You are on page 1of 1

Pada pendapat saya, pendekatan yang paling sesuai ialah pendekatan eklektik iaitu

pendekatan yang menggabungkan induktif dan deduktif. Pendekatan induktif ialah guru
memberikan contoh-contoh dan murid akan membuat rumusan manakala deduktif pula ialah
guru akan memberi generalisasi dan murid-murid akan dibantu oleh guru untuk
mengemukakan contoh-contoh. Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai yang
mempunyai pelbagai kebolehan. Penting untuk membantu murid meningkatkan kemahiran
mengeja dan membaca memandangkan Encik bertanya tentang cara untuk mengajar murid-
murid menulis karangan tentang Masalah Disiplin yang berlaku dalam kalangan murid di
sekolah. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah guru boleh memberi satu situasi
misalnya situasi di dalam Pusat Sumber sekolah memandangkan Pusat Sumber sekolah
mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi untuk memastikan segala kemudahan dalam
keadaan yang baik dan suasana Pusat Sumber sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran.
Guru akan memberikan situasi seorang pelajar yang membuang sampah merata-rata di
dalam pusat sumber, bercakap dengan nyaring, makan atau minum di dalam Pusat Sumber.
Guru akan bertanya apakah masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar tersebut kepada
murid-murid. Murid-murid boleh berbincang dalam kumpulan meja masing-masing. Ketika
perbincangan, murid-murid dibenarkan untuk bertanya dengan guru untuk melibatkan
komunikasi di dalam bilik darjah. Selepas berbincang, murid-murid membentang di hadapan
kelas tentang apa yang telah mereka bincangkan di dalam kumpulan.

You might also like