man (5 WIRA)

Bendahari : Cik Loh Yung Jing (Guru Penasihat Persatuan Bahasa Cina)

Penolong Bendahari : Ong Zhei Yee (5 WIRA)


9.0 PENGISIAN PROGRAM

TARIKH MASA AKTIVITI

10 JUN2018 5:30AM Bertolak dari Serendah ke IPOH

8:00AM Sarapan pagi

9:30AM Cave Temples

10:30AM Sam Poh Tong Temple

11:30PM Nam Thean Tong Temple

12:00PM Funtasy House Trick Art

12:15PM Makan Tengah Hari di Concubina Lane,Ipoh Kong Heng


dan di Jalan Tun Sambathan,Ipoh

2:15PM Fresco di Jalan Ipoh

5:30PM Fresco di Jalan Ipoh

6:15PM Awanastay Ipoh

11 Jun 2018 8:30AM Bersarapan

10:00AM Gunung Lang

12:00PM Kellie’s Castle di Jalan Gopeng

2:00PM Makan Tengah Hari

4:00PM Bertolak Untuk Balik


10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

10.1 Guesthouse 40 orang pelajar X RM 55 = RM 2200

10.2 Tambang 40 orang pelajar X RM45 = RM 1800

10.3 Makan 40 orang pelajar X RM25 = RM 1000

10.4 Bayaran Masuk 40 orang pelajar X RM 25 = RM 1000

JUMLAH BESAR RM 6000

11.0 PENUTUP

Dengan adanya program ini diharap dapat memberi suatu pengetahuan ataupun kemahiran
kepada ahli-ahli Persatuan Bahasa Cina SMK Serendah. Melalui program ini juga pelajar
diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-
rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada
masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti
lawatan ini.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

…………………………………….. ……………………………………..
(EN Chai Kau Choon) (EN Rosli bin Jamaluddin)
Guru Penasihat Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Persatuan Bahasa Cina SMK Serendah
SMK Serendah

Disahkan oleh :

……………………………
(Tuan Haji Abdul Karim bin Ihwan)
Pengetua
SMK Serendah

You might also like