You are on page 1of 59

FAKTOR UTAMA OBESITI DALAM KALANGAN

PELAJAR SEKOLAH MENENGAH LUAR BANDAR

AZIMAH BINTI AHMAD

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2007
FAKTOR UTAMA OBESITI DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH
MENENGAH LUAR BANDAR.

AZIMAH BINTI AHMAD

LAPORAN PENULISAN ILMIAH DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI


SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA
MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (SAINS)

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2007
ii

PENGAKUAN

Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

8.10.2007 AZIMAH BT AHMAD


D20041018411
iii

PENGHARGAAN

Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya saya berjaya menyiapkan kajian ini. Jutaan
dan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat dalam membantu
saya menyiapkan kajian ini, samada secara langsung ataupun tidak langsung. Pelbagai
cabaran,dugaan dan kenangan yang saya kutip sepanjang menyiapkan kajian ini.

Terima kasih kepada Dr. Shakinaz bt Desa selaku penyelia saya yang banyak membantu
dan membimbing saya dalam menyiapkan kajian ini. Terima kasih juga kepada rakan-
rakan yang banyak membantu dan tidak lupa kepada ahli keluarga yang turut sama
membantu.

Terima kasih juga kepada pihak dan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Bera Bandar
32, Pahang di atas kerjasama yang diberikan sepanjang saya menjalankan kajian di sana.
iv

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti apakah faktor utama yang menyebabkan obesiti
dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar. Faktor-faktor utama yang
disenaraikan ialah faktor keturunan atau genetik, amalan pemakanan, aktiviti fizikal,
pengaruh persekitaran dan pengaruh televisyen. Borang soal selidik telah dibina
berdasarkan kelima-lima faktor ini. Soalan soal selidik terdiri daripada dua bahagian iaitu
bahagian A dan bahagian B yang mempunyai 30 soalan, 6 soalan bagi setiap faktor.
Kebolehpercayaan soalan soal selidik ini telah diuji menggunakan Statistical Package for
Social Science (SPSS) dan nilai alpha Cronbach yang diperolehi adalah 0.815. Semua
soalan ini kemudian diberikan kepada 40 orang responden yang mengalami masalah
obesiti yang dipilih dari sebuah sekolah luar bandar di Pahang. Semua data yang
dikumpul, dianalisis secara kuantitatif untuk mendapatkan nilai min, mod dan median
untuk mengenalpasti apakah faktor utama obesiti dalam kalangan pelajar luar bandar.
Hasil daripada analisis data yang diperolehi, didapati faktor pengaruh televisyen memberi
nilai min paling tinggi iaitu sebanyak 2.150 berbanding faktor lain, aktiviti fizikal 2.025,
amalan pemakanan 1.625, pengaruh persekitaran 1.550 dan keturunan 1.2.
Kesimpulannya, faktor pengaruh televisyen merupakan faktor utama obesiti dalam
kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar.
v

ABSTRACT

The aim of this research is to identify the main factor of obesity among secondary school
students in the rural. The main factors are genetics, eating habit, physical activities,
environment influence and television influence. The questionnaire consist of part A and
part B with 30 questions, 6 questions for each factor. The realibility of the question has
been tested using Statistical Package for Social Science (SPSS) and the value of alpha
Cronbach is 0.815. All questions then were distributed to the 40 respondents with obesity
problem. All data were analysed quantitatively using mean, mode and median. The
results showed that the television influence gave the highest value of min which was
2.150 compared to others, physical activity is 2.025, eating attitude is 1.625, environment
influence is 1.550 and last one is genetic with 1.2. As the conclusion, the television
influence is the main factor of obesity among secondary school students in the rural area.
KANDUNGAN

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Penyataan masalah 4

1.3 Objektif kajian 7

1.4 Soalan kajian 7

1.5 Signifikasi kajian 7

1.6 Batasan kajian 8

1.7 Definisi operasional 8

1.7.1 Faktor 8

1.7.2 Obesiti 9

1.7.3 Pelajar 9

1.7.4 Luar bandar 9

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 10

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Rekabentuk kajian 16

3.2 Sampel kajian 16


3.3 Instrumen kajian 17

3.4 Analisis data 18

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 20

4.2 Profile responden 21

4.3 Taburan jantina responden 21

4.4 Faktor keturunan 21

4.5 Faktor amalan pemakanan 22

4.6 Faktor aktiviti fizikal 24

4.7 Faktor pengaruh persekitaran 26

4.8 Faktor pengaruh televisyen 27

4.9 Faktor utama obesiti dalam kalangan pelajar sekolah 28


menengah luar bandar

BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Perbincangan 30

5.2 Kesimpulan 36

5.3 Cadangan 36

RUJUKAN 38
SENARAI JADUAL

Jadual muka surat

4.1 Hubungan responden dengan saudara yang mengalami 22


masalah obesiti

4.2 Kadar pengambilan makanan segera oleh responden 23

4.3 Jenis makanan/minuman yang sering diambil ketika masa lapang 24

4.4 Aktiviti fizikal yang sering dilakukan oleh responden 25

4.5 Kekerapan membeli makanan ringan dalam seminggu di dalam atau 26


luar sekolah

4.6 Jenis makanan yang sering diambil ketika menonton televisyen 27

4.7 Jadual antara faktor-faktor obesiti dalam kalangan pelajar sekolah 29


menengah luar bandar
SENARAI RAJAH

Rajah muka surat

3.1 Carta metodologi kajian 18


1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Jika dilihat dengan kemajuan yang dialami oleh negara dari tahun ke tahun, banyak
perkara yang boleh dibanggakan. Sesuatu yang baru ditemui dan yang lama
dipertingkatkan kualiti supaya semua dapat merasai kesannya. Namun begitu, tidak
semua perkembangan membawa kepada sesuatu yang baik. Perkembangan yang tidak
baik ini bukan sahaja memberi kesan kepada individu tetapi kepada masyarakat dan
negara secara keseluruhannya.

Mungkin ramai yang menganggap perkembangan ini memberi banyak impak


positif tetapi sebenarnya perkembangan ini menyumbangkan kepada satu gejala yang
membimbangkan. Gejala yang dimaksudkan adalah obesiti. Gejala ini dialami oleh
segenap lapisan masyarakat tidak mengira peringkat umur, bangsa dan agama. Gejala
inilah yang menjadi kebimbangan dunia sejagat kerana masalah ini masih berterusan
peningkatannya.
2

Peningkatan peratusan masalah ini dari tahun ke tahun amat membimbangkan.


Peningkatan yang dialami di dunia ini menjadi isu yang mendapat perhatian setiap
kerajaan negara. Pelbagai usaha sedang giat dijalankan untuk mengurangkan masalah
ini. Menurut Sizer dalam buku yang ditulisnya yang bertajuk “Nutrition Concepts and
Controversies” (2006), pada tahun 2000, 64% orang dewasa di Amerika Syarikat
mengalami masalah lebihan berat badan dan lebih kurang 30% mangalami masalah
obesiti. Tambahan lagi, seorang daripada tujuh kanak-kanak dan remaja di sana
mengalami lebihan berat badan. Objektif The Dietry Guidelines 2005 dan Healthy
People 2010 adalah termasuk untuk mengurangkan jumlah obesiti dan lebihan berat
badan dan Food and Drug Administration (FDA) telah mengambil langkah untuk
berdepan dengan masalah dunia ini.

Di Malaysia sendiri, obesiti menjadi kebimbangan banyak pihak. Menurut


Datuk Dr Chua Soi Lek, peningkatan sebanyak 20 peratus dalam tempoh tujuh tahun
boleh menjejaskan kemajuan dan pembangunana negara. Berdasarkan kajian
Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM),
Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada
tahun 2002 hingga 2003 bagi orang dewasa 18 hingga 59 tahun, jumlah peningkatan
ini, adalah hampir 20 peratus berbanding kajian yang dijalankan sebelumnya iaitu
pada tahun 1996 sebanyak 20 peratus. Menurut beliau lagi, perkara ini amat
membimbangkan. Justeru itu pelbagai program akan dijalankan untuk mengubah cara
hidup dan corak pemakanan rakyat Malaysia.

Obesiti adalah gejala penyakit lebihan berat badan yang dialami oleh individu
yang memiliki indeks jisim badan (BMI) 30 atau lebih (William, 2005). Obesiti juga
dikenali sebagai kegemukan yang disebabkan berkumpulnya lemak yang berlebihan
di dalam badan (Kamus Dewan). Pengumpulan lemak ini akan semakin meningkat
3

sekiranya langkah untuk mengurangkan lemak badan tidak dilakukan. Formula


mengukur BMI adalah

Berat (kg)
(Tinggi (cm))²

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada obesiti. Antaranya adalah


pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat dan lemak. Pengambilan makanan ini
secara berlebihan menyumbang pengumpulan lemak yang tidak baik untuk kesihatan.
Masyarakat rata-rata mengatakan makanan yang diambil untuk memberi tenaga
kepada mereka tetapi pengambilan yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan.

Faktor lain adalah peningkatan taraf hidup yang menyebabkan manusia semakin
sibuk dan tidak mempunyai masa untuk bersenam, mengambil makanan segera
sebagai makanan wajib, mengharapkan alatan teknologi untuk melakukan kerja dan
sebagainya. Semua ini menyumbangkan kepada obesiti. Pengambilan makanan yang
tidak seimbang juga mengundang kepada obesiti selain makanan yang mengandungi
gula dan garam berlebihan. Faktor genetik juga menyumbang kepada obesiti
dikebanyakan negara.

Obesiti menjadi sesuatu yang sangat membimbangkan kerana boleh menjadi


punca beberapa penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetes, dan
juga beberapa jenis kanser. Lebih membimbangkan kerana penyakit–penyakit ini
boleh membawa maut. Peningkatan jumlah obesiti juga membawa kepada
peningkatan penyakit-penyakit ini. Kualiti hidup yang tidak sihat akan menyebabkan
masalah ini berterusan tanpa sebarang penyelesaian.
4

1.2 Penyataan masalah

Masalah obesiti dilaporkan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Peningkatan ini
berlaku secara keseluruhannyan tidak kira usia. Tidak terkecuali golongan remaja,
golongan yang sepatutnya memimpin negara suatu hari nanti. Masalah obesiti ini
dilaporkan mencatat peningkatan yang tinggi dalam kalangan remaja seperti yang
tertulis di dalam artikel yang bertajuk “Global Obesiti” yang ditulis oleh Thoms.J
pada tahun 2000. Beliau menyatakan bahawa WHO ada melaporkan di Amerika
Syarikat bilangan kanak-kanak obes lebih daripada jumlah orang dewasa di sana
sejak 1960-an. Di Thailand iaitu salah satu negara membangun, masalah obesiti
dalam kalangan kanak-kanak lima hingga 12 tahun meningkat dari 12% kepada 15%
dalam masa dua tahun. Obesiti telah menjadi masalah yang telah merebak dan WHO
menamakannya sebagai epidemik global.

Peningkatan yang berlaku terutama kepada remaja yang masih bersekolah


boleh mengundang pelbagai masalah yang lebih besar seperti penyakit kronik.
Penyakit yang mungkin dihadapi oleh remaja adalah seperti darah tinggi, masalah
jantung, diabetes dan juga kanser. Bukan itu sahaja penyakit lain pun mungkin boleh
berlaku seperti strok, masalah sistem pernafasan, berdengkur ketika tidur dan
beberapa gangguan ketika tidur dan sebagainya. Selain itu, obesiti juga merendahkan
keyakinan pelajar dan ini menyebabkan pelajar menjadi tidak aktif di sekolah dan
sering mempunyai masalah komunikasi. Ini semua adalah seperti yang telah
dinyatakan di dalam buku “Nutrition Through the Life Cycle” (2000) hasil tulisan
Brown. Semua kesan daripada obesiti ini juga boleh mengundang kepada maut jika
tidak dikawal dengan segera.
5

Terdapat banyak faktor yang memungkinkan kepada obesiti seperti faktor


keturunan atau genetik, yang mana pelajar mewarisinya daripada keluarga. Faktor
lain adalah amalan pemakanan seperti pengambilan makanan yang tidak seimbang
dan berlemak. Pengumpulan lemak ini akan menyebabkan obesiti. Ditambah pula
dengan kurangnya bersenam ataupun melakukan aktiviti fizikal yang boleh
membakar lemak. Selain itu, tidak gemar bersukan atau melakukan aktiviti luar
disogok pula dengan peralatan teknologi yang menggalakkan aktiviti santai tanpa
melakukan sebarang aktiviti. Ini penting untuk memastikan lemak yang terkumpul di
dalam badan dan tidak digunakan dapat dikeluarkan untuk memastikan hidup sentiasa
sihat. Ini turut dinyatakan oleh Brown di dalam buku “Nutrition Through the Life
Cycle” (2000). Interaksi antara genetik dan faktor persekitaran adalah punca utama
yang menyebabkan peningkatan drastik di dalam lebihan berat badan. Selain itu,
kekurangan aktiviti fizikal dan pengambilan diet yang tinggi jumlah kalori dan lemak
adalah faktor tambahan dikalangan pelajar. Faktor persekitaran seperti ini
meninggikan lagi risiko peningkatan lebihan berat badan sekiranya remaja tersebut
merupakan remaja yang mengalami masalah obesiti yang diwarisi secara genetik.

Faktor lain adalah keadaan kemajuan yang negara hadapi di mana pelajar
sekarang tidak perlu melakukan banyak perkara untuk menyelesaikan tugas.
Kebanyakkan kerja sudah dilakukan oleh mesin berteknologi tinggi yang dicipta
manusia dengan tujuan untuk memudahkan manusia, namun memberi kesan negatif
terutama kepada masalah obesiti. Teknologi yang semakin maju menampilkan alat
komunikasi yang canggih seperti televisyen, komputer, permainan video dan
sebagainya. Penciptaan ini boleh membuatkan ramai orang terutamanya pelajar untuk
menambah berat badan dengan hanya duduk menghabiskan masa hampir berjam-jam
tanpa melakukan apa-apa aktiviti. Menurut Sizer di dalam buku “Nutrition Concepts
and Controversies” (2006) bagi masyarakat sekarang menonton televisyen, permainan
video dan hiburan dari komputer telah menggantikan aktiviti luar sebagai aktiviti
untuk mengisi masa lapang.
6

Pengaruh lain yang juga disebabkan televisyen juga adalah seperti pengaruh
iklan yang ditayangkan di televisyen. Iklan makanan yang ditunjukkan menarik minat
pelajar untuk mencuba dan menikmatinya. Pengaruh iklan ini sangat kuat seperti yang
tertulis dalam buku “Life span nutrition conception through life” tulisan Rolfes,
(1998) di mana menyatakan bahawa menonton televisyen berhubungkait antara
makanan snek, makanan tinggi kalori yang sering diiklankan dan mempengaruhi
pembelian makanan keluarga. Bukan itu sahaja, ketika menonton, makanan yang
mengandungi garam dan gula berlebihan menjadi menu utama. Ini akan
menyebabkan masalah obesiti semakin serius.

Peranan ibu bapa juga penting kerana pemakanan yang sihat bermula di
rumah. Pengambilan makanan yang tidak sihat oleh pelajar dan tanpa kawalan
daripada ibu bapa turut menyumbang kepada obesiti. Ibu bapa juga perlulah mendidik
anak-anak tentang pemakanan sihat dan seimbang. Peranan ibu bapa tidak berhenti di
situ, ibu bapa perlu melatih dan mengawal pemakanan anak-anak agar mereka tahu
apa yang mereka makan dan kesan yang akan mereka hadapi dalam kesihatan.
Pandangan daripada orang di sekeliling juga menjadi faktor, di mana ada keluarga
yang tidak kisah dengan masalah obesiti yang dialami dan ini boleh menyebabkan
masalah obesiti terus meningkat kerana mereka ini gagal untuk melaksanakan gaya
hidup yang sihat.

Semua faktor-faktor ini perlu dititikberatkan. Penemuan faktor utama obesiti


dalam kalangan pelajar, amat diperlukan supaya langkah yang sepatutnya diambil.
Pihak sekolah bolehlah sentiasa memastikan makanan yang disediakan di sekolah
adalah makanan yang bersesuaian dengan diet pelajar. Guru juga penting dalam
menyampaikan maklumat tentang tabiat pemakanan yang betul, pengambilan diet
yang sesuai dan sebagainya. Pendedahan tentang bahaya obesiti juga perlu agar
7

pelajar tahu apa kesannya. Bimbingan yang betul dapat membantu pelajar memahami
dengan lebih baik dan ini boleh menghindari masalah obesiti.

Penemuan faktor utama ini akan memudahkan usaha mencari jalan


penyelesaian bagi mengurangkan obesiti. Pengurangan obesiti akan meningkatkan
kualiti hidup pelajar dan seterusnya masyarakat.

1.3 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor utama obesiti dalam
kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar.

1.4 Soalan kajian

Daripada objektif yang dinyatakan, persoalan kajian bagi kajian ini adalah
apakah faktor utama obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah di luar bandar.

1.5 Signifikasi kajian

Signifikan kajian ini adalah untuk mengatasi masalah kesihatan yang lebih
teruk dalam kalangan pelajar sekolah yang mungkin disebabkan oleh obesiti. Selain
penyakit kronik, pelajar juga dapat meningkatkan keyakinan diri untuk melakukan
aktiviti dan berdepan dengan masyarakat.
8

Selain itu, kesedaran boleh ditingkatkan kepada pelajar, ibu bapa, guru dan
pihak sekolah agar langkah-langkah yang sepatutnya diambil untuk mengelakkan
berlakunya obesiti. Faktor yang menyumbang ke arah obesiti perlu dikenalpasti agar
langkah-langkah yang sewajarnya dapat diambil dan tindakan segera perlu dilakukan
agar masalah ini dapat dikawal.

Masyarakat juga perlu disedarkan dengan situasi ini. Kajian ini diharap dapat
menyedarkan masyarakat supaya sentiasa menjaga kesihatan dan meningkatkan
kualiti hidup untuk terus sihat.

1.6 Batasan kajian.

Secara keseluruhannya kajian ini terbatas kepada pelajar sekolah menengah luar
bandar seramai 40 orang. Responden bagi kajian ini adalah dipilih secara rawak
berkelompok di mana responden adalah pelajar obesiti di sebuah sekolah di sebuah
daerah di Pahang.

1.7 Definisi operasional

1.7.1 Faktor
Menurut Kamus Dewan edisi kempat, faktor memberi maksud unsur atau sebab yang
menyumbangkan kepada sesuatu hasil. Faktor yang dimaksudkan di dalam kajian ini
adalah sebab kepada berlakunya obesiti.
9

1.7.2 Obesiti
Menurut Dictionary of Biology, obesiti adalah lebihan berat badan. Obesiti adalah
hasil daripada lebihan simpanan tenaga untuk satu jangka masa yang lama yang
menyebabkan peningkatan jisam badan. Menurut satu lagi sumber iaitu buku World
of Health obesiti adalah berat yang melebihi 20 peratus daripada berat ideal
seseorang.

1.7.3 Pelajar
Pelajar bermaksud orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan
sebagainya) merujuk kepada Kamus Dewan. Pelajar di dalam kajian ini lebih
tertumpu kepada pelajar sekolah menengah harian biasa.

1.7.4 Luar Bandar


Berdasarkan Kamus Dewan luar bandar bermaksud sebuah daerah yang jauh dari
bandar, kampung atau desa. Di dalam kajian ini, kawasan luar bandar yang dipilih
adalah kawasan yang jauh dari bandar besar di sebuah daerah di Pahang.
10

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

Pelbagai kajian telah dilakukan tentang obesiti. Dalam kajian Larsen pada
tahun 2001 yang bertajuk Obesity-Related Knowledge, Attitudes and Behaviors in
Obese and Non-obese Urban Philadelphia Female Adolescents, beliau mendapati
bahawa aktiviti fizikal, tidak aktif dan juga pandangan tentang fizikal badan yang
menarik adalah faktor penting dalam penyumbang kepada obesiti. Kajian yang
dijalankan ini berobjektif untuk mengukur hubungkait antara faktor pengetahuan,
sikap dan kelakuan dengan obesiti dan untuk menentukan bagaimana faktor-faktor ini
mempengaruhi status obesiti di kalangan remaja wanita. Kajian ini menggunakan
sampel remaja perempuan African American berusia lingkungan 11 hingga 15 tahun
yang mengalami masalah obesiti dan tidak. Semua remaja ini dibandingkan ukuran
dari segi aktiviti fizikal, tidak aktif, amalan diet, amalan pemakanan, pengetahuan
tentang amalan kesihatan, pandangan mengenai keadaan fizikal badan dan juga
keyakinan diri. Remaja obes memiliki tahap yang rendah dalam aktiviti fizikal,
kurang aktif yang tinggi dan mempunyai pandangan yang lebih luas dalam pandangan
11

mengenai fizikal badan berbanding remaja tidak obes. Kajian ini mencadangkan agar
kajian seterusnya akan lebih fokus kepada aktiviti fizikal, tidak aktif dan juga
pandangan tentang fizikal badan.

Kajian seterusnya adalah kajian yang bertajuk Overweight and Physical


Inactivity among Rural Children Aged 10-17 : A national and state potrait. Kajian ini
telah dijalankan oleh Jihang Liu, et al May 2003. Dalam kajian ini ada menyatakan
bahawa kajian terbaru mendapati bahawa kanak-kanak obesiti meningkat pada
masyarakat pendalaman. Kajian ini sebenarnya mengkaji lebihan berat badan dan
juga obesiti pada kanak-kanak bandar dan luar bandar, berdasarkan data yang
diperolehi hasil pemerhatian yang terbaru dari 2003 National Survey of Children’s
Health (NSCH). Kajian ini menggunakan carta 2000 CDC BMI sebagai rujukan.
Kanak-kanak yang mempunyai lebih atau 95% lebih daripada BMI biasa dikelaskan
sebagai obes dan bagi BMI pada atau 85% dikelaskan sebagai lebihan berat badan
ataupun obes. Hasil daripada kajian ini, 30.6% kanak berumur 10-17 tahun adalah
lebih berat badan, 14.8% adalah obes. Kanak-kanak yang tinggal di pedalaman
mengalami obes (16.5%) lebih daripada kanak-kanak bandar (14.4%). Manakala
kanak-kanak yang tinggal di kawasan pedalaman tetapi hampir dengan bandar 16.7%
lebih obes daripada kanak-kanak yang tinggal pada kawasan yang betul-betul
pedalaman 14.3%. Kanak-kanak di pedalaman (25.4%) gagal untuk menyenaraikan
aktiviti fizikal yang sering dilakukan berbanding kanak-kanak di bandar (29.3%).
Selain itu, lebih kurang separuh daripada kanak-kanak iaitu 48.0% pedalaman dan
47% bandar menghabiskan sekurang-kurangnya 2 jam sehari bersama dengan alatan
hiburan elektronik seperti komputer dan televisyen.

Hasil daripada penemuan ini, turut dapat melihat tahap kelainan yang wujud
dalam masyarakat luar bandar, masyarakat minoriti dan juga individu yang
mempunyai pendapatan yang rendah. Selain itu, pengaruh keluarga dan keadaan
12

fizikal di mana kawasan tempat tinggal juga mempengaruhi sikap terhadap keadaan
kesihatan individu seperti aktiviti fizikal yang sering dilakukan, penglibatan dalam
sukan dan penggunaan bahan elektronik. Turut dinyatakan di dalam kajian ini adalah
peranan ibu bapa menunjukan contoh amalan pengambilan makanan yang baik.

Selain itu, artikel Global Obesity yang ditulis oleh Thoms.J, dalam Faces pada
Mar 2007, turut menyatakan tentang statistik yang dikeluarkan oleh World Health
Organization (WHO), bahawa dua daripada tiga orang individu lebihan berat badan
atau obesiti tinggal di negara yang membangun yang mana Malaysia adalah salah satu
daripadanya. Bukan itu sahaja artikel ini juga menyatakan bahawa WHO melaporkan
bahawa di Amerika Syarikat, angka kanak-kanak obesiti meningkat dua kali ganda
sejak 1960an. Artikel ini juga menceritakan sedikit apakah punca berlakunya obesiti
di samping menyarankan beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan dan perlu
diambil untuk mengelakkan obesiti.

Artikel seterusnya yang bertajuk Two Teen Health Danger : Obesity and Drug
Addiction pada tahun 2005. Artikel ini ada menyatakan tentang peratusan golongan
muda antara 12 hingga 19 tahun yang mengalami lebihan berat badan. Berdasarkan
kepada kajian yang dilakukan oleh Central for Diseases Control and Prevent. Di
dalam kajian ini juga menceritakan sedikit tentang kajian yang pernah dilakukan iaitu
makanan boleh merangsang penghasilan dopamine (sejenis bahan kimia dalam otak
yang boleh merangsang rasa selesa) dalam otak. Lebih banyak dopamine diperlukan
untuk menghasilkan rasa selesa. Jadi bagi individu yang mengalami obesiti mereka
akan makan dalam kuantiti yang banyak untuk mendapatkan rasa selesa kerana
mereka ini kekurangan pemerima dopamine yang merangsang rasa selesa.
13

Artikel bertajuk Obesity in Children and Teens yang disiarkan pada Januari
2001, menyatakan bahawa antara 16–33% kanak-kanak dan remaja adalah obes.
Obesiti adalah antara keadaan kesihatan yang senang untuk dikenalpasti tetapi susah
untuk dirawat. Pertambahan berat badan bergantung kepada diet yang tidak sesuai
dan kurang melakukan senaman menyebabkan lebih 300,000 kematian setiap tahun.
Artikel ini juga ada menyarankan cadangan untuk mengurangkan masalah ini bagi
remaja antaranya adalah ibu bapa perlu meningkatkan tahap keyakinan pada anak
dengan memberi sokongan dan kata-kata positif selain daripada hanya fokus kepada
bagaimana untuk mengurangkan berat badan. Kanak-kanak dan remaja obes sering
mengalami masalah emosi. Sebagai ibu bapa, mereka perlu memberi alasan terbaik
kepada anak-anak untuk mengurangkan berat badan. Selain itu, ibu bapa perlu
mangamalkan pengurusan diet yang baik dan aktiviti fizikal yang dapat membantu
kanak-kanak dan remaja obes ini. Ibu bapa juga perlu membimbing mereka ini dalam
perubahan sikap kepada yang lebih positif dan menggalakkan penglibatan ahli
keluarga yang lain dalam membantu mereka yang bermasalah obesiti.

Artikel Chilhood Obesity yang ditulis oleh Mayo Clinic Staff dan disiarkan
pada 31 Mac 2006 menceritakan mengenai punca obesiti iaitu genetik dan juga
hormon. Selain itu, pertambahan berat badan juga disebabkan oleh pengambilan
makanan yang berlebihan oleh kanak-kanak dan kurang bersenam. Faktor lain yang
disenaraikan adalah faktor diet iaitu makanan yang mempunyai nilai kalori yang
tinggi seperti makanan segera, faktor kurang melakukan aktiviti seperti tidak
melakukan aktviti yang membakar kalori sebaliknya melakukan aktiviti yang tidak
aktif seperti menonton televisyen, faktor genetik dan faktor keluarga dan masyarakat
atau persekitaran. Terdapat ibu bapa yang menyediakan makanan yang tidak sihat di
dalam rumah yang menjadi makanan tambahan wajib bagi keluarga.
14

Artikel ini juga ada menyebut beberapa penyakit yang disebabkan oleh
obesiti antaranya adalah diabetes type 2, tekanan darah tinggi, masalah metabolisma
dan juga penyakit jantung. Diabetes type 2 adalah kegagalan metabolisma badan yang
disebabkan kekurangan insulin. Ada juga disebut mengenai masalah sosial dan juga
emosi kanak-kanak atau remaja yang mengalami obes. Kanak-kanak atau remaja ini
mempunyai kurang keyakinan pada diri sendiri dan sering dibuli. Mereka juga
mengalami masalah dalam sikap atau kelakuan dan juga dalam pembelajaran seperti
kurang kemahiran sosial. Kemurungan juga masalah yang sering dihadapai. Mereka
lebih suka memencilkan diri, merasakan diri tidak berguna, hilang minat untuk
melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan sering bersedih. Beberapa cadangan untuk
mengelakkan obes turut dinyatakan seperti mengamalkan makan makanan yang sihat
dan banyak melakukan aktiviti fizikal.

Carol Torgan turut menulis artikel berkaitan obesiti. Artikel beliau yang
bertajuk Chilhood Obesity on The Rise yang diterbitkan pada Jun 2002 menceritakan
tentang kanak-kanak obesiti. Jika dilihat pada zaman sekarang, kurang kanak-kanak
yang bermain di luar rumah tetapi lebih ramai yang menghabiskan masa di hadapan
televisyen, komputer, dan permainan video. Kurangnya aktiviti fizikal menyebabkan
bertambahnya berat badan. Masalah obesiti sudah menjadi epidemik di Amerika.
Bilangan kanak-kanak lebih berat badan meningkat dan ini menyebabkan penyakit.
Kanak-kanak yang mengalami masalah lebihan berat badan mempunyai 70%
peluang membesar sebagai dewasa yang lebih berat badan. Selain itu, keyakinan diri
akan berkurang. Hampir separuh kanak-kanak yang berumur 8-16 tahun akan
menghabiskan masa 3-5 jam untuk menonton televisyen.

Artikel dari MedlinePlus yang disiarkan dalam Health Day, yang bertajuk
Junk Food, TV Driving Kids to Obesity turut menceritakan tentang obesiti. Artikel ini
disiarkan pada 25 September 2007. Satu per enam kanak-kanak dan remaja Amerika
15

mengalami masalah lebih berat badan. Berdasarkan United State Surgeon General’s
office seramai 70% remaja mengalami masalah berat badan akan membesar sebagai
dewasa yang mengalami masalah yang sama ataupun obesiti. Artikel ini juga ada
menceritakan bahawa terdapat banyak sekolah yang menawarkan makanan dan
minuman ringan dan ada juga sesetengah sekolah yang mempunyai kontrak dengan
pengeluar makanan dan minuman ringan. Sekolah juga semakin kurang menawarkan
aktiviti fizikal kepada pelajar. Iklan televisyen kini banyak memaparkan tentang
makanan dan minuman yang dari jenis tinggi kandungan gula. Artikel ini juga ada
menyebut bahawa sifat manusia yang makan apa sahaja yang senang diperolehi tanpa
perlu usaha yang banyak, jadi sekiranya tiada atau kekurangan makanan yang yang
sihat atau segar, manusia cenderung mengambil makanan segera. Antara cadangan
yang diberikan kepada ibu bapa yang anaknya suka menonton televisyen adalah
mendedahkan mereka kepada video menari yang boleh diamalkan bagi
mengurangkan masalah pertambahan berat badan.

Artikel terakhir adalah artikel Electronic Game Use is Associated with


Childhood Obesity yang ditullis oleh Signer dan Suter dan disiarkan pada 30 Jun
2004 dalam jurnal Obesity Research. Artikel ini menceritakan tentang kajian yang
telah dilakukan tentang obesiti mempunyai kaitan dengan menonton televisyen, ibu
bapa yang merokok dan ibu yang bekerja di luar rumah. Kajian tersebut membuktikan
bahawa terdapat hubungkait antara masa yang diluangkan bermain permainan video
dan obesiti. Kajian terbabit telah menguji 872 pelajar dari 10 buah sekolah. Soalan
soal selidik telah diedarkan. Soalan tersebut mengandungi umur, jantina,
kewarganegaraan, adik-beradik, status merokok ibu bapa, rancangan televisyen yang
sering ditonton, jumlah kekerapan bermain video game, pengambilan sarapan dan
amalan menonton televisyen sambil makan. Hasil daripada kajian, didapati kanak-
kanak bukan warganegara mengalami obesiti lebih daripada kanak-kanak
warganegara dan kadar menonton televisyen lebih sementara kurang aktiviti fizikal
yang dilakukan.
16

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Rekabentuk kajian

Kajian yang dijalankan ini merupakan kajian tinjauan dan data yang diperolehi adalah
dalam bentuk kuantitatif dan kualitatif. Bagi mendapatkan data, borang soal selidik
diedarkan kepada responden kajian.

3.2 Sampel kajian

Sampel kajian yang digunakan adalah 40 orang pelajar obesiti di sekolah menengah
luar bandar di Pahang yang dipilih secara rawak berkelompok. Penyelidik memilih
untuk mengkaji pelajar luar bandar kerana kajian mengenai pelajar bandar
17

sudah sering dilakukan. Jadi, penyelidik ingin mengenalpasti apakah faktor utama
obesiti bagi pelajar luar bandar yang mempunyai banyak perbezaan daripada pelajar
bandar dari pelbagai sudut.

3.3 Instrumen kajian

Kajian penyelidikan ini berbentuk tinjauan, di mana instrumen yang digunakan


adalah borang soal selidik. Borang ini mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A dan
B.

Bahagian A : soal selidik tentang latar belakang responden yang meliputi jantina,
umur, berat, tinggi dan indeks jisim badan.
Bahagian B : soal selidik tentang faktor yang menyebabkan obesiti. Di bahagian ini
responden diminta menjawab semua soalan dan daripada data yang
diterima faktor utama obesiti dapat dikenalpasti.

Sebelum kajian diteruskan, instrumen yang dibina diuji terlebih dahulu


menggunakan kaedah uji dan uji semula dengan menggunakan sampel pelajar obesiti
bukan dari kalangan sampel yang akan diuji seramai 30 orang. Ujian ini adalah
bertujuan untuk menguji kebolehpercayaan instrumen. Daripada hasil ujian ini, nilai
alpha Cronbach ditentukan menggunakan Statistical Package for Social Science
(SPSS). Sekiranya nilai alpha Cronbach kurang daripada 0.7, instrumen akan dibina
semula dan sekiranya nilainya adalah lebih 0.7, kebolehpercayaan instrumen adalah
tinggi dan pengumpulan data boleh diteruskan. Setelah kajian rintis dibuat, nilai alpha
Cronbach yang diperolehi adalah 0.815. Bagi menguji kesahan instrumen, penyelidik
akan membuat pengesahan dengan bertanyakan kepada penyelia tentang instrumen
dan mendapatkan pengesahan.
18

Instrumen dibina

Instrumen diuji

α < 0.7 α > 0.7


Data dikumpul

Data dianalisis

Keputusan

Rajah 1: Carta metodologi kajian

3.4 Analisis data

Data untuk kajian ini dikumpul secara kualitatif dan data yang diperolehi dianalisis
secara diskriptif. Berdasarkan soalan kaji selidik yang diedarkan, responden diminta
menjawab soal selidik yang terdiri daripada soalan ya dan tidak dan soalan subjektif
di mana responden di minta mengisi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
19

Soalan soal selidik ini kemudian dikumpul semula. Bagi soalan ya atau tidak,
skor kosong diberi kepada pelajar yang menjawab tidak bagi soalan yang tidak
menjurus kepada faktor obesiti manakala bagi jawapan ya diberi skor satu. Skor ini
kemudian dijumlahkan. Peratusan ya dan tidak dikira. Min, median dan mod juga
dikira. Bagi soalan subjektif, jawapan yang diberikan oleh responden akan
dikategorikan mengikut kategori yang sesuai yang akan disesuaikan oleh penyelidik.
Peratusan bagi setiap jawapan akan dikira.

Skor yang dikira kemudian akan dibandingkan antara setiap faktor untuk
melihat yang manakah memberi min yang tertinggi. Jumlah min yang tertinggi ini
akan memperlihatkan faktor manakah merupakan faktor utama obesiti dalam
kalangan pelajar sekolah menengah di luar bandar. Setiap skor ataupun peratusan
yang telah dikira akan dipersembahkan dalam bentuk carta atau graf.
20

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Dalam bab ini beberapa langkah telah dijalankan. Antaranya adalah mengumpul
semua data yang diperolehi dan penganalisaan dijalankan. Maklumat yang diperolehi
daripada soal selidik ini dianalisis secara berperingkat-peringkat. Nilai min, mod dan
median bagi setiap data dianalisis. Jadual dan carta disertakan bagi memudahkn
pemahaman. Persoalan kajian terjawab di dalam bab ini. Daripada analisis yang
dijalankan faktor utama obesiti dalam kalangan pelajar luar bandar dikenalpasti.
Setiap data dari semua faktor yang telah dikategorikan sebagai I,II, III, IV dan V
dikumpul begitu juga bagi soalan subjektif di mana responden diminta
menyenaraikan jawapan berdasarkan soalan dan jawapan responden dikumpulkan
dalam bentuk jadual.
21

4.2 Profile responden

Sebanyak 40 borang soal selidik telah diedarkan kepada 40 orang responden yang
merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bera Bandar 32, Pahang.
Responden yang dipilih adalah pelajar-pelajar yang mengalami masalah obesiti.
Kesemua responden telah menjawab dan mengembalikan semula soal selidik yang
diedarkan dan pemulangan semula soal selidik adalah 100%.

4.3 Taburan jantina responden

Seramai 40 orang responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik yang terdiri
daripada 22 orang perempuan dengan peratusan sebanyak 55% dan lelaki seramai 18
orang dengan 45%.

4.4 Faktor keturunan

Hasil daripada analisis data bagi faktor keturunan didapati min bagi faktor keturunan
adalah 1.2, mod adalah 0 dan median adalah 1.

Jadual 4.1 adalah jadual yang menunjukkan kaitan responden dengan saudara yang
jauh yang bukan terdiri daripada keluarga utama. Jadual ini dibina berdasarkan item 6
bagi kategori I iaitu keturunan (rujuk soal selidik). Hasil daripada analisis, seramai 15
orang memberi jawapan bahawa mereka mempunyai sepupu yang turut mengalami
masalah obesiti. Sembilan daripada mereka turut menyatakan bahawa bapa saudara
mereka mengalami masalah obesiti dan enam adalah ibu saudara. Terdapat tiga
responden menyatakan nenek mereka juga mengalami obesiti. Hanya seorang
22

responden menyatakan bahawa masalah obesiti turut dialami oleh anak saudaranya.
Hasil daripada jadual ini dapatlah disimpulkan bahawa masalah obesiti dalam
kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar berkemungkinan disebabkan oleh
faktor keturunan.

Jadual 4.1

Hubungan responden dengan saudara yang mengalami masalah obesiti.

Hubungan Jumlah Peratus


Sepupu 15 44.1
Bapa saudara 9 26.5
Ibu saudara 6 17.6
Nenek 3 8.8
Anak saudara 1 3.0

4.5 Faktor amalan pemakanan

Hasil daripada analisis bagi faktor amalan pemakanan yang diamalkan oleh pelajar
sekolah menengah luar bandar yang mengalami masalah obesiti, didapati nilai min
adalah 1.625, mod adalah 1 manakala median adalah 1.5.

Daripada jadual 4.2 iaitu jadual kadar pengambilan makanan segera yang diambil
oleh responden dalam masa seminggu. Kadar paling tinggi ialah pada kekerapan
sekali hingga dua kali dalam seminggu. Kekerapan ini memberi jumlah sebanyak 23
dan 57.5%. Diikuti pula dengan kekerapan tiga hingga empat kali seminggu iaitu
dengan jumlah sebanyak 13 dan 32.5%. Bagi lima hingga enam kali dan kadang-
23

kadang masing-masing memberi jumlah 2 dan 5%. Jadual ini dibina berdasarkan item
5 dalam kategori II (rujuk soal selidik).

Jadual 4.2
Kadar pengambilan makan segera oleh responden

Kekerapan Jumlah Peratus


Sekali – 2 kali 23 57.5
3 kali – 4 kali 13 32.5
5 kali – 6 kali 2 5
Kadang – kadang 2 5

Jadual 4.3 adalah jadual makanan/minuman yang sering diambil oleh responden
ketika masa lapang. Jadual ini dibina berdasarkan kepada item 6 dalam kategori II
(rujuk soal selidik). Daripada jadual dapat dilihat bahawa makanan yang sering
diambil ketika masa lapang adalah makanan berkarbohirat dengan nilai 29 dan 28.4%.
Jenis makanan/minuman yang kedua tertinggi adalah minuman bergula iaitu sebanyak
25.5% dan diikuti oleh pengambilan makanan ringan sebanyak 24.5%. Terdapat juga
responden yang mengambil makanan berlemak dengan jumlah 2.9%. Jenis-jenis
makanan yang sering diambil ketika masa lapang turut disenaraikan di dalam jadual.
Makanan ini telah dikelaskan oleh penyelidik dan dijumlahkan berdasarkan apa yang
telah dijawab oleh responden. Merujuk kepada jadual ini, dapat dilihat bahawa
terdapat pelbagai jenis makanan dari pelbagai kategori yang menjadi makanan
kegemaran responden.
24

Jadual 4.3

Jenis makanan/minuman yang sering diambil ketika masa lapang.

Jenis Jumlah Peratus


makanan/minuman
Berkarbohidrat 29 28.4
- nasi
- roti
- mee goreng
- biskut
Makanan ringan 25 24.5
- keropok
berperisa
- gula-gula
Makanan berlemak 3 2.9
- burger
- roti canai
Makanan manis 5 4.9
- kuih
Minuman tanpa gula 7 6.9
- air suam
Minuman bergula 26 25.5
- minuman
bergas
- minuman panas
Lain-lain 7 6.9
- kerepek
- ais krim

4.6 Faktor aktiviti fizikal

Analisis bagi faktor aktiviti fizikal yang dilakukan oleh responden memberikan nilai
min sebanyak 2.025. Nilai bagi mod adalah 2 begitu juga dengan nilai median.

Jadual 4.4 adalah jadual tentang aktiviti fizikal atau senaman yang sering dilakukan
oleh responden. Jadual ini dibina dengan merujuk kepada item 6 bagi kategori III
25

(rujuk soal selidik), yang memerlukan responden memberi sekurang-kurangnya satu


aktiviti hingga tiga aktiviti yang sering dilakukan. Hasil daripada analisis soal selidik,
penyelidik telah mencirikan aktiviti ini kepada dua seperti yang tercatat dalam jadual.
Aktiviti yang sering dilakukan oleh responden adalah aktiviti ‘outdoor’ dengan
jumlah sebanyak 62 dan 77.5% manakala aktiviti ‘indoor’ berjumlah 18 dengan
22.5%. Aktiviti yang sering dilakukan oleh responden telah disenaraikan oleh
penyelidik di dalam jadual.

Jadual 4.4

Aktiviti fizikal yang sering dilakukan oleh responden

Aktiviti fizikal Jumlah Peratus


Indoor 18 22.5
- melompat
- senaman ringan
- aerobik
- skipping
Outdoor 62 77.5
- jogging
- bola sepak
- takraw
- badminton
- berjalan
- bola jaring
- bola tampar
- berbasikal
- hoki
26

4.7 Faktor pengaruh persekitaran

Faktor pengaruh persekitaran yang dialami oleh responden dalam amalan pemakanan
dan pandangan tentang obesiti mempunyai min 1.55 dan nilai mod adalah 1. Begitu
juga dengan nilai median iaitu 1.

Jadual 4.5 adalah jadual kekerapan responden membeli makanan ringan dalam masa
seminggu sama ada di dalam atau di luar sekolah. Jadual ini dibina selepas
menganalisis item 6 bagi kategori IV iaitu pengaruh persekitaran (rujuk soal selidik).
Item meminta responden menulis apakah kekerapan mereka membeli makanan ringan
di sekolah sama ada dalam ataupun luar sekolah. Hasil daripada analisis, didapati
seramai 26 responden membeli makanan ringan sekali hingga tiga kali seminggu.
Nilai ini memberi peratusan sebanyak 65%. 10 responden memilih untuk membeli
makanan ringan empat kali hingga enam kali seminggu dengan jumlah sebanyak
25%. Sementara yang lain-lain iaitu lebih daripada enam kali dan kadang-kadang
adalah seramai dua responden (5%) dan seorang responden (2.5%) masing-masing.

Jadual 4.5

Kekerapan membeli makanan ringan dalam seminggu di dalam atau luar


sekolah

Kekerapan Jumlah Peratus


Sekali – 3 kali 26 65
4 kali – 6 kali 10 25
7 kali – 9 kali 2 5
10 kali – 12 kali 1 2.5
Kadang- kadang 1 2.5
27

4.8 Faktor pengaruh televisyen

Nilai min bagi pengaruh televisyen adalah 2.150. Nilai mod adalah 2 dan nilai median
adalah 1. Nilai min yang dicatatkan merupakan nilai min tertinggi di antara kesemua
faktor yang disenaraikan. Ini menunjukkan bahawa pengaruh televisyen adalah faktor
paling tinggi dalam menyumbang kepada masalah obesiti dalam kalangan pelajar
sekolah menengah luar bandar.

Jadual 4.6 adalah jadual mengenai jenis makanan yang sering diambil oleh responden
ketika menonton televisyen. Berdasarkan jadual, makanan yang sering diambil ketika
menonton televisyen adalah minuman bergula seperti minuman bergas dan minuman
panas dengan jumlah sebanyak 20 dan 25%. Makanan ringan seperti keropok
berperisa mencatat jumlah sebanyak 19 dan 23.75% merupakan pilihan kedua
tertinggi. Terdapat juga responden yang memilih untuk mengambil makanan yang
kaya dengan karbohidrat. Makanan ini memberi jumlah sebanyak 16 dengan 20%.
Bagi makanan bergula dan minuman tanpa gula, masing-masing memberi peratusan
sebanyak 12.5%. Semua jenis makanan yang disenaraikan oleh responden telah
dimasukkan ke dalam jadual.

Jadual 4.6

Jenis makanan yang sering diambil ketika menonton televisyen

Jenis Jumlah Peratus


makanan/minuman
Berkarbohidrat 16 20
- nasi
- roti
- me goreng
Makanan bergula 10 12.5
- kuih
- biskut
28

Makanan ringan 19 23.75


- keropok berperisa
- kuaci
Minuman bergula 20 25
Minuman tanpa gula 10 12.5
- air suam
Lain-lain 5 6.25
- kacang
- nugget

4.9 Faktor utama obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah luar bandar

Kelima-lima faktor yang telah dipilih sebagai antara faktor utama masalah obesiti
yang dialami oleh pelajar sekolah menengah luar bandar dianalisis. Berdasarkan
jadual 4.7, faktor-faktor tersebut adalah faktor keturunan, faktor amalan pemakanan,
faktor aktiviti fizikal, faktor pengaruh persekitaran dan faktor pengaruh televisyen.
Hasil daripada analisis dapat dilihat bahawa faktor yang mencatat min paling tinggi
adalah faktor pengaruh televisyen iaitu sebanyak 2.150. Kemudian diikuti oleh faktor
aktiviti fizikal dengan nilai min 2.025 dan amalan pemakanan, min 1.625. bagi faktor
pengaruh persekitaran, nilai min adalah 1.550 manakala faktor terakhir iaitu
keturunan mempunyai nilai min 1.2.
29

Jadual 4.7

Jadual antara faktor-faktor obesiti dalam kalangan pelajar sekolah menengah


luar bandar.

Bil Faktor Min


1 Keturunan 1.2
2 Amalan pemakanan 1.625
3 Aktiviti fizikal 2.025
4 Pengaruh persekitaran 1.550
5 Pengaruh televisyen 2.150
30

BAB 5

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Perbincangan

Di dalam kajian yang dijalankan ini, objektif yang ingin dicapai adalah untuk
mengenalpasti apakah faktor utama masalah obesiti yang sering dialami oleh pelajar
sekolah menengah luar bandar. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui
apakah penyebab utama masalah obesiti yang membelenggu negara kini. Bukan itu
sahaja, masalah ini juga turut menjadi kebimbangan dunia. Dalam kajian ini,
penyelidik berminat untuk mengkaji faktor-faktor ini dan mungkin hasil daripada
kajian ini dapat membantu pihak kerajaan, pihak ibu bapa, masyarakat, sekolah dan
individu bagaimana untuk mengurangkan masalah peningkatan kadar individu obesiti
di negara kita. Selain itu, kajian ini diharap dapat membantu mengurangkan masalah-
masalah lain yang berpunca daripada masalah obesiti seperti sakit jantung, diabetes
dan sebagainya.
31

Bagi melengkapkan kajian ini, penyelidik telah membina soal selidik yang
mengandungi 30 soalan yang boleh membuktikan apakah faktor yang utama masalah
obesiti ini. Soalan ini sudah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya. Soal selidik ini
kemudian diedarkan kepada individu yang mengalami masalah obesiti. Penyelidik
telah memilih responden dari sebuah sekolah luar bandar di Pahang iaitu Sekolah
Menengah Kebangsaan Bera Bandar 32. Seramai 40 orang responden diperlukan.
Semua soalan yang dibina diperlukan untuk menjawab persoalan kajian penyelidik
bagi mengetahui apakah faktor utama obesiti. Kemudian analisis data dilakukan dan
min bagi semua faktor dibandingkan.

Hasil daripada dapatan kajian dan analisis data, didapati bahawa pengaruh
televisyen adalah faktor utama masalah obesiti yang dialami oleh pelajar luar bandar
ini. Nilai min bagi faktor pengaruh televisyen mencatat nilai paling tinggi iaitu 2.150.
Nilai ini tidak banyak perbezaan dengan faktor yang kedua iaitu faktor aktiviti fizikal.
Pengaruh televisyen menjadi faktor utama adalah kerana ketika menonton televisyen
masa yang lama diambil bagi setiap individu. Penggunaan masa yang lama ini
menyebabkan individu memilih untuk melakukan aktiviti seperti makan dan
menyiapkan kerja di hadapan televisyen. Ini disokong oleh artikel “Electronic Game
Use is Associated with Childhood Obesity” yang ditullis oleh Signer dan Suter dan
disiarkan pada 30 Jun 2004 dalam jurnal Obesity Research. Artikel ini ada
menyatakan bahawa terdapat hubungkait antara masa yang diluangkan menonton
televisyen atau bermain permainan video dengan obesiti. Ini juga turut disokong oleh
artikel “Chilhood Obesity on The Rise” yang diterbitkan pada Jun 2002 hasil tulisan
Carol Torgan yang menyatakan bahawa hampir separuh kanak-kanak lingkungan 8-
16 tahun menghabiskan masa 3-5 jam setiap hari untuk menonton televisyen

Ini ditambah pula dengan pengambilan makanan yang tidak sihat atau
seimbang di hadapan televisyen. Pengambilan makanan yang tidak sihat ini akan
32

menyumbang kepada obesiti. Makanan yang kurang berkhasiat seperti makanan


ringan diketahui umum mengandungi pelbagai bahan kimia yang boleh menyebabkan
penyakit dan pengambilan yang berlebihan terutama ketika menonton televisyen akan
menyumbang kepada obesiti. Artikel “Chilhood Obesity” yang ditulis oleh Mayo
Clinic Staff dan disiarkan pada 31 Mac 2006 menyokong bahawa pengambilan
makanan tidak sihat menyumbang kepada obesiti. Contoh makanan adalah makanan
yang mengandungi tinggi tahap kalori seperti makanan segera dan juga minuman
ringan ataupun bergas. Turut menyokong adalah artikel “Obesity in Children Causes”
yang disiarkan pada 21 Oktober 2005 yang menyatakan bahawa kanak-kanak telah
menukar tabiat makan mereka daripada makanan berkhasiat kepada makanan segera,
makanan snek yang diproses dan minuman yang tinggi dengan kandungan gula.
Pengambilan makanan ini sering diambil ketika berada di hadapan televisyen.

Ini diperkukuhkan lagi apabila individu kurang bersenam dan tidak


mengamalkan gaya hidup yang sihat, seperti yang dinyatakan dalam kajian Larsen
pada tahun 2001 yang bertajuk “Obesity-Related Knowledge, Attitudes and
Behaviors in Obese and Non-obese Urban Philadelphia Female Adolescents”. Selain
daripada itu juga, responden juga ada yang memilih untuk makan makanan berat
sepeti nasi di hadapan televisyen. Pengambilan makanan seperti ini akan turut
menyumbang kepada obesiti. Ini kerana individu akan makan tanpa sedar had yang
diambil sudah melebihi sepatutnya dan juga kerana ingin mengikuti rancangan
kegemaran, jadi makanan yang dimakan akan berlebihan.

Selain itu, ketika menonton televisyen, individu ini kurang melakukan


gerakan. Ini menyebabkan pengumpulan lemak yang berlebihan pada badan. Ini turut
disokong oleh “Chilhood Obesity on The Rise” yang diterbitkan pada Jun 2002 yang
ditulis oleh Torgan. Artikel ini menyatakan bahawa kanak-kanak kini sudah tidak
gemar bermain di luar rumah ataupun taman permainan dan lebih cenderung untuk
33

berada di hadapan televisyen, komputer dan permainan video. Rata-rata yang


menghabiskan menonton televisyen, mereka hanya berbaring dan benar-benar berehat
tanpa melakukan sebarang aktiviti. Sekiranya perkara ini berlanjutan hampir berjam-
jam, tidak mustahil mereka ini akan menghadapi masalah pertambahan berat badan
hingga mengundang obesiti. Tabiat suka menonton televisyen ini mungkin dirasakan
cara paling mudah untuk mendapatkan maklumat, jadi memilih untuk berada di depan
televisyen untuk satu jangka masa yang lama adalah cara terbaik. Apabila
menghabiskan masa yang lama di hadapan televisyen, individu juga akan mudah
terpengaruh dengan iklan yang disiarkan di televisyen. Ada individu yang suka untuk
mencuba makanan yang disiarkan di televisyen termasuk juga makanan ringan. Selain
itu, ada juga individu yang cepat merasa lapar dengan hanya melihat masakan
ataupun makanan yang ditunjukkan dan memilih untuk turut sama makan. Kenyatan
ini disokong oleh artikel dari MedlinePlus yang disiarkan dalam Health Day, yang
bertajuk “Junk Food, TV Driving Kids to Obesity” yang disiarkan 25 September
2007. Menurut artikel ini, kebanyakan iklan yang ditayangkan di televisyen adalah
makanan terutama makanan segera, minuman berkarbonat dan juga gula-gula.

Perkaitan antara obesiti dengan menonton televisyen dan kurang melakukan


aktiviti fizikal dapat dilihat dengan jelas. Sekiranya seseorang itu, menonton
televisyen untuk satu jangka masa yang lama, pasti individu terbabit kurang
melakukan aktiviti fizikal. Kedua-dua faktor ini saling berkaitan dan boleh
menyebabkan obesiti. Kenyataan ini disokong oleh Berkowitz dan Stunkard di dalam
jurnal mereka bertajuk “ Developement of Childhood Obesity” yang telah diedit oleh
Wadden dan Stunkard di dalam buku Handbook of Obesity Treatment. Jurnal tersebut
ada mangkaji tentang aktiviti fizikal di mana mereka telah mengedarkan soalan soal
selidik kepada lebih 10 000 kanak-kanak berumur antara 9-14 tahun. Hasil daripada
soal selidik tersebut, nilai BMI yang tinggi dilaporkan adalah daripada mereka yang
mempunyai rendah tahap aktiviti fizikal dan tinggi tahap menonton televisyen. Selain
itu, aspek penting dalam kehidupan moden menyumbangkan kepada obesiti dalam
34

kalangan kanak-kanak. Ini kerana ramai kanak-kanak meluangkan masa menonton


televisyen dari masa mereka berada di sekolah. Mereka menghabiskan masa yang
lebih untuk menonton televisyen, video dan bermain permainan video daripada
melakukan aktiviti.

Jurnal yang bertajuk “Human Energy and Nutrient Balance” yang ditulis oleh
Dionne Dan Tremblay di dalam buku Physical Activity and Obesity (2003) yang telah
diedit oleh Bouchard ada menyatakan bahawa karbohidrat dan lemak sangat
diperlukan oleh oleh badan untuk metabolisma dan juga penghasilan tenaga. Diet
yang diambil setiap hari selalunya mengandungi bahan-bahan ini. Pengambilan
karbohidrat yang berlebihan juga boleh menyebabkan masalah obesiti. Glukosa yang
terkumpul di dalam badan dan tidak digunakan boleh menyumbang ke arah
pertambahan berat badan. Jadi pengambilan makanan yang seimbang sangat
diperlukan untuk mengelakkan obesiti. Jika merujuk kepada jadual jenis makanan
yang sering diambil oleh responden, karbohidrat memberi peratus yang paling tinggi.
Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya individu tidak melakukan sebarang
senaman untuk membakar kalori dalam badan. Jurnal yang ditulis oleh Salbe dan
Ravussin bertajuk “The Determinants of Obesity” yang terdapat di dalam buku yang
sama seperti di atas turut menyokong bahawa tabiat makan turut mempengaruhi
perkembangan obesiti. Makan dengan kerap, makan berlebihan, dan makan mengikut
nafsu sering berlaku dikalangan individu obes. Sikap ini selalunya berkaitan dengan
situasi seperti makan di dalam kereta, mengunyah ketika bosan, keletihan, bosan dan
sebagainya. Turut dinyatakan adalah kanak-kanak obes makan dengan lebih cepat
apabila mereka hampir menghabiskan makanan.

Pengaruh ibu bapa juga memberi impak yang besar kepada wujudnya individu
obes. Ibu bapa yang tidak mementingkan kesihatan dan terlalu sibuk untuk
memikirkannya akan menyebabkan anak-anak mengalami obesiti. Menurut artikel
35

“Obesity in Children Causes” yang disiarkan pada 21 Oktober 2005, sikap ibu bapa
yang terlalu sibuk dan terlalu bimbang akan keselamatan anak-anak menyebabkan
anak-anak tidak terdedah kepada aktiviti fizikal. Ibu bapa juga perlu memainkan
peranan dalam mengawal pemakanan anak-anak dengan memberi bimbingan dalam
memilih makanan yang betul. Ibu bapa juga perlu menunjukkan contoh yang baik
dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan pemakanan yang berkhasiat. Ini turut
disokong oleh jurnal yang ditulis oleh Salbe dan Ravussin yang bertajuk “The
Determinants of Obesity” yang telah diedit oleh Bouchard di dalam buku Physical
Activity and Obesity (2003). Jurnal ini menyatakan bahawa sekiranya ibu bapa
mempunyai pengetahuan dalam pengambilan makanan yang sihat, ini akan
menyebabkan anak-anak memilih untuk makan makanan yang berkhasiat dan kurang
kalori. Pengaruh daripada ahli keluarga dan masyarakat juga boleh menyebabkan
ataupun mengurangkan obesiti. Masyarakat yang mementingkan kesihatan akan
bersama-sama berusaha dalam mengatasi masalah obesiti ini seperti melakukan
senaman secara beramai-ramai bagi menggalakkan kanak-kanak untuk bersenam bagi
membakar kalori dalam badan. Selain daripada itu, sokongan yang kukuh diperlukan
bagi memberi semangat kepada individu yang ingin menurunkan berat badan.

Faktor keturunan ataupun genetik juga penyumbang kepada obesiti. Namun


hasil daripada kajian yang dijalankan, faktor ini memberi nilai min yang paling
rendah iaitu 1.2. Faktor ini dilihat tidak mempengaruhi kadar obesiti dalam kalangan
pelajar sekolah menengah di luar bandar. Walaupun tidak terlalu mempengaruhi
terdapat juga kajian mengenainya. Dalam kajian Tanofsky et.al (2000) bertajuk
“Treating and Preventing Obesity”, yang diedit oleh Andersen ada menyatakan
bahawa individu daripada keluarga yang sama adalah sama kadar kandungan lemak.
Selain itu, pengaruh keturunan atau genetik juga bertanggungjawab kepada nilai BMI
seseorang.
36

5.2 Kesimpulan

Berdasarkan analisis data yang diperolehi daripada 40 orang responden


dapatlah disimpulkan bahawa faktor utama obesiti dalam kalangan pelajar sekolah
menengah luar bandar adalah pengaruh televisyen. Pengaruh yang dibawa oleh
televisyen ini juga turut menyumbangkan kepada faktor-faktor obesiti yang lain
seperti kurang melakukan aktiviti fizikal dan juga pengambilan makanan ringan yang
berlebihan dan amalan pemakanan yang tidak sihat.

Faktor-faktor ini saling berkaitan antara satu dengan yang lain. Jadi, untuk
mengatasinya pandangan dari setiap sudut perlu dititikberatkan.

5.3 Cadangan

Terdapat beberapa cadangan yang ingin penyelidik kongsikan bersama dalam


usaha untuk mengurangkan masalah obesiti ini. Hasil daripada kajian yang dijalankan
ini, faktor utama obesiti dikenalpasti. Jadi untuk mengurangkan masalah obesiti yang
membimbangkan negara kini, tindakan yang segera perlu diambil. Semua pihak perlu
memainkan peranan dalam mengurangkan masalah ini. Pihak-pihak ini termasuklah
ibu bapa, pihak sekolah, pihak kerajaan, pihak swasta dan pihak-pihak lain. Sekiranya
setiap pihak memainkan peranan dengan berkesan, masalah yang serius ini dapat
dikurangkan. Kerjasama yang diberikan diyakini dapat membantu mengurangkan
masalah ini.

Cadangan kedua adalah kepada individu yang ingin meneruskan kajian ini,
penyelidik mencadangkan agar individu terbabit menambah bilangan responden
untuk mendapatkan keputusan yang lebih jitu. Selain itu, kajian ini mungkin boleh
37

diaplikasikan kepada responden yang pelbagai seperti pelajar bandar, perbandingan


antara jantina, berbezaan pendapatan sekeluarga dan sebagainya.

Cadangan ketiga adalah kajian seterusnya bolehlah dilakukan kepada faktor-


faktor lain yang difikirkan sesuai. Faktor-faktor lain ini diharap dapat dikesan segera
supaya masalah obesiti dalam kalangan pelajar dapat diatasi.
38

RUJUKAN

Azrina Azhan (2006, Februari 22). Obesiti Berita Harian, 14.

Brown, J.E. (2000). Nutrition through the life cycle. United Stated : Thomson
Wadsworth

Childhood obesity. (2006). Diperoleh September 28, 2007 daripada


http://www.mayoclinic.com/print/childhood-
obesity/DS00698/DSECTION=all&METHOD=print

Children and watching TV . (2001). Diperoleh Oktober 4, 2007 daripada


http://aacap.org/cs/root/facts_for_families/children_and_watching_tv

DeBruyne, L.K., Rolfes, S.R., & Whitney,E.N. (1998). Life span nutrition conception
through life. United Stated : Wadswortd

Dewan Bahasa dan Pustaka (1970). Kamus dewan, edisi ketiga. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dionne,I. & Trembley,A. (2003). Human energy and nutrient balance. Dalam
C.Bouchard(Ed.) Physical activity and obesity (m.s. 151-179). USA : Human
Kinetics

Electronic game use is associated with childhood obesity. Diperoleh September 28,
2007 daripada
http://www.eurekalert.org/pub_releases/2004-06/chop- egu063004.php

Junk food, TV driving kids to obesity. (2007). Diperoleh Oktober 4, 2007 daripada
http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/news/fullstory_55300.html

Kim,D & Kravitz,L. Childhood obesity: prevalance, treatment and prevention.


Diperoleh September 28,2007 daripada
http://www.unm.edu/~lkravitz/Article%20folder/childhoodObesity2.html

Larsen, P.G (2001). Obesity-related knowledge, attitudes, and behaviors in obese and
non-obese urban Philadelphia female adolescents. Diperoleh pada Mei 1,
2007 daripada http://www.obesityresearch.org/misc/terms.shtml
39

Obesity in children and teens. (2001). Diperoleh Oktober 4,2007 daripada


http://aacap.org/cs/root/facts_for_families/obesity_in_children_and_teens

Obesity in children causes. (2005). Diperoleh Oktober 4,2007 daripada


http://www.emedicinehealth.com/obesity_in_children/page2_em.htm

Salbe,A.D. & Ravussin,E. The determinants of obesity. (2003). Dalam


C.Bouchard(Ed.) Physical activity and obesity (m.s. 69-102). USA :
Human Kinetics

Sizer, F. & Whitney, E. (2006). Nutrition concepts and controversies. United Stated :
Thomson Wadworth

Thain,M. & Hickman, M. (2004). Dictionary of biology,elevent edition. England :


Penguin Group.

Torgan,C. (2002) Childhood obesity on the rise. Diperoleh September 28, 2007
daripada
http://www.nih.gov/news/WordonHealth/jun2002/childhoodobesity.htm

Williams, M.H. (2005). Nutrition for health, fitness & sport. United Stated : Mc Graw
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
Reliability Statistics

Cronbach's
Alpha Based
on
Cronbach's Standardized
Alpha Items N of Items
.815 .808 24

Statistics

Mark category I
N Valid 40
Missing 0
Mean 1.200
Median 1.000
Mode .0
Std. Deviation 1.3436
Variance 1.805
Kurtosis -.284
Std. Error of Kurtosis .733
Minimum .0
Maximum 4.0

Statistics

Mark category II
N Valid 40
Missing 0
Mean 1.625
Median 1.500
Mode 1.0
Std. Deviation 1.0546
Variance 1.112
Kurtosis -.284
Std. Error of Kurtosis .733
Minimum .0
Maximum 4.0
Percentiles 25 1.000
50 1.500
75 2.000
Statistics

Mark category III


N Valid 40
Missing 0
Mean 2.025
Median 2.000
Mode 2.0
Std. Deviation 1.2504
Variance 1.563
Kurtosis .087
Std. Error of Kurtosis .733
Minimum .0
Maximum 5.0
Percentiles 25 1.000
50 2.000
75 3.000

Statistics

Mark category IV
N Valid 40
Missing 0
Mean 1.550
Median 1.000
Mode 1.0
Std. Deviation 1.1972
Variance 1.433
Kurtosis -.904
Std. Error of Kurtosis .733
Minimum .0
Maximum 4.0
Percentiles 25 1.000
50 1.000
75 2.750
Statistics

Mark category V
N Valid 40
Missing 0
Mean 2.150
Median 2.000
Mode 1.0
Std. Deviation 1.2100
Variance 1.464
Kurtosis -.185
Std. Error of Kurtosis .733
Minimum 1.0
Maximum 5.0
Percentiles 25 1.000
50 2.000
75 3.000
LAMPIRAN C

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
35900 TANJUNG MALIM, PERAK
_______________________________________________________________________
Soal Selidik Tentang Faktor Utama Obesiti dalam Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah Luar Bandar.

Saol selidik ini hanya bertujuan untuk mengetahui apakah faktor utama obesiti pelajar.
Segala maklumat adalah rahsia dan hanya untuk tujuan kajian sahaja.

Arahan:
1. Soal selidik ini mengandungi soalan-soalan mengenai faktor obesiti
2. Tiada jawapan betul atau salah untuk setiap soalan. Semua bergantung kepada apa
yang sesuai bagi anda.
3. Jawab semua soalan dengan jujur.
4. Terima kasih atas kerjasama anda.

Bahagian A
Lengkapkan maklumat di bawah:

Jantina: ………………
Umur: ………………..
Berat: …………………
Tinggi: ………………..
Indeks jisim badan (BMI): ……………………..
Bahagian B

Kategori I

1. Bapa anda mempunyai masalah obesiti


Ya Tidak

2. Ibu anda mempunyai masalah obesiti


Ya Tidak

Jika anda tidak tinggal bersama ibu dan bapa, sila jawab soalan 3
3. Penjaga anda mempunyai masalah obesiti
Ya Tidak

4. Sekiranya anda mempunyai adik-beradik adakah mereka juga obesiti


Ya Tidak

5. Adakah anda rasa faktor obesiti anda dari keluarga


Ya Tidak

6. Selain dari keluarga anda, anda juga mempunyai saudara yang obesiti.
Nyatakan siapa
1) __________________
2) __________________
3) __________________

Kategori II

1. Saya makan setiap kali lapar


Ya Tidak

2. Makanan ringan adalah suatu kemestian bagi saya


Ya Tidak

3. Makan sebelum tidur menjadi amalan saya


Ya Tidak

4. Saya tidak suka makan makanan ringan kerana ia tidak berkhasiat


Ya Tidak

5. Berapa kali anda makan makanan segera yang dijual digerai atau kedai dalam
seminggu.
____________________
6. Senaraikan 3 makanan/minuman yang sering anda ambil ketika di masa lapang
1) ____________________________
2) ____________________________
3) ____________________________

Kategori III.

1. Saya selalu melakukan senaman atau bersukan


Ya Tidak

2. Saya bersenam atau bersukan hanya sebagai hobi bukan untuk menjaga kesihatan
Ya Tidak

3. Pergerakan yang banyak akan membuatkan saya cepat letih, jadi saya memilih untuk
tidak selalu bergerak.
Ya Tidak

4. Saya gemar berjalan kaki atau berbasikal berbanding menaiki kenderaan untuk
perjalanan yang dekat
Ya Tidak

5. Saya tidak suka menggunakan kemudahan tangga bergerak (escalator) ketika di pasar
raya.
Ya Tidak

6. Antara aktiviti senaman atau bersukan yang sering saya lakukan


1) ______________________
2) ______________________
3) ______________________

Kategori IV
1. Keluarga saya mengalami obesiti, jadi saya tidak kisah jika saya juga obesiti
Ya Tidak

2. Ibu bapa melarang saya untuk makan makanan dengan banyak dan terlalu kerap.
Ya Tidak

3. Kawan-kawan sering mempengaruhi saya untuk makan makanan segera.


Ya Tidak

4. Makanan di kantin sekolah tidak menarik minat saya untuk menikmatinya


Ya Tidak
5. Saya lebih memilih untuk makan makanan yang dijual di luar sekolah.
Ya Tidak

6. Berapakah kekerapan anda membeli makanan ringan dalam seminggu (nyatakan


bilangan)
__________________

Kategori V

1. Paparan makanan di dalam televisyen mempengaruhi saya untuk makan


Ya Tidak

2. Menjadi kebiasaan saya makan sambil menonton televisyen


Ya Tidak

3 Iklan makanan segera memberi kesan negatif kepada pemakanan remaja sekarang
Ya Tidak.

4. Saya menghabiskan lebih dari 2 jam menonton televisyen sambil makan.


Ya Tidak

5. Saya gemar mencuba makanan ringan dan makanan segera yang disiarkan di
televisyen
Ya Tidak

6. 3 jenis makanan/minuman yang sering saya ambil ketika menonton televisyen adalah
1) _______________________
2) _______________________
3) _______________________

You might also like