You are on page 1of 6

VISI: “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”

MISI: “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang BerKualiti Untuk Membangun Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi
Negara”
SPSK PK 07/3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALAM DAMAI, CHERAS, KUALA LUMPUR.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK HEM BIL. 1/2016

Tarikh : 23 Disember 2015


Masa : 8.00 pagi – 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat AnjungTamu
Pengerusi : Tn Hj Izamuddin Bin Rozali

Nama Yang Hadir :


1. Pn Hjh Azizah Bt Md Isa (PK Tadbir & Kurikulum)
2. Tn Hj Khairom Bin Patong (PK HEM)
3. Pn Nor Azlinda Bt Hasmunih (PK Kokurikulum)
4. En Mohd Shukry Bin Hussain (PK Pendidikan Khas)
5. Pn Asrizahan Bt Wan Shukeri
6. Pn Mariam Bt Ismail
7. En Kamaruzaman Bin Hishar@Azhar
8. En Mohd Idzha Bin Kassim
9. Pn Raja Nur Fuaizah Bt Raja Adli
10. Pn Suzana Bt Sulaiman
11. Pn Nurhafizah Bt Lois
12. Pn Husna Bt Ab Samad
13. Pn Lailatul Shima Bt Daud
14. Pn Siti Nur Saleha Bt Ahmad
15. En Mohd Yusof Bin Patoon
16. Pn Noor Sham Bt Mohd Ali
17. Pn Marhaniza Bt Mahmud
18. Pn Khatija Bt Omar
19. Pn Rogayah Bt Abd Manaf
20. Pn Shazana Bt Mohd Sutan
21. Pn Norhasimah Bt Mat Husin
22. Pn Khalilah Bt Zainal Abidin
23. Pn Mahfuzah Bt Mohamad

Nama Yang Tidak Hadir:


1. Pn Marina Bt Mohd Hussein (Mesyuarat Penandaan SPM)
2. Pn Azieanty Bt Awang (Cuti Bersalin))

Urus Setia: 1. Pn Nor Suhaila Azni Bt Mohamed Sabli

1
Hak Cipta Terpelihara©Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu
2 Januari 2014-keluaran 03lPindaan 00
VISI: “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”
MISI: “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang BerKualiti Untuk Membangun Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi
Negara”
SPSK PK 07/3
1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan selamat datang kepada semua guru ke Mesyuarat
Jawatankuasa Induk HEM Kali Pertama tahun 2016.
Makluman
1.2 Pengerusi menegaskan pada setiap kali mesyuarat kali pertama semua Pelan Strategik telah
lengkap dan telah dimasukkan ke dalam fail. Beliau juga memaklumkan di dalam bilik
Pengetua perlu ada sembilan fail berkaitan Pelan Strategik, Taktikal dan Operasi untuk semua
bidang Kurikulum, HEM dan Kokurikulum.
Makluman
1.3 Pengerusi menyatakan Pelan Strategik unit HEM dan OPPM telah disiapkan dengan baik
kecuali Unit Disiplin yang belum menyiapkan Pelan Taktikal. Beliau meminta En Idzha
membuat pembentangan Pelan Strategik Unit Disiplin sebentar lagi.
Tindakan: En Idzha
1.4 Pengerusi memaklumkan ‘School Programme Check Tools’ perlu juga disediakan dan akan
dimaklumkan kepada semua bidang. Perkara ini perlu merujuk kepada SKPM.
Makluman
1.5 Pn Marhaniza akan menghantar senarai SKPM untuk semua bidang yang berkaitan.
Tindakan: Pn Marhaniza
1.6 Pengerusi memaklumkan untuk pelaksanaan Program SUMUR perlu dilakukan
penambahbaikan dan perlu merujuk kepada unit Sektor Pendidikan Islam. Beliau juga
menyatakan perlu diadakan program Naqib & Naqibah.
Tindakan: Pn Suzana
1.7 Pengerusi menyatakan pada pagi setiap hari Jumaat selepas bacaan Yasin adalah
pelaksanaan untuk Program SUMUR bukan untuk menyampaikan pengumuman. Beliau
meminta AJK SUMUR menyediakan kertas kerja untuk Program SUMUR selepas bacaan
Yasin. Perkara ini perlu dibincangkan semasa mesyuarat sub unit SUMUR.
Tindakan: Pn Suzana
1.8 Pn Lailatul Shima mencadangkan diadakan Program Kandungan Tajwid dalam bacaan Surah
Yasin. Pengerusi juga mencadangkan disertakan dengan tafsiran untuk Surah Yasin.
Tindakan: Pn Suzana & AJK SUMUR
1.9 Pengerusi meminta Pn Hjh Azizah membuat semakan pengisian untuk Unit Moral yang perlu
dilaksanakan semasa murid Islam terlibat dengan Program SUMUR.
Tindakan: Pn Hjh Azizah

2
Hak Cipta Terpelihara©Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu
2 Januari 2014-keluaran 03lPindaan 00
VISI: “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”
MISI: “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang BerKualiti Untuk Membangun Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi
Negara”
SPSK PK 07/3

1.10 Pengerusi memaklumkan semua Mesyuarat Sub Unit HEM dilaksanakan sebelum sekolah
dibuka pada 4 Januari 2016.
Tindakan: Semua S/U Sub Unit HEM

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit mesyuarat Jawatankuasa Induk HEM Kali Kedua 2015 dicadangkan untuk disahkan oleh
Pn Asrizahan Bt Wan Shukeri dan disokong oleh Pn Mariam Bt Ismail. Ahli mesyuarat sebulat
suara menerima minit mesyuarat lepas.

3 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pn Nor Azlinda Bt Hasmunih menyatakan Maklum Balas Minit Mesyuarat perlu diletakkan tarikh
iaitu 14 hari daripada tarikh mesyuarat dijalankan.
Tindakan: Pn Suhaila
4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN

4.1 PERANCANGAN UNIT HEM TAHUN 2016

4.1.1 Tn Hj Khairom membentangkan aktiviti dan program bulanan Unit HEM sepanjang tahun
2016. Makluman

4.1.2 Beliau memaklumkan pengurusan data murid perlu lengkap dan tepat sebelum sekolah
dibuka termasuklah murid PPKI.
Tindakan: Pn Raja Nur Fuaizah & Pn Akmal
4.1.3 Pn Khatija mencadangkan diadakan taklimat pengurusan register untuk semua guru dan
penyelaras tingkatan. Tn Hj khairom memaklumkan memang telah dirancang untuk
diadakan LDP Pengurusan Register. Pengerusi dan semua ahli mesyuarat bersetuju
LDP tersebut dilaksanakan pada 7 Januari 2016 pada jam 2.00 petang.
Tindakan: PK HEM & SU HEM
4.1.4 Pengerusi meminta AJK Kantin dan PK Kokurikulum memantau pembuangan air ricik
oleh pengusaha kantin ke longkang yang terdapat di belakang kantin. Air tersebut perlu
dibuang ke dalam ‘main hole’ kantin sendiri. Jika masih berlaku laporan perlu dibuat.
PK Kokurikulum & AJK Kantin

3
Hak Cipta Terpelihara©Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu
2 Januari 2014-keluaran 03lPindaan 00
VISI: “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”
MISI: “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang BerKualiti Untuk Membangun Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi
Negara”
SPSK PK 07/3
4.1.4 Pn Salwa memaklumkan merujuk kepada perancangan aktiviti Unit HEM, laporan perlu
dihantar sebanyak 3 kali sepanjang tahun iaitu pada bulan Mac, Julai dan Oktober.
Laporan tersebut termasuklah Data DWEN, Mentor Mentee dan Guru Penyanyang.
Menurut Pn Salwa setakat ini skor sekolah untuk Program Guru Penyayang masih
kurang penyayang.
Makluman
4.1.5 Pengerusi meminta laporan analisis kaji selidik Program Guru Penyanyang tersebut
supaya dapat dimaklumkan kepada semua guru untuk penambahbaikan. Laporan perlu
dibuat semasa Taklimat Pengetua kali pertama.
Tindakan: Pn Salwa & Pn Nurhafizah
4.1.6 Pengerusi juga meminta Kaunselor mengadakan Program Anak Angkat untuk semua
pentadbir. Ianya melibatkan murid-murid yang bermasalah daripada semua tingkatan
untuk dijadikan anak angkat Pengetua dan semua Penolong Kanan.
Tindakan: Kaunselor
4.1.7 Tn Hj Khairom memberi taklimat berkaitan Takwim Pendidikan Islam.
Makluman
4.1.8 Pn Marhaniza memberi cadangan untuk mengadakan amali penyembelihan sebagai
salah satu aktiviti melibatkan murid Tingkatan 4 dan 5. Pengerusi dan semua ahli
mesyuarat bersetuju tetapi perlu merujuk kepada tarikh yang sesuai.
Tindakan: KP Panitia Pendidikan Islam
4.1.9 Pengerusi meminda tarikh Pelancaran Sambutan Ihya’ Ramadhan kepada 13 Jun 2016
dan digabungkan bersama dengan Pendidikan Khas. Tn Hj Khairom membuat
pembetulan kepada tarikh untuk Majlis Khatam Al-Quran kepada 24 Jun 2016, Majlis
Solat Hajat kepada 23 September 2016 dan Sambutan Maal Hijrah kepada 7 Oktober
2016. Tindakan: KP Panitia Pendidikan Islam

4.2 JAWATANKUASA HEM 2016 DAN BIDANG TUGAS

4.2.1 Tn Hj Khairom membentangkan senarai Jawatankuasa HEM tahun 2016 dan bidang
tugas setiap sub unit merujuk kepada Fail Pengurusan. Beliau berharap semua AJK
yang telah dilantik dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan baik. Fail
untuk setiap unit akan diedarkan dan perlu dilengkapkan sebelum sekolah dibuka.
Tindakan: Semua SU Sub Unit

4
Hak Cipta Terpelihara©Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu
2 Januari 2014-keluaran 03lPindaan 00
VISI: “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”
MISI: “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang BerKualiti Untuk Membangun Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi
Negara”
SPSK PK 07/3
4.3 PEMBENTANGAN PELAN STRATEGIK DISIPLIN 2016

4.3.1 En Idhza membuat pembentangan Pelan Strategik Sub Unit Disiplin bagi tahun 2016.
Pelan Taktikal telah dilengkapkan.
Makluman
4.3.2 Pengerusi meminta maklumbalas berkaitan tindakan kepada murid yang hadir lewat. En
Idzha memaklumkan ‘fliers’ akan diedarkan kepada ibubapa yang menghantar anak
lewat. Slip kehadiran lewat juga akan dilaksanakan.
Makluman
4.3.3 Pengerusi memaklumkan program bagi Unit Disiplin perlu pragmatik untuk menangani
membendung dan menangani masalah disiplin.
Makluman
4.3.4 Pengerusi juga memaklumkan ‘spot check’ perlu dijalankan dengan kerap untuk
membenteras murid daripada membawa barangan yang dilarang.
Tindakan: En Kamaruzaman
4.3.5 Tn Hj Khairom memaklumkan Taklimat Disiplin akan diadakan pada setiap bulan.
Tindakan: En Kamaruzaman
4.3.5 En Idhza melaporkan data SSDM bagi tahun 2015 iaitu seramai 32 orang. Menurut Pn
Salwa kebanyakan ibubapa murid berkenaan telah dihubungi oleh Unit Bimbingan &
Kaunseling.
Makluman
5 HAL-HAL LAIN
5.1 Pn Hjh Azizah mencadangkan untuk Sambutan Hari Guru nanti murid yang mengendalikan
majlis tersebut dengan dipimpin oleh Lembaga Pengawas beserta PIBG.
Tindakan: Pn Siti Nur Saleha
5.2 Pengerusi memaklumkan semua kertas kerja unit HEM perlu dimasukkan ke dalam fail dan
perlu diserahkan kepada SU HEM sebelum sekolah dibuka.
Tindakan: Semua SU Sub Unit HEM

5.3 Pn Khalilah menyatakan beliau memerlukan senarai nama murid setiap tingkatan untuk
urusan pengedaran buku teks semasa Hari Orientasi.
Tindakan: Penyelaras Tingkatan

5
Hak Cipta Terpelihara©Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu
2 Januari 2014-keluaran 03lPindaan 00
VISI: “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”
MISI: “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang BerKualiti Untuk Membangun Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi
Negara”
SPSK PK 07/3
5.4 Tn Hj Khairom memaklumkan Kad Kesihatan dan Pemeriksaan Gigi akan diagihkan kepada
guru tingkatan untuk ditandatangani oleh ibubapa semasa Hari Orientasi.
Tindakan: Penyelaras Tingkatan

6 PENUTUP

6.1 Pengerusi berharap semua Jawatankuasa Unit HEM 2016 dapat menjalankan tugas dengan
baik. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.10 pagi dan Mesyuarat Jawatankuasa Induk
HEM Kali ke-2 akan diadakan pada 22 Februari 2016.

Disediakan oleh:

_________________________________
(NOR SUHAILA AZNI BT MOHAMED SABLI)
Setiausaha HEM
SMK Alam Damai
Cheras, Kuala Lumpur.

6
Hak Cipta Terpelihara©Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu
2 Januari 2014-keluaran 03lPindaan 00

You might also like