You are on page 1of 6

1.

0 PENDAHULUAN
Sudah menjadi kelaziman bahawa selepas peperiksaan UPSR, murid-murid khasnya
murid Tahun 6 kurang tertarik untuk dating ke sekolah. Ini mungkin kerana mereka
beranggapan bahawa tempoh belajar tamat dengan berakhirnya peperiksaan UPSR. Justeru
untuk mengatasi masalah ini dan untuk menarik minat murid-murid untuk terus hadir ke
sekolah, maka pihak sekolah akan mengadakan dan melaksanakan program, projek dan
aktiviti yang boleh mendatangkan manafaat kepada mereka.
Pihak sekolah yakin dapat memberi pengetahuan tambahan, memupuk kemahiran
berpasukan, kerjasama kumpulan, fleksibiliti dan ketrampilan yang tinggi di samping
menggalakan minat murid-murid supaya rajin hadir ke sekolah dan dapat memenuhi masa
murid dengan lebih bermakna.
Mini 4wd (kereta dash) adalah sejenis kereta mini berskala 1:32 yang menggunakan
bateri (bersaiz AA bateri). Kereta plastic model ini berkuasa tanpa menggunakan alat
kawalan jauh dan dikendalikan oleh semua 4 roda-getah “4WD”. Di Jepun, Mini 4WD juga
dikenali sebagai “mini yonku” telah diperkenalkan oleh syarikat Tamiya di Jepun sekitar
tahun 1982 telah menjadi kegilaan di seluruh dunia termasuk Malaysia. Di Malaysia,
permainan ini telah mula terkenal sehingga hari ini dimana ianya telah menjadi hobi dalam
kalangan belia di Malaysia sebagai pengumpul dan pelumba. Untuk itu, satu program “Reka
Bentuk Mini 4WD” ini adalah program, yang dianjurkan untuk memberi peluang kepada
pelumba Mini 4wd untuk bersaing secara sihat dan menjadikan hobi ini diteruskan kerana
ianya memberi kelebihan kepada para belia khususnya. Program ini akan berlansung selama
satu hari sahaja dan dianjurkan oleh pihak sekolah.

2.0 MATLAMAT
 Memberi kesedaran kepada murid-murid bahawa awal remaja mereka terdedah kepada
gejala sosial.
 Mewujudkan kesedaran sivik yang boleh memupuk perasaan harmoni antara satu sama
lain.
 Menarik minat dan memberi peluang kepada murid-murid untuk bersaing secara sihat
sambil mengisi waktu lapang dengan aktiviti berfaedah.
 Aktiviti-aktiviti ini dijalankan untuk menarik minat murid untuk terus hadir ke sekolah di
samping pendedahan yang dapat menyalurkan pelbagai maklumat dan kemahiran yang
tidak didapati melalui pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
 Memberi peluang kepada para murid menunjukkan minat terhadap reka ciptaan.
 Mengenal pasti kebolehan mereka di samping mencuba sesuatu yang baru dan
menajamkan pemikiran mereka agar berfikir di luar kotak.

3.0 OBJEKTIF
Objektif pertandingan adalah seperti berikut:
 Memberi peluang kepada peserta merasi pengalaman dalam menyertai sesebuah
pertandingan.
 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab.
 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang
bernas semasa mereka menyertai pertandingan.
 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, sukan, emosi dan sosial.
 Memupuk semangat kerjasama, persaudaraan antara sekolah di kawasan Bako, Kuching.

4.0 SASARAN
 Murid-murid Tahun 6 SK Bako, Kuching
 Semua guru mata pelajaran Tahun 6

5.0 TEMPAT
Perkarangan Kantin Sekolah

6.0 TARIKH
Bulan September 2015 (Selepas UPSR 2015)

7.0 ANJURAN
Jawatankuasa PASCA UPSR

8.0 CARTA ORGANISASI


Pengerusi : Encik Ahmad Bin Sauti (Guru Besar)
Naib Pengerusi : Encik Iskandar Bin Fadeli @ Fadzli (Guru Penolong Kanan 1)
Naib Pengerusi : Encik Sapiee Bin Haji Ebi (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
Penyelaras : Encik Mohamad Nazaruddin Bin Junaidi
AJK : Encik Sajidin Bin Jais
Encik Musa Bin Yusup
Encik Mohamad Zahar Bin Hassan Basri
Encik Mohammad Fathonah Bin Abdullah
Encik Wan Abdul Rahwi Bin Abdul Rahman
Puan Hirmaniza Binti Ahmad
Puan Haironi Binti Hossen
Puan Furi Binti Hasbi
Cik Siti Aishah Binti Haji Bohari
Cik Asmah Binti Ahmat

9.0 SUMBER KEWANGAN


- Sumbangan dari pihak luar dengan bantuan PIBG SK BAKO

10.0
11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BI PERKARA SEUNIT JUMLAH
L
1 Hadiah Pertama
- Piala RM 30.00 x 1 = RM 30.00
- Ganjaran RM 50.00 x 1 = RM 50.00
- Kereta Mini 4wd RM 80.00 x 1 = RM 80.00 RM 160.00
2 Hadiah Kedua
- Piala RM 30.00 x 1 = RM 30.00
- Ganjaran RM 30.00 x 1 = RM 30.00
- Kereta Mini 4wd RM 80.00 x 1 = RM 80.00 RM 140.00
3 Hadiah Ketiga
- Piala RM 30.00 x 1 = RM 30.00
- Ganjaran RM 20.00 x 1 = RM 20.00
- Kereta Mini 4wd RM 80.00 x 1 = RM 80.00 RM 130.00
4 Hadiah Keempat
- Piala RM 30.00 x 1 = RM 30.00
- Kereta Mini 4wd RM 80.00 x 1 = RM 80.00 RM 110.00
5 Hadiah Kereta
Terpantas RM 30.00 x 1 = RM 30.00
- Piala RM 20.00 x 1 = RM 20.00
- Ganjaran RM 80.00 x 1 = RM 80.00
- Kereta Mini 4wd RM 130.00
8 Sewa Track RM 400.00
9 Lain-lain Perbelanjaan RM 30.00
JUMLAH RM 1,100.00

12.0
13.0 FORMAT PERTANDINGAN
Pertandingan Kereta Mini 4WD Tamiya dibahagi kepada 2 bahagian iaitu:

A) Pertandingan Kereta Mini 4WD Tamiya Terpantas


 Setiap murid akan diberi peluang untuk mencuba litar yang telah disediakan.
 Bateri yang digunakan adalah dibawa sendiri.
 Masa akan diambil jika kereta melengkapkan 3 pusingan dan 16 masa terpantas akan
berpeluang menyertai pertandingan kalah mati.
 Masa terpantas dianggap pemenang dalam kategori ini.

B) Pertandingan Kereta Mini 4WD Tamiya Kalah Mati


 8 peserta akan dipilih berdasarkan kelajuan.
 Peserta akan mencabut undi tempat untuk menentukan siapa lawan.
 Peserta yang menjuarai akan mendapat pertama, kedua, ketiga dan keempat.

14.0 LITAR PERTANDINGAN

15.0
16.0 PENUTUP
Sokongan yang padu oleh pihak pentadbir dan guru-guru diharap akan dapat
melicinkan tugas jawatankuasa yang mengelola program ini. Insya Allah akan dapat
dijalankan dengan jayanya hasil daripada komitmen yang tinggi oleh semua pihak.

Disediakan oleh

MOHAMAD NAZARUDDIN BIN JUNAIDI

Penganjur program
Sekolah Kebangsaan Bako
SEKOLAH KEBANGSAAN BAKO,
JALAN BAKO, PETRA JAYA,
93050 KUCHING, SARAWAK.

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN REKA CIPTA KERETA MINI 4WD


PERINGKAT SEKOLAH
SESI 2015

DisediakanOleh:
Mohamad Nazaruddin Bin Junaidi
Guru Data
25 Mei 2015

You might also like