You are on page 1of 12

SISTEM KEHAKIMAN

(BIDANG KUASA DI MAHKAMAH KHAS)

MAHKAMAH BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK

1. Membicarakan sebarang pelanggaraan dengan syarat salah seorang daripada


pihak yang terlibat ialah bumiputera.

2. Mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan undang-undang seperti:-

a. Harta pusaka.
b. Pembahagian tanah.
c. Perkahwinan.

Struktur Mahkamah Bumiputera

SABAH SARAWAK
1. Mahkamah Bumiputera 1. Mahkamah Ketua Kampung
2. Mahkamah Pegawai Daerah 2. Mahkamah Pegawai/Ketua Bumiputera
3. Mahkamah Rayuan Bumiputera 3. Mahkamah Daerah Bumiputera
4. Mahkamah Bumiputera Residen
5. Mahkamah Rayuan Bumiputera

MAHKAMAH BUMIPUTERA SABAH

5. Mahkamah Bumiputera terdiri:-

a. Mahkamah Bumiputera

(1) Ketua Bumiputera.


(2) Dua orang pengapit.
(3) Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman penjara melebihi 1
tahun dan denda tidak melebihi RM 100.

b. Mahkamah Pegawai Daerah

(1) Pegawai Daerah.


(2) Dua orang pengapit.
(3) Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi
2 tahun dan denda tidak melebihi RM 200.
c. Mahkamah Rayuan Bumiputera

(1) Hakim Mahkamah Tinggi.


(2) Dua orang ketua bumiputera.
(3) Mendengar kes-kes rayuan daripada Mahkamah Bumiputera
bawahan.

MAHKAMAH BUMIPUTERA SARAWAK

6. Mahkamah Bumiputera terdiri :-

a. Mahkamah Ketua Kampung

(1) Ketua Kampung.


(2) Dua orang pengapit.
(3) Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman denda tidak melebihi
RM 50 .

b. Mahkamah Pegawai/Ketua Bumiputera.

(1) Pegawai atau Ketua Bumiputera.


(2) Dua orang pengapit.
(3) Mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman tidak melebihi 6
bulan dan denda tidak melebihi RM100.

c. Mahkamah Daerah Bumiputera

(1) Majistret.
(2) Pegawai Bumiputera.
(3) Dua orang pengapit.
(4) Berkuasa untuk menjatuhkan hukuman penjara tidak melebihi 2
tahun dan denda tidak melebihi RM200.

d. Mahkamah Bumiputera Residen

(1) Residen.
(2) Ketua.
(3) Dua orang pengapit.
(4) Mahkamah ini mendengar kes-kes rayuan dari Mahkamah Rayuan
bawahan.
(5) Residen berkuasa untuk menghentikan atau mengarahkan
perbicaraan semula sesuatu kes di Mahkamah Bumiputera jika
perbicaraan tersebut tidak mematuhi undang-undang adat.

e. Mahkamah Rayuan Bumiputera.

(1) Hakim Mahkamah Tinggi.


(2) Setiausaha Hal-Ehwal Bumiputera.
(3) Dua orang pengapit.
(4) Mahkamah ini diadili oleh 3,5,7 orang yang diketuai oleh Hakim
Mahkamah Tinggi.

BIDANG KUASA MAHKAMAH BUMIPUTERA

7. Kes kesalahan melanggar undang-undang adat dan pihak yang terlibat ialah
Bumiputera,contohnya tentang perkahwinan,harta pusaka dan tanah.

Contoh kes:-

SABAH
Tempat: Lawas

Pihak terlibat : Jabatan Tanah Survei (JTS) dan penduduk kampung.

Kes:Menghalang kerja pembangunan Anak Kelapa Sawit.

i)Akibat kedegillan beberapa penduduk yang menanam kelapa sawit


sehingga menghalang kerja pembekalan air Trusan di atas tanah hak milik
kerajaan.

ii)Jabatan Tanah Survei (JTS) terpaksa bertindak tegas untuk meneruskan


projek bekalan air.
MAHKAMAH JUVANA

1. Hanya membicarakan pesalah kanak-kanak yang berumur antara 10-18 tahun.

2. Membicarakan kes-kes yang melibatkan hukuman yang ringan sahaja.

3. Membicarakan semua kesalahan kecuali kesalahan yang dikenakan hukuman


mati. Sekiranya kes tersebut membawa kepada hukuman mati,kes akan dibicarakan di
Mahkamah Awam.

PROSEDUR YANG DIJALANKAN

4. Perkataan seperti ‘sebatan’ dan ‘hukuman’ tidak digunakan di Mahkamah


Juvana.

5. Pembicaraan dilakukan di Mahkamah Majistret.

6. Dijalankan oleh seorang majistret dan 2 orang penasihat.2 orang penasihat


tersebut akan menasihati majistret tentang hukuman yang akan dikenakan terhadap
pesalah.

7. Pembicaraan dilakukan secara tertutup untuk melindungi pesalah muda


daripada publisiti.

8. Pemberita-pemberita akhbar boleh menghadiri pembicaraan di Mahkamah


Kanak-kanak tetapi tidak boleh menyiarkan,mendedahkan sebarang maklumat yang
memudahkan orang ramai mengenali pesalah seperti nama,tempat tinggal,gambar
dan maklumat peribadi yang lain.

9. Mahkamah kanak- kanak berkuasa dalam hal-hal berikut:-

a. Mengasingkan kanak-kanak atau remaja yang ditahan untuk


pembicaraan daripada pesalah-pesalah dewasa dalam reman polis.
b. Membebaskan kanak-kanak atau remaja sementara menunggu
pembicaraan.
c. Membenarkan pihak ibu-bapa remaja atau kanak-kanak berkenaan
menyoal saksi-saksi pihak pendakwa.
HUKUMAN DAN RAYUAN

11. Jika pesalah disabitkan dengan kesalahan, dia tidak akan dipenjarakan dan
tidak mempunyai catatan rekod jenayah yang dibuat.

12. Kanak-kanak atau remaja berkenaan akan:-

a. Diberikan amaran supaya berkelakuan baik.


b. Dibenarkan keluar dengan jaminan.
c. Diletakan dibawah jagaan rapi seorang saudaranya.
d. Dikenakan sebatan ringan tidak melebihi 10 sebatan.
e. Dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga berumur 21 tahun
f. Ditahan.

13. Sebarang rayuan boleh dilakukan di Mahkamah Tinggi.


MAHKAMAH PERUSAHAAN

1. Merekodkan kenyataan sesuatu pihak secara angkat sumpah dan mengarahkan


pihak tersebut mengekemukakan buku-buku,surat-surat dan dokumen sebagai bukti.

2. Mengeluarkan saman terhadap mana-mana pihak atau orang perseorangan


untuk menghadirkan diri di Mahkamah Perusahaan.

3. Memeritahkan mana-mana pihak majikan atau pekerja digabungkan,digantikan


atau dibatalkan.

PROSEDUR YANG DIJALANKAN

4. Arbitrasi,iaitu proses penyelesaian pertikaian perusahaan melalui 4 peringkat:-

a. Rundingan terus antara pihak majikan dan pekerja swasta.

b. Rundingan damai dijalankan oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan.

c. Sekiranya kes-kes tersebut tidak mencapai penyelesaian melalui


rundingan damai,pertikaian tersebut akan dirujuk kepada Menteri Sumber
Manusia yang akan memutuskan kes-kes tersebut sama ada mempunyai merit
untuk dirujukkan kepada Mahkamah Perusahaan.

d. Mahkamah Perusahaan akan membicarakan sebarang pertikaian yang


telah dirujuk kepadanya dan membuat keputusan.

e. Sekiranya pekerja tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah


Perusahaan,maka kes tersebut boleh dirayu di Mahkamah Tinggi.
MAHKAMAH KHAS RAJA-RAJA

1. Membincangkan kes sivil ke atas Yang di-Pertuan Agong atau raja sesuatu
negeri atas sifat peribadi.

BIDANG KUASA MAHKAMAH KHAS RAJA-RAJA

2. Keputusan yang dibuat oleh mahkamah adalah muktamad.

3. Hal ini bermakna tiada rayuan boleh dibuat setelah Mahkamah Khas Raja-Raja
membuat keputusannya.

4. Dalam kes sivil,mahkamah akan mengeluarkan perintah.

5. Dalam kes jenayah,hukuman sehingga hukuman mati boleh dijatuhkan.

PROSEDUR YANG DIJALANKAN

6. Sebarang dakwaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja mesti melalui
kebenaran Peguam Negara.

7. Yang di-Pertuan Agong atau Raja mesti berhenti menjalankan tugas ketika
perbicaraan kes jenayah berlangsung.

8. Sekiranya Yang di-Pertuan Agong atau raja dipenjarakan selama sehari atau
lebih,baginda mestilah turun daripada takhta kerajaan.

9. Baginda tidak boleh mengampunkan diri sendiri .

10. Pengampunan boleh didapatkan oleh Majlis Raja-Raja.

11. Permaisuri dan anak raja akan dibicarakan di mahkamah biasa.Jika mereka
didapati bersalah,mereka perlu mendapatkan pengampunan dari raja negeri lain.
MAHKAMAH BURUH

1. Merupakan satu mekanisme pengadilan yang dilaksanakan oleh Jabatan


Tenaga Kerja untuk menyelesaikan tuntutan dan pertikaian antara majikan dan
pekerja.

2. Menyelesaikan tuntutan pekerja mengenai gaji dan lain-lain faedah kewangan


yang layak dituntut terhadap mereka.

BIDANG KUASA MAHKAMAH BURUH

3. Mendengar dan memutuskan:-

a) Tuntutan majikan terhadap pekerja yang gagal membayar gaji ganti notis
penamatan perkidmatannya.

b) Tuntutan seseorang ‘contractor for labour’ terhadap seorang kontraktor


ke atas bayaran yang berhak diterimanya dibawah perjanjian dengan kontraktor
tersebut kerana membekalkan pekerja.

c) Tuntutan pekerja untuk meringankan hukuman tatatertib daripada


hukuman berat yang akan dikenakan terhadapnya.

PROSEDUR YANG DIJALANKAN

4. Kes yang dikemukan akan diadili oleh Pegawai Jabatan Buruh.

5. Segala keputusan yang diberikan adalah muktamad dan tidak boleh


dipertikaikan.

6. Jika pihak yang terlibat tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah
dikeluarkan,rayuan boleh dibuat di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Majistret dalam
tempoh 14 hari selepas menerima keputusan.
MAHKAMAH TENTERA

1. Membicarakan kesalahan disiplin yang dilakukan berkaitan dengan undang-


undang perkhidmatan tentera.

2. Contoh-contoh kes:-

a) Anggota tentera tidak mematuhi peraturan kem atau arahan pihak


tentera.

b) Anggota tentera tidak hadir untuk bekerja tanpa memberikan sebab


‘Republik’.Republik disini bermaksud tanpa sebarang penyataan yang sah.

STRUKTUR MAHKAMAH TENTERA

3. Mahkamah Tinggi Tentera


a) Membicarakan pegawai berpangkat Staf Sarjan ke atas.

b) Hakim ialah Haki Kolonel dan dua orang pegawai tinggi.

4. Mahkamah Rendah Tentera


a) Membicarakan askar pangkatnya di bawah Staf Sarjan.

b) Hakim yang Yang Dipertuan(Mejar) dan dua orang lain(Kapten/Hakim


Peguam).

BIDANG KUASA MAHKAMAH TENTERA

5. Sesiapa yang tertakluk kepada undang-undang perkhidmatan angkatan tentera.

6. Askar simpanan yang dipanggil untuk berkidmat dalam latihan tentera.

7. Orang awam yang digaji oleh tentera atau sedang bekerja dengan pihak
tentera.

8. Kes-kes pecah amanah dan disiplin dalam angkatan tentera.


PROSEDUR YANG DIJALANKAN

9. Hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tentera tertakluk kepada


pengesahan seorang pegawai atasan tentera.

10. Jika melibatkan hukuman mati,pengesahan hendaklah diperoleh daripada Yang


di-Pertuan Agong.

11. Hukuman yang dijatuhkan boleh dirayu di Mahkamah Tinggi.

12. Pengampunan boleh diperoleh daripada Yang di-Pertuan Agong melalui


Lembaga Pengampunan.

0
MAHKAMAH PILIHAN RAYA

1. Membincangkan ketidak puas hati mengenai keputusan pilihan raya yang telah
diumumkan.

PROSEDUR YANG DIJALANKAN

2. Sebarang cabaran atau petisyen keputusan pilihan raya akan dibawa ke


Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Pilihan Raya.

3. Keputusan yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi adalah muktamad .

4. Keputusan pilihan raya boleh dicabar di Mahkamah Pilihan Raya melalui


petisyen pilihan raya.

5. Pertikaian keputusan tersebut hendaklah dikemukan dalam tempoh 21 hari dan


tarikh keputusan pilihan raya diwartakan.
MAHKAMAH KORONER

1. Menyiasat punca kematian seseorang yang pada pandangan pihak berkuasa


orang yang penting dan berpengaruh.

2. Membuat perbicaraan dan memberikan keputusan penghakiman tentang punca


sebenar kematian seseorang sama ada berlaku perbuatan khianat atau kematian
biasa.

PROSEDUR YANG DIJALANKAN

3. Hakim bagi Mahkamah Koroner ialah seorang majistret

4. Dalam kes siasatan Mahkamah Koroner,tidak ada yang tertuduh.

5. Saksi-saksi dan pakar dalam bidang yang berkaitan akan dipanggil untuk
memberikan keterangan.

6. Wakil dari Jabatan Peguam Negara akan mengendalikan perbicaraan.

7. Keputusan kes yang sering dikeluarkan adalah seperti:-

a) Jika si mati didapati membunuh diri atau mati akibat kemalangan.


Failnya akan ditutup

b) Jika si mati didapati dibunuh.


Polis akan meneruskan siasatan

c) Jika punca kematian tidak jelas.


Failnya akan dicop ‘sine die’/ ‘open verdict’

Sine die - Menangguhkan sesuatu kes sehingga ke suatu masa yang


ditetapkan.
Open verdict – Keputusan yang terbuka.

You might also like