You are on page 1of 1

Analisis Kritikan Sastera

Setelah dikaji, teori yang digunakan oleh penulis iaitu Shahnon Ahmad ialah pendekatan
teori pengkaedahan Melayu yang dicetuskan oleh Hashim Awang. Teori ini terbahagi
kepada dua iaitu pengkaedahan alamiah dan pengkaedahan agama. Pengkaedahan
alamiah melibatkan pendekatan gunaan, pendekatan moral dan firasat. Pendekatan moral
diaplikasikan oleh penulis melalui pengalaman hidup Shahnon Ahmad berkaitan tentang
manusia dan persekitaran iaitu penulis menceritakan bagaimana Tok Guru dan Mamak
mengamalkan hidup berpoligami. Pendekatan firasat lebih kurang sama seperti pendekatan
moral iaitu penulis menceritakan bagaimana kesan atau perasaan isteri-isteri Tok Guru dan
Mamak apabila mereka tidak mengamalkan hidup berpoligami dengan adil sekaligus telah
menindas mereka.

Pengkaedahan keagamaan yang merujuk Al-Quran dan Al-Hadis digunakan apabila


terdapat ayat-ayat Al-Quran dan Al-Hadis yang menerangkan tentang poligami. Aspek-
aspek yang ditumpukan dalam sastera jenis ini kebiasaannya ialah tema, watak dan
perlakuan. Tema novel ini ialah kekeluargaan yang mempamerkan bagaimana hidup
berpoligami yang tidak adil. Watak-watak di dalam novel pula menunjukkan orang alim dan
banyak ilmu agama tetapi tidak mengamalkan syariat dengan betul. Akhir sekali,
pendekatan kemasyarakatan yang memberi pendedahan kepada masyarakat segala
persoalan yang merungkai ketidakadilan, penyelewengan dan diskriminasi terhadap isteri-
isteri Tok Guru dan Mamak.

You might also like