You are on page 1of 3

TUTORIAL 3

KUMPULAN 2: Kaedah menentukan kebolehpercayaan dan ancaman kepada kebolehpercayaan.

KEBOLEHPERCAYAAN

Mehrens dan Lehmann (1991) menyenaraikan lima jenis kebolehpercayaan dan juga kaedah
menentukan indeksnya.

1. UKURAN KESTABILAN

• Ukuran Kestabilan, iaitu “anggaran kebolehpercayaan uji semula” (test-restest estimate of


reliability).

• Boleh dikira dengan memberikan ujian yang sama sekali lagi kepada kumpulan pelajar yang
sama selepas ujian pertama dilaksanakan.

• Seterusnya, mengira semula persamaan / perbezaan antara skor yang diperoleh setiap
pelajar.

2.  UJIAN KESETARAAN

• Ukuran Kesetaraan [atau Ukuran Keselarian (parallel)] dikira dengan memberikan dua (2)
ujian yang berbeza tapi setara (kesamaan dari segi kandungan, Jadual Spesifikasi Ujian,
format soalan dan arahan menjawab serta min dan varians skor) kepada kumpulan pelajar
dan hari yang sama.

• Seterusnya, mengira persamaan / perbezaan skor yang diperoleh setiap pelajar.

• Ukuran Kesetaraan ini akan menggambarkan tahap keyakinan kepada kita untuk membuat
penilaian skor yang akan diperoleh pelajar, sekiranya mereka diberi ujian yang terdiri
daripada item-item lain yang setara dengan item-item ujian yang telah diberikan.

• Ujian yang setara ini penting sekiranya seseorang penyelidik enggan menggunakan soalan
yang sama sebagai ujian-pra dan ujian-pos (untuk mengelak daripada pelajar menghafal
jawapan).

• Dalam hal ini, dua ujian yang setara boleh digunakan, satu sebagai ujian-pra dan satu lagi
sebagai ujian- pos. Selain itu, ujian yang setara juga boleh digunakan untuk menguji dua
kumpulan pelajar yang berbeza pada berlainan masa.

3. UKURAN KESETARAAN DAN KESTABILAN

• Bagi menilai ketekalanan pencapaian seseorang pelajar dalam jangkamasa yang panjang
dengan menggunakan ujian yang berbeza.

• Kaedah yang sesuai untuk membuat pengukuran ini ialah dengan melaksanakan ujian
kedua yang setara dengan ujian pertama (Ukuran Kesetaraan) pada suatu masa yang lain
(Ukuran Kestabilan).

• Indeks kebolehpercayaan ini boleh ditentukan oleh persamaan/ perbezaan skor yang
diperoleh setiap pelajar, iaitu skor ujian pertama dan skor ujian kedua yang dilaksanakan
kemudian.
4. UJIAN KETEKALAN DALAMAN

• Berbeza daripada ketiga-tiga ukuran ketekalan yang dijelaskan sebelum ini, Ukuran
Ketekalan Dalaman boleh ditentukan dengan menggunakan sekali ujian sahaja.

• Salah satu daripada kaedah yang digunakan untuk mengukur ketekalan dalaman ialah
dengan memecahkan ujian kepada separuh-separuh (split- half), iaitu separuh pertama dan
separuh kedua.

• Ukuran Ketekalan Dalaman Belah-Dua ini dapat menggambarkan kesetaraan dalaman


ujian, iaitu antara separuh pertama dengan separuh kedua sesuatu ujian.

5. KEBOLEHPERCAYAAN PEMERIKSA

• Kebolehpercayaan pemeriksa bermaksud ketekalan ukuran/skor yang diberikan oleh dua


atau lebih pemeriksa apabila memeriksa kertas jawapan yang sama.

• Kebolehpercayaan ini tidak diperlukan bagi ujian berbentuk objektif, kerana jawapan
kepada setiap soalan dalam ujian bentuk ini adalah sama, iaitu perbezaan skor antara
pemeriksa tidak wujud (biasanya jawapan diperiksa oleh komputer sahaja).

6. NILAI PEKALI KEBOLEHPERCAYAAN

• Dari segi definisi operasi, pekali/indeks kebolehpercayaan boleh dikira/dianggar


(compute/estimate) dengan menggunakan hubung kait antara dua (2) ukuran yang boleh
dikira.

• Indeks kebolehpercayaan negatif menunjukkan ketekalan yang songsang, iaitu pelajar yang
mendapat skor tinggi dalam ujian kali pertamaakan mendaapat skor yang rendah dalam
ujian kali kedua, dan sebaliknya.

• Kebiasaannya indeks kebolehpercayaan bernilai positif, dan bagi kebanyakan ujian, indeks
antara 0.65 dan 0.85 adalah memadai.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBOLEHPERCAYAAN

1. PANJANG UJIAN

• Semakin panjang ujian maka semakin tepat skornya kerana semakin kurang pergantungan
kepada tekaan atau kebetulan.

• Ujian yang banyak itemnya itu selalunya lebih stabil kerana guru akan berpeluang untuk
menyoalnya beberapa kali.

2. KEHOMOGENAN KUMPULAN

• Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, homogen ini terdiri daripada bahagian-
bahagian atau unsur-unsur yang sama jenisnya.

• Bergantung pada sifat kumpulan yang mengambil subjek sama ada homogeneous atau
heterogenous.

• Kebolehpercayaan akan meningkat apabila ketidakseragaman bertambah.

• Kumpulan yang lebih heterogenus, indeks kebolehpercayaan yang lebih tinggi.

• Kumpulan yang lebih homogenus pula mempunyai indeks kebolehpercayaan yang lebih
rendah.

3. KESUKARAN ITEM

• Item-item mudah membolehkan kebanyakan calon untuk menjawab dengan baik dan
skornya juga hampir.

• Item-item yang sukar pula menyebabkan skor pelajar agak berbeza atau heterogenus.

• Ujian yang susah boleh meningkatkan indeks kebolehpercayaan.

4. OBJEKTIVITI JAWAPAN / JENIS ITEM

• Jawapan yang lebih bersifat objektif mempunyai indeks kebolehpercayaan yang lebih
tinggi.

• Hal ini demikian kerana semua responnya adalah tepat.

• Mana-mana pemeriksa pun akan memberi markah yang sama untuk respon yang sama.

• Jawapan yang lebih subjektif mempunyai indeks kebolehpercayaan yang lebih rendah.

• Apabila sesuatu ujian subjektif, markah yang diberi untuk jawapan yang sama adalah
berbeza mengikut pemeriksa, walaupun skim pemarkahan akan disediakan.

• Penilaian seseorang mungkin berubah mengikut masa dan keadaan.

You might also like