You are on page 1of 34

1.

Jenis Kesalahan-Penggunaan Kata


Sendi Nama
Salah- Kajian mendapati bahawa wanita
yang
mempunyai anak di usia
muda
dapat mengurangkan
risiko
mendapat kanser.
Betul- Kajian mendapati bahawa wanita
yang
mempunyai anak _____ usia
muda dapat mengurangkan
risiko kanser.
Jawapan: pada, ketika

1.Kesalahan-Penggunaan Kata Sendi


Angin kencang bertiup daripada arah
selatan.
Bola itu ditendang daripada penjuru
padang.
Kereta itu membelok daripada kiri ke
kanan.
Kajian itu dibuat daripada sudut sosial.
Kami akan membincangkan tajuk itu
daripada segi moral.

Kami menunggu mereka daripada pukul


tujuh pagi. (Salah)
Kejadian itu telah diketahui daripada waktu
subuh. (Salah)
Kerajaan itu terkenal sejak daripada kurun
ke-18. (Salah)

Dia menjauhkan diri dari bahaya dadah.


Cadangan dari persatuan telah diterima.
Hujah dari pembahas itu amat bernas.
Ukiran itu diperbuat dari logam.
Abu mendapat ilham dari pemandangan itu.

Otot

ahli sukan bina badan lebih besar dari


otot orang biasa. (Salah)
Markahnya hanya separuh dari markah yang
dijangkakan. (Salah)
Suhu tubuhnya meningkat dari 37 darjah
celsius kepada 39 celsius. (Salah)

a) Sasaran yang merujuk manusia, haiwan


dan unsur mujarad. Con:
Ali mengirim surat kepada abang.
Sisa makanan itu diberikan kepada kucing.
Pastikan anak-anak anda tidak terdedah
kepada bahaya dadah.

b) Menyatakan pecahan. Con:


Suhu yang sangat tinggi sahaja dapat
menguraikan air kepada juzuk-juzuknya.
Peserta bengkel dibahagikan kepada lima
kumpulan.
c) Menyatakan perubahan keadaan. Con:
Suhu badannya meningkat kepada 39C.
Keadaan ekonomi berubah kepada tahap
yang lebih baik.

a) Apabila didahului ada mesti diikuti oleh


kata nama merujuk kepada manusia dan
haiwan. Con:
Wang itu ada pada ibu.
Sifat jujur dan amanah ada padanya.
b) Menunjukkan tempat bagi perbuatan atau
benda. Con:
Kaki lembu itu digantung pada cangkuk besi.
Pemberitahuan itu ditampal pada papan
kenyataan.

Hasil perkembangan bahasa Melayu, pada


digunakan dalam bentuk-bentuk berikut.

1) Pada saya kejayaan yang dicapainya itu


cukup memuaskan.
2) Pada pendapatnya persatuan kami harus
dibubarkan.
3) Kisah itu hanyalah khayalan pada
pandangan saya.

Jenis kesalahan penggunaan kata ganda


bagi kata jamak.
Salah- Mereka-mereka yang ditawan oleh
pemberontak sudah dibebaskan.
Betul- _____________yang ditawan oleh
pemberontak sudah dibebaskan.
Salah Penduduk-penduduk di Bukit
Antarabangsa diarahkan berpindah segera.
Betul - _____________ di Bukit Antarabangsa
diarahkan berpindah segera.

Golongan golongan-golongan (Salah)


Maklumat maklumat-maklumat (Salah)
Pengetahuan pengetahuan-pengetahuan
(X)
Masyarakat masyarakat-masyarakat (X)
Pengalaman pengalaman-pengalaman (X)
Pemandangan pemandanganpemandangan
(X)

Salah : Keistimewaan minyak kelapa sawit


berbanding fosil ialah sifatnya yang
tidak mudah meruap, senang disimpan
dan dibawa malah ianya kurang
menghasilkan jelaga.
Betul : Keistimewaan minyak kelapa sawit
berbanding fosil ialah sifatnya yang
tidak mudah meruap, senang disimpan
dan dibawa malah kurang
menghasilkan
jelaga.

Salah: Saya ada sebatang pensel. Ia


berwarna biru.
Betul: Saya ada sebatang pensel.
Warnanya
biru.
Salah: Larutan hidrogen peroksid
dimasukkan ke dalam balang itu.
Ia dipanaskan hingga 80 F.
Betul: Larutan hidrogen peroksid
dimasukkan ke dalam balang itu dan
dipanaskan hingga 80 F.

Selepas 24 jam, telur-telur tersebut akan


menetas menjadi ulat larva peringkat
pertama dan ia akan dicuci kembali dengan
alkohol dan air suling. Jika terdapat
sebarang kontaminasi bakteria, ulat
tersebut akan dibuang kerana ia tidak
sesuai digunakan untuk rawatan.
ia tidak perlu dan boleh digugurkan tanpa
menjejaskan maksud ayat.

Jenis kesalahan-Penggunaan Kata Pemeri


Salah- Dalam terjemahan komunikatif, yang
mustahak adalah mesej yang hendak
disampaikan.
Betul- Dalam terjemahan komunikatif, yang
mustahak ialah mesej yang hendak
disampaikan .
( ialah + kata nama )
Salah- Arahan yang baru kami terima itu ialah
daripada Dekan.
Betul- Arahan yang baru kami terima itu adalah
daripada Dekan. ( adalah + kata sendi )
Betul-Makanan seimbang adalah baik untuk
kesihatan badan (adalah + kata adjektif)

Antara bahan mentah biojisim yang biasa


digunakan adalah kayu, biji sesawi, serbuk
gergaji, serpihan kayu, sekam padi dan
najis haiwan. ( sepatutnya ialah )

Biojisim ialah tenaga yang berasal daripada


tumbuhan dan bahan organik seperti kayu,
baja, dan juga gas bahan buangan seperti
sampah-sarap dan kumbahan.

Kesalahan

kata pemeri digunakan di


hadapan kata kerja.

Salah: Kelebihan tenaga alternatif ini


berbanding diesel petroleum adalah
mempunyai kelebihan teknikal yang tinggi
dari segi penyalaan dan prestasi enjin.
Betul: Kelebihan tenaga alternatif ini
berbanding diesel petroleum ialah
kelebihan teknikal yang tinggi dari segi
penyalaan dan prestasi enjin.

Kesalahan ejaan imbuhan


pinjaman.
Salah- Menurut ahli sains, atom anti jirim
akan melenyapkan atom jirim
sekiranya bertembung.
Betul- Menurut ahli sains, atom antijirim
akan
melenyapkan atom jirim
sekiranya
bertembung.

Kolesterol adalah sejenis lemak di dalam


darah yang boleh menimbulkan masalah
penyumbatan saluran darah jika di tahap
tinggi.
Kolesterol ialah sejenis lemak di dalam
darah yang akan menimbulkan masalah
penyumbatan saluran darah jika pada tahap
tinggi.

Leptospirosis adalah penyakit yang


disebabkan oleh patogen genus Leptospira
yang boleh berjangkit dari haiwan ke
manusia
Leptospirosis ialah penyakit yang
disebabkan oleh patogen genus Leptospira
yang boleh berjangkit daripada haiwan
kepada manusia

Rawatan bagi penyakit ini ialah dengan


pengambilan antibiotik di mana
pengambilan di peringkat awal mampu
memberi kesan yang efektif.
Rawatan bagi penyakit ini adalah dengan
pengambilan antibiotik kerana pengambilan
pada peringkat awal mampu memberi
kesan yang efektif.

1.Jenis kesalahan- Bentuk Jamak

Salah- Semua anak-anak Dr. Michio Kaku


sihat.

Betul- Semua anak Dr. Michio Kaku sihat.


2.Jenis kesalahan- Hukum DM

Salah- Hal-hal berbangkit dalam minit


mesyuarat tidak sama dengan lain-lain hal.

Betul- Hal-hal berbangkit dalam minit


mesyuarat tidak sama dengan hal-hal lain.

3.Kesalahan-Kata Penguat
Salah- Dia pekerja yang termuda sekali dalam
syarikat itu.(termuda atau muda sekali)
Salah-Lukisan Abu paling menyerlah sekali.
Betul {amat/sungguh/sangat}+kata
adjektif+sekali
amat pandai sekali
sungguh indah sekali
sangat comel sekali

4. Kata bantu hadir selepas kata ganti


nama pada ayat pasif
Salah- Kerja membaiki kerosakan di Pusat
Rempuhan Atom Hadron(LHC) itu
saya akan selesaikan secepat
mungkin.
Betul- Kerja membaiki kerosakan di Pusat
Rempuhan Atom Hadron itu akan
saya selesaikan secepat mungkin.

Kesalahan penggunaan frasa


(a)Justeru itu, sifat semula jadi partikel
subatom dapat dirungkai. (tidak sesuai
digunakan pada permulaan ayat).
- Eksperimen di Pusat Rempuhan Atom
Hadron dapat membantu dalam kajian
kuantum fizik justeru merungkai sifat
semula jadi partikel subatom.

(b) Di antara hukum yang masih

membuntukan usaha saintis memahami


kejadian Dentuman Besar ialah hukum
graviti.
- Antara hukum yang masih membuntukan
usaha saintis memahami kejadian
Dentuman Besar ialah hukum graviti.

(c) Di dalam alam semesta ini, ada empat


kuasa asas iaitu kuasa graviti,
elektromagnet, nuklear kuat dan nuklear
lemah.
- Dalam alam semesta ini, ada empat
kuasa asas iaitu kuasa graviti,
elektromagnetik, nuklear kuat dan nuklear
lemah.

Salah- Kanser payudara merupakan kanser


yang paling banyak dikesan di
kalangan wanita di Malaysia.
Betul- Kanser payudara merupakan kanser
yang paling banyak dikesan dalam
kalangan wanita di Malaysia.
Sebab kesalahan: di untuk merujuk kepada
tempat manakala dalam untuk sesuatu
lingkungan yang abstrak.

(d) Pada masa kini, saintis cuba mencipta


satu ibu teori yang dapat merungkai
misteri kewujudan alam semesta.(Salah)
- Pada masa ini, saintis cuba mencipta
satu ibu teori yang dapat merungkai
misteri kewujudan alam semesta.(Betul)
- Kini, saintis cuba mencipta
satu ibu
teori
yang dapat merungkai misteri
kewujudan alam semesta.(Betul)
(Kini sudah bermaksud masa lewah)

Kesalahan penggunaan frasa di


mana
Pengaruh ungkapan bahasa Inggeris
where

This is the school where we were


educated.
Salah: Di sekolah inilah di mana kami
dididik.
Betul: Di sekolah inilah kami dididik.

Contoh

Dada ataupun dalam laras sains


dipanggil toraks ialah bahagian atas
badan di mana ianya terletak di
antara leher dan abdomen.(Salah)
Dada ataupun dalam laras sains
dipanggil toraks ialah bahagian atas
badan yang terletak di antara leher
dan abdomen.(Betul)

Kesalahan

frasa yang mana

Pengaruh bahasa Inggeris whereby atau


in which
Contoh;
Salah : Bakteria h.Pylori yang
menyebabkan ulser peptik akan
merosakkan lapisan mukus yang mana
meningkatkan risiko kanser perut.
Betul :Bakteria h.Pylori yang
menyebabkan ulser peptik akan
merosakkan lapisan mukus dan
meningkatkan risiko kanser perut.

Selepas

diagnosis, fasa berikutnya


ialah pemastian tumor yang mana
bertujuan bagi menimbang tahap
tumor sama ada telah metastasis
atau belum.

yang mana digantikan dengan yang


sudah memadai kerana yang mana
dipengaruhi oleh bahasa Inggeris dan hanya
digunakan untuk ayat tanya dalam bahasa
Melayu.

Penyakit barah otak merupakan sejenis


penyakit di mana terdapat sel-sel kanser
dalam tisu-tisu otak. Kajian kementerian
kesihatan menunjukkan kira-kira 94% kes
yang dirawat di hospital kerajaan sudah
berada di tahap paling kritikal dan sukar
dipulihkan.
di mana digantikan dengan kata hubung
apabila
di tahap pada tahap kerana di untuk
makna tempat
Kementerian Kesihatan kata nama khas
mesti dieja huruf besar

You might also like