You are on page 1of 1

SEJARAH LARI BERGANTI-GANTI

Sejarah lari berganti-ganti bermula di Amerika Syarikat. Acara ini tercipta daripada
perjalanan kereta kuda jarak jauh (pony ekspress) di mana surat-surat atau berita-berita
disampaikan dari satu tempat ke tempat lain. Perlumbaan dimulakan dengan seorang pelari
membawa bendera & menyampaikan kepada pelari lain yang menanti di hadapan (dimulai di
Universiti Pensylvania, Amerika Syarikat). Selain itu, acara berganti-ganti diilhamkan
daripada permainan pasukan ahli bomba. Ahli daripada satu pasukan bomba akan berlari
dengan pantas & menyentuh kereta bomba. Ini sebagai isyarat kepada ahli lain dalam
pasukan untuk bersedia. Acara sebenar lari berganti-ganti ini pertama kali dilakukan pada
tahun 1893, di mana pasukan dipertandingkan dengan setiap pelari berlari sejauh suku
batu.

You might also like