You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN DATU’ HASHIM

16100 KOTA BHARU, KELANTAN

KERTAS KERJA PROGRAM


TERAPI HAIWAN

ANJURAN

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Datu’ Hashim

TEMPAT

Dewan Seri Gemilang

TARIKH

11 Mac 2020

MASA

11:45 pagi hingga 1:45 tengah hari


1.0 TAJUK

Program Terapi Haiwan.

2.0 PENGENALAN

Program Terapi Haiwan atau dikenali sebagai Animal Assisted Therapy


Programme (AATP) merupakan suatu rawatan pemulihan bagi murid berkeperluan khas
dengan menggunakan haiwan sebagai medium untuk memulih dan merangsang perasaan
atau emosi mereka melalui interaksi bersama haiwan (Dr EJ Khew, 2019). Menurut Dr EJ
Khew (2019),terapi ini juga ialah satu kaedah terapi menggunakan haiwan untuk memulih
dan merangsang pembangunan fizikal, mental, emosi serta kemahiran sosial kanak-
kanak.
Pembabitan haiwan dalam unsur terapi mempunyai kesan terapeutik pada kognitif
kanak-kanak dalam mengalami proses pembelajaran. Selain itu, terapi haiwan membantu
mengembangkan psikososial kanak-kanak seperti membina hubungan, menyemai sifat
tanggungjawab dan motivasi diri serta mengurangkan tekanan. Haiwan juga turut
membantu dalam meningkatkan kemahiran motor, komunikasi dan deria kanak-kanak.
Secara tidak langsung, program ini juga mendedahkan murid berkeperluan khas dengan
pengetahuan dan pengalaman yang baru mengenai kehidupan haiwan.

3.0 OBJEKTIF

 3.1 Memberi pendedahan serta menimba pengetahuan dan pengalaman yang


baru mengenai haiwan terhadap murid berkeperluan khas.
 3.2 Merangsang emosi murid berkeperluan khas dengan membentuk sifat
bertanggungjawab, meningkatkan keyakinan diri dan mengawal perasaan.
 3.3 Mengembangkan semangat sosialisasi terhadap persekitaran luar.
 3.4 Meningkatkan kemahiran motor, komunikasi dan deria murid berkeperluan
khas.

4.0 TARIKH
11 Mac 2020 (Rabu)

5.0 MASA

11:45 pagi hingga 1:45 tengah hari.

6.0 TEMPAT

Dewan Seri Gemilang

7.0 SASARAN

Semua murid PPKI Sekolah Kebangsaan Datu’ Hashim.

8.0 JAWATNKUASA INDUK

Rujuk Lampiran 1.

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Rujuk Lampiran 2.

10.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran 3.

11.0 PENUTUP

Keseluruhannya, Program Terapi Haiwan diharapkan dapat memberi kesan yang


positif dalam pelbagai aspek terhadap sasaran yang terlibat iaitu murid berkeperluan khas.
Dengan usaha ini, program ini juga berhasrat dapat membentuk suatu ilmu dan
pengalaman yang baru kepada diri murid-murid sama ada secara langsung atau tidak
langsung.
Oleh itu, peranan semua pihak amatlah diperlukan dalam menjayakan program ini
bagi membantu dan meningkatkan diri murid berkeperluan khas . Semoga program ini
dapat berjaya mencapai matlamat serta objektif ke arah membina peribadi murid
berkeperluan khas yang berkualiti dan bermakna.
Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………………………….. ………………………………………….
MUHAMMAD NUR HAKIMUDDIN BIN JURI PUAN WIDURI BINTI JUSOH
Setiausaha, Penyelaras,
Program Terapi Haiwan, Program Terapi Haiwan,
Sekolah Kebangsaan Datu’ Hashim. Sekolah Kebangsaan Datu’ Hashim.

Disahkan oleh: Diluluskan oleh:

………………………………………….. ……………………………………..
ENCIK MOHD ZULKIFLI BIN CHE OMAR PUAN HAMIDAH BINTI CHE
Penolong Kanan Pendidikan Khas, ABDUL HAMID
Sekolah Kebangsaan Datu’ Hashim. Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Datu’ Hashim.
LAMPIRAN 1

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM TERAPI HAIWAN

PENGERUSI
PUAN HAMIDAH BINTI CHE ABDUL HAMID
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Datu’ Hashim

NAIB PENGERUSI
ENCIK MOHD ZULKIFLI BIN CHE OMAR
Penolong Kanan Pendidikan Khas
Sekolah Kebangsaan Datu’ Hashim

NAIB PENGERUSI 1
ENNCIK ZAIDI BIN AWANG
Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Datu’ Hashim

PENYELARAS
PUAN WIDURI BINTI JUSOH
Guru PPKI
Sekolah Kebangsaan Datu’ Hashim

SETIAUSAHA
MUHAMMAD NUR HAKIMUDDIN BIN JURI
Guru Internship
Sekolah Kebangsaan Datu’ Hashim
NAIB SETIAUSAHA
NOOR ALIA BINTI AMIR
Guru Internship
Sekolah Kebangsaan Datu’ Hashim

AHLI JAWATANKUASA
Puan Ernie Wirdayu Binti Abdul Samad
Puan YM Kunaalni Binti Raja Ibrahim
Encik Mohd Hasri Bin Hamzah
Puan Roslina Binti Ibrahim
Puan Nor Azira Binti Yaacob
Puan Hasmarini Binti Kob
Puan Faridah Hanum Binti Mohd Arifin
Puan Zetil Elinda Binti Ahmad
Puan Rosliza Binti Mukhtar
Puan Mas Mariana Binti Mat Nawi
Encik Faizul Bin Parlan

AJK PEMANTAUAN
Puan Halimah Binti Muhamad
Puan Hasilah Binti Husein
Puan Siti Farazila Binti Mohd Din
Puan Wan Aini Binti Was Ismail
LAMPIRAN 2

ANGGARAN BELANJAWAN

BIL. PERKARA HARGA SEUNIT JUMLAH UNIT JUMLAH HARGA


1 Penceramah RM 100 1 orang X RM 100 RM 100
2. Makan dan minum VIP RM 10 3 orang X RM 10 RM 30
3. Sewa Haiwan RM 150 1 unit X RM 150 RM 150
4. Kawat besi RM 30 3 unit X RM 30 RM 90
5. Pelekat dawai RM 10 3 unit X RM 10 RM 30
JUMLAH KESELURUHAN RM 400

LAMPIRAN 3

TENTATIF PROGRAM

TARIKH / HARI MASA CATATAN


Murid berkumpul di Dewan Seri
11:45 am
Gemilang
Ceramah Penjagaan Haiwan
12:00 am Peliharaan:
- Dr.
11 Mac 2020 Aktiviti :
(Rabu) - Memberi makanan kepada
1:00 pm
haiwan
- Menyentuh haiwan
Sesi bergambar
1:40 pm
1:45 pm Bersurai

*tertakluk kepada sebarang perubahan

You might also like