You are on page 1of 47

CikguAbby2020@SDARY

Y
3.1 Sistem Pengangkutan dalam Organisma

Fungsi sistem pengangkutan dalam  Mengangkut bahan-bahan keperluan sel seperti


organisma oksigen dan nutrien
 Menyingkirkan karbon dioksida dan bahan kumuh lain
dari badan.

Sistem pengangkutan dalam organisma ringkas

 Organisma ringkas sepeti Amoeba sp. , Euglena sp. dan Paramecium sp. tidak mempunyai sistem
pengangkutan yang khusus.
 Bahan keperluan seperti oksigen dan nutrien masuk terus ke dalam sel secara resapan melalui
membran sel.
 Bahan kumuh seperti karbon dioksida juga disingkir keluar dari sel ke persekitaran luar secara
resapan melalui membran sel.

Sistem pengangkutan dalam organisma kompleks


 Manusia mempunyai pelbagai jaringan sel, tisu dan organ.
 Manusia memerlukan sistem pengangkutan yang khusus untuk membekalkan nutrien dan oksigen
ke seluruh badan
 Tumbuhan membentuk sistem pengangkutan yang terdiri daripada saluran dan tiub.
 Pengangkutan bahan yang diperlukan dan penyingkiran bahan kumuh berlaku di dalam berkas
vaskular yang terdiri daripada xilem dan floem.

Kepentingan fungsi sistem  Mengangkut oksigen dan menyingkirkan karbon


pengangkutan dalam organisma dioksida
 Membantu proses respirasi sel untuk menghasilkan
tenaga
 Membantu mengangkut hormon dari kelenjar
endokrin ke bahagian-bahagian badan manusia.
 Mengangkut bahan keperluan sel tumbuhan seperti
garam mineral,air dan hasil fotosintesis.

1
CikguAbby2020@SDARY
Y
Latihan 1

1. Apakah fungsi sistem pengangkutan dalam organisma ?


………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)

2. Mengapakah manusia memerlukan sistem pengangkutan yang khusus?


………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)

3. Nyatakan perbezaan antara sistem pengangkutan organisma kompleks dan organisma ringkas
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)

4. Mengapakah sistem pengangkutan dalam organisma sangat penting?


………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………..
(1 markah)
5. Rajah 1 menunjukkan pengangkutan bahan-bahan yang diperlukan oleh Amoeba.

Rajah 1

(a) Namakan bahan-bahan kumuh yang disingkirkan oleh Amoeba.


…………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)

(b) Bagaimanakah bahan-bahan yang diperlukan diangkut dan bahan kumuh disingkirkan dari
Amoeba?
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)

2
CikguAbby2020@SDARY
Y
3.2 Sistem Peredaran Darah
Sistem Peredaran Darah Haiwan Vertebrata

 Perbezaan jenis sistem peredaran  Tunggal (darah memasuki jantung sekali dalam satu
darah bagi haiwan kitaran) atau ganda dua (darah memasuki jantung
dua kali dalam satu kitaran)
 Tertutup (darah berada dalam salur darah
sepenuhnya) atau terbuka (di sesetengah bahagian,
darah meresap keluar dari salur darah)
 Lengkap ( darah beroksigen dan terdeoksigen terpisah
sepenuhnya) atau tidak lengkap (di sesetengah
bahagion, darah beroksigen dan terdeoksigen
bercampur)

Mamalia dan Burung

 Sistem peredaran darah tertutup, ganda dua dan lengkap


 Jantung terdiri daripada dua atrium dan dua ventrikel
 Darah beroksigen dan darah terdeoksigen tidak bercampur

Reptilia

 Sistem peredaran darah tertutup, ganda dua dan tidak lengkap (kebanyakan reptilia)
 Jantung terdiri daripada dua atrium dan dua ventrikel
 Darah beroksigen dan darah terdeoksigen sedikit bercampur di dalam ventrikel kerana
mempunyai septum separa lengkap.

3
CikguAbby2020@SDARY
Y
Amfibia

 Sistem peredaran darah tertutup, ganda dua dan tidak lengkap


 Jantung terdiri daripada dua atrium dan satu ventrikel
 Darah beroksigen dan darah terdeoksigen bercampur di dalam ventrikel

Ikan

 Sistem peredaran darah tertutup dan tunggal.


 Jantung terdiri daripada satu atrium dan satu ventrikel
 Darah beroksigen dan darah terdeoksigen mengalir dalam satu hala.

Latihan 2

1. Namakan dua jenis sistem peredaran darah pada haiwan.


(a) ………………………………………………………………………
(b) ………………………………………………………………………
(2 markah)

2. Apakah perbezaan antara sistem peredaran terbuka dan sistem peredaran tertutup.
Berikan satu contoh organisma yang mempunyai sistem peredaran terbuka.
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
(3 markah)

4
CikguAbby2020@SDARY
Y

3. Apakah yang dimaksudkan dengan “peredaran darah ganda dua”?


………………………………………………………………………………………………………………………………
(1 markah)

Contoh Soalan Mirip PT3

1. Terangkan perbandingan sistem peredaran darah dalam manusia, ikan dan amfibia.

Persamaan
1. Ketiga-tiganya mempunyai sistem peredaran …………………………….
2. Darah mengalir dalam salur darah.
3. Ketiga-tiganya mempunyai ………………………….
4. Ketiga-tiganya mengepam ………………………… ke sel-sel badan
5. Ketiga-tiganya mempunyai ………………………. di dalam vena
6. Darah mengalir dalam …………………………. arah sahaja

Perbezaan
Manusia Ikan Amfibia
Peredaran darah ………………., Peredaran darah ……………….. Peredaran darah
……………………………. dan ………………………… ……………………. ,
dan …………………………. ……………………….. dan
…………………………………..

Darah mengalir melalui jantung Darah mengalir melalui jantung Darah mengalir melalui jantung
sebanyak …………………….. kali sebanyak …………………….. kali sebanyak …………………….. kali

5
CikguAbby2020@SDARY
Y
2. Rajah 1.1. menunjukkan system peredaran darah bagi organisma P dan
organisma Q

(a) Nyatakan jenis sistem peredaran darah bagi organisma P dan organisma Q.
Organisma P : ……………………………………………………………………………….
Organisma Q : ………………………………………………………………………………
(2 markah)

(b) Namakan satu contoh organisma P dan organisma Q.


Organisma P : ………………………………………………….
Organisma Q : …………………………………………………
(2 markah)

(c) Nyatakan kepentingan mempunyai system peredaran darah kepada organisma P.


…………………………………………………………………………………………………………………………
(1 markah)

Sistem Peredaran Darah Manusia

 Sistem peredaran manusia  Jantung


 Salur darah (arteri, vena dan kapilari)
 Darah

6
CikguAbby2020@SDARY
Y
 Struktur jantung  Jantung ialah organ berotot dengan dinding terbina
daripada otot kardium dan otot jantung.
 Berukuran kira-kira sebesar penumbuk tangan.
 Mempunyai empat ruang iaitu
(a) Dua atrium di bahagian atas jantung
(b) Du ventrikel di bahagian bawah jantung
 Antrium dan ventrikel di pisahkan oleh injap yang
berfungsi menghalang darah mengalir balik dari
ventrikel ke dalam atrium.
 Terdapat 3 jenis injap :
(a) Injap trikuspid
(b) Injap bikuspid
(c) Injap sabit
 Septum – dinding otot yang memisahkan jantung
sebelah kiri dengan jantung sebelah kanan.
Fungsi – menghalang darah beroksigen bercampur
dengan darah terdeoksigen .
 Ventrikel kiri mempunyai dinding berotot yang lebih
tebal daripada ventrikel kanan kerana ventrikel kiri
perlu menghasilkan daya yang lebih besar untuk
mengepam darah ke seluruh badan.

 Fungsi jantung  Mengepam darah ke seluruh badan.


 Bahagian kanan jantung mengepam darah
terdeoksigen yang diterima dari tisu badan ke peparu.
 Bahagian kiri jantung mengepam darah beroksigen
yang diterima dari peparu ke bahagian badanyang
lain.
 Otot jantung mengecut dan mengendur
 Atrium bertindak secara serentak, begitu juga
ventrikel.

7
CikguAbby2020@SDARY
Y
 3 jenis salur darah  Arteri
 Vena
 Kapilari
 Arteri  Mengangkut darah beroksigen ( kecuali arteri
pulmonari)
 Mengangkut darah keluar dari jantung
 Saiz lumen yang sangat kecil
 Tiada injap
 Dinding tebal dan kenyal.
 Darah mengalir dengan deras pada tekanan tinggi.

 Vena  Mengangkut darah terdeoksigen (kecuali vena


pulmonari)
 Mengangkut darah ke jantung
 Saiz lumen yang lebih besar.
 Mempunyai injap untuk memastikan darah mengalir
dalam satu arah sahaja.
 Dinding nipis dan kurang kenyal.
 Darah mengalir dengan perlahan pada tekanan
rendah.

 Kapilari  Mengangkut darah beroksigen ke sel-sel badan dan


darah terdeoksigen dari sel-sel badan.
 Menghubungkan arteri dengan vena.
 Saiz lumen yang sangat kecil.
 Tiada injap.
 Dinding sangat nipis, iaitu hanya setebal satu sel.
 Darah mengalir dengan sangat perlahan pada tekanan
yang sangat rendah.

8
CikguAbby2020@SDARY
Y
Sistem Peredaran Darah “Ganda Dua”

Sistem peredaran darah manusia dan  Dikenali sebagai sistem peredaran tertutup dan ganda
mamalia lain dua.
 Ini kerana :
- Darah mengalir dalam salur darah berterusan mlalui
jantung sebanyak dua kali dalam satu peredaran
lengkap.
 Terdiri daripada :

(a) Sistem peredaran pulmonari


( jantung peparu jantung)

(b) Sistem peredaran sistemik


( jantung semua tisu badan jantung)

Latihan 3

1. Rajah 1 di bawah menunjukkan struktur jantung manusia.

(a) Labelkan rajah di atas dengan menggunakan perkataan-perkataan yang diberi.

Arteri pulmonary Aorta Ventrikel kiri Vena kava


9
CikguAbby2020@SDARY
Y

(b) Tandakan (√) pada pernyataan yang betul.

(i) Vena kava membawa darah tidak beroksigen masuk ke dalam jantung.

(ii) Vena pulmonari membawa darah tidak beroksigen masuk ke dalam jantung
semula.
(iii) Dinding ventrikel kiri lebih nipis daripada dinding ventrikel kanan.

(iv) Aorta membawa darah beroksigen keluar dari jantung menuju ke sel-sel
badan.
(2 markah)

2. Rajah 2 menunjukkan keratan membujur jantung manusia.

Rajah 2

(a) Namakan bahagian jantung yang berlabel A, B dan C.


A : …………………………………………………………………
B : ………………………………………………………………….
C : …………………………………………………………………
(3 markah)

(b) Antara salur darah yang bertanda X, Y dan Z yang manakah mempunyai kandungan oksigen
paling tinggi?
…………………………………………………………………………..
(1 markah)
(c) Namakan salur darah yang dinyatakan di 2 (b).
…………………………………………………………………………..
(1 markah)

10
CikguAbby2020@SDARY
Y
Contoh Soalan PT3

PT3 2014

1. Rajah di bawah menunjukkan sistem peredaran darah dalam badan manusia.

(a) Namakan salur darah P dan Q.

P : ………………………… Q : ……………………………………….
(2 markah)

(b) (i) Bagaimanakah pengaliran darah dapat dielakkan daripada berpatah balik ke vena?
…………………………………………………………………………………………… ………………….
(1 markah)

(ii) Mengapakah arteri berupaya menahan darah bertekanan tinggi yang mengalir
daripada jantung?
……………………………………………………………………………………………………………….
(1 markah)
(c) Dinding kapilari darah adalah berbeza berbanding dinding vena dan arteri.
Jelaskan mengapa.

…………………………………………………………………………………………………………………...
…………………………………………………………………………………………………………………...
…………………………………………………………………………………………………………………..
(2 markah)

2. Guru Sains mempamerkan keratin memanjang struktur jantung. Beliau meminta pelajarnya melabel
salur darah R dan S pada rajah di bawah.

11
CikguAbby2020@SDARY
Y
(a) P, Q, R dan S merupakan salur darah. Salur darah manakah yang terlibat dalam
pengangkutan darah beroksigen ?

………………………………………………………………………………………………………………………
(1 markah)

(b) Otot bagi ruang-ruang jantung mempunyai ketebalan yang berbeza. Nyatakan ruang
mana yang mempunyai otot yang paling tebal dan terangkan mengapa.
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
..………………………………………………………………………………………………………………………..
(3 markah)

3. Rajah berikut menunjukkan keratan memanjang jantung manusia.

(a) Namakan bahagian jantung yang berlabel P dan R.

P : ………………………….. R : ……………………………………….
(2 markah)

(b) Apakah perbezaan antara dinding P dan Q bagi jantung. Jelaskan jawapan anda.
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)

(c) Terangkan mengapa darah dari P dan Q tidak mengalir balik ke atrium.
…………………………………………………………………………………………….…………………………
……………………………………………………………………………………………………………………….
(2 markah)

4. (a) (i) Rajah 4.1 menunjukkan sistem perdaran darah manusia.

Diagram 4.1 / Rajah 4.1


Tandakan ( √ ) laluan yang betul untuk peredaran pulmonary dan tandakan
(X) bagi peredaran sistematik.
[2 markah]

12
CikguAbby2020@SDARY
Y
(ii) Vena pulmonari dan arteri pulmonari mempunyai dinding yang berotot. Adakah vena
pulmonari dan arteri pulmonari mempunyai dinding yang tebal ?
Tulis Ya atau Tidak dalam petak yang disediakan.

Vena pulmonari

Arteri pulmonari
[2 markah]

(c) Rajah 4.2 menunjukkan jantung manusia. Jantung merupakan pusat bagi sistem peredaran
darah manusia.

.
Tulis Benar atau Palsu bagi pernyataan berikut berdasarkan rajah di atas.

(i) Dinding ventrikel kanan lebih tebal dan berotot daripada dinding ventrikel
kiri kerana ia perlu mengepam darah di bawah tekanan tinggi ke seluruhan
badan.
(ii) Dinding ventrikel kiri lebih tebal dan berotot daripada dinding ventrikel
kanan kerana ia perlu mengepam darah di bawah tekanan tinggi ke
seluruh badan.

[2 markah]

5. (a) Rajah 3.1 menunjukkan peredaran darah ganda dua. Tandakan ( √ ) bagi jenis darah
yang betul dan tandakan ( X ) bagi jenis darah yang salah dalam peredaran darah
dalam manusia.

13
CikguAbby2020@SDARY
Y
(b) Arteri dan vena terlibat dalam pengangkutan darah beroksigen dan darah terdeoksigen.
Adakah injap hadir di dalam arteri dan vena? Tulis Ya atau tidak dalam petak yang
disediakan.

(i) Artery
Arteri

(ii) Vein
Vena

[2 markah]

(c) Kapilari adalah salur darah yang terlibat dalam sistem peredaran darah manusia.
Kapilari mempunyai dinding yang hanya setebal satu sel.

Tulis Benar atau Palsu bagi pernyataan berikut berdasarkan Rajah 3.2.

(i) Kapilari membenarkan pertukaran bahan antara darah dengan sel


badan.

(ii) Kapilari mengangkut darah dari sel badan ke jantung.

[2 markah]

PT3 2016

6. (a) Rajah 12.1 menunjukkan dua jenis salur darah dalam badan manusia.

Rajah 12.1
(i) Namakan salur darah X.
………….……………………………………………………………………………….
[1 markah]

(ii) Nyatakan fungsi salur darah X.


……………………………………………………………………………………….….
[1 markah]

14
CikguAbby2020@SDARY
Y
(iii) Nyatakan satu perbezaan di antara salur darah X dengan salur
darah Y.

………………………………………………………………………………………….
[1 markah]

(b ) Satu aktiviti kecergasan telah dijalankan oleh tiga individu.


Jadual 1.2 menunjukkan kadar degupan jantung untuk mereka bertiga sebelum dan
selepas aktiviti tersebut.

Keadaan Kadar degupan jantung individu


(degupan per minit)

1 2 3
Sebelum aktiviti
65 66 66
Selepas aktiviti
88 105 130
Jadual 12

Mengapakah individu yang ketiga paling berisiko mendapat penyakit jantung.


Terangkan jawapan anda.

…..…………………………………………………………………………………………………
……..………………………………………………………………………………………………
……..………………………………………………………………………………………………
[2 markah]

(c) Seorang pesakit telah mengalami serangan jantung. Rajah 12.2 menunjukkan perbualan
di antara doktor dengan pesakit tersebut.

Rajah 12.2

15
CikguAbby2020@SDARY
Y
(i) Apakah cadangan-cadangan yang perlu diberikan oleh doctor kepada
pesakit itu?

(ii) Pesakit tersebut cuba mengikuti nasihat doctor untuk mengubah amalan pemakanannya.
Rajah 12.3 menunjukkan dua menu makan malam yang berbeza yang disediakan oleh
isterinya.

Menu R Menu S
 Nasi putih  Nasi putih
 Kari ayam  Ikan bakar
 Sayur goreng  Sup sayur
 Teh tarik  Air kosong
 Salad buah-buahan  Oren

Rajah 12.3 / Diagram 12.3

Menu manakah yang sesuai untuk pesakit tersebut? Jelaskan jawapan anda.
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
[3 markah]

16
CikguAbby2020@SDARY
Y
Denyutan Nadi

Denyutan jantung  Bunyi yang dihasilkan oleh jantung iaitu bunyi ‘lub dub’.

Diastol
 Bunyi ‘dub’ dihasilkan oleh penutupan injap sabit pada
aorta dan arteri pulmonari semasa pengenduran ventrikel
berlaku.
 Keadaan ini dikenali sebagai diastol.
 Bacaan tekanan darah yang mengalir dan mengisi
jantung dipanggil bacaan tekanan diastolic.

Sistol
 Bunyi ‘lub’ pula dihasilkan oleh penutupan injap trikuspid
dan bikuspid antara atrium dengan ventrikel semasa
pengecutan ventrikel berlaku.
 Keadaan ini dipanggil sebagai sistol.
 Bacaan tekanan darah yang mengalir keluar dari jantung
dipanggil bacaan tekanan sistolik.

Pengukuran tekanan darah


 Lazimnya diukur menggunakan alat sfigmomanometer.

Kategori Bacaan (mm Hg)


Sistolik Diastolik
Darah rendah Kurang 90 Kurang 60
Darah normal 90-120 60-80
Pra-darah tinggi 120-140 80-90
Darah tinggi Lebih 140 Lebih 90
Kadar denyutan nadi  Denyutan nadi dihasilkan oleh pengecutan dan
pengenduran dinding arteri yang berotot.

Faktor yang mempengaruhi  Jantina


denyutan nadi Perempuan mempunyai kadar denyutan nadi (78-82
denyutan) lebih tinggi berbanding lelaki (70 -72 denyutan)
 Umur
Semakin meningkat umur individu, semakin rendah kadar
denyutan nadi.
 Kesihatan badan
Suhu badan yang tinggi semasa demam meningkatkan
kadar denyutan nadi.
 Aktiviti fizikal
Aktiviti fizikal yang aktif meningkatkan kadar denyutan
nadi.

Kepentingan menjaga kesihatan Amalan untuk mengekalkan jantung yang sihat:


jantung  Bersenam selalu
 Kawal tekanan darah
 Bijak menangani stres
 Kawal berat badan
 Amalkan makanan sihat
 Sihat tanpa alkohol
 Jangan merokok
 Kawal diabetes
 Dapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

17
CikguAbby2020@SDARY
Y
Latihan 4

1. Gariskan jawapan yang betul tentang penghasilan bunyi ‘lun dub’ semasa jantung berdenyut dan
tekanan darah.
(i) Bunyi ( ‘ lub’ / ‘dub’) dihasilkan oleh penutupan injap aorta dan arteri pulmonari.
(ii) Bunyi ( ‘ lub’ / ‘dub’) dihasilkan oleh penutupan injap antara atrium dengan ventrikel.
(iii) Bacaan tekanan darah yang mengalir keluar dari jantung dikenali sebagai bacaan tekanan
( diastolik / sistolik).
(iv) Bacaan tekanan darah yang mengalir dan mengisi jantung dikenali sebagai bacaan tekanan
( diastolik / sistolik)

2. Antara bacaan tekanan diastolic dengan sistolik, yang manakah lebih tinggi? Jelaskan jawapan
anda.
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
(2 markah)

3. Nyatakan empat faktor yang mempengaruhi denyutan nadi.


(a) …………………………………………………………………………
(b) …………………………………………………………………………
(c) ………………………………………………………………………..
(d) ………………………………………………………………………..

4. Apakah kepentingan menjaga kesihatan jantung?


………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………..

Contoh Soalan PT3

1. Baca petikan ini.

Vena kava membawa darah terdeoksigen dari seluruh anggota badan ke atrium kanan.
Dinding atrium kanan menguncup dan menolak darah melalui injap tricuspid ke dalam
ventrikel kanan. Dinding ventrikel kanan menguncup dan menolak darah melalui injap
sabit ke arteri pulmonary terus ke peparu. Karbon dioksida meresap keluar dan oksigen
meresap masuk ke dalam darah di dalam peparu. Darah beroksigen dari peparu
memasuki atrium kiri melalui vena pulmonary. Dinding atrium kiri menguncup dan
menolak darah melalui injap bicuspid ke dalam ventrikel kiri. Dinding ventrikel kiri
menguncup dan menolak darah melalui injap sabit ke aorta. Aorta membawa darah
beroksigen kembali ke seluruh anggota badan.

18
CikguAbby2020@SDARY
Y
(a) Lengkapkan laluan peredaran darah dari vena kava ke peparu.

Vena kava Injap trikuspid

Injap sabit
Peparu

[3 marks / 3 markah]

(b) Terangkan bagaimana senaman dapat menjaga kesihatan jantung.

…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
[2 markah]

(c) Kamarul merupakan seorang perokok tegar. Apakah risiko penyakit yang akan dialami
sekiranya nikotin pada rokok mengeraskan salur darahnya ?

………………………………………………………………………………………………………………………
[1 markah]

2. Rajah 2 menunjukkan suatu penyakit yang berlaku tanpa mengira usia.

Kegagalan jantung bermaksud bahawa otot jantung anda menjadi terlalu lemah untuk
mengepam darah di seluruh badan anda seperti biasa. Apabila otot jantung rosak , otot
jantung tidak boleh pulih dengan sendirinya.

Kegagalan jantung sering dicetuskan dari kejadian jantung di mana otot jantung mengalami
kerosakan, seperti serangan jantung.

Data Pendaftaran Nasional menunjukkan bahawa hamper separuh kes kardiovaskular


kemasukan ke hospital melibatkan individu berumur 40 hingga 60 tahun yang disebabkan
masalah jantung. Kadar populasi pesakit jantung semakin muda dan dapat dikesan seawall
umur 26 tahun. Walau bagaimanapun, golongan berumur antara 40 hingga 60 tahun paling
banyak dikesan menghidap penyakit ini.

19
CikguAbby2020@SDARY
Y
(a) (i) Ramai orang menyangka serangan jantung hanya menyerang orang tua
sahaja tetapi sejak akhir-akhir kebanyakan kes jantung turut menyerang orang muda
hingga menyebabkan kematian mengejut. Pada pendapat anda, apakah punca yang
menyebabkan penyakit jantung dikatakan sebagai penyakit tidak mengira usia?

…………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………….
[2 markah]

(ii)
 Rasa tidak selesa pada dada, seolah-olah merasakan ada sesuatu
yang menekan.
 Rasa sakit ini kemudiannya menular ke leher seolah-olah ada sesuatu yang
mencekik.
 Sukar bernafas seolah-olah ada sesuatu yang menikam pada dada.

Sekiranya anda pernah mengalami simpton-simpton yang disebut di atas, nyatakan


tiga tindakan yang anda akan lakukan ?

…………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………….
(3 markah]

Mengapakah natrium menjadi berbahaya kepada kesihatan jantung anda?

 Tahukah anda bahawa orang Amerika secara purata menggunakan lebih daripada
dua kali ganda garam yang disyorkan oleh Persatuan Jantung Amerika? Orang-orang
di seluruh dunia secara purata mengambil hampir dua kali ganda tahap yang disyorkan
oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

 Penyelidik telah mendapati bahawa pengambilan ini menyumbang kepada 2.3 juta
kematian setiap tahun akibat penyakit kardiovaskular, terutamanya daripada penyakit
jantung koeonari yang menyebabkan serangan jantung dan strok.

 Anda tidak boleh menukar umur anda atau sejarah penyakit jantung keluarga anda,
Ahukah anda
tetapi pengambilan garam anda adalah faktor risiko penyakit jantung yang boleh anda
lakukan sesuatu, bermula hari ini.

(b) Setelah membaca petikan ini, apakah pandangan anda bahawa kita selalunya dinasihatkan
supaya mengurangkan pengambilan garam dalam diet seharian?

…………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………

….…………………………………………………………………………………………………………………….

[2 markah]

20
CikguAbby2020@SDARY
Y
3.3 Darah Manusia

Fungsi darah  Mengangkut bahan-bahan keperluan sel seperti oksigen


dan nutrien
 Menyingkirkan karbon dioksida dan bahan kumuh lain
dari badan.

Komponen dan kandungan darah  Komponen darah boleh diasingkan menggunakan


manusia. kaedah emparan.
 Darah terdiri daripada 55% plasma darah dan 45% sel
darah.

Darah Manusia

Plasma Sel darah

Air Bahan-bahan Sel Sel Platlet


terlarut darah darah
merah putih

Sel darah merah  Fungsi : mengangkut oksigen ke seluruh badan dan


mengangkut karbon dioksida dari sel badan ke peparu.
 Mengandungi pigmen merah hemoglobin.
 Berbentuk dwicekung dan tidak mempunyai nukleus.
 Dibina di dalam sumsum tulang.
 Jangka hayat kira-kira 120 hari.

Sel darah putih  Fungsi : membantu mempertahankan badan daripada


jangkitan penyakit
 Berbentuk tidak tetap, tidak berwarna, mempunyai
nukleus, tiada hemoglobin dan bersaiz lebih besar
daripada sel darah merah.
 Dihasilkan di dalam sumsum tulang
 Jangka hayat kira-kira beberapa jam sahaja.

Platlet  Fungsi : membekukan darah bagi menghentikan


pendarahan.
 Merupakan serpihan sel yang terhasil apabila sel
megakariosit pecah.
 Saiz jauh lebih kecil daripaad sel darah merah dan sel
darah putih, tiada nukleus.

Plasma  Cecair berwarna kuning pucat yang terdiri daripada


90% air dan selebihnya bahan terlarut.
 Contoh bahan terlarut : nutrien, gas terlarut, garam
mineral, hormon, protein plasma dan bahan kumuh.
 Jangka hayat kira-kira 5 hingga 9 hari.

21
CikguAbby2020@SDARY
Y
Kumpulan Darah

Antigen dalam Sel Darah manusia  Dikelaskan kepada empat kumpulan iaitu A, B, AB
dan O
 Kumpulan darah ditentukan oleh kehadiran
antigen tertentu pada permukaan sel darah
merah.
 Antigen ialah bahan asing yang berupaya
merangsang penghasilan antibodi di dalam
badan.
 Terdapat dua jenis antigen yang wujud dalam sel
darah merah iaitu antigen A dan antigen B.

 Pengelasan Kumpulan darah manusia

Kumpulan darah A Kumpulan darah B

Individu daripada Individu daripada


kumpulan darah kumpulan darah B
A mempunyai mempunyai
hanya antigen A hanya antigen B

Kumpulan darah AB Kumpulan darah O

Individu daripada Individu daripada


kumpulan darah kumpulan darah O
AB mempunyai tidak mempunyai
antigen A dan antigen A atau
antigen B. antigen B

 Antibodi dalam Plasma Darah  Plasma darah mengandungi antibodi.


 Jenis antibodi yang wujud dalam plasma darah
ialah antibodi Anti- A dan antibodi Anti-B.
 Antibodi akan menyerang antigen yang sepada
dengannya dan menyebabkan penggumpalan
darah (agglutinasi) berlaku.
 Hal ini boleh menyebabkan kematian.

Jenis darah Jenis antigen Jenis antibodi


(Di permukaan sel darah merah) Dalam plasma darah)

A A Anti-B

B B Anti- A

AB A dan B -

O - Anti-A dan Anti-B

22
CikguAbby2020@SDARY
Y
 Padanan darah untuk pemindahan

Kumpulan darah Kumpulan darah penerima


penderma
A B AB O

A √ X √ X

B X √ √ X

AB X X √ X

O √ √ √ √

√ - serasi ; X – tidak serasi

Latihan 5

1. Namakan empat komponen darah manusia.


………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………

2. Namakan komponen yang paling besar dalam darah manusia.


………………………………………………………………………………………..

3. Mengapakah seorang penderma darah dengan kumpulan darah O dikenali sebagai penderma
universal?
……………………………………………………………………………………………………………………………..

4. Mengapakah seorang penerima darah dengan kumpulan darah AB dikenali sebagai penerima
universal?
……………………………………………………………………………………………………………………………..

5. Mengapakah masyarakat digalakkan untuk menderma darah?


………………………………………………………………………………………………………………………………

6. Apakah yang mungkin akan terjadi kepada seseorang yang luka dan darahnya tidak membeku?
………………………………………………………………………………………………………………………………
7. Rajah 2 menunjukkan komponen darah

(a) Labelkan X, Y dan Z dalam Rajah 2 berdasarkan maklumat yang berikut.

Platelet Sel darah merah Sel darah putih

23
CikguAbby2020@SDARY
Y
(b) Komponen darah yang manakah terlibat dalam pembekuan darah?
………………………………………………………………………………………………
(c) Jadual di bawah menunjukkan kumpulan darah empat orang murid.

Murid Ravi Maisarah Beng Huat Mei Mei

Kumpulan darah AB O B A

(i) Darah siapakah yang boleh diterima oleh Ravi?


………………………………………………………………………

(ii) Siapakah penderma universal? Jelaskan.


……………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………

8. Arina merupakan seorang pesakit thallasemia di maan dia mempunyai bentuk sel darah merah
yang tidak normal seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah.

(a) Sekiranya Arina berdarah B, kumpulan darah yang manakah sesuai untuk didermakan
kepadanya? Terangkan mengapa.
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………

(b) Terangkan apakah kesan kepada individu yang berdarah O apabila menerima
pemindarahan darah daripada individu dengan kumpulan darah AB? (3 markah)
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………

9. Rajah di bawah menunjukkan sel darah merah.

(a) Nyatakan fungsinya.


……………………………………………………………………………………………………………………….

(b) Namakan penyakit yang disebabkan oleh peratus sel darah putih yang tinggi di dalam
badan.
…………………………………………………………………………………………………………………………

24
CikguAbby2020@SDARY
Y
(c) Namakan komponen darah yang melindungi badan daripada jangkitan
bakteria.
……………………………………………………………………………………………….

(d) Jadual 1 menunjukkan empat pemindahan darah. Bagi setiap kes, nyatakan sama ada
“Serasi” atau “ Darah menggumpal”

Kumpulan darah Serasi aatu darah menggumpal


Penderma Penerima
A AB

B O

AB B

O A

Contoh Soalan PT3

PT3 2014

1. Farahain terpotong jari tangannya. Dia mendapati darah pada lukanya beku selepas
beberapa ketika.

(a) Pada rajah di atas, tandakan (√ ) jenis sel darah yang membekukan darah.
[1 markah]

(b) Adakah sel darah A dan B mengandungi nukleus? Tuliskan Ya atau Tidak dalam petak yang
disediakan.

Sel darah A Sel darah B

[2 markah]

25
CikguAbby2020@SDARY
Y
(c) Tandakan (√ ) organ manusia , tempat termusnah sel darah A, B dan C.

[1 markah]

(d) Chee Keong terlibat dalam suatu kemalangan dan dia memerlukan transfusi darah. Chee
Keong mempunyai kumpulan darah B. Tandakan (√ ) kumpulan darah yang sesuai untuk
didermakan kepadanya.

[2 markah]

2. Darah memainkan peranan yang penting dalam pengangkutan bahan keperluan dalam badan
kita. Purata darah dalam seorang badan manusia adalah 4 – 6 dm3.
Rajah 7 menunjukkan komposisi darah manusia.

26
CikguAbby2020@SDARY
Y
(a)(i) Carta pai menunjukkan kebanyakan darah manusia terdiri daripada Q. Apakah Q?

……………………………………………………………………………………………………………………...
[1 markah]

(ii) Nyatakan tiga komponen yang terdapat dalam komponen sel darah manusia.

…………………………………………………………………………………………………………………….
[3 markah]

(b)(i) Seseorang dengan kumpulan darah B hendak menderma darahnya. Kepada kumpulan
darah yang manakah dia boleh menderma ?

………………………………………………………………………………………………………………………
[1 markah]

(ii) Seseorang dengan kumpulan darah O memerlukan transfusi darah. Daripada


kumpulan darah manakah dia boleh menerima darah ?

………………………………………………………………………………………………………………………
[1 markah]

3. Jadual di bawah menunjukkan kumpulan darah untuk penderma dan penerima darah.

Donors/Penderma Recipients/Penerima
A A, AB
B B, AB
O
AB

(a) Lengkapkan jadual di atas.


(2 markah)
(b) Nyatakan

(i) Penderma universal : …………………………………………………………………………

(ii) Penerima universal : ………………………………………………………………………....


(2 markah)

(c) Dalam keadaan kecemasan, Fitri yang berkumpulan darah O telah menerima darah dari
seorang penderma yang berkumpulan darah A.

(i) Apakah akan terjadi kepada Fitri?

……………………………………………………………………………………………………………..
(1 markah)
(ii) Nyatakan jenis darah yang sepatutnya diberikan kepada Fitri dalam situasi itu.

……………………………………………………………………………………………………………..
(1 markah)

27
CikguAbby2020@SDARY
Y
PT3 2016 {S55D3}

4. Rajah 12.1 menunjukkan komponen bgi darah manusia.

Rajah 12.1

(a) (i) Namakan satu komponen dalam darah manusia.

..…………………………………………………………………………………………………
[1 markah]

(ii) Nyatakan satu fungsi komponen P dalam sistem peredaran darah.

…..………………………………………………………………………………………………
[1 markah]

(iii) Nyatakan kesan jika seseorang kurang komponen Q.

……………………………………………………………………………………………………
[1 markah]

(b) Seorang wanita mengandung telah menjalani pemeriksaan kehamilan bulanannya.


Didapati paras haemoglobin (Hb) dalam darahnya menurun daripada 12 mg kepada 10
mg. Rajah 12.2 menunjukkan perbualan antara Doktor Siti dengan pesakitnya.

28
CikguAbby2020@SDARY
Y

Rajah 12.2 / Diagram 12.2

Apakah penjelasan yang boleh diberikan oleh Doktor Siti?


Tuliskan jawapan anda pada ruangan yang disediakan pada rajah di bawah.

[2 markah]

(c) Sebuah hospital menganjurkan kempen “Jom Derma Darah” untuk mengisi tabung darah.
Terdapat tiga orang lelaki berminat untuk menyertai kempen tersebut.
Jadual 12.1 menunjukkan umur dan berat badan peserta tersebut.

Peserta lelaki Umur (tahun) Berat (kg)


Male participant Age (years) Weight (kg)
1 16 65
2 45 75
3 60 43
Jadual 12.1

Berdasarkan Jadual 12.1, peserta manakah yang paling sesuai untuk menderma darah?
Jelaskan jawapan anda.

…...………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………

…….……………………………………………………………………………………………………………………..
[3 markah]

29
CikguAbby2020@SDARY
Y
(d) Jadual 12.2 menunjukkan empat pederma darah dan kumpulan darah
mereka.

Penderma darah Kumpulan darah


Blood donor Blood group
Nancy A
Zainab B
Ramasamy AB
Ameng O
Jadual 12.2 / Table 12.3

Seorang mangsa kemalangan jalan raya telah kehilangan darah yang banyak.
Dia disahkan mempunyai darah kumpulan O. Terangkan kesan kepada mangsa tersebut
jika dia menerima darah daripada Zainab.

………………………………………………………………………………………………………………………….

…….……………………………………………………………………………………………………………………
[2 markah]

PT3 2018 {S55B1}

30
CikguAbby2020@SDARY
Y

31
CikguAbby2020@SDARY
Y
PT3 2018 {S55B2}

32
CikguAbby2020@SDARY
Y

PT3 2018 {S55B3}

33
CikguAbby2020@SDARY
Y

34
CikguAbby2020@SDARY
Y
3.4 Pengangkutan dalam Tumbuhan

Transpirasi  Suatu proses kehilangan air dalam bentuk wap air dari
permukaan daun ke udara secara penyejatan.
 Air hilang daripada daun ke persekitaran melalui stoma.
 Transpirasi membantu tumbuhan menyerap dan
mengangkut air dan mineral dari tanah ke seluruh
bahagian tumbuhan.

Gutasi (Pelembakan)  Proses kehilangan air dalam bentuk cecair melalui liang
yang disebut hidatod pada hujung urat daun.
 Gutasi biasanya berlaku pada waktu malamatau ketika
kelembapan udara yang tinggi.

 Perbezaan antar transpirasi dan gutasi

Transpirasi Gutasi

Air hilang dari daun dalam bentuk wap air Air hilang dari daun dalam bentuk titisan air

Melalui stoma Melalui hidatod, iaitu stoma yang tidak


sempurna dan sentiasa terbuka

Pada waktu siang Pada waktu malam atau pagi

Wap air yang tersejat tidak mengandungi Titisan air mengandungi bahan terlarut dan
bahan- bahan terlarut garam mineral

Kehilangan air boleh dikawal Kehilangan air tidak boleh dikawal kerana
hidatod sentiasa terbuka dan tiada sel
pengawal

Factor-faktor yang mempengaruhi  Kadar transpirasi ialah kadar kehilangan air dalam
kadar transpirasi tumbuhan.
 Terdapat empat faktor yang mempengaruhi kadar
transpirasi :
(a) Keamatan cahaya
(b) Kelembapan udara
(c) Suhu
(d) Pergerakan angin

Struktur dan fungsi komponen dalam  Sistem pengangkutan dalam tumbuhan berbunga
berkas vaskular pada tumbuhan terdiri daripada dua tisu pengangkut :
(a) Xilem
(b) Floem
 Xilem dan floem merupakan komponen dalam berkas
vaskular.
 Xilem
- Terdiri daripada tiub memanjang (vesel)
dengan dinding tebal, tiada nukleus
- Terlibat dalam pengangkutan air dan garam
mineral.
- Memberi sokongan kepada tumbuhan.

35
CikguAbby2020@SDARY
Y
 Floem
- Terdiri daripaad tiub memanjang (tiub tapis)
dengan dinding nipis, tiada nukleus
- Mengangkut makanan yang dihasilkan di
dalam daun semasa fotosintesis ke bahagian
lain tumbuhan.

 Struktur berkas vaskular dalam tumbuhan

Latihan 6

1. Apakah maksud transpirasi?


………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
2. Tuliskan “Benar” atau “Palsu” tentang system pengangkutan dalam tumbuhan.
(a) Kehilangan air daripada tumbuhan melalui transpirasi adalah dalam ………………
keadaan wap air
(b) Gutasi adalah satu proses kehilangan air dalam keadaan cecair ………………
(c) Transpirasi berlaku pada waktu malam manakala gutasi berlaku pada waktu ………………
siang
(d) Xilem mengangkut air dan garam mineral dari pucuk ke bahagian akar ………………
Tumbuhan
(e) Komponen bagi berkas vascular ialah xilem dan floem. ………………

3. Nyatakan empat faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi tumbuhan.


……………………………………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………………………………….

4. Nyatakan kepentingan transpirasi kepada tumbuhan.


………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………

36
CikguAbby2020@SDARY
Y
5. Rajah 1 menunjukkan keratan rentas sejenis tumbuhan.

Rajah 1

(a) Namakan struktur yang berlabel X dan Y

(b) Apakah fungsi struktur X dan Y

X : ……………………………………………………………………………………………………………………
Y : ……………………………………………………………………………………………………………………

(c) Berikan dua perbezaan antara struktur X dan Y


…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………
6. Rajah di bawah menunjukkan tisu vascular pada suatu tumbuhan

(a) Namakan struktur X


……………………………………………………………………………………………………………….

(b) Nyatakan fungsi bagi struktur berikut:


(i) Xilem :
…………………………………………………………………………………………………………….
(ii) Floem :
…………………………………………………………………………………………………………….

(c) Rajah di bawah menunjukkan keadaan batang tumbuhan selepas beberapa minggu apabila
satu lilitan tisu pada batang berkayu dibuang.

Terangkan mengapa bahagian atas gegelang tumbuhan itu membengkak. (3 markah)


…………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………

37
CikguAbby2020@SDARY
Y
7. Rajah di bawah menunjukkan satu susunan radas bagi satu eksperimen. Selepas 24 jam, satu
keratin rentas nipis batang dipotong seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.

(a) (i) Pada rajah keratin rentas di atas, lorekkan bahagian yang diwarnakan merah.

(ii) Namakan bahagian yang diwarnakan merah dan nyatakan fungsi bahagian itu.
……………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………….

(b) Carta alir di bawah menunjukkan laluan pengangkutan air dalam tumbuhan.

Rerambut akar akar batang Q atmosfera

(i) Apakah proses yang ditunjukkan itu?


…………………………………………………………….

(ii) Apakah Q?
…………………………………………………………....

Contoh Soalan PT3

PT3 2016 {S55D1}

1. Rajah 12.1 menunjukkan keratan rentas batang suatu tumbuhan.

Rajah 12.1
(a) (i) Nyatakan satu fungsi P.

…………………………………………………….………………………………………………………….
[1 markah]

38
CikguAbby2020@SDARY
Y
(ii) Namakan struktur dalam batang tumbuhan yang mengangkut
makanan.

…. ………………………………………………………………………………………………………..
[1 markah]

(iii) Apa yang akan berlaku kepada tumbuhan tersebut jika gegelang kulit pokok
dan floem dibuang?

……………………………………..…………………………………………………………………………
[1 markah]
(b) Puan Sofia tinggal di sebuah apartmen. Dia ingin menanam sawi dengan
menggunakan teknik hidroponik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 12.2

Rajah 12.2 / Diagram 12.2

Terangkan bagaimana pokok sawi dapat tumbuh dengan subur.

……………………………………..……………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………………………………………...
[2 markah]

(c) Puan Sofia menghadapi masalah untuk menanam sawi bagi pusingan yang kedua. Dia
meminta tip dan nasihat daripada seorang blogger pakar pertanian melalui bilik bual.
Rajah 12.3 menunjukkan perbincangan di antara mereka.

39
CikguAbby2020@SDARY
Y
Apakah penjelasan yang sepatutnya diberikan oleh blogger tersebut?
Tuliskan jawapan anda dalam ruang yang disediakan di bawah.

[2 markah]

(d) Kelab Alam Sekitar di bawah penyeliaan Puan Sofia ingin menjalankan satu projek
tanaman herba di sekolah. Mereka dikehendaki untuk mencari kawasan yang sesuai
untuk menjalankan projek tersebut.
Rajah 12.4 menunjukkan dua kawasan, kawasan A dan kawasan B.

Rajah 12.4 / Diagram 12.4

Berdasarkan Rajah 12.4, kawasan manakah yang paling sesuai untuk menjalankan
projek tersebut? Terangkan jawapan anda.

………………………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………………………...
[3 markah]

40
CikguAbby2020@SDARY
Y
2. Dalam rajah di bawah menunjukkan susunan radas untuk menyiasat kadar
transpirasi

Jadual 1 di bawah menunjukkan keputusan selepas 2 jam.

Jisim awal (g) 320


Jisim akhir (g) 290

Jadual 1

(a) Hitung kadar transpirasidalam g/ min.

(b) Terangkan bagaimana setiap faktor yang berikut mempengaruhi kadar transpirasi.

(i) Keamatan cahaya :


…………………………………………………………………………………………………………………...

(ii) Suhu persekitaran :


…………………………………………………………………………………………………………………..

41
CikguAbby2020@SDARY
Y
Skema Jawapan
Latihan 1

1. Mengangkut bahan-bahan keperluan sel seperti oksigen dan nutrient ke seluruh bahagian badan
dan menyingkirkan bahan kumuh dari badan (2 m)
2. Manusia mempunyai pelbagai jaringan sel, tisu dan organ. Oleh itu, sistem pengangkutan yang
khusus diperlukan untuk membekalkan nutrien dan oksigen yang lebih ke seluruh badan. (2m)
3. Organisma kompleks memerlukan sistem pengangkutan yang khusus untuk mengangkut bahan
masuk dan keluar dari sel.
Organisma ringkas pula hanya bergantung pada proses resapan untuk mengangkut bahan masuk
dan keluar dari sel. (2m)
4. Membolehkan sel-sel dalam organisma menjalankan fungsinya secara optimum.(1m)
5. (a) Karbon diokside dan urea (2m)
(b) Bahan-bahan yang diperlukan diserap dari persekitaran luar melalui membrane sel.
Bahan kumuh seperti karbon dioksida pula disingkirkan keluar dari sel ke persekitaran luar
secara resapan melalui membrane sel.(2m)

Latihan 2

1. (a) Sistem peredaran terbuka


(c) Sistem peredaran tertutup (2m)
2. Terbuka – darah tidak mengalir dalam satu arah
Tertutup – darah mengalir berterusan dalam darah
Contoh organisma mempunyai peredaran terbuka : haiwan bersaiz kecil, serangga. (3m)
3. Peredaran darah ganda dua – merujuk kepada darah memasuki jantung sebanyak dua kali
dalam datu kitaran. (1m)

Contoh Soalan Mirip PT3

2. (a) Organisma P : Sistem peredaran darah tertutup ganda dua lengkap


Organisma Q : Sistem peredaran tertutup tunggal (2m)
(b) Organisma P : Manusia
Organisma Q : Ikan (2m)
(c) Darah terdeoksigen dan darah beroksigen tidak bercampur. (1m)

Latihan 3

1. (a)(i) Arteri pulmonary


(ii) Vena kava
(iii) Aorta
(iv)Ventrikel kiri (4m)
(b) (i) √
(ii) X
(iii) X
(iv)√ (2m)
2. (a) A : Atrium kanan
B : Ventrikel kiri
C : Ventrikel kanan (3m)
(b) Z (1m)
(c) Aorta (1m)

Contoh Soalan PT3

1. (a) P : Arteri pulmonary


Q: Arteri (2m)
(b) (i) Dengan kehadiran injap (1m)
(iii) Dinding yang tebal, berotot dan elastic (1m)

42
CikguAbby2020@SDARY
Y
(c) Dinding kapilari paling nipis setebal satu sel kerana membenarkan pertukaarn
gas, makanan dan bahan kumuh antara darah dan sel badan.(2m)

2. R : Aorta
S : Vena pulmonary (2m)
(a) R dan S (1m)
(b) Ventrikel kiri kerana ia perlu mengepam darah di bawah tekanan tinggi ke seluruh badan.
(3m)

3. (a) P : Ventrikel kanan R : Atrium kiri (2m)


(b) Dinding Q lebih tebal daripada dinding P kerana ia perlu mengepam darah ke seluruh
bahagian badan. (2m)
(c) Kehadiran injap. Injap memastikan darah dalam satu hala .(2m)

4. (a)

√ √

X X

(2m)

(b) Vena pulmonary : Ya


Arteri pulmonary : Tidak (2m)
(c) (i) Palsu
(ii) Benar

5. (a) (2m)


X
X

(b) (i) Arteri : Tidak


(ii)Vena : Ya (2m)
(c) (i) Benar
(ii)Palsu (2m)

PT3 2016

6. (a) (i) Arteri (1m)


(ii)Mengangkut darah beroksigen keluar dari jantung ke seluruh badan kecuali peparu (1m)
(iii) Salur darah X – dinding tebal, berotot, elastic, tiada injap, saiz lumen kecil
Salur darah Y – dinding nipis, sedikit berotot dan elastic, mempunyai injap, saiz lumen besar.
(b) Ini disebabkan salur darahnya adalah sempit.
Dia mempunyai degupan jantung lebih cepat setelah aktiviti (2m)
(c) (i) – Mengurangkan makanan berlemak
- Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan. (2m)

43
CikguAbby2020@SDARY
Y
(iii) Menu S. Menu S adadlah menu yang seimbang. Menu s mengandungi
kurang kalori. (3m)

Latihan 4

1. (i) “dub”
(ii)”lub”
(iii) sistolik
(iv) diastolik
2. Sistolik kerana otot jantung mengecut untuk mengepam darah keluar dari jantung. (2m)
3. (a) Jantina
(b) Umur
(c) Kesihatan badan
(d) Aktiviti fizikal
4. Kita pelu menjaga kesihatan jantung kerana jantung merupakan organ yang sangat penting bagi
mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan nutrient ke seluruh badan.(2m)

Contoh Soalan PT3

1. (a) Atrium kanan , ventikel kanan , arteri pulmonary (3m)


(b) Apabila bersenam,kadar denyutan nadi akan bertambah untuk membekalkan oksigen
tambahan yang diperlukan oleh badan. (2m)
(c) Arteriosklorosis (1m)

2. (a) (i) Banyak makan makanan berlemak ,berkolesterol tinggi dan masin.
Kurang bersenam
Tabiat merokok. (2m)
(b) Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Ini boleh
menyebabkan kematian akibat penyakit kardiovaskular terutamanya daripada penyakit
jantung koronari yang menyebabkan serangan jantung dan strok. (2m)

Latihan 5

1. Plasma, sel darah merah, sel darah putih dan platlet (4m)
2. Plasma darah (1m)
3. O ialah penderma universal kerana darahnya boleh diterima oleh semua kumpulan darah (1m).

4. AB ialah penerima universal kerana darahnya boleh menerima darah daripada semua kumpulan
darah.

5. Menyelamatkan nyawa pesakit


Membantu individu yang memerlukan transfuse darah disebabkan kes-kes tertentu.

6. Darahnya akan terus mengalir keluar dan jika berpanjangan boleh menyebabkan kekurangan
darah dalam badan dan boleh membawa maut. (3m)

7. (a) X – Sel darah merah , Y- Sel darah putih , Z – Platelet (3m)


(b) Z (Platelet (1m)
(c) (i) Maisarah, Beng Huat, Mei, Mei (1m)
(ii)Maisarah kerana kumpulan darah O boleh menderma kepada semua jenis kumpulan
darah. (2m)
8. (a)Kumpulan darah B dan O.
- Kerana darh B mempunyai antigen darah Bsementara darah O tiada antigen darah.
- Oleh itu tidak berlaku pembekuan darah.
- Darah dapat dipindahkan dengan selamat (4m)
(b) - Antibodi akan menyerang antigen yang sama jenis dengannya. Contohnya, kumpulan
darah O mempunyai antibody Anti-A dan Anti-B
- Sekiranya seseorang berdarah O menerima darah AB daripada penderma, antibodinya
akan menyerang antigen A dan antigen Byang terdapat pada darah AB.
- Ini akan menyebabkan penggumpalan darah
- Boleh menyebabkan maut kepada penerima. (4m)

44
CikguAbby2020@SDARY
Y
9. (a) Mengangkut oksigen dan nutrient ke seluruh bahagian badan. (1m)
(b) Leukemia (1m)
(c) Sel darah putih (1m)
(d) (i) Serasi
(ii) Darah menggumpal
(iii) Darah menggumpal
(iv)Serasi (4m)

Contoh Soalan PT3

PT3 2014

1. (a) C (platelet) (1m)


(b) Sel darah A – Tidak (tiada nukleus)
Sel darah B- Ya (ada nucleus) (2m)
(c) P - √ (1m)
(d) Kumpulan darah O √
Kumpulan darah B √ (2m)

2. (a) (i) Plasma (1m)


(ii) Sel darah merah, sel darah putih, platelet (3m)
(b) (i) Kumpulan darah B dan AB (1m)
(ii)Kumpulan darah O sahaja (1 m)

3. (a) Kumpulan darah O – A, B, AB dan O


Kumpulan darah AB – AB
(b) (i) Penderma universal : Kumpulan darah O
(ii)Penerima universal : Kumpulan darah AB
(c) (i) Penggumpalan darah berlaku, boleh membawa maut kepada Fitri (1m)
(ii)Kumpulan darah O

PT3 2016

4. (a) (i) Sel darah merah/ sel darah putih/ platelet (1m)
(ii)Mengangkut oksigen (1m)
(iii)Dia mudah jatuh sakit (1m)
(b) – Makan makanan yang kaya dengan zat besi misalnya hati dan bayam.
- Zat besi diperlukan untuk membina haemoglobin.
(c) – Peserta lelaki 2
- Ini disebabkan dia memenuhi syarat umur 18 tahun dank e atas.
- Dia juga memenuhi syarat jisim badan lebih 45kg . (3m)
(d) Mangsa itu akan mati.
Ini disebabkan berlakunya penggumpalan darah. (2m)

PT3 2018 (S55B1)

(a) (i) Sel darah merah


(ii)Plasma (2m)
(b) J : Sel darah putih
Fungsi : Melindungi badan daripad jangkitan penyakit (2m)
(c) Kumpulan B kerana kumpulan darah yang sama atau kumpulan O kerana darah kumpulan O
adalah penderma universal. (2m)

PT3 2018 (S55B2)

(a) (i) Sel darah putih


(ii)Sel darah merah (2m)
(b) J : Sel darah merah
Fungsi : Mengangkut oksigen ke seluruh bahagian badan (2m)
(c) Kumpulan A kerana kumpulan darah yang sama atau kumpulan O kerana darah kumpulan O
adalah penderma universal. (2m)

45
CikguAbby2020@SDARY
Y
PT3 2018 (S55B3)

(a) (i) Platelet


(ii)Sel darah putih (2m)
(b) J : Sel darah merah
Fungsi : Mengangkut oksigen ke seluruh bahagian badan (2m)
(c) Kumpulan AB kerana kumpulan darah yang sama atau kumpulan O kerana darah kumpulan
O adalah penderma universal atau kumpulan darah A atau kumpulan darah B kerana
mempunyai antigen yang sama. (2m)

Latihan 6

1. Transpirasi – Proses kehilangan air dalam bentuk wap air dari permukaan daun ke udara secara
penyejatan (1m)
2. (a) Benar
(b) Benar
(c) Palsu
(d) Palsu
(e) Benar (5m)

3. Keamatan cahaya, kelembapan udara, suhu, pergerakan angin (4m)

4. Membantu tumbuhan menyerap dan mengangkut air dan mineral dari tanah ke seluruh bahagian
tumbuhan. (1m)

5. (a) X – Floem
Y – Xilem (2m)
(b) X : Mengangkut glukosa yang terhasil dalam daun semasa fotosintesis ke bahagian lain
tumbuhan.
Y : Mengangkut air dan garam mineral dari akar ke daun (2m)
(c) X : terdiri daripada tiub memanjang (tiub tapis), dinding nipis, tiada nucleus
Y : terdiri daripada tiub memanjang (vessel) , dinding tebal, tiada nucleus (2m)

6. (a) berkas vascular


(b) Xilem : Mengangkut air dan garam mineral dari akar ke daun
Floem : Mengangkut glukosa yang terhasil dalam daun semasa fotosintesis ke bahagian lain
tumbuhan.
(c) – Apabila lilitan batang berkayu dibuang, bahagian floem juga akan dibuang
- Oleh itu bahan makanan tidak dapat diangkut melalui floem.
- Ini menyebabkan batang atas gegelang membengkak disebabkan pengumpulan
makanan.
- Batang bawah gegelang menunjukkan tiada pertumbuhan. (3m)

7. (a) (ii) – Xilem


- Terlibat dalam pengangkutan air dan mineral. (2m)
(b) (i) Transpirasi (1m)
(ii)Daun (1m)

Contoh Soalan PT3

PT3 2016

1. (a) (i) P- Xilem, Mengangkut air da garam mineral (1m)


(ii)Floem (1m)
(iii)Bahagian atas gegelang kulit yang dibuang akan menjadi bengkak. (1m)
(b) – Larutan kultur membekalkan nutrient yang mencukupi
- Dibekalkan cahaya matahari supaya tumbuhan itu dapat menjalankan fotosintesis. (2m)
(c) – Kekurangan nutrient di dalam larutan kultur
-Tidak cukup cahaya matahari untuk menjalankan fotosintesis. (2m)

46
CikguAbby2020@SDARY
Y
(d) A.
- Kawasan redup dan dielakkan daripada terdedah terus di bawah matahari. Ini akan
mengurangkan kadar transpirasi.
-Kelembapan yang tinggi kerana redup. (3m)

2. (a) Kadar transpirasi = (Bacaan akhir- Bacaan awal) g


Masa (min)
= 320 – 290
2 (60)
= 0.25 g/min (2m)
(b) (i) Keamatan cahaya tingii, kadar transpirasi tinggi
(ii)Suhu persekitaran tinggi, kadar transpirasi tinggi (2m)

47

You might also like