You are on page 1of 4

FASAL 16 – PAMPASAN

Pihak kedua akan membuat ganti rugi dan memastikan pihak pertama tidak dikenakan ganti
rugi terhadap apa sahaja keterangan yang timbul daripada operasi di pangkalan pendaratan di
tanah tersebut.
FASAL 17 – KOS

Semua kos yang mempunyai perkaitan dengan tanggungjawab majlis dan pelaksanaan
perjanjian ini adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada kos operasi, bayaran setem, semua
yuran dan cukai yang dikenakan oleh kerajaan, sebarang kos berkaitan undang-undang dan
kos peguamcara yang sepatutnya ditanggung oleh pihak kedua.

FASAL 18 – PERUNDANGAN BERKAITAN

Perjanjian ini akan diatur dan ditafsirkan bersesuaian dengan Undang-undang Malaysia.

FASAL 19 – TIADA PERSAINGAN

Pihak kedua mahupun pengarah atau pemegang saham bagi pihak kedua hendaklah terlibat
dalam operasi pangkalan pendaratan atau usaha lain yang menyamai operasi seperti yang
dijelaskan di sini tanpa kebenaran bertulis daripada pihak pertama.

FASAL 20 – KERAHSIAAN

20.1 Pihak kedua hendaklah menyertakan syarat kerahsiaan dengan mana-mana pihak yang
melibatkan pembelian bekalan, bahan, peralatan, perkhidmatan dan tenaga kerja berkaitan
dengan operasi di tanah tersebut.
20.2 Segala permintaan terhadap pihak pertama bagi mendapatkan persetujuan untuk
mendedahkan maklumat sulit mestilah secara bertulis.

FASAL 21 – TEMPOH MASA / PEMBATALAN / PEMBAHARUAN

Perjanjian ini sah dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam perjanjian ini dan tanpa merujuk
kepada mana-mana fasal, perjanjian ini boleh dibatalkan oleh salah satu pihak atau dengan
persetujuan kedua-dua pihak secara bertulis sekiranya ingkar dan melanggar mana-mana fasal
dalam perjanjian.

FASAL 22 – KESAN PEMBATALAN

Tanpa merujuk sebarang fasal yang dinyatakan dalam perjanjian ini, fasal berikut juga tertakluk
sekiranya perjanjian ini dibatalkan.
(a) Mana-mana pihak hendaklah segera menyerahkan semua surat-menyurat, dokumen, kertas
spesifikasi dan harta benda lain yang dimiliki di bawah kawalan pihak tersebut.
(b) Kedua-dua pihak hendaklah memastikan segala penyata akaun, bayaran tertunggak, yuran
dan royalti, pengeluaran dan pembayaran semula yang perlu diselesaikan sebelum tarikh
tamat perjanjian.
(c) Semua kos ditanggung dan wajib dibayar oleh pihak kedua mengikut fasal yang ditetapkan
oleh pihak kedua sebelum sebarang pembatalan berlaku.
(d) Pihak pertama tidak bertanggungjawab membayar ganti rugi kepada pihak kedua atas
sebarang kerosakan, kos, yuran, perbelanjaan atau pampasan dalam apa sahaja bentuk
dan sebarang nama yang berkaitan dengan operasi yang ditanggung oleh pihak kedua
sebagai pemilik asal mengikut tarikh tamat.
(e) Pihak kedua hendaklah menyerahkan sepenuhnya hak milik tanah tersebut dan kawasan
pangkalan pendaratan kepada pihak pertama secara aman dalam tempoh 30 hari daripada
tarikh tamat.
(f) Sekiranya penamatan disebabkan kecuaian pihak kedua, pihak pertama berhak menuntut
kerugian deposit sebanyak RM 150,000-00 (Ringgit Malaysia Seratus Lima Puluh Ribu)
sahaja.

FASAL 23 – PERKONGSIAN

Tiada sebarang perkara dalam perjanjian ini boleh ditafsirkan atau dianggap mewujudkan
perkongsian atau hubungan majikan dengan pekerja antara kedua-dua pihak.

FASAL 24 – PERKHIDMATAN NOTIS DAN PROSES UNDANG-UNDANG

Sebarang notis atau proses undang-undang perlu diserahkan oleh satu pihak kepada pihak
yang lain secara adil sekiranya perkhidmatan dilakukan melalui pos prabayar yang berdaftar ke
alamat berdaftar dan/atau ke tempat perniagaan pihak lain. Setiap notis atau proses undang-
undang dianggap telah diterima dan diserahkan selepas 8 (lapan) hari daripada tarikh
perkhidmatan atau penghantaran.

FASAL 25 – KESELURUHAN PERJANJIAN

25.1 Perjanjian ini merangkumi keseluruhan pemahaman setiap pihak dan tidak ada janji,
terma, syarat atau kewajipan, lisan atau bertulis, tersurat atau tersirat selain daipada yang
terkandung dalam perjanjian hendaklah mendapat kelulusan Lembaga Pengarah bagi kedua-
dua belah pihak dan kelulusan negeri serta pihak berkuasa yang berkaitan.
25.2 Perjanjian ini menyatakan keseluruhan perjanjian antara pihak tidak boleh dipinda dan
diubahsuai melainkan mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak secara bertulis serta
mendapat persetujuan Lembaga Pengarah bagi kedua-dua pihak dan kelulusan negeri dan
pihak berkuasa yang berkaitan.
25.3 Operasi, pelaksanaan operasi dan status tanah hendaklah sentiasa tertakluk kepada
syarat dan kelulusan yang telah dan akan ditentukan oleh negeri serta pihak berkuasa.
25.4 Pihak kedua akan menanggung risiko sepenuhnya dengan mengesahkan akan mematuhi
dan menerima syarat-syarat perjanjian ini.

FASAL 26 – PENYELESAIAN DAN DOKUMEN AHLI LEMBAGA PENGARAH

Kedua-dua pihak, setiap daripadanya adalah syarikat swasta sendirian berhad yang perlu
memberi keutamaan bahawa dalam perjanjian ini sama ada memberi atau menyebabkan akan
menyebabkan secara autoatik diberikan kepada pihak lain secara sah berdasarkan dokumen
yang berikut:

(a) Borang 24, 44 & 49 dan Memorandum dan Artikel Pertubuhan.


(b) Resolusi Ahli Lembaga Pengarah menyelesaikan, antara lain perkara berikut:-

i) bahawa syarikat membuat perjanjian ini dengan syarat seperti yang dinyatakan
dalam perjanjian ini; dan
ii) bahawa para pengarah diberi kuasa untuk melaksanakan perjanjian ini dan semua
dokumen yang berkaitan dengan perjanjian ini.
FASAL 27 - FORCE MAJEURE

27.1 Sekiranya salah satu pihak dipengaruhi oleh Force Majeure, ia perlu segera memaklumkan
pihak lain tentang sifat dan tahapnya.

Pihak tersebut hendaklah segera memaklumkan pihak lain yang sama dan mengarahkan atau
menyerahkan surat-menyurat daripada mana-mana badan kerajaan kepada perkhidmatan
berdaftar dan/atau tempat perniagaan pihak lain.

FASAL 28 – PINDAAN KEPADA PERJANJIAN

Sepanjang menjadi Dye Saty, fasal perjanjian ini hanya akan dipinda dan diubah daripada
perjanjian tambahan yang disahkan dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak.

FASAL 29 – LAMPIRAN

Dengan ini dipersetujui antara kedua-dua pihak iaitu lampiran yang disertakan akan ditafsir,
dibaca dan diinterpretasi untuk melengkapkan bahagian yang tidak diyatakan dalam perjanjian
ini.

You might also like