You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN

Institusi kekeluargaan bermula daripada terbentuknya sebuah perkahwinan.


Menurut Islam, perkahwinan merupakan suatu ibadah yang merangkumi hubungan
antara makhluk dan Allah s.w.t kerana pihak isteri dan anak-anak merupakan amanah
kepada suami untuk menjaga, mendidik dan menafkahi mereka. Islam juga menganggap
perkahwinan sebagai ibadah yang merangkumi hubungan manusia sesama manusia ,
sebagai suatu sistem sosial yang teratur dan mempastikan pengagihan tanggungjawab.
Perkahwinan di dalam Islam boleh diadakan tanpa upacara yang khas atau pegawai
yang tertentu. Malahan , untuk berkahwin, Islam tidak pernah mensyaratkan sesuatu
perkahwinan direkodkan dan didaftarkan sama ada secara rasmi atau tidak, bahkan
tidak disyaratkan untuk untuk ditulis. Sesuatu perkahwinan telah dianggap sah dan
mengikat sekiranya memenuhi rukun dan syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.
Selain itu, Islam juga tidak pernah menetapkan tempat untuk mana-mana pasangan
berkahwin dan mereka bebas untuk berkahwin di mana-mana sahaja. Atas kemudahan
ini telah menyebabkan isu perkahwinan lari.
2.0 ISU DAN ASPEK CABARAN SEMASA
Saya telah memilih isu tentang kahwin lari iaitu dalam bidang munakahat sebagai
tajuk utama untuk kerja kursus bagi subjek ini. Hal ini kerana, semakin hari, bilangan
pasangan yang berkahwin di luar negara semakin bertambah ramai. Lebih spesifiknya,
istilahnya ialah kahwin lari. Istilah kahwin lari ini digunakan oleh masyarakat di negeri-
negeri Utara Malaysia, tetapi di setengah-setengah negeri dikenali sebagai “ Kahwin
tanpa kebenaran di Siam/Thailand” . Mereka berkahwin dengan cara ini biasanya
mempunyai masalah tertentu seperti masalah persetujuan wali, masalah poligami,
masalah mengandung anak luar nikah dan lain-lain.

3.0 PELAKSANAAN SYARIAT DI MALAYSIA


Bagi menangani gejala ini yang semakin berleluasa, pihak Enakmen dan Akta
Undang-undang Keluarga Islam telah menetapkan undang-undang supaya dapat
mengurangkan kes perkahwinan lari. Beberapa undang-undang baru dalam bidang
munakahat telah diperkenalkan dan dikenali sebagai prosedur perkahwinan di luar
negeri.

 Prosedur yang pertama ialah perkahwinan luar negeri di kedutaan-kedutaan. Bagi orang
Islam dari Malaysia yang tinggal sementara di luar negeri sama ada melanjutkan
pelajaran , bekerja atau sebagainya boleh dinikah dan didaftarkan di bawah Akta
Enakmen dan Undang-undang Keluarga Islam oleh pegawai NCR yang dilantik di
kedutaan tersebut. Namun demikian, pasangan perlu mematuhi syarat tertentu iaitu
salah seorang atau kedua-dua pihak merupakan pemastautin di negerinya dan
mempunyai keupayaan untuk berkahwin mengikut hukum syarak dan undang-undang.

 Prosedur yang kedua ialah bagi perkahwinan luar negeri selain kedutaan. Seksyan 108
Akta Undang-undang Keluarga Islam 1984 memperuntukkan pernikahan yang dijalankan
di negeri yang bukan kedutaan adalah diiktraf dan sah sekiranya kedua-dua belah pihak
mempunyai keupayaan berkahwin di tempat mereka bermastautin mengikut akta
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di negeri masing-masing. Namun, dalam
tempoh enam bulan pertama berkahwin, mereka perlu mendaftarkan perkahwinan
mereka di hadapan mana-mana pegawai NCR sama ada di kedutaan Malaysia atau di
negeri mereka sendiri di Malaysia.
 Prosedur yang seterusnya ialah bagi perkahwinan luar negeri dengan kebenaran. Orang
Islam di Malaysia boleh melangsungkan perkahwinan di luar Malaysia dengan mendapat
kebenaran terlebih dahulu daripada pegawai NCR di tempat masing-masing. Pemohon
perlu memberi alasan-alasan yang munasabah untuk berkahwin di luar Malaysia supaya
pegawai NCR meluluskannya. Setelah berkahwin dan kembali ke Malaysia, pasangan
perlu mendaftarkan perkahwinan kepada pegawai NCR masing-masing dengan
mengemukakan semua dokumen yang berkaitan seperti sijil nikah, passport dan lain-
lain. Apabila pegawai NCR berpuas hati, maka perkahwinan akan didaftarkan.

 Prosedur yang keempat ialah bagi perkahwinan luar negeri tanpa kebenaran. Sekiranya
pasangan bermastautin dan berkahwin di luar negeri tanpa kebenaran, mereka perlu
mendaftar perkahwinan mereka kepada pegawai NCR dengan memberi keterangan
sama ada lisan atau bertulis dalam tempoh enam bulan dari tarikh perkahwinan. Namun
begitu, menjadi satu kesalahan bagi mereka yang bermastautin di Malaysia untuk
berkahwin di luar negara tanpa kebenaran. Sekiranya perkahwinan itu bukan poligami,
pihak yang terlibat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1000 atau penjara enam
bulan atau kedua-duanya sekali. Setelah selesai menjalani hukuman, barulah
perkahwinan akan didaftarkan di bawah undang-undang yang diperuntukkan.

4.0 HALA TUJU DAN MATLAMAT PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG SYARIAT


BERKENAAN PERKAHWINAN LUAR NEGERI

Undang-undang yang telah ditetapkan oleh Enakmen bahagian Mahkamah


Syariah berkenaan kahwin lari bermatlamat untuk melahirkan sebuah masyarakat yang
lebih sejahtera terutamanya institusi sesebuah keluarga. Sebagai contoh, dengan
adanya denda yang dikenakan, pasangan dari Malaysia yang ingin berkahwin di luar
negeri seperti Thailand akan berbincang bersama keluarganya terlebih dahulu sebelum
meneruskan perkahwinan. Dengan kaedah perbincangan ini, sudah pasti ibu bapa
tersebut ingin melihat anak-anak mereka berkahwin di Malaysia supaya tidak berlaku
fitnah. Secara tidak langsung, tidak berlakulah pergaduhan di antara ibu bapa dan anak
berkenaan soal perkahwinan. Selain itu, dengan adanya undang-undang yang
memperketat kes kahwin lari, maka pasangan akan berkahwin di Malaysia dan mengikut
prosedur perkahwinan yang betul. Misalnya, bakal pengantin perlu mengikuti kursus
praperkahwinan yang bertujuan untuk mempersiapkan pasangan dengan ilmu sebelum
melangkah ke gerbang perkahwinan. Maka, dengan ilmu yang ada , pasangan Islam
masing-masing sudah tahu tanggungjawab yang perlu dipikul setelah berkahwin. Secara
tidak langsung, perkara ini akan mengurangkan kadar penceraian di Malaysia.

5.0 KESAN DAN IMPAK YANG DIPEROLEHI DARIPADA PELAKSANAAN UNDANG-


UNDANG

Banyak impak yang baik yang akan diperolehi sekiranya pasangan mematuhi
undang-undang yang telah ditetapkan. Impak ini boleh dilihat dalam konteks terhadap
pasangan , keluarga dan masyarakat.

Yang pertama, dalam konteks terhadap pasangan, sekiranya perkahwinan


dijalankan di Malaysia atau perkahwinan berdaftar, mereka dapat mengelak daripada
sebarang fitnah dan tindakan undang-undang Mahkamah Syariah Malaysia. Ini kerana,
sekiranya mereka tidak mendaftarkan perkahwinan mereka , pasangan boleh dituduh
di bawah kesalahan berkhalwat. Ini diperuntukkan di bawah Seksyen 27, Enakmen
Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan dan peruntukan yang serupa di negeri-negeri
lain. Ia disebabkan oleh mereka tidak mempunyai dokumen yang sah untuk
menyokong perkahwinan mereka. Pasangan akan dikenakan denda sebanyak
RM3000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

Yang kedua, dalam konteks keluarga, sekiranya pasangan mematuhi undang-


undang syariah yang telah ditetapkan sudah pasti hubungan pasangan dan keluarga
akan lebih erat. Ini kerana, kebiasaannya orang yang berkahwin lari tidak mendapat
keizinan untuk berkahwin daripada pihak wali. Contohnya, disebut dalam buku
Undang-undang Keluarga Islam, terdapat satu kes ayah dan anak iaitu Siti Noranita
Hashim melawan Hashim bin Taib. Siti Noranita merupakan pelajar dan berkahwin
dengan suaminya tanpa pengetahuan bapanya . ini menyebabkan ayahnya meminta
mahkamah untuk membatalkan perkahwinan tersebut. Semasa perbicaraan, berlaku
pertengkaran mulut antara bapa dan anak. Ini menunjukkan sekiranya Siti Noranita dan
suami mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dan tidak membelakangkan
keluarga, sudah tentu tiada perbalahan berlaku.

Yang ketiga, dalam konteks masyarakat , masyarakat yang memahami undang-


undang ini akan mengetahui bahawa kahwin lari banyak mendatangkan keburukan
berbanding kebaikan. Undang –undang yang telah digubal merupakan satu
kemaslahatan. Sebagai contoh, pendaftaran perkahwinan. Menurut Profesor Mahmood
Zuhdi bin Haji Abdul Majid, pendaftaran walaupun tidak pernah di naskan dalam mana-
mana hadis, namun cara ini sememangnya diperlukan untuk mengelakkan
penyelewengan. Walau bagaimanapun, bagi segelintir masyarakat yang tidak
memahami Akta dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam menganggap undang-
undang syariah mengongkong mereka daripada berkahwin. Jadi, ketahuilah kita
bahawa sekiranya undang-undang ini difahami oleh masyarakat, kadar pasangan
kahwin lari akan berkurang.

6.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENANGANI ISU KAHWIN LARI

1) Kadar denda sekarang yang tidak melebihi RM1000 perlu ditambah kepada RM3000
atau enam bulan penjara kepada dua tahun penjara dan pelaksanaannya mestilah sama
di semua negeri agar tidak berlaku katidakadilan. Ini kerana, kadar denda yang
dikenakan sekarang telah diambil mudah oleh segelintir pasangan menyebabkan kadar
pasangan kahwin lari semakin bertambah.

2) Kerjasama dua hala antara antara Pihak Berkuasa Agama Islam terutamanya bagi negeri
yang bersempadan dengan Thailand dengan Majlis Agama Islam Selatan Thailand
haruslah diperkukuh. Pertemuan dan taklimat dengan jurunikah di sana patut diadakan
bagi memastikan mereka melakukan tanggungjawab mereka dengan telus. Mereka juga
perlu menyiasat secara terperinci latar belakang pasangan Malaysia yang ingin
berkahwin supaya tidak timbul masalah yang menyalahi hukum syarak.

3) Sistem “data on-line” antara Majlis Agama Islam Selatan Thailand dengan Jabatan
Pendaftaran Negara Malaysia patutlah diusahakan supaya status seseorang itu diteliti
dengan lebih cepat dan efisien sebelum satu-satu perkahwinan di’aqadkan.

4) Budaya hari ini iaitu ibu bapa meletakkan hantaran yang tinggi perlu diberhentikan.
Memadailah hantaran diberi mengikut status ekonomi bakal menantu lelaki mereka.
Budaya ini sekiranya diteruskan akan membebankan pihak lelaki dan menyebabkan
mereka mengambil jalan mudah iaitu kahwin lari.

5) Masyarakat juga perlu didedahkan sekiranya berlaku masalah wali ‘adal atau tiada
kebenaran untuk berpoligami, ia dapat diselesaikan secara baik iaitu mengikut Akta dan
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam. Pasangan yang bermasalah boleh memohon
penggunaan wali raja/wali hakim sekiranya masalah tersebut berlaku.

7.0 PANDANGAN TERHADAP ISU KAHWIN LARI

Pada pandangan saya, isu kahwin lari adalah satu masalah yang besar dan berkait
dengan nama baik negara Malaysia. Hal ini kerana , fenomena pasangan dari Malaysia
yang berkahwin lari menunjukkan seolah-olah Akta dan Enakmen Undang-undang
Keluarga Islam di Malaysa terlalu ketat dan menyusahkan umat Islam di negara ini,
sedangkan kesahan perkahwinan ditentukan oleh hukum syarak. Maka, dalam perkara
ini imej Malaysia dipandang rendah oleh orang luar sedangkan undang-undang yang
telah dikuatkuasakan di Malaysia adalah mengikut kesesuaian umat Islam di negara ini.
Dan sekiranya pasangan kahwin lari disebabkan oleh pasangan perempuan hamil anak
luar nikah, ini dibimbangi anak yang yang dilahirkan di binkan kepada pasangan lelaki
tersebut sedangkan anak luar nikah tidak boleh dinasabkan kepada bapanya. Jadi,
semua pihak khususnya ibu bapa dan Majlis Agama Islam Negeri perlu bekerjasama
supaya masalah kahwin lari dapat dibendung dan masalah dari segi hukum syarak tidak
timbul.

7.0 PENUTUP

Kesimpulannya, perkahwinan merupakan sunnatullah yang umum berlaku pada


setiap makhluk Allah. FirmanNya, “Dan segala sesuatu Kami jadikan berpasang-
pasangan agar kamu sekalian mahu berfikir.”(Surah az-Zariat:49) . Namun begitu, Allah
telah mengurniakan manusia akal supaya dapat membezakan antara yang baik dengan
yang buruk. Maka , jelaslah bahawa prosedur dan pendaftaran perkahwinan dibuat
untuk memudahkan kehidupan berumah tangga dan bukannya untuk menyusahkan. Hal
ini bagi memastikan bahawa kehidupan manusia berteraskan undang-undang, dan
menghormati agama, adat budaya,keluarga dan masyarakat di sekeliling kita.
Sesungguhnya perkahwinan yang diredhai Allah adalah perkahwinan yang diredhai oleh
ibu bapa.
RUJUKAN

Ahmad Hidayat Buang, a. (2005). Mahkamah Syariah di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.

Md. Akhir Hj. Yaacob, a., & DR. Siti Zalikhah Md. Noor, s. (1989). Beberapa Aspek Mengenai
Enakmen Keluarga Islam di Malaysia. Al-Rahmaniah.

Muhammad As-Sayyid Sabiq, m. (2009). Fiqh Sunnah Jilid 4. Al-Hidayah Publication.

Najibah Mohd Zin, n. (2007). Undang-undang Keluarga Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

You might also like