You are on page 1of 5

Disunting oleh:

SET 1 :SENARIO MASYARAKAT KITA (KEJIRANAN)


Pendahuluan
P1 Petikan membincangkan sebab / punca semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan
masyarakat di negara kita.
P2 Rumusan membincangkan sebab/punca semangat kejiranan semakin luntur dan usaha
mengatasinya.

Isi- isi tersurat


S1 Masyarakat kini lebih bersikap keakuan dan enggan mempedulikan perkara yang tiada kaitan
dengan mereka.
S2 Aktiviti kemasyarakatan seperti menjayakan majlis kenduri semakin dilupakan.
S3 Tuntutan hidup yang serba mencabar di kawasan bandar menjadikan masyarakat sentiasa
sibuk dan mencari rezeki untuk keperluan diri dan keluarga.
S4 Sikap masyarakat yang lebih cenderung untuk hidup bersendirian tanpa gangguan orang lain.
S5 Kos sara hidup yang tinggi dan tekanan hidup dunia moden memaksa warga kota bekerja
sepanjang hari.
S6 Proses urbanisasi menyebabkan masyarakat bandar lebih bersikap individualistik.
S7 Masyarakat bersifat merendah diri dan tidak suka bergaul dengan orang lain kerana perbezaan
pangkat dan latar belakang sosioekonomi.
S8 Faktor teknologi maklumat dan komunikasi.
S9 Struktur dan reka bentuk perumahan moden.

Isi-isi tersirat
T1 Semangat ini mampu dipupuk dengan cara mengadakan pelbagai majlis yang melibatkan
orang ramai
T2 Kerajaan juga perlu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran tentang
pentingnya semangat kejiranan
T3 Masyarakat pula hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara yang
penting dalam kehidupan bermasyarakat
T4 Di kawasan bandar pula, ketua penduduk perlulah memainkan peranannya bagi memastikan
penduduk di kawasannya hidup dalam keadaan aman dan harmoni
T5 Ketua penduduk juga mesti mengetahui dan mengambil berat terhadap hubungan antara jiran
yang bermasalah dengan menggunakan pelbagai kaedah untuk merapatkan hubungan antara
mereka
T6 Hari keluarga dan gotong- royong merupakan aktiviti yang boleh dijalankan untuk
memastikan semangat kejiranan semakin padu

Penutup
Kesimpulannya, rakyat Malaysia seharusnya menerapkan semangat kejiranan dalam diri masing-
masing agar negara yang harmoni dapat dibentuk.

CADANGAN JAWAPAN PEMAHAMAN


i. maksud rangkai kata bersikap individualistik
 berkelakuan / berpendirian/ berperangai mementingkan diri.
[ 2 markah ]
ii. kesan-kesan apabila semangat kejiranan semakin hari semakin luntur
 kes jenayah semakin bertambah setiap hari
 persatuan penduduk berkubur
 aktiviti kemasyarakatan seperti menjayakan majlis kenduri misalnya semakin dilupakan
 masyarakat bandar lebih bersikap individualistik atau tidak mahu mengambil tahu hal
orang lain

iii. Bagi memastikan hubungan dengan jiran menjadi akrab


 kita perlu bertegur sapa apabila bertemu
Disunting oleh:
 selalu berkunjung apabila diundang terutama pada hari-hari perayaan
 kita perlu menunjukkan sikap hormat dan berbudi bahasa
 membantu jiran ketika jiran menghadapi masalah
 bertukar-tukar juadah
 menziarahi jiran ketika jiran sakit

SET 2: AMBANG REMAJA (KOKURIKULUM)

Pendahuluan
P1 Petikan membincangkan sebab/punca kemerosotan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di negara
kita.
P2 Rumusan membincangkan sebab/punca kemerosotan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan
langkah mengatasinya

Isi-isi tersurat

S1 Sistem pendidikan kita yang beroreantasikan akademik dan peperiksaan.


S2 Pelajar menghadiri kelas tuisyen untuk mencapai keputusan yang cemerlang.
S3 Pihak sekolah turut mengadakan kelas tambahan untuk meningkatkan prestasi pelajar.
S4 Ibu bapa tidak memberikan galakan kepada anak-anak.
S5 Percaya bahawa aktiviti kokurikulum tidak sepenting pencapaian akademik.
S6 Kekurangan prasarana yang sesuai.
S7 Kekurangan dana yang menyebabkan peralatan sukan yang rosak tidak dapat dibaiki atau
diganti.
S8 Kekurangan perancangan mengakibatkan aktiviti yang dijalankan tidak sempurna.
S9 Kekurangan kepakaran dari segi tenaga guru memburukkan keadaan

Isi-isi tersirat

T1 Pihak sekolah perlu mengadakan aktiviti yang lebih menarik serta menawarkan hadiah yang
lumayan kepada pelajar.
T2 Sokongan daripada pihak PIBG dengan membelikan peralatan sukan dan membaiki prasarana
yang rosak.
T3 Ibu bapa seharusnya memberikan motivasi atau galakan kepada anak-anak agar melibatkan
diri dalam aktiviti kokurikulum.

Penutup
Kesimpulannya, kerjasama semua pihak amatlah diperlukan dalam usaha meningkatkan penglibatan
pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.

CADANGAN JAWPAN PEMAHAMAN

(i) maksud rangkai kata membunuh minat


- Melenyapkan/meluputkan/memedamkan/mematikan/membinasakan/menamatkan/
menghilangkan/menghapuskan
bakat/hobi/kegemaran/kesukaan (2 markah)

(ii) akibat kemerosotan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum


Disunting oleh:
- Potensi pelajar tidak dapat dikembangkan
- bakat mereka tidak dapat dicungkil
- minat mereka lenyap begitu sahaja
- kehadiran pelajar terus merosot (3 markah)

(iii) tindakan yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak supaya berminat
untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
- memberi sokongan kepada anak-anak yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum
- meyakinkan anak-anak penglibatan dalam kokurikulum penting untuk menjadi seorang
pelajar yang berjaya
- memberikan bantuan kewangan yang disalurkan melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru
- Ibu bapa wajar turut serta dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah
(4 markah)

SET 3: DUNIA SEMAKIN CANGGIH (TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN


KOMUNIKASI)

Pendahuluan
P1 Petikan membincangkan kebaikan/manfaat kemajuan ICT dalam kalangan masyarakat di
Malaysia / negara kita.
P2 Rumusan membincangkan kebaikan/manfaat kemajuan ICT dan cara-cara meningkatkan
penggunaan dalam kehidupan seseorang

Isi-isi tersurat (Kepentingan)


S1 Sistem perhubungan dan saluran maklumat menjadi semakin mudah dan santai.
S2 Proses komunikasi menjadi lebih berkesan, padat dan murah.
S3 MSC dan MDeC mempromosi Malaysia sebagai pengguna ICT.
S4 ICT menjadi kemudahan awam dalam masyarakat alaf baharu.
S5 Pengaksesan maklumat menjadi semakin mudah, murah, bergaya dan pelbagai.
S6 ICT menyediakan maklumat tanpa kekangan.
S7 ICT menyediakan maklumat yang lengkap dan terkini.
S8 ICT menjadi pengganti kepada sistem komunikasi konvensional.
S9 ICT menjadi penggerak kepada budaya baharu berasaskan siber.
S10 Generasi muda mula mengubah cara hidup dengan memilih kecanggihan siber.
S11 ICT bergerak seiring dengan keperluan semasa.

Isi –isi tersirat (Cara-cara meningkatkan penggunaannya)


T1 Kerajaan perlu melancarkan kempen satu rumah satu komputer kepada rakyat.
T2 Bimbingan dan kemahiran ICT perlu diterapkan dari awal persekolahan.
T3 Bantuan kewangan kepada rakyat yang tidak berkemampuan untuk memiliki komputer.
T4 Kemudahan prasarana berkaitan ICT ditingkatkan supaya rakyat dapat menikmati
budaya siber.

Kesimpulan
Semua pihak perlu bersedia memasuki alam siber ICT supaya mereka menjadi manusia yang
tidak ketinggalan celik ICT.
Disunting oleh:

CADANGAN JAWAPAN PEMAHAMAN


(i) Berikan maksud telus dan demokratik.
Maksud rangkai kata telus dan demokratik
- jujur dan bebas membuat pilihan.
(2 markah)

(ii) Petikan telah mengemukakan beberapa peranan yang dimainkan oleh kerajaan berkaitan
dengan kemajuan ICT kepada manusia hari ini.
Nyatakan peranan-peranan tersebut.
- membangunkan Koridor Raya Multimedia (MSC)
- menubuhkan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC)
- menguatkuasakan undang-undang siber. (3 markah)

(iii) Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan negatif penggunaan ICT?

- berlakunya jenayah Internet seperti penipuan kad kredit secara online dan penyebaran
maklumat dan bahan yang salah melalui e-mel.
- penyebaran fitnah, khabar angin dan provokasi boleh menggugat keharmonian negara.
- pengaruh budaya asing dan perkara-perkara negatif meningkatkan masalah sosial jenayah.
- kemerosotan prestasi pelajaran dan pengabaian tanggungjawab akibat leka melayari
Internet.
(4 markah)

SET 4: KERANAMU MALAYSIA (PATRIOTISME)

Pendahuluan
P1 Petikan membincangkan halangan dalam usaha mewujudkan semangat cinta akan negara
dalam kalangan belia di Malaysia / negara kita.
P2 Rumusan membincangkan halangan dalam usaha mewujudkan semangat cinta akan
negara dan peranan ibu bapa untuk merealisasikan usaha tersebut

Isi Tersurat (kekangan mewujudkan semangat patriotisme)


S1 Fahaman yang mengutamakan kepentingan individu semakin menular.
S2 Asakan globalisasi dan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi
S3 Wujudnya pertembungan antara negara maya dengan negara nyata.
S4 Kemerdekaan negara tergugat oleh penjajahan-penjajahan bentuk baru.
S5 Penyemaian semangat patriotisme kurang diterapkan di sekolah-sekolah melalui mata
pelajaran Sivik
S6 Mata pelajaran Sejarah hanya mula diajarkan pada peringkat sekolah menengah.
S7 Belia tidak menghargai kemerdekaan negara.
S8 Belia tidak bersungguh-sungguh mengejar ilmu.

Isi Tersirat (Peranan ibu bapa untuk mewujudkan semangat patriotisme)


T1 Ibu bapa perlu bersama-sama keluarga meraikan sambutan Bulan Kemerdekaan.
T2 Ibu bapa perlu menyediakan bahan bacaan yang berunsur patriotik di rumah.
T3 Ibu bapa sewajarnya membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat bersejarah dalam
negara.
Disunting oleh:

Kesimpulan
Kesimpulannya, semangat patriotisme wajar disegarkan dalam jiwa para belia supaya mereka
menyedari tanggungjawab mereka untuk kesejahteraan tanah air.

CADANGAN JAWAPAN PEMAHAMAN

(i) Berikan maksud berhubung terus dengan hasrat.


Maksud berhubung terus dengan hasrat
- berkait secara langsung dengan harapan/ impian (2 markah)

(ii) Apakah nilai- nilai patriotisme yang perlu dipupuk dalam diri warga Malaysia?
Nyatakan nilai-nilai tersebut.
-bangga menjadi rakyat Malaysia
-bersemangat setia kepada negara
-menyanjungi semangat kekitaan (3 markah)

(iii) Sebagai seorang pelajar, apakah bukti-bukti yang boleh menunjukkan anda mempunyai
semangat patriotisme yang tinggi?
-menyertai perarakan pada Hari Kebangsaan
-menentang usaha pihak luar campur tangan hal ehwal negara kita
-menghormati lagu Negaraku
-menghulurkan derma untuk Tabung Rayuan Hari Pahlawan
-berbangga menjadi anak Malaysia (4 markah)

You might also like