You are on page 1of 2

Merujuk Syed Ismail bin Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon (2010), guru perlu

melaksanakan penilaian terhadap murid berasaskan budaya yang sesuai dengan situasi di
dalam kelas berkenaan. Murid perlu diberi peluang melakukan aktiviti bersama kaum yang
berbeza. Penerapan nilai bekerjasama dalam subjek akan memudahkan proses penilaian
terhadap murid.

Penilaian berbentuk sumatif boleh digunakan bagi menilai hasil pembelajaran secara
holistik. Murid boleh dinilai dengan cara memberi murid kebebasan sewaktu menjalani
aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta penaksiran. Guru boleh menyediakan pelbagai
aktiviti yang melibatkan penyertaan semua murid dengan memberikan tugasan yang terdiri
daripada pelbagai aktiviti (Noriati A. Rashid et. al, 2014).

Penilaian dan penaksiran seperti ini memberikan peluang kepada murid memilih
sesuatu tugasan yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran masing-masing serta
membina rasa tanggungjawab yang tinggi. Dengan cara ini, murid akan menggunakan
perbezaan yang ada pada mereka berdasarkan perbezaan latar belakang serta kecerdasan
pelbagai untuk menyediakan tugasan tersebut.

Pemerhatian harian tingkah laku pembelajaran dan sosial murid dalam situasi bilik
darjah. Pemerhatian boleh dibuat melalui senarai semak, catatan, atau kad fail untuk
membolehkan guru merumuskan pemerhatian tingkah laku murid secara yang tekal dan
bermakna. Sebagai contoh, guru boleh gunakan senarai nama kelas merupakan cara
mudah untuk merekodkan pemerhatian harian. Guru boleh mewujudkan lajur untuk
mengenal pasti projek, aktiviti atau tingkah laku yang ingin diperhatikan.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru adalah Penulisan Jurnal. Penulisan
jurnal memberi peluang kepada murid berkongsi pemahaman peribadi mengenai perkara
seperti sastera dalam pelbagai konteks budaya untuk memaklum, memperjelas dan
menerangkan tentang masyarakat majmuk. Contohnya, guru boleh menilai tentang jurnal
pembelajaran di mana murid mencatat kaitan peribadi dengan watak-watak dalam sastera
yang mereka baca. Mereka boleh membina pengertian terhadap watak dan ini memberi
merekakebebasan untuk menulis tentang watak dan berkongsi dengan rakan. Projek Projek
memberi peluang murid menyumbang idea mengikut kebolehan mereka.. Salah satu contoh
projek termasuk rekacipta artifak yang mewakili patung kumpulan etnik dan murid boleh
menulis cerita atau puisi tentang artifak untuk tujuan penilaian projek.

Seterusnya, Ujian buatan guru yang berkait rapat dengan program pengajaran
Perhatian utama harus diberi kepada gaya kognitif dan kemahiran akademik semua murid.
Contohnya, guru boleh mereka bentuk ujian dengan menggubal item soalan sesuai untuk
menilai pengetahuan atau prestasi murid dalam bidang kandungan tertentu dalam kurikulum
yang mesra budaya. Dalam lain perkataan, ujian harus culturally loaded dengan mengambil
kira budaya semua kumpulan murid. Bahasa yang digunakan harus difahami semua dan
tidak bias kepada kumpulan murid yang dominan. Arahan ujian perlu mengambil kira asas
budaya dan faktor linguistik sedia ada murid dan murid perlu merasai bahawa bahasa dan
budayanya adalah aset bukan liabiliti dalam penilaian.

Selain itu, penilaian kendiri murid Murid boleh memberi tindak balas kepada soalan
mengenai pembelajaran mereka secara berkala dalam konferens guru/murid. Portfolio boleh
digunakan semasa konferens. Sebagai contoh, murid ditunjukkan kerja/ tugasan mereka,
membincang hasil kerja dengan guru dan menilai kemajuan sendiri. Penilaian kendiri guru
Penilaian kendiri merupakan bahagian penting keberkesanan pengajaran guru. Guru perlu
menyoal diri sendiri tentang pilihan mengenai tingkah laku dan strategi-strategi pengajaran,
keberkesanan dan kerelevanan budaya dalam pelajaran mereka serta reaksi dan tindak
balas mereka terhadap kepelbagaian budaya dalam bilik darjah mereka yang boleh
menyumbang kepada perkembangan berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran.

You might also like