You are on page 1of 1

Konsep Kesusasteraan Melayu

Ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa ialah kesusasteraan. Perkataan


sastera berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu ‘castra’. ‘Su’ dalam susastera membawa
makna indah dan baik. Sastera terbentuk daripada ‘sastra’ iaitu ‘sas’ yang ditakrifkan
sebagai petunjuk atau mengajar dan ‘tra’ yang bermaksud yang bermaksud alat. Dengan ini,
dapatlah dikatakan bahawa kesusasteraan wujud dalam kalangan masyarakat dalam bentuk
penulisan untuk menyampaikan unsur-unsur intelek, tersirat, dan nilai-nilai murni yang
memberi pengajaran. Harun Mat Piah (2006) mentakrifkan kesusasteraan sebagai segala
penghasilan sastera yang disampaikan kepada orang lain sama ada untuk difahami atau
dinikmati. Pada masa kini, sastera semakin berkembang mengikut peredaran masa dan
dihayati oleh generasi kini. Sastera merangkumi buah fikiran, perasaan, pengalaman, idea,
keyakinan, semangat kepercayaan dan sebagainya sama ada tersurat atau tersirat.

You might also like