You are on page 1of 2

LATIHAN (DARAH MANUSIA)

(A) Tandakan BENAR atau PALSU bagi setiap pernyataan berikut. (10 MARKAH)

1. Darah merupakan suatu larutan. (BENAR/PALSU)

2. Kaedah emparan mengasingkan komponen darah menjadi cecair merah dan kuning. (BENAR/PALSU)

3. Gula,lipid dan kalium adalah antara bahan yang diangkut oleh darah. (BENAR/PALSU)

4. Plasma darah merupakan salah satu daripada komponen darah manusia. (BENAR/PALSU)

5. Platlet penting dalam pembekuan darah untuk menghentikan pendarahan.

6. Kumpulan AB merupakan penderma universal. (BENAR/PALSU)

7. Sebelum pemindahan darah, keserasian darah penderma dan penerima perlu ada. (BENAR/PALSU)

8. Kumpulan darah O tidak mempunyai antigen. (BENAR/PALSU)

9. Seorang individu yang sihat berumur 15 tahun boleh menderma darah.(BENAR/PALSU)

10. Soalan 10 berdasarkan rajah di bawah

Beg darah di atas mengandungi darah jenis B. (BENAR/PALSU)


(B) Gariskan jawapan yang BETUL untuk menunjukkan fungsi darah (10 MARKAH)

11. Kumpulan darah A mempunyai (Antigen/antibodi anti-) A dan (Antigen/antibodi anti-) B sahaja.

12. Kumpulan darah A boleh menerima darah dari kumpulan darah A dan (AB,O).

13. Kumpulan darah B mempunyai (Antigen/antibodi anti-)A dan (Antigen/antibodi anti-) B sahaja.

14. Kumpulan darah B boleh menderma darah kepada kumpulan darah B dan (AB,O).

15. Kumpulan darah AB tidak mempunyai (Antigen/antibodi anti-), tetapi mempunyai (Antigen/antibodi

anti-) A dan B.

16. Kumpulan darah AB juga dikenali sebagai (Penderma/Penerima) Universal.

17. Kumpulan darah O tidak mempunyai (Antigen/antibodi anti-), tetapi mempunyai (Antigen/antibodi anti-)

A dan B.

18. Kumpulan darah O juga dikenali sebagai (Penderma/Penerima) Universal.

19. Hafizah memiliki kumpulan darah B. Dia telah kehilangan darah yang banyak semasa bersalin. Kumpulan

darah yang manakah sesuai diterima olehnya? (AB/O)

20. Hafiz telah menderma darah sempena ‘Hari Menderma Darah’ di universitinya. Kenal pasti kumpulan

darah Hafiz sekiranya semua individu boleh menerima darahnya. (O/AB)

You might also like