You are on page 1of 5

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW

PSKKPS ZON TUNGKU


TAHUN 2017

BORANG PENDAFTARAN PASUKAN

NAMA REGU :

NAMA PENGURUS PASUKAN : -------------------------------------------------

NO. TELEFON : --------------------------------------------------

YURAN : RM 10.00 (SATU REGU)

BIL NAMA NO. KAD NO. FAIL JABATAN


PENGENALAN

1.

2.

3.

4.

PENGURUS / JURULATIH (JIKA ADA)

1.

2.

UNTUK SEBARANG MAKLUMAT BOLEH HUBUNGI:

EN. ASKAWADAR @ ASKANDAR HINDUSTAN


(011 3160 2171)
URUSETIA
KEJOHANAN SEPAK TAKRAW
PSKPPS ZON TUNGKU
TAHUN 2017

SILA HANTAR BORANG PENYERTAAN PADA/SEBELUM 28 SEPTEMBER 2017


UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERBUKA PUTRAJAYA 2008

1.0 UNDANG-UNDANG

Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang Persatuan Sepak


Takraw Malaysia (PSM) dan juga Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF)
yang sedang berkuatkuasa masa kini.

2.0 PERATURAN KEJOHANAN

2.1 Pengenalan

2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai KEJOHANAN SEPAK TAKRAW


TERBUKA PUTRAJAYA 2008 dianjurkan oleh Perbadanan
Putrajaya.

2.1.2 Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil bertauliah dari


Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang diketuai oleh seorang
Ketua Pengadil.

2.2 Tarikh, Tempat dan Taklimat/Undian

2.2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 5 dan 6hb Julai 2008 (sabtu dan
ahad) bertempat di Kompleks Sukan Taman Pancarona, Presint 18
Putrajaya.

2.2.2 Kejohanan akan dijalankan di gelanggang terbuka (OPEN COURT).

2.2.3 Taklimat pengurus dan undian akan dijalankan pada 4hb Julai 2008
(jumaat) di Bilik Mesyuarat Dewan Serbaguna Presint 8, Putrajaya,
pada pukul 8.30 malam.

2.2.4 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak sekiranya


tiada wakil.

2.3 Format Kejohanan

2.3.1 Sistem Kejohanan ini adalah KALAH SINGKIR (Kalah Mati)


2.4 Hadiah-hadiah

2.4.1 Hadiah-hadiah akan diberi kepada pasukan yang berjaya


menyandang gelaran Johan, Naib Johan, Tempat ketiga dan Tempat
ke empat.

2.4.2 Hadiah wang tunai yang disediakan adalah seperti berikut:

i) Johan - RM1,500.00 + Medal


ii) Naib Johan - RM1,000.00 + Medal
iii) Ketiga - RM 800.00 + Medal
iv) Keempat - RM 500.00 + Medal

2.5 Syarat-syarat Penyertaan

2.5.1 Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua warganegara Malaysia


sahaja.

2.5.2 Setiap regu hendaklah terdiri daripada seorang pengurus dan 3 orang
pemain serta 1 pemain simpanan (jika ada).

2.5.3 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu regu sahaja.

2.5.4 Setiap regu dikenakan yuran penyertaan RM10.00.

2.5.5 Hanya pasukan-pasukan yang MENDAFTAR DAN MEMBAYAR


YURAN PENYERTAAN SEBELUM ATAU PADA TARIKH
TUTUP PENYERTAAN PADA 1hb Julai 2008 (ISNIN) AKAN
DITERIMA DAN LAYAK BERTANDING.

2.5.6 HANYA SEORANG SAHAJA PEMAIN YANG PERNAH


MEWAKILI NEGARA / NEGERI /ATM / PDRM / MAKSAK
BAGI TAHUN 2000 HINGGA KINI YANG LAYAK
DIDAFTARKAN PENYERTAANNYA BAGI SETIAP REGU.
PEMAIN KATEGORI JUNIOR (REMAJA) DAN JUGA
VETERAN (40 TAHUN DAN KE ATAS) ADALAH
TERKECUALI DARIPADA SYARAT INI.

6.5.7 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana regu gagal mematuhi


peraturan yang ditetapkan, PIHAK PENGANJUR BERHAK
MEMBATALKAN PENYERTAAN REGU BERKENAAN
DARI MENYERTAI KEJOHANAN INI.

1.5.8 Keputusan pihak penganjur kejohanan adalah muktamad.

3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat perlawanan akan
ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan.

3.2 Semua regu dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat
pertandingan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.
3.3 Tarikh, masa dan tempat pertandingan yang telah ditetapkan/dijadualkan
sama sekali tidak boleh diminta tangguh atau diubahsuai oleh pasukan atau
regu yang mengambil bahagian.

3.4 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu
perlawanan dengan memaklumkan kepada regu yang terlibat atau diputuskan
dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.

3.5 Mana-mana regu yang menarik diri pada pusingan awal akan dianggap tidak
mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

3.6 Pasukan yang gagal berada ditempat permainan selepas 5 minit daripada
masa yang telah ditetapkan, akan dikira terbatal (walkover), dan pasukan
tersebut akan terkeluar daripada pertandingan.

3.7 Borang susunan pemain hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengadil 15


minit sebelum pertandingan dan apabila telah disahkan, TIDAK BOLEH
DIUBAH dalam keadaan apa sekali pun.

3.8 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja


dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.

3.9 Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan menyertakan
wang cagaran bantahan sebanyak RM 400.00 tidak lewat dari 30 minit
selepas permainan yang dibantah itu tamat.

3.10 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan di bawah Jawatankuasa


Kecil Teknikal dan Pengadilan. Keputusan jawatankuasa ini adalah
muktamad.

3.11 Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa ,
maka wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat
oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut.

3.12 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau
bantahan ditolak oleh Jawatankuasa Rayuan.

3.13 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh
penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang akan
bertanding.

3.14 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.

4.0 PERATURAN AM

4.1 Sekiranya timbul apa-apa persoalan yang tidak diliputi oleh undang-undang,
syarat penyertaan dan pertandingan atau mana-mana peraturan, ianya akan
diputuskan berasaskan prinsip-prinsip am dan amalan biasa yang diterima
umum.

4.2 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Penganjur
Kejohanan Sepak Takraw Putrajaya 2008 adalah muktamad.

4.3 Penganjur kejohanan berhak mengubah mana-mana peraturan am, syarat


penyertaan dan syarat pertandingan serta jadual permainan di saat-saat akhir
atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan tanpa perlu memberitahu
pasukan-pasukan yang bertanding.
5.0 Borang Penyertaan dan Pembayaran

5.1 Borang penyertaan dan juga proses pembayaran boleh didapati dan dibuat di
Dewan Serbaguna Presint 8, Kompleks Kejiranan Presint 9 dan 16 ATAU di
Unit Sukan dan Rekreasi Perbadanan Putrajaya.

5.2 Borang penyertaan juga boleh didapati dengan melayari Website Perbadanan
dengan muat turun borang penyertaan. Sebarang pertanyaan bolehlah terus
menghubungi pihak urusetia pertandingan.

URUSETIA
KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERBUKA PUTRAJAYA 2008
Unit Sukan dan Rekreasi
Jabatan Perkhidmatan Bandar
Perbadanan Putrajaya
62675 PUTRAJAYA
Tel : 03-8887- 7092 / 8887-7547 / 8887-7554 / 8887-7439
Faks : 03-8887 5022
012-2045424 (EN. SUJAIRI), 012-6905327 (EN. YUSOF)
Sujairi@ppj.gov.my

Website: www.ppj.gov.my

You might also like