You are on page 1of 5

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN

TEKNIKAL VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN
PENGURUSAN DAN PENILAIAN
“ON-THE-JOB TRAINING” TAHUN 2020 BERIKUTAN
PENGUATKUASAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan menyelaras pengurusan dan penilaian bagi


kursus “On-the-Job Training” (OJT) di semua Kolej Vokasional (KV)
Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2020 berikutan penguatkuasaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 sehingga 28 April
2020 atau/dan ke suatu tarikh yang dikuatkuasa oleh kerajaan kelak.

1. Garis Panduan ini disediakan sebagai rujukan bagi menyelaras dan menilai
pelaksanaan OJT semua pelajar KV KPM yang menjalani OJT dalam
tahun 2020.

2. Garis Panduan ini berkuat kuasa bermula 14 April 2020 dan berakhir pada
24 Julai 2020 setelah Jawatan kuasa Akademik (JKA) kolej mengesah
keputusan penilaian OJT pelajar dan menyerahkan keputusan berkenaan
kepada BPLTV.

1. TEMPOH PELAKSANAAN OJT

1.1 Tarikh tamat OJT bagi semua pelajar yang terlibat adalah pada
17 Mac 2020.

1.2 Tempoh OJT bagi semua 33 program diambilkira bermula 6 Januari


2020 hingga 17 Mac 2020 iaitu selama 52 hari.
2. PENGURUSAN DAN PENILAIAN

2.1 Penilaian OJT hendaklah dilaksana berpandukan Jadual Carta Alir


dan Garis Masa seperti yang ditetapkan. (Rujuk Lampiran 1)

2.2 Peratus kehadiran OJT hendaklah HANYA mengambilkira jumlah


jam bekerja yang telah disempurnakan oleh pelajar sepanjang
tempoh OJT. Kaedah pengiraan adalah seperti jadual yang
disediakan. (Rujuk Lampiran 2)

2.3 KV hendaklah menggunakan kaedah yang sesuai dan selamat dalam


urusan yang melibatkan kutipan atau serahan item penilaian dan
pentaksiran dengan mengambilkira arahan dan penguatkuasaan
semasa; samada PKP masih berkuatkuasa pada tarikh yang telah
ditetapkan atau tidak.

3. PENYERAHAN MARKAH PENILAIAN KEPADA BPLTV

3.1 Markah penilaian OJT yang telah disahkan oleh JKA perlu dihantar
kepada Unit Pentaksiran DVM BPLTV selewat-lewatnya pada 28
Julai 2020.

4. PEMAKAIAN

4.1 Garis Panduan ini adalah terpakai kepada Kolej Vokasional KPM di
seluruh Malaysia pada tempoh yang ditetapkan dan untuk
EDARAN DALAMAN sahaja.
PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan berkaitan Garis Panduan ini, sila rujuk kepada pegawai
berikut :

1) En. Rosman bin Bahari (rosman.bahari@moe.gov.my)


Penolong Pengarah
Unit Jaminan Kualiti dan Pengiktirafan Program
Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional

2) Pn. Amizah binti Amir (amizah.amir@moe.edu.my)


Ketua Jurulatih Utama OJT Kebangsaan
Kolej Vokasional ERT Setapak, Kuala Lumpur

3) Pn. Sharifah Hafzan binti Shahidin (sha_mcsha87@yahoo.com)


Jurulatih Utama OJT Kebangsaan
Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja, Rembau, Negeri Sembilan

4) En. Mohd Fadzli bin Morad (fadzliict@gmail.com)


Ketua KUPLI Zon Sabah
Kolej Vokasional Kudat, Kudat, Sabah

5) En. Arzhad bin Ahmad (dagangcool@yahoo.com)


Ketua KUPLI Zon Sarawak
Kolej Vokasional Matang, Kuching, Sarawak

Jawatan Kuasa TASKFORCE OJT


Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
14 April 2020
LAMPIRAN 1

CARTA ALIR & GARIS MASA PENGURUSAN PENILAIAN &


PENTAKSIRAN OJT
Tanggung Tarikh /
jawab Carta Alir Proses Kerja / Tindakan Dokumen Garis masa
MULA
- Memberi makluman kepada 1. Surat pemakluman
UPLI pelajar dan PPO tarikh tamat OJT 2020 14 – 16 April
dan tarikh serahan item 2020
penilaian OJT 2020
- Memberi makluman kpd OL 1.Surat pemakluman
- Menghantar borang tarikh tamat OJT 2020 19 April – 15
penilaian OJT dan surat dan tarikh serahan item Jun 2020
PPO
penghargaan kepada OL penilaian OJT 2020
- Menyerah borang yang 2. Borang KV OJT 18
lengkap diisi OL kepada UPLI 3. Surat KV OJT 29
- Menghantar surat 1. Surat Pengesahan
pengesahan tamat OJT dan Tamat OJT
PELAJAR item penilaian OJT kepada 2. Buku Log OJT
UPLI 3. Laporan Akhir OJT
4. Rekod kehadiran OJT *
- Menerima item penilaian dari 1. Surat Pengesahan 22 Jun 2020
Pelajar Tamat OJT
- Menyerah item penilaian 2. Buku Log OJT
kepada PP untuk dinilai 3. Laporan Akhir OJT
UPLI - Menerima Borang KV OJT 18 4. Rekod kehadiran OJT *
dari PPO 5. Rekod/Borang *
Penerimaan dari pelajar
6. Rekod/Borang Serahan
kepada PP *
- Menerima item penilaian 1. Buku Log OJT 23 Jun 2020
- Membuat penilaian 2. Laporan Akhir OJT 23 Jun – 7 Julai
PP - Menyerahkan markah kepada 3. Rekod kehadiran OJT *
UPLI 4. Senarai Pelajar dinilai *
5. Borang KV OJT 19 8 Julai 2020
- Menerima markah penilaian 1. Borang KV OJT 18
- Mengisi markah ke dalam 2. Borang KV OJT 19
KV OJT 20, Borang EXCEL Pra 3. Borang KV OJT 20
Adop dan ADOP OJT 4. Borang KV OJT 21
UPLI - Menjana analisis CLORR dari 5. Borang EXCEL Pra 9 – 16 Julai
ADOP OJT ADOP OJT 2020
- Menganalisa pencapaian 6. ADOP OJT
prestasi OJT 7. Analisis CLORR OJT
- Memfail dokumen
- Menyerahkan ADOP OJT yang 1. ADOP OJT
lengkap diisi kepada KJPP 2. Borang KV OJT 20
KUPLI
- Menyerahkan Borang KV OJT 3. Analisis CLORR OJT
17 Julai 2020
20 dan analisis CLORR kpd KP
- Menerima danmemfail 1. Borang KV OJT 20
KP
dokumen 2. Analisis CLORR OJT
- Membentangkan keputusan 1. ADOP OJT
24 Julai 2020
OJT di Mesyuarat JKA KV
KJPP
- Menghantar keputusan OJT KEPUTUSAN OJT/CALON
28 Julai 2020
yang telah disahkan ke BPLTV LAYAK BERGRADUAT
TAMAT

Semua dokumen hendaklah menggunakan yang sedia ada di dalam GP OJT


2019 kecuali yang bertanda * disediakan oleh UPLI mengikut kesesuaian.
LAMPIRAN 2

PANDUAN PEMARKAHAN BAGI KEHADIRAN OJT

Penulisan
Program/Tempoh Bilangan Kehadiran OJT Peratus Markah di
BIL
OJT/Jam Kredit Pelajar Kehadiran dalam borang
KV OJT 19
3 Bulan 30 – 52 hari 100 % 5 markah
1 ( 12 Minggu )
6 KREDIT Kurang daripada 30 hari < 100 % 3 markah
4 Bulan 40 – 52 hari 100 % 5 markah
2 ( 16 Minggu )
8 KREDIT Kurang daripada 40 hari < 100 % 3 markah
5 Bulan 50 - 52 hari 100 % 5 markah
3 ( 20 Minggu )
10 KREDIT Kurang daripada 50 hari < 100 % 3 markah
6 Bulan 52 hari 100 % 5 markah
4 ( 24 Minggu )
12 KREDIT Kurang daripada 52 hari < 100 % 3 markah
* Markah 0 untuk kehadiran – patuh kepada deskripsi dalam Borang KV OJT 19

You might also like