You are on page 1of 3

ULASAN MAKALAH

PENGANTAR ETIKA (UE01202)


SEMESTER 1, SESI 2019/2020

NAMA: RADZMEL BIN HAPAS

NO PELAJAR: BA19110199

SEKSYEN: 1
Dalam esei ini, saya akan mengulas secara kritis tentang makalah Peter Sibger
yang bertajuk All Animal Are Equal (2002). Secara kasarnya, Singer berhujah
bahawa semua haiwan adalah sama rata. Esei ini bertujuan untuk
menunjukkan dua permasalahan yang manusia dan haiwan adalah sama rata
dan yang kedua haiwan mempunyai kedudukan moral yang sama rata seperti
manusia.

Saya akan mula dengan ringkasan tentang hujah utama yang dikemukakan
oleh singer. Menurut singer mengulas tentang pandangan kesamaan haiwan
dan manusia dari segi tertentu dalam Animal Liberation (1975). Singer juga
turut membandingkan bias manusia terhadap haiwan iaitu “ Speciesism” yang
berdasarkan warna kulit dan jantina yang ditentang oleh rasisme dan seksisme
mempunyai alasan yang munasabah. Iaitu segala bentuk diskriminasi
berlandaskan prinsip persamaan moral.

Dalam perenggan ini, saya akan menunjukkan dua permasalahan tentang


kesamarataan di antara haiwan dan manusia. Pertama, mengapakah haiwan
mempunyai kedudukan mempunyai kedudukan moral yang samarata seperti
manusia? Seterusnya,bolehkah haiwan menderita?”. Kemampuan untuk
merasakan penderitaan atau keseronokan merupakan sebab yang utama
Singer percaya bahawa haiwan tertentu adalah sama rata.

Permasalah kedua, apakah implikasi-implikasi yang berbangkit daripada


pandangan Singer? Jika haiwan boleh merasakan kesakitan merupakan satu
perkara yang penting dari segi moral, maka banyak perbuatan manusia yang
boleh menakutkan makhluk lain perlu dihapuskan kerana ia menyebabkan
kesakitan terhadap haiwan yang tidak bersalah. Permasalah yang seterusnya,
apakah akibat yang boleh merugikan jika manusia tidak menjalankan kajian
saintifik dan perubatan terhadap haiwan dan apakah kebaikan terhadap
manusia yang diperolehi melalui eksperimen terhadap haiwan? Banyak faedah
yang akan dapat diperolehi yang akan terhasil daripada kajian terhadap haiwan
adalah terlalu besar sehinggakan hujah pro-haiwan yang berdasarkan
utilitarianisme sebenarnya tidak menyokong kita patut memberhentikan
kegunaan kegunaan haiwan dalam kajian sains tetapi sebaliknya. Dengan kata
lain, haiwan menjadi bahan utama kajian eksperimen bagi tujuan perubatan
kepada manusia.

Sebagai kesimpulan, penghujahan Singer tidak berjaya menunjukkan bahawa


haiwan dan manusia adalah sama rata kerana manusia menjadikan haiwan
sebagai ujian eksperimen dan kepentingan perubatan kepada manusia.
MARKAH

Idea ditulis Idea ditulis Idea ditulis Membuat tugasan TOTAL


dengan jelas dengan koheren dengan kritis seperti diarahkan

(5%) (5%) (5%) (5%) (20%)

You might also like