You are on page 1of 24

INTERNET

Nama : Muhammad Sufiyan Faiq


Bin Shuhaiminizam

Kelas : 5 Gemilang

Sekolah : Sekolah Kebangsaan


Malau, Jitra.
ISI KANDUNGAN
Tajuk Kandungan Muka Surat

1. Maksud Internet 1

2. Perkhidmatan Internet 2-3

3. Jenis Laman Web 4 - 12

4. Senarai Laman Web Dan Justifikasi 13 - 16

5. Kebaikan Dan Keburukan Internet 17

6. Penutup 18

7. Penghargaan 19

8. Lampiran 20 - 21

9. Rujukan 22
MAKSUD INTERNET
Internet ialah singkatan bagi internetwork. Internet merupakan gabungan
rangkaian komputer seluruh dunia yang menggunakan Protokol Internet. Antara
kegunaan Internat adalah untuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat.

Akses kepada Internet memerlukan pengguna melanggan perkhidmatan Internet


melalui pembekal perkhidmatan Internet. Pembekal perkhidmatan Internet
menyediakan capaian Internet kepada pengguna.

1
PERKHIDMATAN
INTERNET

Gambarajah di atas menunjukkan antara perkhidmatan Internet yang boleh


diperolehi dalam Internet.

Antara perkhidmatan Internet ialah E-mel, Jaringan Sejagat (WWW - World


Wide Web), Protokol Pindahan Fail (FTP), kumpulan berita, permesejan
segera dan telefoni Internet.

E-MEL

E-mel ialah perkhidmatan komunikasi data yang membenarkan penghantaran


mesej berbentuk mel daripada satu penghantar kepada satu atau lebih penerima
dalam rangkaian. Lampiran dokumen elektronik juga boleh disertakan bersama-
sama mesej tersebut.

2
Jaringan Sejagat (WWW)

Jaringan Sejagat ialah perkhidmatan yang membenarkan akses kepada dokumen


hiperteks, fail audio dan fail video dalam Internet dengan menggunakan pelayar
web.

Protokol Pindah Fail (FTP)

Protokol Pindah Fail ialah perkhidmatan yang digunakan untuk memindahkan


fail antara komputer melalui rangkaian.

Kumpulan Berita

Kumpulan Berita ialah perkhidmatan penyampaian berita kepada sekumpulan


ahli yang berdaftar.

Permesejan Segera

Permesejan Segera ialah perkhidmatan pertukaran mesej dalam masa nyata


antara dua atau lebih pengguna secara dalam talian.

Telefoni Internet

Telefoni Internet ialah perkhidmatan yang digunakan untuk melakukan


panggilan telefon atau memfakskan dokumen dengan menggunakan rangkaian
Internet.

3
JENIS LAMAN WEB

Gambarajah di atas menunjukkan antara jenis-jenis laman web yang terdapat


di dalam Internet.

Laman Web

Laman Web ialah dokumen elektronik dalam Jaringan Sejagat yang boleh
mengandungi teks, grafik, imej, bunyi, video dan pautan ke dokumen atau tapak
web lain.

Terdapat pelbagai jenis laman web dalam Internet seperti laman web organisasi,
peribadi, komersial, hiburan, berita dan sosial.

4
Laman Web Organisasi

Laman web organisasi menyediakan maklumat tentang sesuatu organisasi


termasuk struktur, aktiviti dan berita organisasi. Antara contoh laman web
organisasi ialah :

(a) www.moe.gov.my
(b) www.pengakapmalaysia.org

Laman Web Peribadi

Laman web peribadi merupakan laman web yang tiada kaitan dengan mana-
mana organisasi. Antara contoh laman web peribadi ialah :

(a) www.snusmanawang.com
(b) www.zulkifliyusoff.com

Laman Web Komersial

Laman web komersial memaparkan perkhidmatan yang ditawarkan atau produk


yang dijual oleh syarikat. Antara contoh laman web komersial ialah :

(a) www.pos.com.my
(b) www.tnb.com.my

Laman Web Hiburan

Laman web hiburan menyediakan maklumat mengenai hiburan seperti muzik,


video, sukan dan permainan. Antara contoh laman web hiburan ialah :

(a) www.langkawiregetta.com
(b) www.mousebreaker.com

5
Laman Web Berita

Laman web berita memaparkan berita semasa seperti peristiwa, sukan, cuaca
dan kewangan. Antara contoh laman web berita ialah :

(a) www.bernama.com
(b) www.nst.com.my

Laman Web Sosial

Laman web sosial memaparkan maklumat serta menggalakkan interaksi antara


sesama pengunjung laman tersebut. Antara contoh laman web sosial ialah :

(a) www.twitter.com
(b) www.facebook.com

6
Gambarajah di bawah menunjukkan contoh-contoh laman web yang terdapat di
Internet.

1. Laman web organisasi


Laman web organisasi menyediakan maklumat tentang suatu organisasi termasuk
struktur , aktiviti dan berita organisasi .Antara contoh laman web organisasi ialah :
(a) www.moe.gov.my

2. Laman web peribadi


Laman web peribadi merupakan laman web yang tiada kaitan dengan mana – mana
organisasi . Antara contoh laman web peribadi ialah :
(a) www.snusmanawang.com

7
3. Laman web komersial
Laman web komersial memaparkan perkhidmatan yang ditawarkan atau produk yang
dijual oleh syarikat . Antara contoh laman web komersial ialah :
(a) www.tnb.com.my

4. Laman web hiburan


Laman web hiburan menyediakan maklumat mengenai hiburan seperti muzik , sukan
dan permainan . Antara contoh laman web hiburan ialah :
(a) www.mousebreaker.com

8
5. Laman web berita
Laman web berita memaparkan berita semasa seperti peristiwa , sukan , cuaca dan
kewangan .Antara contoh laman web berita ialah :
(a) www.nst.com.my

6. Laman web sosial


Laman web sosial memaparkan maklumat serta menggalakkan interaksi antara
sesama pengunjung laman tersebut . Antara contoh laman web sosial ialah :
(a) www.facebook.com

9
7. Laman Web Komersial

Laman web yang menjual atau menawarkan sesuatu barangan samaada dalam
bentuk produk atau perkhidmatan.

8. Laman Web Peribadi

Laman web yang mengandungi maklumat atau pengalaman peribadi seseorang.

10
9. Laman Web Organisasi

Laman web mengandungi maklumat tentang sesebuah organisasi , persatuan atau


kelab.

10. Laman Web Berita

Laman web yang memberikan maklumat dan berita.

11
11. Laman Web Hiburan

Laman web yang berorientasikan hiburan seperti permainan video, filem, lagu,
artis dan sebagainya.

12. Blog

Laman web yang pada kebiasaannya dijadikan sebuah catatan peribadi / diari dan
kerap dikemaskini.

12
SENARAI LAMAN WEB
DAN JUSTIFIKASI
JENIS
NAMA DAN ALAMAT
LAMAN JUSTIFIKASI
LAMAN WEB
WEB

Komersial 1. Syarikat Penerbangan 1. Menyediakan maklumat tentang


Air Asia struktur dan carta organisasi syarikat
www,airasia,com ini.
2. Menyediakan maklumat terperinci
perhubung perkhidmatan jualan tiket
kapal terbang di atas talian dan juga
pemberitahuan tentang sebarang
promosi yang disediakan,
3. Menyediakan maklumat terperinci
mengenai semua servis penerbangan
yang ditawarkan.

2. Telekom Malaysia 1. Menyediakan maklumat tentang


www.tm.com.my struktur dan carta organisasi syarikat
ini.
2. Menyediakan perkhidmatan
pembayaran bil telefon, internet dan
sistem telekomunikasi secara atas
talian dan juga pemberitahuan tentang
sebarang promosi yang disediakan,

3. Domino’s Pizza 1. Menyediakan perkhidmatan jualan


pizza secara atas talian.
2. Menyediakan maklumat terperinci
berkenaan pizza dan menu makanan
tambahan yang lain seperti nama dan
jenis pizza beserta harga.

13
JENIS
NAMA DAN ALAMAT
LAMAN JUSTIFIKASI
LAMAN WEB
WEB

Organisasi 1. Kementerian Kesihatan 1. Menyediakan maklumat tentang


Malaysia struktur dan carta organisasi
www.moh.gov.my kementerian ini.
2. Menyediakan maklumat tentang isu
semasa berkaitan kesihatan di
Malaysia.

2. Parlimen Malaysia 1. Menyediakan maklumat tentang


www.parlimen.gov.my struktur dan carta organisasi parlimen
di Malaysia berserta fungsi dan visi
serta misinya.
2. Menyediakan maklumat mengenai
Seri Paduka Baginda Yang Di
PertuanAgong, Dewan Negara dan
Dewan Rakyat.

3. Lembaga Zakat Negeri 1. Menyediakan maklumat tentang


Kedah Darulaman struktur dan carta organisasi lembaga
www.zakatkedah.com.my ini.
2. Menyediakan perkhidmatan
pengiraan dan pembayaran zakat
secara atas talian.
3. Menyediakan maklumat mengenai
kutipan dan agihan yang
dilaksanakan.

Peribadi 1. Hanis Zalikha 1. Menyediakan maklumat peribadi


inibelogsaya.blogspot.com seperti biodata diri Hanis Zalikha.
2. Blog peribadi yang menceritakan
aktiviti-aktiviti yang dilakukan setiap
hari.
3. Perkongsian tips resepi masakan
dan juga tips kecantikan.

2. Datuk Seri Najib Tun 1. Menyediakan maklumat peribadi


Razak seperti biodata diri Datuk Seri Najib
NajibRazak.com Tun Razak
2. Memaparkan gambar, video dan
aktiviti sepanjang penglibatan beliau
semasa bergelar Perdana Menteri
Malaysia yang ke-6
JENIS
NAMA DAN ALAMAT
LAMAN JUSTIFIKASI
LAMAN WEB
WEB

Hiburan 1. M.Star 1. Sebuah portal hiburan yang


www.mstar.com.my menyediakan maklumat terkini
merangkumi hiburan, gaya hidup,
berita, sukan dan global yang
interaktif dan kreatif.

2. BrainPOP 1. Sebuah portal di mana kanak-kanak


www.brainpop.com dapat mengenali subjek-subjek
berdasarkan kokurikulum seperti
sains, kejuruteraan dan seni melalui
teka-teki pengekodan, halangan
kreatif, lakon peranan dan banyak
lagi.

1. Sebuah laman web yang


3. NASA Space Place menyasarkan kanak-kanak sekolah,
spaceplace.nasa.gov Nasa Space Place menampilkan
permainan kreatif dengan visual yang
merangsang termasuk kembara
pencarian, teka silang kata, ‘spuzzles’
untuk menyemarakkan minat mereka
kepada angkasa lepas dan Bumi.

Berita 1. Berita Harian Memberikan maklumat tentang berita


www.bharian.com.my dan isu semasa dalam dan luar negara
Malaysia merangkumi isu politik,
2. Astro Awani sosial, cuaca, ekonomi, sukan dan
www.astroawani.com lain-lain.

3. Sinar Harian
www.sinarharian.com.my

15
JENIS
NAMA DAN ALAMAT
LAMAN JUSTIFIKASI
LAMAN WEB
WEB

1. Menyediakan ruang untuk


1. Facebook
pengguna berkongsi cerita dan video
www.facebook.com
tentang kehidupan kepada masyarakat
luar dan juga sahabat serta keluarga
2. Twitter
Sosial mereka.
www.twitter.com
2. Membolehkan pengguna
berinteraksi sesama mereka secara
3. Instagram
atas talian.
www.instagram.com

16
KEBAIKAN DAN
KEBURUKAN INTERNET
Internet mempunyai pelbagai kebaikan. Dalam Internet, terdapat banyak
maklumat yang mudah dicapai dan dalam pelbagai bentuk. Maklumat juga mudah
disebarkan dan maklumat terkini mudah diperoleh. Perkhidmatan dalam Internet
seperti e-dagang dan e-kerajaan memudahkan urusan, menjimatkan masa dan
menjimatkan kos.

Namun begitu, Internet ada keburukannya. Dalam internet juga terdapat lambakan
maklumat, maklumat yang tidak tepat dan tidak sahih. Selain itu, terdapat
penyebaran fitnah, hasutan dan bahan lucah. Urusan dalam Internet juga terdedah
kepada gangguan maklumat dan serangan perisian hasad seperti virus, cecacing
dan perisian iklan.

17

PENUTUP
Kesimpulannya, penggunaan Internet mendatangkan pelbagai manfaat berguna
kepada masyarakat. Oleh itu, masyarakat di negara kita perlu memanfaatkan
penggunaan Internet kerana melalui penggunaan Internet segala maklumat berada
di hujung jari kita. Apa yang pasti, Internet mampu memberikan seribu satu
macam kemudahan kepada pengguna jika digunakan sebaiknya. Dalam era serba
moden ini, penggunaan Internet seakan tidak dapat dipisahkan lagi dengan
kemajuan negara sekarang. Jadi, pihak kerajaan perlu mendidik masyarakat
menggunakan Internet bagi melahirkan generasi celik IT sekaligus setanding
dengan masyarakat negara maju lain seperti Jepun. Selain itu, ibu bapa juga tidak
ketinggalan perlu mendidik anak-anak mempelajari Internet di rumah kerana
melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Tidak dapat dinafikan bahawa
kemudahan internet di rumah memberi pelbagai faedah kepada kita semua namun
perlulah digunakan secara bijak dan berhemah.

18

PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan
dari-Nya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Teknologi
Maklumat Dan Komunikasi Tahun 5 yang bertajuk “Internet” dengan jayanya.
Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada
saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa
hadapan.

Saya, Muhammad Sufiyan Faiq bin Shuhaiminizam ingin mengucapkan


berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru
matapelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi saya iaitu Puan Nani
Mastina binti Mohd. Nasir kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan,
dorongan, dan tunjuk ajar cara-cara membuat kerja kursus mengikut kriteria yang
ditetapkan. Beliau turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran
agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang

.Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa
saya iaitu ayahanda Encik Shuhaiminizam bin Ahmad dan bonda saya Puan
Fauzana Nadiah Binti Hussain yang turut membantu untuk menyiapkan laporan
kerja kursus ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan
laporan kerja kursus seperti ini. Ini kerana dalam proses menyiapkan kerja kursus
ini ia memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini.
Hanya Allah sahaja dapat membalas budi kalian.

19

LAMPIRAN
20
21
RUJUKAN
Buku Teks

1. Buku Teks KSSR Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Teknologi Maklumat Dan


Komunikasi terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Laman Web

1. Blog Cikgu Nurfarhanah binti Halim -


https://prezi.com/p/wwcl8wgswklf/jenis-jenis-laman-web/

2. Blog Cikgu Izzati


https://cikguizzatitmk5inovatif.wordpress.com/2016/07/27/jenis-jenis-laman-web/

22

You might also like