Professional Documents
Culture Documents
Kerja Kursus Ulum Fiqh
Kerja Kursus Ulum Fiqh
Kerja Kursus Ulum Fiqh
0 PENGENALAN
Prosedur yang pertama ialah perkahwinan luar negeri di kedutaan-kedutaan. Bagi orang
Islam dari Malaysia yang tinggal sementara di luar negeri sama ada melanjutkan
pelajaran , bekerja atau sebagainya boleh dinikah dan didaftarkan di bawah Akta
Enakmen dan Undang-undang Keluarga Islam oleh pegawai NCR yang dilantik di
kedutaan tersebut. Namun demikian, pasangan perlu mematuhi syarat tertentu iaitu
salah seorang atau kedua-dua pihak merupakan pemastautin di negerinya dan
mempunyai keupayaan untuk berkahwin mengikut hukum syarak dan undang-undang.
Prosedur yang kedua ialah bagi perkahwinan luar negeri selain kedutaan. Seksyan 108
Akta Undang-undang Keluarga Islam 1984 memperuntukkan pernikahan yang dijalankan
di negeri yang bukan kedutaan adalah diiktraf dan sah sekiranya kedua-dua belah pihak
mempunyai keupayaan berkahwin di tempat mereka bermastautin mengikut akta
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di negeri masing-masing. Namun, dalam
tempoh enam bulan pertama berkahwin, mereka perlu mendaftarkan perkahwinan
mereka di hadapan mana-mana pegawai NCR sama ada di kedutaan Malaysia atau di
negeri mereka sendiri di Malaysia.
Prosedur yang seterusnya ialah bagi perkahwinan luar negeri dengan kebenaran. Orang
Islam di Malaysia boleh melangsungkan perkahwinan di luar Malaysia dengan mendapat
kebenaran terlebih dahulu daripada pegawai NCR di tempat masing-masing. Pemohon
perlu memberi alasan-alasan yang munasabah untuk berkahwin di luar Malaysia supaya
pegawai NCR meluluskannya. Setelah berkahwin dan kembali ke Malaysia, pasangan
perlu mendaftarkan perkahwinan kepada pegawai NCR masing-masing dengan
mengemukakan semua dokumen yang berkaitan seperti sijil nikah, passport dan lain-
lain. Apabila pegawai NCR berpuas hati, maka perkahwinan akan didaftarkan.
Prosedur yang keempat ialah bagi perkahwinan luar negeri tanpa kebenaran. Sekiranya
pasangan bermastautin dan berkahwin di luar negeri tanpa kebenaran, mereka perlu
mendaftar perkahwinan mereka kepada pegawai NCR dengan memberi keterangan
sama ada lisan atau bertulis dalam tempoh enam bulan dari tarikh perkahwinan. Namun
begitu, menjadi satu kesalahan bagi mereka yang bermastautin di Malaysia untuk
berkahwin di luar negara tanpa kebenaran. Sekiranya perkahwinan itu bukan poligami,
pihak yang terlibat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1000 atau penjara enam
bulan atau kedua-duanya sekali. Setelah selesai menjalani hukuman, barulah
perkahwinan akan didaftarkan di bawah undang-undang yang diperuntukkan.
Banyak impak yang baik yang akan diperolehi sekiranya pasangan mematuhi
undang-undang yang telah ditetapkan. Impak ini boleh dilihat dalam konteks terhadap
pasangan , keluarga dan masyarakat.
1) Kadar denda sekarang yang tidak melebihi RM1000 perlu ditambah kepada RM3000
atau enam bulan penjara kepada dua tahun penjara dan pelaksanaannya mestilah sama
di semua negeri agar tidak berlaku katidakadilan. Ini kerana, kadar denda yang
dikenakan sekarang telah diambil mudah oleh segelintir pasangan menyebabkan kadar
pasangan kahwin lari semakin bertambah.
2) Kerjasama dua hala antara antara Pihak Berkuasa Agama Islam terutamanya bagi negeri
yang bersempadan dengan Thailand dengan Majlis Agama Islam Selatan Thailand
haruslah diperkukuh. Pertemuan dan taklimat dengan jurunikah di sana patut diadakan
bagi memastikan mereka melakukan tanggungjawab mereka dengan telus. Mereka juga
perlu menyiasat secara terperinci latar belakang pasangan Malaysia yang ingin
berkahwin supaya tidak timbul masalah yang menyalahi hukum syarak.
3) Sistem “data on-line” antara Majlis Agama Islam Selatan Thailand dengan Jabatan
Pendaftaran Negara Malaysia patutlah diusahakan supaya status seseorang itu diteliti
dengan lebih cepat dan efisien sebelum satu-satu perkahwinan di’aqadkan.
4) Budaya hari ini iaitu ibu bapa meletakkan hantaran yang tinggi perlu diberhentikan.
Memadailah hantaran diberi mengikut status ekonomi bakal menantu lelaki mereka.
Budaya ini sekiranya diteruskan akan membebankan pihak lelaki dan menyebabkan
mereka mengambil jalan mudah iaitu kahwin lari.
5) Masyarakat juga perlu didedahkan sekiranya berlaku masalah wali ‘adal atau tiada
kebenaran untuk berpoligami, ia dapat diselesaikan secara baik iaitu mengikut Akta dan
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam. Pasangan yang bermasalah boleh memohon
penggunaan wali raja/wali hakim sekiranya masalah tersebut berlaku.
Pada pandangan saya, isu kahwin lari adalah satu masalah yang besar dan berkait
dengan nama baik negara Malaysia. Hal ini kerana , fenomena pasangan dari Malaysia
yang berkahwin lari menunjukkan seolah-olah Akta dan Enakmen Undang-undang
Keluarga Islam di Malaysa terlalu ketat dan menyusahkan umat Islam di negara ini,
sedangkan kesahan perkahwinan ditentukan oleh hukum syarak. Maka, dalam perkara
ini imej Malaysia dipandang rendah oleh orang luar sedangkan undang-undang yang
telah dikuatkuasakan di Malaysia adalah mengikut kesesuaian umat Islam di negara ini.
Dan sekiranya pasangan kahwin lari disebabkan oleh pasangan perempuan hamil anak
luar nikah, ini dibimbangi anak yang yang dilahirkan di binkan kepada pasangan lelaki
tersebut sedangkan anak luar nikah tidak boleh dinasabkan kepada bapanya. Jadi,
semua pihak khususnya ibu bapa dan Majlis Agama Islam Negeri perlu bekerjasama
supaya masalah kahwin lari dapat dibendung dan masalah dari segi hukum syarak tidak
timbul.
7.0 PENUTUP
Ahmad Hidayat Buang, a. (2005). Mahkamah Syariah di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.
Md. Akhir Hj. Yaacob, a., & DR. Siti Zalikhah Md. Noor, s. (1989). Beberapa Aspek Mengenai
Enakmen Keluarga Islam di Malaysia. Al-Rahmaniah.
Najibah Mohd Zin, n. (2007). Undang-undang Keluarga Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.